Search This Blog

Thursday, 1 March 2018

D.I.Y : Hantaran MasKawen untuk Adik Nikah

Assalamualaikum

Menyepi sekejap untuk siapkan kerja...

Alkisahnya tahun lepas, adik saya yang ke6 nak nikah..
So saya sebagai kakak yang impian tak kesampaian  (masa kawen dulu) nak kan hantaran mas kawen sejambak bunga yang meriah..
Mula la rasa nak menumpang majlis orang, 😋

Memandangkan adik sendiri, lelaki..
Dah tentulah pihak lelaki yang bawa mas kawen kan..
So saya pun tanya la dia, plan untuk hantaran nanti nak buat macamana?

Saya baca blog sis ni la, yang saya teringin sangat nak dapat mcm ni

Sambil terus memberi cadangan untuk menawarkan diri nak buat jambangan mas kawen.😍
Masa awal tu, dia tak paham la jugak, apa benda jambangan plak kan, sedangkan nak bagi tu duit.
So tunjuk la gambaq kan berlambak kt Google..

Bila dia tengok gambaq, haa setuju!
Canggih sangat dia kata..
Ada la harapan nak mencuba buat..😂
Lagi mencabar, lagi syokk 😆

Bila digodek2 lagi ke internet, jumpa la pulak cara hantaran orang Indonesia..
Diorg punya, perghhh lagi dahsyat!
Bila tengok tu, macam best je nak buat..


Cepat2 htq gmbq kt adik..
Fuh, lagi rare!
Haaa, buat yang ni la...

Saya pun rasa xsabaq nk buat..
Tunggu dalam 2bulan jugak kot lepas sama2 setuju tu.
Tunggu dia bank in duit, ngehngeh 😅

Dapat ja duit terus bawa keluar..
Keluar ATM, macam besa la RM 50 ja semua..

Teringat jiran depan rumah, suamisteri keja bank..
Apo lagi, tanya terus, boleh ke nak minta tukar duit?
Duit sehinggit n 5hinggit, mmg xleh guna la sebab licin..
Dok pikir kena guna angka besar, baru cepat habis.

Alhamdulillah, jiran aka KakYati sudi tolong, bila bagitau nak buat hantaran.


Ada gak la kenangan dapat sampul dari Bank Kuwait..
Saya minta tukar not RM 20 ja 20keping.
Kebetulan dah ada RM 100 3keping.
Selebihnya RM 50..


Sebelum nak dapat duit tu, saya siap print lagi contoh duit ikut saiz tepat..
Try la lipat2 ikut tutorial kat Youtube.
Ok not bad hasilnya 😎


Sekali bila mai duit original, huh baru tau! 😥
Yang gambaq atas ni, bunga tu dari kertas tau..
Rupanya tak semudah yang disangka nak buat guna duit betul..
Patut la kebanyakan tutorial, guna duit kertas palsu..


Niat asal nak buat tutorial step by step pun, xmampu yong!
Dan snap sekeping ni je..
Tak dapek la nak buat tutorial..
Korang tengok kt YouTube je la cepat faham.


Proses daripada zero frame ni sampai penuh frame ni pun tak ada.
Saya main buat je..
Lama jugak la nak siapkan bunga2 tu..
Saya tampal salotape, terbuka..
Saya guna macam2, double tape putih, salotape biasa, glue gun, last sekali guna heavy duty 3M baru maintain bunga dia...
Salotape yang macam omputih tu guna, xtau la nak cari kat mana kat Malaysia ni..

Memandangkan banyakkkk trouble pasal bunga tu, dari 20 keping, tinggal 15 saja yang guna.
5keping lagi tukar dgn not RM 50.
Banyak sgt pun xcantik nak susun nanti.


Kata2 yang ada dalam frame ni, ada yang buat, ada yang ready made..
Yang ready made tu, beli buku sticker kat Mr DIY.
Just gunting, buat double layer..
First layer guna double tape 3M.
Yang bawah sekali guna polisterin untuk bagi dia timbul..


Masa ni, baru je siap cover dengan plastik.
Guna kotak hantaran yang jenis plastik tu..
Frame ni pun bukan frame asalnya.
Susah sangat nak cari frame yang tebal 2inci atau 4cm.
Akhirnya jumpa la tapak bekas hantaran, belakang nya yang ada kaki tu..
Mulanya ingat nak buka, pastu bila dah siap, tak sabar nak tengok hasilnya, terlupa sudaa nak buka..

Seni ni, orang panggil pop-up frame...
Kalau nak Google, hasil kerjatangan orang Indonesia, boleh taip UANG SERAHAN..
Macam2, lagi cangih2..
Susun syiling jadi bayang orang la, buat duit bentuk masjid la, Quran, macam2 lagi la..
Kreatip yakmat dah tu..
Jauh sangat kita ketinggalan...😣

Cara lipat bunga tu, tutorial money flower origami
Atau klik link ni terus,
https://youtu.be/IkdQEbW0bLg


Hantaran semasa hari kejadian.
Alhamdulillah, bunga2 masih kekal utuh ditempat masing2.
Risau jugak kalau ada yang luruh sebelum sampai ke tuannya 😅
Masa nikah tu hari jumaat, tak sempat lagi kami nak balik.
enSuami masih sekolah.

Hantaran ni dah selamat bagi kat adik no5 untuk bawa balik, sebelum bersalin.
Sebab dok pikir macam dalam pantang lagi kot kot tak boleh balik ke..

Tapi, akhirnya balik jugak, huhuhu 😝
Sabtu pagi tu, lepas subuh terus keluar.
Anak2 mandi dalam perjalanan, singgah masjid..
Alhamdulillah tengah hari tu, kami sampai sebelum jam 1.

Stay kat masjid sementara nak tunggu rombongan family kami bersiap kat homestay.
Kami pun solat sesiap kat masjid.

Tercapai la impian nak merasa buat bunga mas kawen.
Walaupun bukan sejambak, tapi sebab rare, lain daripada yang lain, suka je walaupun banyak mehnahnya 😜

Kalau rajin sambung lagi nanti, cerita pasal kenduri plak.
Lama sangat tak kenduri, macam2 nak buat, hihihi 😍

2 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers