Search This Blog

Sunday 16 April 2017

BENANG DAN JARUM : DIY Barut Bayi dan Kaftan

Assalamualaikum...

Baru-baru ni yang kakak saya selamat bersalin anak kembar tu..
sebulan setengah sebelum bersalin tu, dia minta saya buatkan kaftan untuk dia pakai semasa berpantang..

Sebelum ni, ada dalam 4 pasang kain dia bagi saya bawa balik..
tahun lepas lagi, semasa saya ke rumahnya untuk kursus masak bersama Noxxa tu..
masa tu tak tahu lagi nak buat baju apa...


2 pasang kain cotton, 2 pasang lagi kain licin..
jadinya untuk kain cotton tu, saya siap cepat la untuk buat kaftan..
1 pasang bidang 60 [kain hitam], saya terus potong ikut bidang, terus dapat bahu dan tangan...
1 pasang lagi bidang 45 [kain krim], saya amek kain terus juga di bahu, di bahagian tangan tu, saya sambung je bagi panjang..
nak cepat siap, mood tak berapa nak ada untuk menjahit, huhuhu... [2 lagi kain licin tu, masih lagi kain, nak buat fesyen lain pula]

Tak lama lepas tu, kakak minta kalau ada lebihan kain, buatkan barut untuk anak..
anak dua la katakan, tapi dia minta sikit je dalam 10 helai..
yang dia baru beli pun ada juga...
Lepas siap kaftan...lama juga la nak sambung buat barut tu, aduhai....

Saya siap selongkar barang2 Hafni dulu nak cari barut dia tu, nak buat contoh..
kakak minta buat kecik je, sebab kembar, anak kecil je..
tapi saya ikut sama je dengan contoh barut dari kedai tu...
takut kecik2, kang tak muat pulak...


Lepas gunting kain ni, talinya tu yang paling penting..
saya tak guna tali putih yang selalu orang guna tu..

Masa dulu buat untuk Hafni, berbulu sangat talinya...
yang saya beli tu nipis sangat kot, itu je yang kedai tu bagi, saya beli je la...
kali ni tali tu buat sendiri dari kain yang sama...
saya buat sesiap cukup-cukup tali untuk semua barut dulu...
dah siap tali baru tanda-tanda jahitan pada barut...
dah siap semua peniti, baru jahit satu-satu tali pada barut..
buat langkah yang sama je, sampai siap semua barut...
dah siap semua, baru jahit tepi...

Kali ni, guna mesin jahit tepi je..
tak ada nak jahit tindih kasih sebelah dalam...
lambat, malas...
alang-alang dah ada mesin sendiri tu, apalagi gunakan je sebaik mungkin...
sebab tengok barut yang dibeli, kilang semua jahit tepi je..
jadi, saya pun tiru je...


Walaupun jahit tepi saya tak secantik kilang, boleh la kan...
selalu guna 3 benang je, 2 jarum je ada benang putih..
bila nak guna 4 benang, saya campur-campur je benang warna-warna, hehe...
kebetulan semua kain ada warna merah dan pink, jadi guna benang merah dan pink, gitu....


Dah siap 10 helai barut untuk anak-anak kakak...


Yang ni satu, guna kain flannel..
kebetulan ada stok lama dulu, pernah beli..
kononnya nak buat gendong Hafni, beli 4 meter..
tapi tak jadi pun nak mengikat-mengendong anak sendiri..
tak yakin nak belit-belit tu, hahaha...

Jadi ada banyak lagi lebihan kain ni..
tengoklah kalau rajin nanti, buat sarung bantal, tilam baru untuk baby ke [kalau perlu, kalau rajin] huhu...


Kain bear ni, dulu beli buat sarung bantal Hafni..
ada lebih sikit lagi, saya buat untuk anak kakak..
pastu tumpang sekali buat untuk anak sendiri..
kebetulan dah menjahit barut ni, buat sekali harung la..
tak tahu lagi bila mood nak mai...
lebih baik buat cepat-cepat..
siap awal, lega la sikit...

Barut Hafni yang DIY tu, kotor berkulat ke pe, 
mungkin kainnya tak bagus kot..
atau saya basuh tak bersih, kesan dari minyak-minyak masa sapu dalam pantang tu...
dengan tali berbulu lagi, dah tak comel nak guna lagi..
barut yang beli OK je, bersih-elok semua..
Jadi tambah sikit yang baru dalam 8 helai..
semua corak bear tu...

Alhamdulillah dah settle bab barut baby..
barang-barang lain tak ada sedia lagi..
kotak simpanan untuk simpan barang-barang baby je yang dah ada..
tapi tak ada kemas apa lagi..
tunggu nak beli bakul yang boleh tindan-tindan tu...

Dah ada bakul tu, baru nak mula mengemas-susun..
baru teratur sikit, ada bakul...

Bersambung lagi akan datang, hehehe...

Friday 14 April 2017

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

 Assalamualaikum..

Tazkirah Jumaat, minggu ini tentang rezeki dari Allah untuk umat manusia.

Semoga bermanfaat :)

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday 11 April 2017

Rutin Sarapan Saya buat masa ni...

Assalamualaikum...

Jumaat lepas dah cerita pasal minum air gula tu kan...

Sadisnya saya tersangkut juga dengan kencing manis tu..
Memang metabolisma badan saya rendah agaknya...
So tetap tak dapat nak elak GDM semasa mengandung ni, huhu (T_T)

Saya makan tak ada la berselera pun..
berat pun tak naik mendadak...
tapi dah keturunan je kot..
saya redha....

Harap jangan kritikal sangat la..
Kakak saya pesan, kena kawal pengambilan gula tu..
jangan sampai kena cucuk insulin pulak...

Alamak, baru tau kewujudan cucuk insulin tu semasa kehamilan..
dulu2 tengok ayah je dok cucuk2 badan sendiri untuk suntik insulin tu..
Nauzubillah, harap normal je...

Hari Isnin semalam, dah mula ujian BSP..
adoi penat nak berulang alik tu la, tak larat...

Dulu-dulu, ujian BSP ni buat di bahagian makmal..
sekarang semua kena buat di klinik..
sama juga kalau kanak-kanak, demam/sakit, mesti kena pergi bahagian ibu bersalin dan kanak-kanak..
tu yang berlaku lambakan di bahagian ni...

Dah la BSP hari Isnin kan...
hari Isnin tu, ramai ya amat, tak tahu nak cakap la..
dengan saya tak makan lagi sejak 10malam, pening je kepala..

Siap bangun lagi pergi ke kaunter, nak cepatkan..
buku saya masih lagi dalam bakul..
selagi tak dapat nombor giliran, selagi tu tak boleh masuk bilik nak amek darah..
dah tu, acaner...
terpaksa la minta cepat sikit, saya dah tak larat ni...iskkk

Sepanjang 4 kali ambil bacaan tu..
Alhamdulillah bacaan dalam bacaan normal, tak ada lebih, tak kurang...
tapi masa malam nak test tu, dia terus bagi tarikh untuk BSP yang seterusnya...
2 minggu sekali la jawabnya...
saya ingat sekali je sebulan, (T_T)

Ok la, berbalik pada cerita sarapan saya tadi
Inilah rutin sarapan pagi saya buat masa ni...


Lepas solat Subuh tu, memang terus masuk dapur untuk masak sarapan..
saya memang keturunan celik mata je, kena makan...
tak boleh la kalau lambat-lambat...
secepat mungkin saya akan masuk dapur selepas solat tu..

Tambahan sejak mengandung ni lagi la..
kadang2 tak makan malam, sebab lepas Maghrib terus tidur, dah tak larat sangat..
jadi bila bangun pagi, kelaparan la kan....

Dan mengandung kali ni, alahai angin satu badan tak habis2...
cakap kat doktor banyak angin, dia bagi ubat gastrik terus..
ingatkan doktor nak bagi ubat biji, sekali dapat ayaq kapooq, huhuhu..
tapi air kapur ni dah upgrade la, ada perasa mint gitu...
telan juga la...
tapi sekali je makan sehari, waktu betul-betul perut kosong..
waktu nak sarapan pagi...

Telan sekali dengan pati delima..
Madu kelulut...
Kalau ikutkan nak bagus lagi, kena tambah lagi dengan minyak zaitun dan minyak kelapa dara..
nak telan 3 ni pun dah tak tahan la..
habis telan ketiga-tiga tu, terus minum air kopi...

Memang kena sedia semua depan mata..
baru boleh mula nak makan..
hoi tak tahan kot...
rasanya macam2, susah nak terangkan....yerksssss...


Ni satu lagi sarapan wajib...
2 biji telur setiap hari..
Kalau ikutkan Penulis Pn. Aisyah Samat dari e-book hamil tu, dia buat scramble egg..
saya cuba jugak buat..
tapi macam bosan pula nak makan...
nak kena makan dengan roti...

Roti pun, elok makan roti bijirin penuh...
tapi tengok dalam gambar, nampak 2 keping kan..
tapi satu je yang saya boleh makan..
tak masuk pula tekak saya dengan roti bijirin ni...


Akhirnya setiap hari telur separuh masak je dengan sedikit kicap..
memang letak sikit je, nak bagi perasa sikit untuk telur tu...
tu pun enSuami suruh letak lada sulah bagai...
tak payah la, kicap ni pun terpaksa je letak..

Bila makan telur macam ni, mengimbau zaman kanak-kanak je...
saya sendiri pun dah terlupa sangat pasal telur separuh masak ni..
walhal kegemaran masa kecil dulu..
ayah memang suka buat telur separuh masak untuk sarapan..
almaklumlah, bela ayam telur sendiri...
memang kaya dengan telur la masa tu, Alhamdulillah...

Teringat balik sebab tengok video Prof Muhaya, dia sebut dia sarapan telur separuh masak..
terus terfikir boleh ganti dengan scramble egg ni..
buat telur ni lagi senang, cepat boleh makan...

Setiap hari makan telur ni saja tanpa roti..
tapi kena juga masak sarapan lain untuk enSuami..
nasib la kite, huuuuuuuu....

Bawah ni antara kepingan info/ilmu bermanfaat yang saya amalkan untuk kandungan kali ini..
Terima kasih pada bekas teman serumah bujang dulu yang kongsikan dalam group WA tu...
bila dapat info, baru la nak membaca...
nak mencari tu, jarang la sangat...
melainkan kalau terfikir nak tahu sangat, baru nak tercari-cari..heee

Benda pertama yang saya ikut yang ni..
sebab kes dulu, HB saya rendah..
so kali ni, kena jaga HB, biar cantik je angkanya...
Jus naga ni saya buat seminggu sekali..
kalau tak dapat, paling kurang sebelum nak pergi appoiment klinik tu, kena minum hahaha...

Sayur daun hijau ni, susah sikit nak buat..
tapi kalau susah sangat, beli salad je..
saya suka salad kerinting tu, rangup..
beli sebungkus tu pun, tahan berhari-hari, sampi melecur dah daunnya..

Ini yang saya sebut tadi, makan pati delima, madu, VOO, dan VCO...

Ini info makan telur 2 biji sehari..
Prof Muhaya sebut, maksimum 4biji sehari untuk setiap orang...

Masa beras nak habis tu..
saya cadangkan beli beras perang..
enSuami cakap beras perang tak sedap, dia pernah makan..
So beras perang tak dapat, jom beli beras basmathi..
kebetulan Tesco ada offer, Beras Cap Udang, tak pernah tahu ada Basmathi, tup2 besar2 dalam poster..
Apa lagi, amek terus beli...
Syok la dapat makan beras basmathi..
sebelum ni beli sekilo je untuk masak istimewa ke...
kali ni beli makan hari-hari..
boleh la ada 3 beranak je..
kalau family besar, kaya tak pe...
tapi kalau nak jaga kesihatan OK je la kan...
Baru nak merasa makan Basmathi, peghak sangat kan...hahahaha

Yang ni ikan kembung tgh mahal plak oi...
nak beli salmon tuna, belum lagi buat masa ni...
Untuk kurma, kismis tu ada makan..
untuk badam belum beli lagi..
baru-baru ni, ada buat kacang dhal/parpu pedas macam saya pernah buat sebelum ni...
ubi2 belum amalkan lagi...

Ha, yang terakhir ni je tak buat lagi...
adoi malasnya nak keluar rumah nak berjogging/jalan...
yang ni tak tahu la bila akan terlaksana, hahaha...
Doakan ye, Nabilah Ahmad rajin nak jalan, squat dan kagel huhu...

Haa, amacam...
bukan senang nak beranak kannnnnnnnnnnn..........
Daisypath Anniversary tickers