Search This Blog

Tuesday 12 March 2013

NabilaHasyim di Tahun 2013


Emmm, nak mula yang mana satu ya?
Memandangkan dah lama tak berceloteh di sini, banyak mende nak cerita.
Banyak pulak ye cerita...
Ok, cerita dengan hal dari rumah dulu.


Rumah Sewa
Semua dah maklum, saya dan enSuami dah bersama dari Julai tahun lepas.
Nak cerita pasal rumah sewa, dapat agen rumah yang hampeh ni, lama dah sabaq.
Ok kami dah buat tak tahu la apa nak jadi kat hang.
Cukup bulan masih bayar sewa seperti biasa.
Tapi duit maintenance tertunggak sehingga RM 400 lebih.
Sepatutnya sewa rumah yang dibayar dah termasuk maintenance tu.
Tapi dah hampeh punya orang, dia tak pi bayaq pon kat pejabat JMB.
Ok, memandangkan JMB nak kunci paip air rumah kami, enSuami berpakat dengan pejabat untuk bayar sewa rumah kepada pejabat keseluruhannya untuk bayar tunggakan tu.
Agen tu setuju, dah hang xbuat gheja, nak cakap tak setuju, nak kena penampaq la tu.
Lepas ni, saya akan sambung semula untuk hal sewa rumah.
Siap hang agen, nak tolak sesiap, duit maintenance rumah.
Kalau bayaq kat hang, hang tak bayaq kat pejabat buang masa je la kan..
Emmm, tau la nak buat apa lepas ni...


Pindah Sekolah
Bila masuk awal tahun, nak mula sekolah, angin nak tukaq sekolah pon mai.
enSuami nak jugak2 tukaq sekolah.
Dia xsyok kat sek Kota Damansara tu.
Cikgu pompuan ramai, ada 5 orang ja kot cikgu laki.
Sorg cikgu seni, dah ada beli seni sendri.
Sorg cikgu Sains, lepak kat makmal sains.
Dia? cikgu Geo xdak makmal doh..

Kalau masuk bilik guru, rimas katanya.
Apa la yang dibising2kan oleh cikgu pompuan agaknya dia.
Alek2 lepak kat pondok pak guard.
Sembang ngan mak cik n pak cik guard sekolah, huhuhu.
Awal bulan Januari, dia tepon PPD Kuala Selangor.
PPD kata ada kosong banyak, beberapa sekolah.
Kebetulan, enSuami ada kawan mengajar jugak, n sekolah dia pon kosong xckup cikgu 5 orang.
Bila maklumkan kat JPN Shah Alam, ikut janji tahun lepas, dia janji kalau ada kosong nak panggil enSuami saya, tapi diam ja kan.
Paham2 je la...

So enSuami yang pulun pi bagitau.
Dia tengok2, hujung bulan nanti U tepon JPN balik.
Ni cakap dengan Timbalan JPN ni, bkn ckp dengan kerani.
Bila sampai hujung bulan, tepon JPN, dia kata kna mintak izin PPD Petaling la.
Saya tak boleh nak pindahkan awak macam tu saja, kna tggu Petaling lepas dulu.
Tepon pulak PPD Petaling.
Cikgu, petaling pun xcukup cikgu ni, ada 30 kekosongan.
Mak ai, 30??????????????
Selama ni, PPD xcari cikgu ke?
Bukan ke ramai lagi yang xdapat panggilan posting?
Dok sibuk nak pi hantaq sarawak, sabah.
Kt KL ni pon banyak kosong, apa daa..

Ada kawan sek lama enSuami kat Sarawak tu, dah kawen baru je bersalin, anak merah2 lagi dah kena tinggal kat nenek dia, semenanjung.
Suami ada kat Selangor ni.
Kenapa minta xdapat2?
Sedih dengaq.

Kalau ikut samseng saya, pi mengamuk ja kat Putrajaya tu.
Nak pindah bukan main susah.
Pikir la keadaan orang, kalau tak ada masalah, xkan la kita nak minta pindah jugak2.
Susah sangat, bagi amaran ja kat KPM, dia tu cikgu Bio.
Xdapat pindah, saya berenti la jadi cikgu! Boleh?
Kalau kawan2 rasa, anak penting ke keja penting?
Kalau tak silap suami dia engineer, kalau pk sekali, dah cukup untuk keluarga.
Tapi xtau la kan, diorang pk macamana.
Sedih tau plak sedih sebab tinggalkan anak, tapi emmmm...
Nak salahkan sape, pon xtau la haihhhhh....

Eh, cerita pasal enSuami saya la.
Pastu PPD cakap nak tunggu kemasukan bulan Februari ni.
Kalau ada guru baru masuk Petaling, baru saya boleh lepaskan cikgu.
Camtu plak, bila kemasukan baru?
Bulan ni la.
Tarikh?
Xtau lagi bila.
enSuami xpuas hati la, sebab xda tarikh fixed, betoi ka boleh caya ni?
Xheboh pon ada ambilan guru bulan 2 kan?
Pelik la jgk.

Kat sekolah, cikgu2 lain dok tanya enSuami, jadi ke pindah?
enSuami dah naik segan la jadinya.
Tension pon ada gak, kang ada rasa perli2 plak ni.
Kata dah nak pindah, tapi dok ada lagi muka kat sek tu kan...
Diorg dok tanya, 1. sebab nak suh pegang jawatan.
2. sebab nak adjuz jadual kelas.
Dalam dok tunggu tu, sempat plak kena paksa jadi guru Panitia.
Naik tension enSuami.
Semua guru panitia, sesi pagi, otai2, gred 48 ke atas.
Dia? sesi petang, laki, baru, gred bawah lagi la...
Pastu meting, kena pi pagi, dah curi masa waktu rehat sebelah pagi.
Hoi, boleh sawan jadinya.

Sebab tu la, beria2 nak pindah.
Plus rumah jauh lak dari sekolah, xpadan nak berkejar tiap2 hari sesi pagi.
Elaun pon cikit...
Hujung bulan 2 dah nak hampir.
Dapat berita berjaya dipindahkan.
Tu pon kena follow up selalu.
enSuami banyak kali pergi JPN.
Boleh plak pegawai selalu xdak.
Kerani tu pon dah naik segan nak jawab.

enSuami kata rasa macam diri ni bola, ditendang ke sana sini.
Jumpa orang ni, orang ni tuju ke orang tu, jumpa orang tu, orang tu tuju ke orang nun.
Sapa2 pon xnak bagi keputusan yang tepat dan meyakinkan.
Selagi tak dapat surat, memang xleh caya.
PK 1 selalu tanya, bila surat pindah awak nak sampai ni?
Saya xboleh nak lepaskan awak selagi surat xda.
JPN kata mula sekolah baru bulan 3.
Yang geramnya hari tu dah 27hb.
Hari Jumaat ni dah 1 hb 3.
Surat tak sampai lagi, macamana saya nak pindah, xtahu ke sekolah mana.
Ooi letih ar.
Letih jari ni nak taip cerita pasal sekolah ni, heee
Panjang lagi ni, onak duri tu.

Ringkasnya enSuami saya dapat juga pindah ke Kuala Selangor.
Kebetulan awal bulan 3 ni, makabah dan adik ipar pergi umrah.
Jadi tinggal adik yang kecik skali, sorang2 kat umah.
Sebab tu la, minggu pertama tu rasa sangat terdesak nak pindah.
Kesian plak kat adik tu.
Eh, eh, bila enSuami dapat pindah, saya plak tinggal sorang, sobsobsob....

SMK Seri Tanjung, nama sekolah baru.
Hari pertama ke sekolah, enSuami pergi sekejap ja.
Alasan nak kemas barang.
Kerani ke PK ke tanya Cikgu tinggal kat mana?
Siap tipu lagi, saya tinggal kat Bangi.
Huh, jauhnya.
Xpelah cikgu boleh balik dulu, esok baru start sekolah.
Ai nakal plak enSuami saya ni. Walhal ada ja rumah kat Tanjung Karang.
Dia kata saja habaq dok jauh2, satni nak kena pegang jawatan macam2 plak kalau tau dok dekat.
Huuuuuuu, ape la enSuami saya ni.

Lepas seminggu sekolah, nampak la dia macam hepi je.
Cerita macam2 cikgu kat situ.
Semua hepy2 la, otai2, rilek2.
Cikgu laki ramai, baru syok sembang ada geng.
Emmm, dalam hati bagus la kalau dia hepy.
Xdala saya nak tension, atau xtau nak wat pape reaksi, atau marah dia balik, bila dia mengadu pasal sekolah huhu.

Dulu2, dia kata cikgu perempuan cerewet tak kena tempat.
Buat soalan tak space, xtitik kat nombor soalan pon, kena buat balik.
Huhu, nak wat camna, dah memang perempuan suka keja kemas, cantik.
Kalau harap kat cikgu laki, selekeh je wat soalan, main tempek2 je soalan exam, saya jawab balik kat enSuami, kekekeke....
Ala, budak takkan dapat A pon kalau soalan lawa2.
Yang penting soalan betul, jawapan betul, tu baru kualiti.
Yelah yelah cikgu, maleh den nak bertekak lagi, huuuuu.


Rumah NabilaHasyim
Selain dari alasan sekolah lama tak best, yang sebetulnya enSuami dah beli rumah kat Kuala Selangor.
Nak katanya rezeki, enSuami dah lama dok tengok2 rumah tu kat website PKNS.
Tapi dia tak bertindak pape.
Sampai la, saya tahu, bila dia cerita ada rumah kat Kuala Selangor.
Nak kata baru, dah lama 2010.
Tapi rumah yang kami dapat beli ni, rumah yang orang dah booking, tapi sebab loan dia tak lepas, so free balik.

Alhamdulillah masa tu la kami masuk dengan tindakan.
Sebelum tu pi tengok rumah contoh.
Yang banyak kosong lot banglo, sederet depan lorong rumah semi D.
Nak beli banglo, macam RM300K ++.
enSuami kata dia lepas sampai RM280K ja.
So, boleh amek semi D la.
Semi D pon ada 3 design.
Saya minat design ke-3, kapasiti paling besar sekali.
Tapi lot dia kat belakang2, dekat dengan semak samun lagi.
Sebab tempat baru naik, lambat lagi la nak hilang hutan tu.
Masa jumpa advisor PKNS tu pon cakap, amek design 1 ni la lawa lagi.
Yang ke-3 tu xlawa design dia, dok belakang dekat dengan semak plak tu, bahaya kat Puan.
Hah, apa yang bahaya, enSuami saya ada, saya mengomel dalam hati la.
enSuami pun termakan dengan amaran dia, haiiiiii.

enSuami kata, xpelah Sayang, walaupun design 1 ni kecik sikit keluasan rumah dalam, tapi saiz sama ja 40X80.
Esok2 ada duit, boleh tambah lagi, kalau nak besar lagi.
Emmmmmmmmmmmmmmm.
Ikut la mana2. Saya tengok design dalam.
Laluan dari ruang tamu ke dapur, xpanjang dan xsempit.
Sebab ingat dulu, rumah abang no.2, Bang Chiq dia beli, laluan nak ke dapur, panjang n sempit.
Muat2 kerusi roda ayah saya nak lalu.
Masa tu la, ayah pesan, esok2 beli umah ka buat rumah ka, jangan buat jalan sempit2, nanti reta ayah [kerusi roda ayah] xceluih [xmuat] nak lalu.
huuuuuuuuu.
Tapi design 1 ni boleh tahan lagi, cuma ruang tamu dia pendek sikit dari design 3.
Design 2, saya reject terus, sebab sebijik macam umah Bang Chiq tadi la.
Tapi design 2, dah habis dah orang beli.
Sapa nak beli lot banglo banyak lagi, tak banyak pun beza harga dia.
Kalau boleh buat loan lebih, silakan2.
Cari Taman Bayu Alam Fasa 1.

Yang Fasa 2 punya lagi la tak lawa.
Tengok kat luaq je la, dalam, saya xtau la.
Design macam kapal ja saya tengok, hihihi.
Kalau sapa penah pi Pusat Hidrografi TLDM kat Port Klang, macam tu la lebih kurang hahaha.
Banyak guna cermin doh, nak jimat guna simen n bata la tu.
Menyusahkan pembeli je, nak kena beli grill, langsir, adeh.
Alhamdulillah bahagian rumah kami dah selesai.

Bila enSuami sembang2 kat sekolah, tengok2 cikgu sekolah tu ada rumah kat situ jugak.
Rumah dia sebelah rumah contoh, yang kami pi tengok tu.
Kiranya nanti kami sama lorong la.
Pastu cikgu tu bagitau, jiran sebelah D kami tu, Datuk!
Hah, Datuk mana plak ni? Knapa Datuk tak beli rumah banglo je, awat beli semiD?
Patut la masa pi tengok rumah haritu, bukan main rumah dia, siap ada ayaq terjun kat ruang teres tu.
Masa tu pun, enSuami dah kata, isk dapat jiran orang kaya sangat, segan la plak.
Huhhhuhu, hari ni dah tau dah.
Tapi status datuk tu, xtau la Datuk apa kan...
Nasib baik kami berkongsi dinding je.

Kalau jiran yang nampak pintu n dapur, pakcik Cina.
Pakcik ni beli rumah dengan duit tunai, bayar sekali gus.
Hebat pakcik ni, lama dia simpan duit nak beli rumah.
Asalnya dok belah2 KL nun, tapi kat sana xmampu nak beli rumah, manyak mahal lo..
Kebetulan ada tau rumah baru naik, dia pon tanya2.
So dapat la beli rumah kat situ.
Uncle Wong ke tak ingat, dia renovate rumah sendiri.
Besa la orang Cina, anak dia memang tukang buat rumah, jimat dah upah kat situ.
Bilik ke3 yang kecik tu, dia besarkan, tambah 1 toilet lagi. Dapur buat lagi panjang dari asal.
Dia kata bini dia suka masak2, jadi dia nak buat dapur besaq2, bagi bini dia selesa masak2, keluarga pun besar, mesti nak lepak2 ramai2 kat dapur kan..sembang2..

Tapi kami tak dapat kunci rumah lagi, hukhukhuk.
Ni yang sedey ni, tergendala semua.
Walhal barang2 dah beli, hehehe.
Merata2 kami tinggal kat kedai.
Ada kedai dah tepon, bila nak amek barang?
Sebab masa janji tu, 3 bulan paling lambat.
Almaklumlah membeli tu masa cuti sek tahun lepas, bulan 11, 12.
Hampir cukup la 3 bulan.
Yang selesai, kipas, dapur, hood, oven, sinki, double tap.
Kipas dah bawa balik kat umah Tg Karang.
Yang lain2 semua tinggal kat kedai lagi.
Jenuh nak kutip satu2 nanti.
Jangan lupa kedai mana satu sudaa, huhuhu.

Kontraktor untuk kabinet dapur je belum lagi.
Yang berkenan smua kat area sini, mana la depa nak pi sampai Kuala Selangoq nun, jauh gila.
Tapi bila dah dok kat situ, ada cikgu yang buat rumah sendiri, dan dia banyak survey sebelum membeli.
Dan enSuami dapat tau dari dia kontraktor yang bagus, harga mampu.
Dengar cerita dari enSuami, dia ni macam seorang yang teliti.
Kalau dia cakap macamtu, saya boleh percaya la.
Harap2, kontraktor tu sesuai dengan citarasa n kemampuan kami.
Tak sabaqnya, bila la nak dapat kunci nih?

Opps, oh ya, untuk grill enSuami tak survey2 lagi.
Saya pesan pergi la survey sendiri, alang2 dah dok situ.
Ni tak, nak tunggu saya ada sekali, baru nak jalan...ayya.
Tapi OK la dah ada panduan dari kawan2 sekolah, hopefully boleh elak dari tertipu kan.
Macam2 cerita dari cikgu2 kat sekolah tu. Masing2 ada pengalaman tersendiri.
Yang menakutkan enSuami saya, diorang buat kabinet dapur, semua harga berbelas ribu.
Xdak yang bawah 10ribu pun!!!!!!!
Hah, sudaaaaaaaa, berdebaq kot.
Bajet kami ciput ja, tolonggggggggggggggg

2 comments:

  1. panjangnya penulisan blog..tak sempat nak baca habis...sekarang duk sorang2 je ke kat umah waktu malam? (masa weekdays musim persekolahan)

    Azman Oppa

    ReplyDelete
  2. hahaha, panjang ke?

    sebab dah lama xmenulis kot, sekali tulis, panjang berjela la, sebab dah lama dok simpan.

    ya, uppa. Hari kerja, sorg2 ja kat umah. harap2 cepat la masa berlalu...

    bila la nak raya ni? adehhhhhhhh...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers