Search This Blog

Thursday 16 February 2012

Set Corelle, idaman Suri?

Sebagai suri rumah, kenapakah alat2 dan kelengkapan ini menjadi idaman dan keperluan kita?

Dulu2 tengok Mak, macam2 koleksi dia beli pinggan mangkuk.
Isk, sekejap design tu, sekejap design ni...

Rasanya masa kecik2 dulu, macam selalu sangat Mak beli pinggan baru..
Heee, kebetulan ada kawan Mak yang jadi tukang jual ni...

Tiap minggu, tiap bulan ke, datanglah dia bawak katalog...
Tunjuk pinggan, mangkuk, cawan, gelas, tuperware, jar, semua lah yang kat dapur tu...

Dulu2 jenama, Mak selalu megah dengan Pyrex, Arcopal, ape lagi, xingat sudaaa...
Ni pinggan aku beli [sambil ketuk2 jari kt pinggan tu] tengok jenama pa orang beli...
Xdak arcopal, pyrex, ada nak tahan berpuluh tahun???
Emmm, [mengiyakan sajalah, kata Mak] Xpaham lagi apa yang dimegahkannya...

Dah besar ni, rasanya ada satu set terbaru yang Mak beli, [xingat nama pa]
Style corak omputih tu [english style gitu]
Dia beli kat Langkawi, beribu harganya...
Berat sungguh pinggan tu...Tebal.

Kalau ada jamuan, kena kuarkan pinggan mangkuk tu, sedih sungguh hatiku...
Letih nak pegang masa mencuci nanti, adoi...
Bila kemas2 tu, sempat plak Mak berpesan..
Esok aku mati, hang ngan KChaq amek sorang satu set.
Ada dua set aku beli, xpayah nak berebut, dapat sorang satu.
Apa ni mati2 plak, [sedih plak dengaq]

Pinggan mangkuk pun nak berwasiat ka, adoi.
Masa tu, xkawen lagi... [rasanya berkemas lepas jamuan pertunangan dulu kot]
Jangan jeles eh, kami dua beradik ja anak perempuan Mak...
Tu yang Mak pesan tu, kadang2 ada dua anak perempuan ni pun dah memeningkan Mak [almaklumlah perasaan jeles ni ada saja kat perempuan kan, ;) teringat cerita masa kecik2 dulu, gaduh2 dengan kakak]

Sekarang, my bestfren plak tunjuk2 pinggan mangkuk ni..
Hari2 dah penah tengok ni...
Tapi tengok je la...
Tak terfikir plak nak beli2 ni...

Mungkin sebab xdak rumah sendiri lagi, rasa macam tak berkeperluan sangat...
Bila ditunjukkan hari ini...
Pikir lagi...
Kebetulan kawan2, n senior2 rapat terlibat dengan hal ini...
Tengok testimoni, emm terimbau kembali kata2 Mak.
Set Corelle? Ada Mak sebut ka? Xingat dah.
Pinggan nasi yang makan kat rumah tu, jenama pa ntah.
Tak teringat plak nak tengok nama kat belakang pinggan tu.

Sebab bukan keperluan. Jadi tak amek tahu.
Balik bulan 3 ni, nak tengok lah, nama jenama pa...
Tahan jugak la. Nak kata xpecah langsung, pecahlah jugak.
Kot family kami ni ganas ka, xtau la.
Tapi masih ada lagi la...
Syok pinggan2 jenis ni, sebab dia besaq, boleh letak nasi banyak, hehehe....

Sekarang ni tiba plak masa saya untuk membuat koleksi pinggan mangkuk, hehe...
Bolehlah simpan duit dari sekarang.
Alang2 membeli, biar menang memakai.

Cita2 di hati nak pinggan petak...
Korang suka x?
Apa jenis orang yang suka pinggan petak ni eh?
Ada maksud tersirat ke?
Conpius jugak, memang minat dengan pinggan petak...
~Corelle 1~
~Corelle 2~

~Corelle 3~

~Corelle 4~
~Corelle 5~
~Corelle 6~
~Corelle 7~
~Corelle 8~
Ada satu yang bulat, berkenan kat corak dia..
Gaya macam bunga tulip [peminat tulip katakan]
~Corelle 9~
So, mana yang cantik?
Kalau set pinggan mangkuk macam ni, cawan/mug/gelas, perlu ke nak sedondon ni?

Kalau set yang Mak beli dulu, kebanyakanya cawan teh.
Tapi tengok gambar2 kat atas ni, lebih macam kepada mug.
Kalau cawan teh sekali dengan piring, OK gak untuk hidangan tetamu.
Kalau mug xberapa nak sesuai.
Guna dalam keluarga setiap hari, OK la kan...

Adoi, mata rambang nak pilih....

Bila tengok set ni pun, macam ada keperluan nak beli...
Adoi, dah macam suri rumah tegar plak..
Pantang nampak cantik, tengok orang beli, diaaapun naaaaaaaaakkkkkkkk [ayat ayah bila bebel kat Mak; fenomena suri rumah tegar]
Camtu ke nanti jadi kat saya? enSuami rimas takkkkkkkk???

Cepat ni, nak pilih mana?
Sekali ni je rajin nak beli [insyaAllah], tengah mood baik ni...
Beli ikut keperluan dan yang mampu sahaja, Amin.

Takut juga kalau lama2 membazir...
Na'uzubillah, kalau sekali je membeli, xda la nak membazir.
Pakai sampai ke sisa terakhir pinggan tu haaaa.....

Korang minat yang mana?
Pilihan saya?
Yang special dari gambar2 yang ada, teeeeeeeeeet ;)

*uPdate 17.2.2012....
Macam nak ubah fikiran plak....
Corak no.9 dan 12 sangat cantik...

Memang la minat pinggan petak, tapi siap dengan mangkuk petak...
Cam xbes plak..
Kebanyakan mangkuk mesti xbercorak cantik macam pinggannya, nape ek...
Kecuali Set no 10 bawah ni...
~Corelle 10~

~Corelle 11~

~Corelle 12~

~Corelle 13~
Set no. 13 ni special sebab berlekuk2...tapi coraknya agak klasik gitu....
Adus mana satu nak pilih ni...
Rasa macam nak tukar pilihan...
Short listed, no 9 atau 12...
Sebab mugnya stabil banding ngan yang set pinggan petak...
Kannn????


* untuk tempahan boleh kontek Pn Siti Nur Shahirah, 0172389885 atau layari fan page Corelle Us
jangan lupa password Nabilah Ahmad yeeeee, thanxxxxxxxxxxxxxxxx


4 comments:

  1. Nabilah, uppa tgh jual satu set correlle (design bunga sebijik macam kat gambar pertama tue)...kalau berminat, uppa jual special price utk nabilah...after diskaun RM480.00. Kalau berminat (mungkin En. Hasyim terbaca) dengan set correlle tue, boleh contact uppa atau linda...

    ReplyDelete
  2. Untuk penerangan terperinci kena tanya linda pasal dia pakar pinggan correlle nie...pinggan nye nipis, ringan tapi kuat...

    nanti kalau dah beranak pinak nanti, mesti ada adegan anak menjatuhkan pinggan mangkuk samada sengaja atau tidak sengaja...kalau guna brand corelle, kurang lah ckit pinggan mangkuk yang pecah (testimoni sendiri)

    ReplyDelete
  3. Owh yeh, ada jual jgk?
    RM480 untuk berapa pcs, uppa?

    ReplyDelete
  4. The correlle set as follows:

    4 x dinner plate
    4 x side plate
    4 x cereal bowl
    4 x mug

    design macam kat dalam blog nabilah.amacam...ok x?

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers