Search This Blog

Friday, 27 February 2015

D.I.Y : Dekorasi poster di ruang makan {dapur}

Assalamualaikum.

Sebenarnya, saya xda ruang makan yang khas pun.
Ruang mkn yg dicadangkan, sy dh guna utk luaskan ruang tamu.
Lgpun rumah ni jarang menerima kunjungan tetamu.
Yg ada pun keluarga mertua, adik2 ipar je, hukhuk....

Jadi meja makan, memang ada kat dapur.
Sudah masak, pusing badan je untuk hidang makanan.
Dua langkah je pun, haha....

Tapi dah orang lain ada ruang makan kan...
Sy pun nk ada jgk lah...
Walaupun hakikatnya, kahkah..
Dalam dapur jugak, huhuhu....

DIY kali ni, nak deko sikit kat ruang makan ni..
Idea asal, masa Google, nk cari apa masa tu, xingat daa...
Terjumpa gambar ni...


Sy pun baca entry tu, rupanya dia tempah kat orang.
Asalnya pun dia nak DIY, tp dah lama terpendam hasrat tu...
Last sekali, order je senang cerita....

Lepas tu, saya pun Google la cari idea dari omputih.
Sbb tengok design td, mcm idea omputih je...
Banyak jgk la dapat.

Masa awal dah kumpul tu, rasa macam nak balik print je terus...
Lama2, dok godek2, dok touch up sket2...
Last2 terjadi design sendiri pulak.
Tengok contoh omputih, kemudian edit sket cara kita...


Tapi daripada tiga design tu.
dua je saya buat sendiri...
yang mixer tu saya amek yg orang punya...
sebab mixer dia kaler merah, rasa sesuai sangat dengan saya punya, kekeke...
walaupun designnya mcm KitchenAid, walhal saya Cornell je....
ala2 pun voleyy la kan....


Nak Islamik sikit, eloklah ingatkan diri untuk membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah
untuk apa saja perkara dalam kehidupan seharian, bukan untuk makan sahaja, OK...

Bila ada poster ni, sekurang2nya dapatlah mengingatkan kami untuk membaca Bismillah.
elok2 kedudukan frame ni bertentang dengan kerusi makan kami berdua, memang dok pandang yang ni je la, sambil dok makan tu....

Tapi frame putih, macam tak naik seri plak eh?
ke mata saya je, yang dah biasa dengan warna gelap, aka hitam, rasa putih tak cantik??
terlupa plak pasal frame hitam, first time membeli frame.
nampak putih macam menarik je....
enSuami pun setuju putih.
tapi bila nak pasang, rasa macam kureng plak....

Yang tak syok kat area ni, ada banyak suis.
asalnya plan nak letak peti ais kat sini.
pastu tukar sebelah mesin basuh.
saya ingat enSuami dah bagitau kat technician yang bahagian ni dah cancel.
bila dah siap semua, baru perasan pasal suis ni...

Emm terima je la..
Asal ada lebih, lagi OK la kan...
daripada kemudian hari nak guna suis tak cukup.
nak kena pecahkan dinding lagi, tu yang tak syok tu kan....
bersyukur, mungkin ada kepentingannya nanti.

So, dekorasi ringkas kali ni.
Kos hanya frame...
cetak, guna printer kat rumah je.
saya print saiz A4 je bukan A3.

Kalau ada yang berminat,
kat bawah ni antara contoh2nya....
ni semua design omputih punye......










Boleh je amek, sesuaikan dengan dapur sendiri.
kalau pandai design sendiri, lagi daebak!!!
saya design simple2 je reti...

Babai........

Saturday, 21 February 2015

DAPUR : Makeover lantai dapur dengan kos rendah sangat!!!

Assalamualaikum...

Amaran!
Ini memang bajet murah sangat..
jadi jangan la bajet hasilnya gempaq sangat ye..
memang jimat habis ni..

Tapi macam biasa pun, mana ada DIY saya yang mahal2 kan?
semua murah2 aje..
sesuai dengan saiz poket sendiri.
kena sedar diri OK...kekeke...

Banyak2 kelengkapan dan keperluan di dapur..
satu bahagian yang sangat saya benci, OK tak berapa suka nak tengok...
kat LANTAI...

Lantai dapur ni jadi buruk sebab dari kesan renovation kat bahagian ni..
ada beberapa kesan mozek yang terpecah.
mungkin sebab ada batu-bata-simen yang dipecahkan, jatuh timpa ke lantai.
pastu ada juga kesan simen yang tak dapat dihilangkan..
walaupun bersungguh2 disental
sampai lenguh tangan, kaki, belakang, pinggang-punggung belaka,
tak keluar jugak...


Nampak kan bahagian yang hitam2 tu..
yang kotor kat bahagian tu je.
masalahnya, kat situ la yang selalu saya kerap pijak.
sebab sinki dan dapur memasak di situ....

Pastukan, dulu2 kan bajet nak pasang lantai kayu..
tapi sebabkan bajet-bajet-bajet, enggak ada lagi..
saya pula macam tak sabar nak tengok2 lagi.
selama ni, saya masuk dapur, pakai selipar tau..
selain dari rasa macam geli-geleman gitu,
tapi lantai macam ni kan sejuk rasa kat kaki.
kan kita berdiri lama2 kat dapur.
tak baik untuk kesihatan wanita, cewahhh...

sekarang ni kan hot2 dengan wallpaper..
semua kerja, benda nak guna wallpaper.
ye la, wallpaper kan banyak corak cantik2.
pastu siap ada gam lagi.
balik tampal je, setel masalah...

kalau nak dibandingkan dengan mengecat, dah tentu la wallpaper lagi senang kan.
tak de nak cuci2 tangan dengan tinner bagai.
just cuci tangan dengan air atau sabun je....


Baru2 ni, Lima Sen Jaya, dah restock wallpaper baru.
so banyak la pilihan.
tapi saya dah ketinggalan seminggu lewat.
staff kedai tu kata, masa stok baru sampai, lagi macam2 corak cantik2. ni kira dah habis la ni, tinggal corak kayu2 je dengan corak bunga2 yang pudar.
oh ya ke, rugi la saya tak dapat tengok masa banyak2...
tapi saya memang nak cari corak kayu aje..
cuma kali ni ada banyak lagi pattern kayunya, dan banyak bilangannya.
saya pun terus pilih corak yang sama, 8 gulung saya amek corak kayu, 1 gulung corak bunga yang dah pernah beli sebelum ni.
jadi 9 gulung semua saya beli.
jumlah bayaran RM18.00

Wallpaper ni sama jenama OLAB yang MRDIY jual dengan harga RM3.50.
kat kedai ni, dia jual RM2.
gila jimat RM1.50!!!
mana tak orang borong banyakkkkkkkkkkkk....
memang laku keras la....


enSuami stat moto pi sekolah, saya pun stat buat kerja ni.
saya buat sorang2 aje.
memang enSuami tak tau, rahsia...
mula mop2 bersih dulu.
biar kering.
baru mula tampal.
sampai senja, enSuami nak sampai rumah, baru siap.
masa tu saya tengah dok ambil gambar.

Sambil dok dengar enSuami membebel, kahkahkah....
tak suka la tu..
macam biasa la, dah tau dah...
sebab tu semua buat biar siap dulu, baru bagitau, huhuhu....


Habis licin 8 gulung.
memang dah kira sebelum tu.
cumanya, masa ukur tu, ingat nak tampal sampai dapur je...
tapi saya dah lajak sampai depan peti sejuk....
ada sikit lagi tak cover bahagian depan mesin basuh.
nak beli lagi 1 atau 2 gulung lagi untuk sempurnakan.

Dah habis ni, rasa lega la...
selipar dah tak guna..
Hafni nak main pun, saya tak rasa janggal.
boleh duduk2 lepak terus tanpa beralas.
sebab dah rasa bersih.
yang kotor2 dah tak nampak kan...
mesti la suka....

Umi dah siap kerja, Hafni pun mula kerjanya pula, adehhhh....
tapi wallpaper ni memang nipis je...
memang senang sangat terguris.
saya dah prepare untuk kaki kerusi.
dah lama beli kat DIY.
bila dah pasang wallpaper kat lantai, baru nak pasang ni kat kaki kerusi.


Untuk kaki meja je tak ada lagi.
nanti nak beli untuk kaki meja plak.
berkesan la juga bila ada ni.
sebab kerusi paling kerap ditarik dan disorong...
memang kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
cuma kaki meja je masalah..
harus cepat2 pergi beli...


2 hari lepas, saya buat projek baru dengan batang wallpaper ni.
ada juga guna, kekeke..
nasib baik tak buang lagi...
kalau efektif dan bertahan lama, nanti kita up entry ye...
kena uji dulu ketahanan nye....

SEBELUM

SELEPAS

Kalau ada bajet banyak, boleh juga beli wallpaper yang harga RM50-60 tu.
yang tu lagi best corak2nya.
PVC, kalis air, mungkin kualitinya tebal sikit.
dulu memang nak beli yang tu, tapi saja nak try yang ni dulu...
teringin nak pilih corak batu2 tu, kot2 ada efek macam treatment kaki pijak batu plak....
hahaha, boleh ke cenggitu???

Kalau nak beli yang RM60 tu, saya nak makeover semua keseluruhan dapur.
untuk dapur tak nak cat la, xlarat.
sebab banyak sangat barang nak kena alih n nak kena balut/jaga.
kalau pakai wallpaper, tak ada risiko nak tumpah2 cat.
kalau tak, tambah satu lagi kerja nak cuci cat yang menitik2 tu, emmm...

OK, verangannn je ni....
entah bila nak tercapai, tak tau la, hehehe...
babai.........

Wednesday, 18 February 2015

RUANG DOBI : Perkembangan ruang dobi dan bakul pakaian


Assalamualaikum....

Kalau tak silap bulan lepas saya dapat beli bakul baru.
dulu kan ada cakap, nak beli bakul yang sama sejibik, lagi dua biji

Lama mencari akhirnya jumpa di kedai Lima Sen Jaya, Sg Besar.
kedai ni memang terpopular di sini, dengan barang2 yang super murah.
walaupun sebahagiannya ada flat price, seperti RM2.

Dah lama tak pergi, bila pergi bulan lepas, ada beberapa barang baru yang sebelum ini tak ada.
Salah satunya bakul pakaian yang saya cari2 selama ini....


Terus rembat 2 biji
rasanya dah betul sangat dah ni.
sebab cap Century.
kaler macam nak sama.
saiz pun betul kot.
bila tengok kod, macam betul je...


Balik rumah, cepat2 angkut tengok dengan bakul kat rumah.
lega, sama semua...
cuma bila usha lama2, nampak macam kaler lain sikit.


Mungkin bakul lama, dah kelabu sikit kot.
yang penting, kod memang sama.
kat kedai ni, saya beli RM7.50 je,
memang harga tetap.
bukan ada Sale atau Offer sementara macam Giant atau Tesco OK...


Bila susun 3 terus seragam...
emm macam kureng je kan....
memang saiznya ngam2 elok kat ruang tu....

Tapi akhirnya, tak jadi nak guna 3 sama kat situ.
saya hanya biarkan ruang bakul pakaian ni jadi begini...


Bakul Hafni, tetap kekal di situ.
bakul yang ekstra tu, saya letak dalam bilik tidur utama,
memandangkan, sepenuhnya dah guna toilet bilik tu, rasa perlu pula ada bakul dalam bilik.
saya fikir, lepas ni kalau anak dah masing2 tidur di bilik sendiri, bakul ni akan pindah ke bilik tuan masing2.
masa tu perlu la saya buat jadual hari Isnin, basuh baju siapa, Selasa-siapa?

Haaa, teringat kat rumah sewa bujang dulu.
sorang amek satu hari untuk basuh baju.
jadi satu ampaian, hak milik dia sorang.
seminggu sekali basuh baju, memang penuh la ampaian tu.
saya sorang je, basuh setiap hari, sebab saya basuh dengan tangan.
lambat nak tunggu mesin, semi auto la katakan.
nak tunggu air penuh tu yang malas tuh!

Dalam entri lepas, saya ada tunjuk mesin basuh saya sebelah peti ais kan?
hehehe....
OK, saya memang tak reti nak deko apa2.
walaupun ada shelf yang tidak digunakan, ada L-shape yang tak digunakan.
tapi asbab nak kena drill, asbab nak kena enSuami yang buat.
memang TAK la saya nak susah2....

Lagipun belum tentu lagi mesin basuh ni kekal di sini.
sebab tu tak nak tebuk apa2, nanti rosak dinding, enSuami bebel plak kang....
mencikkkkkk tau, kena gaduh2 pasal ni..

SEBELUM

Ni keadaan sebelum.
dinding kosong aje.
sekadar ada keperluan penting je kat sini.
SABUN dan SOFTENER....
tu pun susun kat tangga, emmm

SELEPAS

Konsep sama juga macam EAT hari tu..
cuma font tu bukan felt la, kain felt dah habis.
yang ni print kat A4 je...
papan besar tu, kotak juga.


Perlu ke nak label2 ni?
saja suka2...

memang la orang tau, mesin basuh, mestila nak WASH kan..
takkan nak BLEND plak kot...
lepas saya tampal ni, enSuami tengok sambil buat muka..
WASH????????
ingat asrama ke nak label2?

Apa masalahnya, biarlah orang nak buat.
omputih buat OK jek....
saja nak kasi semangat sikit.
feeling happy meh, nak basuh baju, sebab area ni dah cantik.
ada macam ni pun dah cukup OK bagi saya.
ada unsur keceriaan sikit kat sini, tak ada la kosonggg je...

Yang pelik itu la KREATIF kan....

Idea asal, 

tertanya2, kenapa omputih mesti ada 2 mesin ek?
adakah yang satu washing, yang satu dryer?
tengok design macam sama jek...
kenapa kat Malaysia tak ada mesin yang cantekkk macam ni?
plan akan datang, teringin nak beli dryer. masih dok survey. ada ke yang 2in1 eh?
selalu orang cakap kena asing2.. macam mesin jahit n mesin jahit tepi, tak boleh 2in1, emmm.

Banyak lagi idea lain,


Di tempat letak bakul pakaian tu, ingat nak labelkan LAUNDRY.
dah siap print, tapi dah hilang mood nak buat.
sebab fikir macam tak lama je nak letak bakul kat situ.
tambah lagi cikgu TESL kata, kalau Laundry Basket boleh la.
kalau Laundry saja, macam tak kena plak nak label kat bakul.
tengok lah macam mana nanti............

Babai................................

Friday, 13 February 2015

DAPUR : Aksesori baru untuk baking station :)


Assalamualaikum..

Semalam kan baru dapat gaji, hehee..
Kitorang pun keluar la nak beli barang..
Macam biasala pergi Tesco dulu, tengok apa yang menarik..
Menarik maknanya MURAH… hahaha.

Tak ada yang offer sangat kali ni.
Banyak barang dapur yang dah habis..
Tapi yang nak dibeli, tak ada offer.

enSuami rembat piano kecil untuk Hafni.
Ala tekan2 ada bunyi binatang.
Tak banyak pun binatang.
Setakat kucing, anjing, kambing, kuda n lembu je…
RM20.

Kemudian saya saja2 pergi tengok bahagian tengah.
Selalunya kalau nak raya, bahan2 masak n baking akan ada dipamer di sini.
Tapi mungkin CNY orang tak masak kat rumah sebab makan kat luar..
Yang ada pokok2 bonsai, yang ong, yang kena dengan CNY la.
Kemudian terperasan 3pcs Little Homes ni.


2 minggu lepas saya tengok harga dia, RM21++.
Saya tengah mood nak buat kek..
Kalau datang Tesco, saja la datang tengok2 kat bahagian baking [walaupun tak beli]
Cuci mata aje, berpinau je la mata tengok…
Tengok2 kali ini, jadi RM9.88!!!!
Perghhhh, macam nak amek je, macam nak amek je…

Masa dok belek2 tu, enSuami datang.
Saya pun cakap la fasal harganya.
Macam biasa, enSuami mesti tanya, Nak buat apa?
Apakah soalan #@$%^&*()???
Bila saya jawab, Mesti la… bla..bla…
Haaa, kalau nak guna, amek je la….
???Ehhhh???

Sebenaqnya saya nak tray kek ni..


Sebab tray ni boleh buka yang bahagian tepi.
Tak perlu nak terbalik kek tu..
Haritu tengok kat 2PLY hanya ada kualiti yang jenis aluminium putih macam periuk tu.
Saya nak yang kaler hitam macam ni..
Itu pun nak pilih, huahuahua…


Nak amek, tak amek… nak amek, tak amek
enSuami datang, Kalau dah nak guna, amek je la…
cewahh mentang2 la orang tu nak bayaq, kekeke….
OK, ayang amek…
RM16.92.
Yang ni tak ada sale, memang harga tetap sudaa…

Lepas dah amek yang nak dibeli, serba salah plak beli yang 3pcs tadi.
Macam nak letak balik je.
Sebelum tu dah scan harga dulu, nak conpemkan..
Kang salah tengok ke….
Pastu dah ok, dok berbelah bahagi pulak.

OK kot amek ni.
Alang2 dah tengah murah, amek je la..
Nanti tetiba teringin nak beli, susah plak kang.
Time nak raya je ada sale murah2 ni…


Xpe…
Yang kecik petak tu boleh buat roti dengan lasagna.
Yang bulat tu boleh masuk periuk kukus.
Yang leper tu, boleh buat biskut dan pizza besaq punya…
OK verangannnn…
tak mau kalah, kahkahkah.
Saja nak sedapkan ahti sendiri supaya tak menyesal membeli…huhuhu..

Ok lepas ni, kena plan, guna semua yang dibeli.
Kena la masak lasagna, roti, n pizza…
Wah, I LIKE….!!!
fuhhhhhh, kasi semangat sikit.

Oh ya, tempat nak simpan...
kat mana ya, hahahaha....
baru je basuh tadi.
tak plan lagi nak simpan kat mana...


Wednesday, 11 February 2015

D.I.Y : Deko perkataan E-A-T dengan kain felt...


Assalamualaikum...

Kerja DIY yang amek masa lama sangat nak siap, huahua...

Dulu saya ada cerita, saya pergi Kaison, nak beli huruf kayu tu kan?
sebelum pergi tu, saya dah mula buat DIY ni.

tapi sebab lambat sangat nak siap, saja2 la alang2 nak ke IKEA, minta enSuami singgah Kaison.
first time nak pergi, semangat la sangat.
dah orang dok cerita, macam2 beli kat Kaison...

dah pergi tengok sendiri dengan mata, adalah mengecewakan, huahua.
pastu fikir, emm terus dengan DIY sendiri je la..JIMAT.
dan menepati citarasa dan keperluan.


Saya ada lebihan kain felt merah ni.
separuh dah guna buat bunga ros.
separuh dah guna buat lapik dalam laci di dapur.
tinggal lagi sikit dok tersimpan lama...

jadi terfikir la nak DIY guna kain felt ni.
print huruf, jadikan blok huruf untuk tekap ke atas kain.
oh ya, felt yang sama saya guna untuk projek sarung bantal Hafni.

perkataan HOME ni, DIY untuk lain.
tapi sebab asasnya sama, saya buat sekali harung je.
cuma font dan saiz je lain.
yang HOME tu kecil sikit.


Lepas tekap, masa untuk menggunting.
setiap huruf, saya buat 2 helai.
sebab saya nak jahit.

dan bahagian tengah, antara dua felt ni, saya letak span.
kasi ada effect 3D.
lembut2, gebu berspan gitu, hahaha..
sebab nak buat jadi tebal.
span ada banyak, guna span je la...
kalau nak sumbat kapas, lambat sikit la..
atau pun beli yang jenis ape, kekabu moden tu, fiber ke orang panggil [tak tahu namanya]

DIY perkataan EAT ni, saya nak letak kat bahagian rak buku resepi tu.
dulu kan 3 tingkat.
1 tingkat, saya dah amek masuk kabinet tinggi.
jadi ada kesan lompong di situ....
kesan dari lubang skru tu la...


Masa design huruf tu, memang plan nak buat besar2..
penuh2 ruang yang ada...
sekali salah pilih design font.
huruf tu jadi gemuk aje, bukan tinggi.
jadi kesan lubang tu tak ditutupi oleh huruf2 tersebut.

Yang lama sebab ni la..
masih tak ada idea nak buat apa lagi untuk tutup kesan tu.
oh ya, memang tak ingat langsung pasal gam tampal lubang kat dinding tu..
fikir nak deko aje....
tampal lubang, bukan deko, huahuahua....

Asbab dari baru2 ni saya siapkan bulldog notice board tu
tetiba saya dapat idea...
konsep ni boleh guna untuk lubang deko EAT tu, yeh!.

Siap je kerja2 untuk enSuami. saya terus cari gambar2 yang sesuai.
Print.
ukur bahagian tu..
pastu cari kotak yang sesuai.
kemudian balut.

Masa tengah balut tu la, baru saya tersedar..
apesal saya tak guna kertas pembalut aje? wallpaper yang untuk dapur pun ada lagi, aiyaaaaa!!!!
ceh, penat je....

tapi tak pe la...
dah buat dah..
kalau jemu, boleh tukar lagi nanti.
benda free aje....
semua ada depan mata.
nak dengan tak nak aje..
ada idea dengan tak ada idea je...

SEBELUM....

SELEPAS

Hahaha, boleh la...
ada nampak juga kesan cantuman.
janji boleh siap.
bila2 nak tukar lagi pun boleh...
saja2 pilih gambar ada bunga.
nak gubah bunga tak pandai.
print gambar bunga pun jadi la...
nampak berseri sikit.
sikit je la...

boleh la untuk dapur saya yang simple yang jimat.
hehehe, babai.

Monday, 9 February 2015

D.I.Y : Bulldog notice board untuk Sidang Redaksi Majalah


Assalamualaikum....

Tiap2 hari tengok blog..
sambil tergelak sendiri
tak terupdate pun blog ni..

entah la nak tulis ape kat sini..
hari-hari, sama je kehidupan di rumah..
celik mata, masuk dapur daa.
habis kat dapur, masuk bilik daa..
hukhukhuk.....

xpe la, suri rumah la katakan..
dok rumah ler apa lagi kennn...

banyak2 kerja yang dibuat, maksudnya projek DIY, banyak yang separuh jalan.
dari dulu saya dok bebel pasal ni, hakhakhak...
tak habis lagi.
kalau pun ada yang habis, tapi macam tak puas hati lagi.
rasa mcm nak tukar dulu.
sampai confirm puas hati, baru nak masuk blog.


Ok, ni projek untuk sekolah enSuami.
dia sebagai penyelaras majalah sekolah.
ada bilik khas untuk majalah sekolah.

enSuami ada sebut, bilik tu xkemas lagi.
teruk sangat.
nak duduk dalam tu pun tak boleh...
sesak nafas, hehehe...

enSuami bawa saya pergi tengok..
ya ampun, memang tak boleh duduk ni..
rumah tikus ke pe ni....
plastik makanan kat lantai..
majalah edisi sebelum ni, bertimbun2 tak habis bagi.

buat ape la simpan ni?
enSuami cakap nak hantar recycle je.
boleh dapat duit.

saya tengok dinding kotor, mula la nak cat bagai, heyy...
kenkonon nak makeover la sangat.
biar terbeliak mata tengok before n after tu...

tapi enSuami, emm
macam biasa la, mana dia mau cat2 ni..
tak payah nak susah2, dia cakap kat saya, hahahaha...
dia cakap nak tukar tikar getah je...
dan bersih2kan bilik ni.
baru manusia boleh masuk...
tau takpe....


sebelum pergi tengok bilik tu, saya dah tengok kat gambar dulu.
dan saya dah mula pun kerja DIY ni.
sebab hari pertama tu, enSuami beli printer baru untuk kegunaan sidang redaksi majalah.
balik tu, install software ke dalam kedua2 laptop.
esok tu baru cari2 template.
saya pasang cartridge, terus cetak...


Board tu, guna kertas kotak je...
saiz, ikut saiz frame A4.
sebab nanti notis dalam kertas A4, jadi board kena besar sikit.
biar ada lebih sikit bahagian board tu ala2 bingkai gitu...


kertas cetak ni, saya guna recycle jek, hakhak...
enSuami tak beli lagi kertas untuk majalah, so guna recycle je..
dah bahagian dalam tu tak nampak kan...sebab balut.

satu board ni, guna 2 helai kertas A4.
balut secara melintang.
sebelum balut tu, kena cantumkan dulu dua keping tu.
kena gunting sikit bahagian cantuman supaya tak ada kesan cantuman.

dulu saya balut fail 3inci, guna kertas sticker kan..
kali ni guna kertas biasa je.
sebab sticker dengan kertas kotak ni, mcm tak ngam je.
kali ni, guna gam je....
balut macam biasa, macam balut buku..


dan bulldog ni, adalah klip ni..
masa dok google cari idea ni, saya jumpa ada omputih tu guna klip ni.
panggil bulldog clip rupanya, ingat kan bulldog anjing tuh, kah kah kah....

tapi beli klip ni kat MRDIY, tak da la dia sebut bulldog clip plak.
round clip aje..
tak kisah ler.
asal fungsi sama.


Pagi tadi lepas Subuh, terus mula operasi nak gam klip ni.
mula ingat nak biar klip macam biasa je.
tapi ada juga omputih yang guna gam untuk kekalkan kedudukan tu.
sebab nanti di bilik majalah tu, saya ingat board ni sesuai tampal terus kat dinding.
tak ada chance nak gantung guna tali macam omputih buat tu..
sebab nak paku n dril, semestinya harus dielakkan.
jadi guna heavy-duty double tape je la nanti....


Notis ni dibuat untuk pembahagian tugas ajk sidang redaksi majalah.
dah 2 tahun enSuami saya sandang jawatan ni.
masih tak ada improvement, lagi teruk ada la...
balik rumah, dok membebel budak2 tak buat kerja.
bila tanya kerja apa yang Sayang suruh buat?
dah tak buat, awat tak marah kat depa?
isteri kat rumah plak kena tempias marahnya, heyyy...

berdasarkan 2 tahun tu, saya keluarkan semua kerja2 yang sesuai dan dibahagikan kepada individu.
kalau tak silap kali ini, 7 orang juga yang terpilih untuk sidang redak si ni..
jadi saya dah siap bahagikan kepada 7.
tahap beban kerja tu hampir sama adil.
dan ada due date.
MESTI!
baru kerja ada guide.

saya harap sangat notis ni berfungsi dengan baik.
bila bilik cantik, ada tugasan masing2, setiap orang berasa bertanggungjawab.
saya cakap, siapa tak buat kerja, xdapat sijil, muka xmasuk majalah.
Aci dokk????

Daisypath Anniversary tickers