Wednesday, 20 April 2011

Pulas...jangan Tak Pulas......

Hari ni ada rezeki luar biasa..
Ada enLatib Manan, Ketua Kampung Sg Ramal Dalam bawak buah pulasan.

Dengaq ja pulasan, dalam hati waaaaaa, ceq xpenah makan lagi!

Tapi xleh terus menerpa nak makan, ada keja sat.

Pas2 bila stat nak makan, semawa kat enAmir..
Nabilah : Ha, enAmir mesti suka nih!
EnAmir : Ha benda pa tu?
Nabilah : Ha, makanan la. enAmir kan suka makanan.
EnAmir : Iyo la, makanan pa? Rambutan?
Nabilah : Pulasan...
EnAmir : Apa bezanya pulasan dengan rambutan?
Nabilah : Bezanya sebab dia pulasan la bukan rambutan. Nama pun xsama.

First time Nabilah pegang pulasan.
Bila tengok ni, memang la xsama.. 
Sejibik pun xsama dengan rambutan!
Pulasan kulitnya xberambut halus macam rambutan tapi tebal2 macam durian.
Dengar kata orang, nak makan pulasan kena pulas kulitnya.
Bukan macam rambutan.
Sebab tu la dipanggil pulasan.
Bijak takkkkkkk???
Jadi ceq pun pulas la kulitnya...
Susah gak ni, sebab tebal.
Pedih juga jari2, tapi nak makan jugak!
Bila tengok isi, sama plak mcm rambutan.
Teringat cerita dolu2...
Masa kem di Lembah pangsun, jalan2 kembara subuh tu, nampak buah rambutan.
Pas2 dok berleter kat kawan.

Wei, rambutan, sedapnya!
Tapi awat rambutan dia hitam?
Ni la tuan punya pokok, banyak sangat rezeki sampai xtermakan.
Dibiarnya buah rambutan buruk, hitam di pokok.
Bagi kami makan pun xpa, lagi baguih!

Huiiii..........
Rupanya ceq xtau... Tu pulasan bukan rambutan!
Buk, kena sejibik!
Tu pulasan la bukan rambutan.
Pulasan mmg la bila dah masak, kulit dia gelap nak hitam.

Apa beza pulasan dengan rambutan?
Dari jauh nampak sama ja macam rambutan?

Bayangkan seumur hidup dah masuk U, xpenah kenal Pulasan.
Ceq tau, rambutan ja, merah dan hijau atau pun kuning2 sket.

Ok, pengalaman hidup akan memberi pengajaran pada kita.
Saya baru berumur 26 tahun.
Masih banyak xtahu...
Maafkan saya ya, Kawan2..........

........Menunggu enSuami balik, untuk makan durian bersama2, ngeeee......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)