Search This Blog

Monday 19 November 2012

Jalan2 Johor 3 : Taman Negara Tanjung Piai, Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Hari ketiga, Sabtu, Mak Abah, ChikNah, Pakcik Yusof n Haziq ke Pulau Karimon.

Kami yang tinggal di Semenanjung, pi jalan2 tempat lain.

Tempat yang enSuami sangat2 nak bawak isterinya melawat ialah Tanjung Piai.
Katanya tempat cantik!
Rugi, kalau Sayang x pi.

Owh yeh????
Ikut je la kan.
Dah alang2 sampai Johor ni.
Lepas ni, xda la saja2 nak jalan ke Johor kalau xda hal penting.

Kalau dikira2, kali ini kali kedua enSuami pergi.
Pertama kali pergi tahun lepas, dengan adik2nya.

Masa tu ceq dah habis cuti kerja, almaklum lah cuti lama masa kenduri kawen hari2, nak buat persiapan kan.
Hujung tahun, kena kerja arrr...
enSuami bercuti jauh2 tanpa pnIsteri, ngehngeh...

Addin, dah boleh hafal jalan daaa.
Xtau la dah berapa kali dia pi..
Sekejap bawak abang sulung. Sekejap bawak kakak2nya.
Pastu bawak lagi jalan2 tahun ini.

Dah boleh hafal dah semua tempat2 dalam Tanjung Piai ni.
Sepanjang perjalanan tu, sempat gak dok snap2.

Macam besa, landskap dia memang best.
Rasa nak berhenti dok tengah2 jalan nak amek gambaq ni.
enSuami melatah, aish xpenah dibuat orang.
Kereta lalu lalang.
Sebenaqnya xbanyak pun keta lori lalu situ, kadang2 jek...
Sebab xleh nak berenti, snap2 dalam keta je lah..
Kadang2, cermin lak wat gambar jadi pudar/kelabu.
Kadang2 ternampak lak viper cermin, ayyya...
Yang ni je la yang elok sket....
Bestttttttt

Nak ke Tanjung Piai ni pun, banyak jugak signboard.
Sepanjang jalan juga dihias cantik.
Seolah-olah sentiasa bersedia meraikan kedatangan pelancong dan pelawat ke Tanjung Piai.

Xsusah memandangkan Tg Piai ni masih di Semenanjung Tanah Besar, jadi mudah bagi semua pelawat untuk datang.
Beza dengan Pulau Kukup, sebab naik bot.
Kawasan jeti pun, paham2 la ek...
Xda nak bersih, tapi xda nak kotor sangat.
Dah nama pun dok tepi laut, mesti la berbau2 ikan sket.

Kalau Tg Piai ni, xda la nak jumpa bot nelayan tangkap ikan kan...
Kat sini kita akan jumpa kapal besar.
Jom menerjah ke Penghujung benua Asia ni.
Gempaq kan nama ni...????


Selamat Datang ke Penghujung Selatan Tanah Benua Asia.
Ada pelbagai ilmu dan paparan yang menarik untuk anda lihat.
Jom masuk ke dalam..

Cecece, nak jadi duta untuk Tanjung Piai lak ke?
Hehehe, nanti masuk kat kaunter tu, dia akan minta tiket yang kita ada beli kat bawah tadi.
Pastu ada tanyangan video untuk pelancong untuk mendapat serba sedikit pengetahuan secara am tentang Tg Piai.
Tayangan video adalah pada waktu2 yang telah ditetapkan.
Masa kami masuk tu, tayangan dah stat.
Nak masuk join jgk, tapi staf dia kata tengah show, jadi kena tunggu next show ler..
Kira macam xnak interrupt sket pon tanyangan yang telah bermula.
Ok, pasrah je lah.
Kalau sempat, lepas habis jalan2, bo masuk tengok.


Kami pun terus memulakan penjelajahan, cewah.
Sebelum itu, silalah baca peraturan, peringatan, amaran, pengetahuan yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Penting!
Untuk menjadi pelawat/pelancong/pejalan kaki yang beradab!

Terutama ini!

Ok, ni semua penanda arah ke negara2 berdekatan.


Saja2, suh enSuami n adik ipar merenung jauh.
Nostalgia sket...
Padahal pedih dah mata menghadap laut.
Mata ceq dah berayaq mcm menangis, huhuhuhu


Jauh kot nak sampai ke hujung nun...
Nama pun penghujung benua asia.
Baru gah sket jauh2....


Sayang, 1 2 3 Pandang!
Yeay jadi...

Banyak lagi yang menarik kat sini.
Tapi xsecantik Pulau Kukup.

enSuami kata dah banyak kotor n rosak berbanding masa dia n family melawat tahun lepas.
Ok, saya tak kisah pun....

Janji boleh tengok air laut.
Rindunya nak baring2 kat pantai mengahdap laut memandang langit biru...
Oh indahnya pemandangan....


Bila nak pi honeymoon nih (^_^)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers