Search This Blog

Wednesday 19 May 2010

Bavaria Beer

Hari ni, dapat aduan dari salah seorang saudara seagama kita yang sangat prihatin pada isu makanan dan minuman halal. 

Bavaria Beer Non alcoholic ni dijual di Bintang Bangi, di kawasan/rak minuman biasa dengan minuman2 lain seperti Mirinda, Air kotak Teh Bunga, Soya dan lain2. dan kebanyakan kedai2 makan Melayu di sini juga dijual. Saudara kita yang lain (Melayu) dengan tanpa rasa ragu2, dengan selamber badak, boleh minum.


Minuman ni dikeluarkan di Holland. Tiada tanda HALAL, tapi diisytihar non-alcohol, jadi ramai je yang membeli. Orang ni dah buat aduan ke PPIM, nanti PPIM akan datang utk amek sampel minuman ni di Pejabat ADUN.

Kalau tengok, komen2 kat website tentang minuman ni, ramai yang akan menyama dan membandingkan rasanya dengan minuman arak yang lain seperti Carlsberg dan sebagainya. Boleh dapatkn maklumat lanjut di internet.

Sekadar menyedarkan yang lain, kalau ada yang xperasan dengan fenomena yang berlaku di tempat kita. Kita xsedar pun minuman ni wujud, tapi orang lain dah bergelen2 meneguk minuman ni. Na'uzubillah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers