Nabilah pun nak wat mcm tu...(fikiran masa sekarang)
Dulu, masa muda2, bujang...
Tengok anak2 orang buat bising2 kat masjid, jadi cam geramm jer...
Bising lah.. terjerit2 lah.. lari2 depan saf orang tengah solat lah..
Memang xsuka la kan..
Tapi masa tu xpaham lagi pasal didikan untuk anak2 sebagai tanggungjawab ibu bapa tersebut.
Tapi bila tengok ada pasangan suamisteri yang baik (kategori orang2 soleh) bawa anak2 depa, anak2 pun soleh, diam aja sebelah mak bapaknya, sweetnya rasa..
Bila masa umur semakin meningkat terasa keperluan tu.
Harus dididik dari awal.
Tapi...........
dengan jaminan anak kita tu baikkkkkk.
Supaya kita senang hati, jemaah lain pun xsakit hati.
Tapi, orang kata, main2, bising2, lumrah dunia kanak2...
Tapi sejauh mana masyarakat kita boleh menerima keadaan sebegitu???
Malam tarawih Ramadhan ke3, enSuami pulang dari Surau merungut, ada jemaah yang bawa anaknya, bising, main2, sampai kencing kat karpet surau....
Aduhhhhh, berat jugak sih...
Bila ditanya, bapaknya xmarah ka kat anak dia?
Xtau la, wat dono ja bapak dia, mcm xda pa2..
Isk sabaq je la...
Persoalan : Salah jugak ke respon kita mcm ni???
Bagi diriku, kalau anak tu diam, xda masalah.
Dia solat sama mcm jemaah lain, xda masalah.
Tapi yang xpuas hati ni, kalau buat bising menggila la sangat.
Lagipun, surau xda la besar sangat.
Lain la kalau masjid, ada kawasan luas yang tidak digunakan oleh jemaah@saf solat.
Boleh anak2 lepak, sekiranya mereka tak mahu solat sekalipun.
Nak lepak, nak tidur, xkisah la asalkan xbising, itu kehendak masyarakat kita sekarang.
Bagi mereka, bila bising, xleh nak fokus, conpem la xkhusyuk..
Ada sapa berani mengaku, dia boleh khusyuk solat????
Iman kita xsekuat umat terdahulu.
Masih jauh dari kehidupan Rasulullah yang meraikan kanak2 di ruang solat malah cucu2 Baginda memanjat belakangnya semasa sujud. Orang Badwi pun penah kencing dalam masjid, Rasulullah xmarah sket pun. [sebab Rasulullah tau, mereka xpaham(tidak berilmu)]
Sampai bila, kita boleh mencapai tahap tersebut.
Dalam situasi di bawah, saya percaya anak ustaz tu dok diam sahaja.
Tapi jemaah lain tidak meredhainya.
Apa la salah anak yang dok diam di sebelah ayahnya yang menjadi imam?
Tepuk dada, tanya la iman..
Anak2 adalah tanggungjawab masing2 ibu bapa tersebut.
Kalau baik didikannya, baiklah hasilnya, anak2 yang soleh.
Mudah-mudahan saya dan suami meredhai keistimewaan anak2 lain yang datang mengimarahkan masjid surau.
Supaya bakal anak2 kami juga menjadi anak2 yang soleh dan diredhai oleh masyarakat.
Yang penting, KEFAHAMAN umat Islam masa kini dengan ISLAM yang INDAH.
Amin Ya Rabb..
Nak simpan di sini supaya ianya menjadi teladan dan peringatan buat saya dan kita semua yang bakal menjadi ibu bapa dan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia.
Usai mengimamkan solat Tarawih (baru berlangsung 2 rakaat) di salah sebuah surau di ibukota terdengar suara di belakang saf dari seorang Doktor berbangsa Myanmar : Hei Imam! Ustaz! Can you bring the boy outside. His disturbing! (Beliau merujuk kpd anak sy Ahmad Fatih yg berusia 4 tahun) Saya menjawab : "If the boy out I'm leaving with him as well" Sy melihat reaksi jemaah lain ada yg menggeleng kepala. Saya bertanya lagi : "Ada yg tak setuju sy jadi Imam lagi? Bersuara seorang lagi pakcik : "Ya lah! Ustaz selalu bawak budak mengganggu setiap masa!" Maka fahamlah sy yg mereka tidak redha. Saya pun meminta Imam yg lain utk menyambung dan sy sy terus pulang dr surau tersebut utk smbg tarawih di rumah agar mereka selesa bertarawih. Selayang pndg sy lihat surau itu mmg tiada anak2 yg kecil bersama...Zikir dan fikir Ramadhan 1433H
Blog ini dikenali dengan nama Tautan Hati NabilaHasyim yang ditulis sejak 2009 sempena dari nama majlis perkahwinan kami pada 13 Mac 2011.
Kini 2021, diberi nama baru sempena menghidupkan kembali blog yang telah lama tidak aktif bersama wajah baru.
Suka menghabiskan masa dengan aktiviti di dalam rumah seperti memasak, menjahit dan menghasilkan sesuatu yang berfungsi untuk kegunaan rumah dan keluarga kecil kami.
Semoga pengunjung blog Nabilahasyim Family sentiasa sihat dan gembira selalu sambil membaca blog ini.
Sebarang pertanyaan, permintaan dan iklan boleh emel ke: islamorangputih@gmail.com