Search This Blog

Thursday 12 September 2013

D.I.Y : Botol Perhiasan

Hai, kali ini DIY simple2 aje...
Xda la gempaq sgt, sekadar suka2...
Idea asal masa saya google nak cari balang kaca untuk simpanan rempah-ratus di dapur, terjumpa gambar ni...
Hiasan ni dari blog omputih...

Cantik kan?
Terus teringin nak buat..
Botol, ada idea nak amek dari mana...
Yes, botol sos!

Tapi saya xda la fresh flower mcm tu..
Masa pi IKEA lepas, tak sempat nak rembat bunga mcm ni, enSuami dah nak cepat2 ke kaunter
Xdapek ler nak cantik mcm gambar tu...
Walaupun tak ada bunga cantik macam tadi, saya cuba guna ja bunga2 yang ada kat umah.
Saya bukan suka sangat bunga2 ni.
First time beli bunga2 masa nak kawen dulu.
Dan bunga yang nak digunakan ni pun, bunga lebihan masa kenduri lepas.
Bila dibelek2 bunga yang ada, bunga dari projek centerpiece sesuai nak sumbat dalam botol ni, hehehe...
Saya dah cuba buat satu dulu.
Nak tengok dulu macamana hasilnya sebelum nak cerita satu2 kat orang.
Kalau tak lawa, kawan2 buat la lagi lawa...
Saya guna bunga yang ada je...
Kalau nak banyak2 lagi akan datang, nak hias rumah, boleh la beli bunga panjang2 mcm tadi.
Yang kali ini saya buat macam orang buat keychain botol atau botol pasir yang ada minyak tu...
Ye kot....
Barang pertama kita sumbat, kapas.
Nak guna pasir, boleh jugak...
Saya ada ja pasir kat depan umah tu, tapi agak tercemar la...
Kang nanti bau taik kucing plak, hohoho...
Sumbat kapas, sampai ke tahap yang diinginkan...
Pastu saya guna daun dari bunga tu.
Sumbat jugak.
Lagi cantik kalau dia boleh berdiri dengan jayanya kan?
Agak2 macam pemandangan dalam laut tak?
Rumpai laut sedang beralun mengikut ombak laut, cewahhh...
Sebabkan masih ada ruang kosong lagi kat atas tu, saya tambahkan lagi biji2 debunga ni...
Nak letak daun tadi banyak2 sampai penuh, jadi tak lawa bila bertindan2...
Nak bawak masuk biji ni susah sket.
Saya sumbat2 guna lidi je, hehe...
Nak adjuz supaya kedudukannya elok2 kat tengah2 rumpai laut tu yang susah..
Berpeluh gitu...
Suspen pun ada.
Kalau comot, bukan senang nak keluarkan balik, huhuhu...
Dah selamat disumbatkan...
Akhir sekali untuk touch up bagi lawa lagi dan berseri, letak satu bunga kat depan botol...
Yang ni pun terpakai dari barang hantaran pihak enSuami kepada saya.
Simpan semua segala mak nenek, kan boleh guna lagi kemudian hari, hohoho...
Ok, dah siap dua botol...
Boleh lah kan..
Nak menggunakan barang terpakai...
Xkuar sesen pun...
Semua barang yang saya guna, semua memang dah ada kat rumah.
Tunggu nak guna n tak guna aje...
Kalau simpan lama, rosak mereput, saya jugak yang rugi kannnnnnnnn
Ni lebihan bunga untuk hantaran saya kepada enSuami.
Yang ni carca marba, campur2 macam2...
Bunga kuning guna untuk pelamin.
Bunga ungu, hantaran dari enSuami.
Hahah, saja try, letak penutup asal botol sos ni...kekeke
Ntah macam pape je kan...
Ke elok lagi biar terbuka camni?
Bandingkan?
Nanti bila2 nak beli gabus la kan...
Cantik sket, klasik gitu....
OK, dah boleh letak2 untuk hiasan.
Sebenarnya tak tau lagi nak letak kat mana.
Ingat lepas beli rak serbaguna IKEA tu boleh la letak barang2 hiasan ni...,
Tapi...
Sebab dah guna rak tu di dapur....
Tak sesuai la sangat nak letak botol hiasan mcm ni kat dapur.
Sementara ni letak je la kat rak buku ni....
Kat bawah ni, bekas jem...
Dah lama dah buat.
Tengokla isi mende....
Cengkerang, kulit siput, dok kutip masa fieldwork kat pulau2 tiap2 tahun, huhuhu...
Yang ni, lampu batu kristal ke orang panggil?
Tapi tak da lampu, sebab dah terbakar.
Dan belum beli pun lagi lampu baru.
Housemate dulu, Dira yang bagi.
Saya rasa nak biar camtu je la, xyah nak pasang lampu2.
Ni pun susun buat hiasan atas rak buku jugak.
Rak buku ni sahaja sudut yang saya ada setakat ni di rumah.
Ada banyak lagi buku enSuami yang belum tersusun kat rak ni...
Kerja menanti, yo yo yo.....
OK, babai...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers