Search This Blog

Thursday 27 February 2014

MAJALAH SEKOLAH 2013 : SEMESTA Edisi ke-37

Assalamualaikum..
Hari ini nak tayang2 yang tak ada kaitan dengan rumah, hehe...

cerita pasal kerja2 sekolah enSuami.
tahun lepas, baru ja enSuami masuk sekolah ni dalam bulan Mac macam tu..
masuk2 terus dapat jawatan setiausaha/penyelaras majalah sekolah.
first time pegang jawatan penting macam ni, dia terkejut beruk, hehehe...

Tapi first time pegang, nampak macam berjaya..
dengan pnIsteri sekali kena heret buat kerja...
taip ucapan la, buat surat la, mentang2 la pnIsteri ni penah jadi kerani, laju je la buat kerja typing ni, kacang je saya jawab kat enSuami, cewahhh...
sebelum pi sekolah dia bagi kerja, bagitau kena buat apa2 itu ini, balik sekolah petang tu dah siap..

First time dapat jawatan, ada la beberapa idea bernas sikit.
esp kat cover majalah la...
enSuami kata nak design macam majalah betoi2...


Masa tu kebetulan ada majalah Pengantin kat rumah, saya amek tiru sebijik2..
siap ada code bar lagi, macam nak jual majalah lah katakan...
dapatla beberapa idea untuk hint title kat kulit majalah...
dah buat separuh, cikgu sekolah IT makeover lagi bagi nampak canggih...


Lepas tu enSuami nak tema kelip-kelip la plak..
dok Kuala Selangor la katakan...
saya pun xpenah pi lagi tgok kelip2 banyak2...


Amacam, nampak canggih tak?
enSuami balik sekolah tersenyum sampai ke telinga..
saya tengok pun pelik, apesal ni..
ghupenya hasil kerja dia dah siap...
Syoklah tuuuuuuu

Tup2 tahun ni kena jadi lagi, sebab hasilnya ramai yang suka.
macam boleh buat kerja, kena la pegang lagi jawatan ni..
dah tu, dah kering idea dah nak buat tema apa plak tahun ni?
nak kasi nampak canggih?
ni yang tak syok ni...

Tapi enSuami macam semangat je buat kerja..
baru2 ni pergi beli kamera untuk sekolah
senang untuk dokumentasi program2 sekolah.
buat masa ni, enSuami dah mula slot ambil gambar untuk kelas2..
yang ni la keja remeh yang melambatkan proses pembikinan majalah.
jadi untuk tahun ni, dia dah mula amek pengalaman tahun lepas untuk dijadikan panduan.
harap tahun ni dapat buat lebih baik lagi, insyaAllah..

Tuesday 25 February 2014

D.I.Y : Rak Rempah dalam laci

Salam kepada semua pembaca...

angin mengemas dapur..
sambil nak kemas, mesti ada2 aje benda DIY yang nak buat..
almaklumlah nak beli, tak berapa nak berada fulus...

lagipun Alhamdulillah ada je idea yang Allah bagi untuk selesaikan masalah yang saya hadapi.
yang penting bila DIY, memang ngam2 ikut keperluan kita sendiri.

sebelum pasang kabinet hari tu, saya dah mula buat kerja DIY mana yang boleh dibuat dahulu.
bajet saya, bila kabinet dah siap, boleh terus letak dan kemas barang.
tak da la masa tu baru nak mula buat, jadi bazir masa plak...

Sejak mula dulu hidup sebagai suri rumah di rumah sendiri [umah sewa], saya ada guna kabinet yang khas untuk dapur yang dibeli di kedai perabot.
kabinet tu ada laci kat bawah dapur.
masa tu saya guna laci tu, untuk letak semua rempah masak2 di situ.
bila nak buat kabinet dapur sendiri, saya nak keadaan yang sama juga.
jadi sekarang ada la laci bawah dapur.

sekarang ni nak buat rak untuk botol2 rempah tu.
saya guna balang/botol terpakai je..
awal2 dulu guna botol plastik petak.
sekarang tengah mengumpul lagi botol2 serbuk pati ayam/tomyam Knorr macam cerita entri lepas.

Kebanyakan blogger lain saya tengok, ramai letak label kat penutup.
saya sorang lain plak halnya, letak label kat botol.
sebab saya dah terbiasa dengan habit masa melabel botol sampel sedimen poliket semasa di makmal untuk tesis degree dulu.
mulanya saya label kat penutup botol juga, tapi kena tegur dengan pembantu makmal, katanya kalau penutup botol ni dibuka lebih dari satu botol pada satu masa, nanti boleh ingat ke botol ni untuk stesyen mana? sambil buat demo dia buka beberapa penutup.
jadi saya faham kesannya, saya akan tersalah stesyen sedimen kalau saya buka bercelaru.
sejak tu, dah tukar labelling kat botol plak.
sampai ke hari ini saya terpengaruh.
sebab tu saya lebih suka melabel pada botol.

Kelemahan kat sini mungkin label tak kalis air.
Solusi, mungkin salotape, mungkin laminate, atau mungkin kurangkan risiko berkaitan air.
saya nak ikut cara omputih yang kurang guna air.
diorang banyak lap guna kain saja, atau kita mungkin guna tisu dapur/kitchen towel.
setakat ni saya punya bekas rempah OK lagi.
cuma botol je tak seragam sangat.
guna mana yang ada dulu.

Mari kita tengok bahan2 yang diperlukan...


Ni dia botol2 Knorr tu, nampak tak cap dia?hahaha


Saya guna gulungan yang dalam tisu dapur/kitchen towel tu..
potong dua kat tengah...

keperluan lain, asas seperti pensel, pembaris, pisau, gunting, dan pita pengukur.

Dan semestinya kotak terbuang atau terpakai.
saiz ikut keperluan.
saya buat ngam2 ikut saiz laci tu.
dan bila ukur2, susun2 botol2 tu, memang sedang elok ngam2 jumlah kapasiti muatan....


Garis2, ukur2, ikut saiz botol, dan tetapkan tempat nak lekatkan roll tisu tadi...
Dah siap garisan, saya lekatkan roll yang dipotong dua dengan glue gun.
Buat sampai habis sehingga lengkap.


Bila dapat hasil macam ni, saya cadang untuk cat sikit.
nak balut dengan kertas/kain, tak rajin.
nak cat sebab nak ia tahan lama [keras] dan mungkin boleh kalis air.

Lepas dah cat, sedia untuk masuk dalam laci dan mula susun2 botol kat rak DIY ni.
Lupa plak nak ambil gambar masa proses cat.
saya guna cat kapur je, sebab nak habiskan baki cat dinding hari tu.
kalau boleh, eloklah guna cat minyak, baru hasilnya kilat dan licin sikit.

Tambahan, saya buat rak macam ni sebab saya guna botol bulat.
dan sebab utamanya sebab label saya ada pada botol.
jadi saya perlu baringkannya separuh [sekurang2nya] untuk mudah lihat dan capai.

Susun atur keseluruhan?
rambu-ramba lagi, heeeee
lain kali cerita dalam entri lain...

SELAMAT BERD-I-Y thumbs up

Monday 24 February 2014

MAJALAH SEKOLAH 2013 : Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum..
Lepas saya kongsi ucapan KPM, ramai yang tanya pasal ucapan Menteri Pendidikan.

Ok, kat sini saya kongsi lagi ucapan Menteri Pendidikan pada yang masih mencari..
Kesian kat cikgu2 ni...
Cepat buat sampai siap ye..
Chayok2x....

Boleh copy paste kat sini ja.
Maaf saya tak sempat nak attach apa2 dokumen doc atau pdf.

Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Satu Malaysia

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas usaha dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan dalam usaha mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan negara sepanjang tahun lalu dan sebahagian tahun ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada warga pendidik keseluruhannya secara berterusan akan menjadi faktor penentu kepada pencapaian kejayaan Wawasan 2020 kerana pendidikan adalah nadi utama kepada pembangunan modal insan yang akan menjamin kejayaan wawasan tersebut.

Pendidikan merupakan proses perkembangan ilmu pengetahuan serta pembentukan sahsiah generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Ilmu pengetahuan merupakan elemen penting kepada kehidupan masyarakat masa kini. Kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa menjadi teras yang berkualiti dan berkemampuan. Sejajar dengan itu, generasi muda hari ini harus berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad dalam menjayakan matlamat bagi menyediakan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia kepada seluruh lapisan rakyat di negara kita. Akhir kata, tahniah kepada Sidang Redaksi dan semua pihak yang terlibat berkolaborasi menjayakan penerbitan Majalah ****** Edisi ke-** sekolah.

Sekian, terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA”



TAN SRI MUHYIDDIN B. HJ MOHD YASSIN
Menteri Pendidikan Malaysia


kalau tak dapat copy, boleh tinggalkan emel, nanti saya emel semula..
harap dapat membantu sedikit sebanyak mehnah remeh temeh nak siapkan majalah sekolah...


Sunday 23 February 2014

DAPUR : Misi Kabinet Dapur SELESAI!


Alhamdulillah, misi pertama SELESAI!


Hari Selasa lepas,  pintu kabinet siap dipasang.
Ni gambar waktu pagi selepas dikosongkan kabinet ni..
bersedia untuk dipakaikan baju tak lama lagi, heee


Kalau tak silap, saiz konkrit ni panjang 8.5kaki.
Pasang wall cabinet 4kaki.
Tall unit 3kaki [2kaki utk oven + 1kaki untuk storan]
Kecil je kan, hehe...
itu ja ruang yang ada, ni dah habis maksimum dah selepas pecahkan dinding sikit kat tepi dapur tu.

Pemasangan bermula dalam 11.30 pagi, siap dalam 6.15 petang.
Yang datang ni sorang je, namanya Andy.
Dialah driver, dialah kontraktor, hehe.
mungkin sebab kabinet saya kecil je, jadi tenaga seorang pun dah cukup kot.
mula tengok, kesian jugak, sorang je buat kerja.
tapi nak buat macamana, dah kerja dia huhuhu...


Sebabkan lori ni ada depan rumah, ada juga jiran berhenti tanya, tentang kabinet dapur.
sempat la dia tengok sikit, tanya material, berapa kosnya.
saya pun bagi la no kontek Brian, dan bagitahu lokasi showroom diorang kat Setia Alam.


Kalau orang yang pasang KC jenis solid surface, mesti rangka awal dia macam ni kan...
yang ni untuk teras oven dan microwave.


Nak pasang rangka ni la lama sekali...
Dari awal dia mula, dalam pukul 4 petang baru nak mula pasang pintu...


Barulah nampak wajah kabinet dapur, hehehe...
Akhir sekali baru dia tolong pasangkan oven.
ingat boleh terus guna dah oven tu..
sebelum buka kotak lagi, Andy dah bagitau yang selalunya built in oven macam ni, tak ada kepala plug.
hah, ye ke? saya pun tak penah buka sejak beli.
nak katanya dah lama, sampai waranti setahun pun dah habis bulan 12 tahun lepas, sigh...

Keseluruhan lepas tu, lupa plak nak ambil gambar...
sekarang, dah lintang-pukang dapur ni, belum susun2, simpan lagi.

Lepas pasang kabinet ni, 2 hari saya terlantar atas katil ja, tak berapa sihat.
asalnya macam pedih2 hidung, selsema, tapi tak tahulah kenapa, sampai teruk sangat..
bila buka mata ja, rasa satu dunia berpusing..
melayan Hafni atas katil je la, sambil mata tertutup, buka sekejap2 je..
lebihnya saya banyak ajak dia tidur.
tak pernah dalam hidup saya jadi macam ni..
rasa macam dehydrate, kurang gula ke, medula oblagata saya tak berfungsi dengan baik untuk kesimbangan badan, Allahuakbar, xtau la nak cakap.

Alhamdulillah hari Jumaat baru boleh bangun dan buat kerja harian.
mengemas dapur belum selesai..
masih dok fikir2 lagi idea2 yang efektif.
kena bijak guna ruang, sebab kabinet kecil saja...
Emmm kena korek2 lagi idea dari sifu2 otai2 susunstur, heeee


Monday 17 February 2014

SOHO : Misi lantai kayu, SELESAI!

Assalamualaikum...


UPDATE 24 MEI 2014
Asbab ramai sangat tanya no telefon enSudin, saya letak kat sini sesiap lah.
Kot2 nanti saya terlambat balas ke kan...
No enSudin : 013 2789284
Apa2 nak bincang, boleh tanya dia sendiri tentang harga, contoh corak kayu.
Saya tinggal di Kuala Selangor, kalau yang luar2, boleh tanya dan bincang.
Siapa2 yang dah buat dengan enSudin, sudi2lah kongsi gambar dengan saya.
Nak juga menjamu mata tengok rumah orang kan, kekeke

Alhamdulillah selesai sudah penantian untuk menyempurnakan ketiga-tiga bilik dalam rumah ini...
Mulai hari ini, ketiga-tiga bilik boleh digunakan sepenuhnya sebaik mungkin...
no more store, no more longgok2 barang...
tapi, dok pikir la jugak, banyak2 barang haritu, nak letak mana ye?
huhu.......

Saya harap dapat selesaikan semua secepat mungkin...
masih berfikir, set2 gelas dan cawan yang dapat hadiah masa kawen dulu, nak buka semua ke dari kotaknya? atau simpan saja dok dalam kotak ye?
apa pandangan kawan2?

Gambar bilik ni setelah dikosongkan.
semua barang dalam bilik ni, transfer ke bilik sebelah.
Saya lupa, masih ada dua beg plastik botol, balang2 kosong kat tepi ceruk tu...
sampaikan masa enSudin pasang lantai tu, dia yang alihkan, LOL...
enSuami saya pun tak tolong tengokkan..apa daaa

~SEBELUM~
~SELEPAS~
EnSudin janji datang kol 8.30, dalam 8.45 camtu dia sampai depan rumah.
terus mulakan kerja.
saya sangat berharap dia dapat siapkan sebelum enSuami ke sekolah.
almaklumlah Sabtu lepas, ada sekolah ganti.

Dalam setengah jam pertama dia mula kerja, enSuami masuk tunjuk gambar ni...


Fuh, dah siap separuh dah? cepatnya.. takkan senang macam tu ja pasang?
enSuami cakap, ni starter dia... tu dia pasang cepat tu..
kena pasang tu dulu, baru boleh teruskan sampai habis...
tak sangka ye, lapik bawah kayu tu guna yang plastik kenyal2 tu, apa namanya pun xtau la. fiber kah?


Ni mesin pemotong lantai kayu tu...
terpaksa la potong2 kat luar, sebab rumah dah diduduki..
kalau tak duduk lagi, boleh la buat kat dalam..
banyak tu habuk2 kayu... mau terserdak, terbersin kalau camni, hihi.


Ni plak untuk skirtingnya..
ada dua pilihan kaler je, satu kaler kayu yang kemerah2an, satu lagi hitam terus.
saya pilih hitam terus.
sebab tengok ada orang tu buat, dia pilih hitam jugak.
lantai kayunya pun sama cerah macam saya..
kasi kontra habis, baru menyerlah, agaknya lah....


enSuami je yang dok pantau keseluruhan kerja...sambil2 dok snap gambar...
saya keluar tengok kejap2 je.. kalau Hafni nak jalan2...
Kalau nak menyusu, saya lari masuk dalam bilik...


enSudin tengah tanda ketebalan kayu kat pintu.
perlu potong sikit sebab ketebalan lantai dah bertambah..
nanti pintu tak leh bergerak plak...


Potong pintu, guna alatan lain plak...
kurus2 enSudin, buat kerja ni sorang je sampai habis...
cepat juga la prosesnya...
tengok dia pi mai, pi mai, dah nak siap satu bilik.
enSuami kata, teliti juga dia ni...
orang yang teliti je boleh buat kerja2 macam ni...
enSuami saya surrender la, dia memang bukan jenis yang boleh fokus benda rumit2 macam ni...

Nak pasang lantai ni, memang tak guna apa2 gam pun..
main ketuk2 ja supaya masuk ke 'flat-joined' yang ada...


Masa nak pasang skirting je, baru guna gam, silikon, dan paku...


Semasa proses pemasangan skirting.
pasang skirting ja nampak ambil masa sikit.
sebab ketara, perlulah kemas kan...
kebetulan tak tahu barang apa yang habis, enSudin minta nak ke kedai sekejap...
kami pun usha2 la ke dalam...

Uwaaaaaaaa, dua2 tersenyum...
puas hati lah tu enSuami saya, impian tercapai, cewahhhh.


Sementara nak tunggu siap, kami dok belek2 lantai vinyl plak...
sebelum ni dah tanya kat enSudin kalau nak pasang lantai vinyl kat dapur, dia boleh buat ke?
enSudin kata boleh buat, cuma harga kos mahal sikit untuk vinyl.
masa dia datang ukur tu, kami minta dia ukur sekali kat dapur, nak tau anggaran kos.
mulanya enSudin kata, kalau lamina pun tak ada masalah, kenapa pilih vinyl?


Kami pun terkejut, aik bukan memang macam tu ke kalau dapur vinyl, kalau bilik tidur lamina?
enSudin kata tak ada masalah juga kalau pasang lamina kat dapur, sebab dia sangat yakin dengan kualiti laminate Inovar ni... tak ada masalah la pasal air, lap je, tak ada effect pun, katanya lah...

Tapi, kami rasa macam nak pilih vinyl jugak la.
Mungkin ada sebab kukuh kenapa ZALDECO khaskan vinyl untuk dapur, lamina untuk bilik.
Bila tanya perbezaannya, enSudin jawab sebab vinyl getah..

Bila pegang tu, memang macam tikar getahlah...
lembut dan boleh lentur....


Yang seronoknya pasang lantai kayu ni, lepas habis pasang, boleh terus guna...
saya lap, ala2 cinderella ja...
tengok orang Korea lap lantai kayu dia pakai tangan, saya pun try la, kuikui...
nak amek feel, saiz bilik kecik je pun, xda lah mengah sangat....hihi.

Lepas lap, lending2 dengan Hafni.
ingat boleh tidur kat situ, sekali saya bangun pi buat kerja.
siap angkat meja, mesin jahit lagi letak siap2..
balik sekolah je, enSuami tengok, amboi cepat noooo...
Haaa la, ruang tu kan untuk kerja2 ayang, cewahhh.
ruang yang seciput kecil tu, khas untuk zon saya...
nak buat SOHO la katakan...

Secara keseluruhan, kami puas hati.
Kalau ada apa2, senang nak cari enSudin, orang dekat.
dia pun ada offer, kalau apa2 rosak, bagitau dia, dia boleh baiki.
setakat ni OK kot...

Untuk bilik ni harga asal enSudin bagi RM 950.
tapi masa bayar baki [RM 450], dia pulangkan pula RM 50.
So total RM 900 saja, Alhamdulillah rezeki.
Kalau nanti nak pasang kat dapur, kalau lamina harga sama juga RM 950.
Walaupun saiznya kecil sikit dari bilik ni, tapi dia ada kerja extra la, sebab ada tiles.
kena tampal dulu lubang2 antara tiles, baru boleh pasang. kalau bilik tadi, ada lantai simen semata, boleh terus pasang.
kalau pasang vinyl, anggaran kos dalam RM 1350.


Amacam, OK tak lantai bilik ni?
harap dapat positif tentang penggunaan lantai kayu ni...
first time la katakan...
bila pijak2, lembut2 macam pijak span.
camtu ke rasanya? huhu
hentam saja la...........

Misi mengemas la plak seterusnya...
adoi, adoi, adoi........

UPDATE 24 MEI 2014
Asbab ramai sangat tanya no telefon enSudin, saya letak kat sini sesiap lah.
Kot2 nanti saya terlambat balas ke kan...
No enSudin : 013 2789284

Sunday 16 February 2014

KEBUN : Bunga kangkung hari ini...

Assalamualaikum...

Ini bunga yang ketiga, keempat dan kelima...
Masa kali pertama bunga kembang, bukan main happy lah..
Sayang, dah bunga kangkung, sambil ajuk2 kat Hafni yang sedang didukung masa siram pokok...
apa la yang Hafni faham, kekeke...


Saya baru dok plan2 nak tuai kangkung ni...
dah kira lama dah la dia dah dewasa daun ni..
nanti tak sedap plak kalau tua sangat..
eh, ye ke?


Bunga ni kembang sekali je..
pagi kembang sampai petang, lepas tu dah layu, dan gugur...
hari ni baru berkesempatan nak ambil gambar..
suka dengan warna bunga ni yang putih bersih ni...




Lepas ni, boleh la tuai...
biar tumbuh pucuk yang baru plak...
lepas tu, boleh berbunga lagi...

Saturday 15 February 2014

Progres misi no.1 dan no.2

Alhamdulillah, semalam kami ke Setia Alam untuk membuat bayaran untuk kabinet dapur.
90% dah bayar, tunggu 10% bayar selepas pemasangan dibuat.
Lepas buat bayaran tu kat Brian, rasa lega sangat...
terasa hilang beban di bahu, hukhuk...
lama dok tertangguh kerana kekangan kewangan...
saya harap dengan bayaran ni, berakhirlah penantian tuuu, cewah...
Ni resit sebut harga pertama... tahun lepas punya cerita...
Masa tu booking RM200 nak buat konkrit dengan diorang...
Kebetulan masa tu kami nak pecahkan dinding, pasang tiles, semua bahan2 kena beli sendiri.
Pastu terfikir nak tanya tukang tu, boleh buat kabinet dapur tak...
Dia ukur2, kira2, dia amek upah RM900..
Alang2 dah ada simen, bata semua, kamipun minta buatkan sekali kabinet...
So dapatlah jimat sikit kosnya...
Takda la rumah nak kotor 2kali kan....
Yang terbaru punya quotation tinggal kos pintu, wall cabinet dan saya tambah 1kaki tall unit.
Laci bawah dapur pun, dia cas asing.
1set laci yang free tu memang dah dapat..
Ini drawing yang Brian bagi...
Ciput ni je, KC saya hehee..
cukuplah nak masak2...
kalau sorang je tukang masak, OK la..
kalau 2,3 orang, boleh terlanggar bahu la jugak, kekeke....
OK, saya rasa tak sabaq sangat....
selama ni dok menjamu mata, tengok KC orang je...
lawa2 kaler2...
ada 3G, 4G, lamina, solid nyatuh lagi glamer...
Masa awal2 dapat beli rumah, dah setuju nak 3G..
pastu lama2 tengok, terpengaruh dengan omputih, nak kayu la plak...
masa ni la enSuami nak membantah...huhu
dia kata tak mau la kayu, old fashion...
saya plak jawab, old fashion mende, evergreen kot, mahal tu...kalau pasang kayu, jemu2.. boleh jugak tukaq kaler, boleh cat2 kaler apa mau, kalau 3G tak boleh haaaaaaa......
tak mau, tak mau 3G juga, modennnnnn. MUKTAMAD enSuami jawab...
Akhirnya 3G la kan...
pilihan selamat apa lagi, kaler putih arrrr...
mula nak pasang hitam atau silver, tapi tak jadi lak...
akhirnya saya amek putih yang shining2 silver.. sparkling white ke pe ntah namanya...
dah dinding kaler merah, takut suram lak...
harap2 ngam la pilihan saya...
susah gak ni, takot nyesal kang, bukan boleh tukaq senang2, huuuuu...
Brian bagi tarikh pemasangan pada 19hb ni, maknanya hari rabu depan...
Saya setuju je la, lagi cepat lagi bagus..
hujung bulan ni nak balik kampung, saya harap saya boleh kemaskan dapur secepat mungkin..
baru senang hati nak balik kampung....
~Info tambahan untuk Brian, pembetulan dengan ukuran dan arah pembuka pintu kabinet~ 
Nak pasang pintu je pun...
Brian bagitau dalam 5 petang, boleh siap lah..
Tup2, dalam 3.30 petang semalam, dia tepon lagi.
Nak tukar tarikh ke 18hb lak...
Hah, lagi cepat???
Saya setuju aje, syokkknya yeyeh, p sms kat enSuami...
Hahaha, tak bleh blah....
untuk misi no.2, enSudin sedang dok pasang kat bolik sebelah..
saya dok sembunyi dalam bilik, tidurkan Hafni sambil update blog..
enSuami yang tengok, sambil ambil2 gambar...
Dalam setengah jam mula, dah 3baris dia pasang...
betoi ka cepat macam ni, macam sonang jekkk....
Ni baru susun, ketuk2...
Mungkin ada gam ape, saya pun tak tau la kan...
nanti nak keluar jap tengok..
Hafni dah tidur nyenyak, boleh la tinggal sat...
Jom nak pi tengok sat, lantai kayu idaman tu, kekeke.....
Babaiiiiii

Thursday 13 February 2014

INOVAR : Lantai Kayu Lamina @ Laminate Flooring


Assalamualaikum

Dalam senarai target kami, memasang lantai kayu adalah misi yang kedua...

Dalam plan setakat ni, bilik ini akan dijadikan sebagai bilik study, ruang kerja, mini library dan juga bilik solat..
apa orang kata sekarang? SOHO? Small office, home office kan?
okey nanti nak panggil SOHO lepas ni...

Masa proses renovate tahun lepas, enSuami sengaja tinggalkan bilik ni daripada pasang tiles...
masa tu dia dah cakap dah, macam teringin nak pasang lantai kayu.
kebetulan juga bajet juga agak membataskan..
dalam 5 bulan ni, bilik tu jadi bilik stor.
semua barang longgok kat situ.
lantainya pun berdebu habis...
kalau nak masuk cari barang, saya pakai selipar, sebab geli rasa kesat2 habuk tu, hihi.

Lama dah dok sabar, tengok bilik tu, nak mengamuk je rasa...
meroyan sorang2, hehe
bila la nak kemas bilik ni, bila la nak kemas, bila la nak siap jadi bilik...
soalan yang tiada kesudahan kalau tak da apa2 tindakan...

Bila masuk awal tahun ni, saya target bulan Februari kena habiskan semua kerja yang tertangguh ni..
biarlah kalau terpaksa ikat perut pun dua tiga bulan ni...
kalau dok bersuka ria, rumah macam tongkang pecah, buat ape macam tu...
nak ajak orang datang rumah pun malu...
ruang tamu tak ada sofa..
dapur ternganga, tak dak pintu...
toleh sebelah, ada stor plak sumbat segala mak nenek dalam tu...
setiap ruang serba tak kena, huhu...

Okey, kebetulan ada kawan cikgu sekolah enSuami pun nak pasang lanti kayu.
cuma lama dok terpendam, belum tercapai lagi.
dia ada kenalan sorang yang boleh pasang lantai kayu.
kami pun terus sms tanya dengan enSudin, namanya...

Ukuran anggaran bilik diberi.
dia pun kira2..
sebelum tu, saya tanya juga, jenis apa, atau jenama apa lantai yang dia guna...
sebab ada survey2 juga...
tak banyak review yang saya jumpa...
mungkin masa google haritu sekejap sangat kot...
ada kakak dalam grup FB NHR, siap review yang negatif lagi...
buat saya ragu2 nak pakai...
punca utama mestilah AIR...
tapi dia ada cakap juga mungkin sebab yang dia murah saja.
murah tu nak kata berapa RM, xtau la...

Tapi bagi yang pernah pasang lantai kayu ni kata, memang ada yang murah, tapi selalunya customer akan berkenan yang hat mahai punya...
kalau kita2 yang perempuan mesti nak tengok corak2 n warnanya...

lepas dapat anggaran kos, Alhamdulillah dalam harga mampu kami...
sebab enSudin kata, kalau 300kps lebih dia akan kira ikut kaki. kalau kurang 300kps, dia kira lamsam je.
bilik kami, lebih kurang 150kps sahaja.
so enSudin kira lamsam je la....
dan bila minta contoh, dia bagi katalog ni...


ohhh jenama Inovar...
OK la kot, saya ingat dia amek mana2 yang takdak jenama kang, risau plak jadi macam kakak dalam grup FB NHR tu...
bila belek2, kilang dia kat Bestari Jaya je, memang dekat la dengan tempat kami...
saya rasa jimat juga la, bila upah orang persendirian macam ni..
kalau pi cari company, saya tanya, dia bagi harga RM 1.4K ++...


Hari pertama tengok, saya dah tau dah nak amek yang mana...hihi
dengan yakinnya minta enSuami bawak ke sekolah, tak nak peram lama2 katalog tu kat rumah..
ye la, mana tau, ada customer lain nak tengok kan...
enSuami kata tunggu la dulu, nak mimpi2 dulu, corak mana yang cantik..
tu dia siap nak mimpi2 lagi..lantai kayu je pun, nak tunggu mimpi ka?
emmmmmmmm


Simpan dua tiga hari katalog ni kat rumah, buatkan saya boleh baca semua setiap muka surat dan perkataan...
Ketebalan ni ada dua, 8mm dan 12mm.
enSuami saya baca kat mana entah, sebenarnya ketebalan ideal untuk lantai kayu adalah 8mm. yang 12mm tu, trick saja, kira macam main tipu la...
betul ke, saya pun xtau...
kami boleh pilih 8mm saja, harga mampu bagi kami.
dan mudah juga untuk enSudin nak buat kerja. dia bagitau, dia nak buat 8mm saja, yang 12mm tu selalu mesin pemotong dia rosak, sebab tebal sangat.
ok la dia buat kerja sorang, kita paham, kekurangannya...
asalkan impian kami hampir tercapai, kami OK je...

Antara contoh2 design corak yang ada...
saya sempat scan 4 muka surat pilihan sajo...
yang lain2 belakang tu, dah mahal2, jadi tak tengok sangat, hihi...


Lama2 tu, nampak plak kodnya tentang Panel Format.
rupanya dalam sekeping lantai kayu tu, ada plak corak yang ada lagi susunan kayu dalam sekeping tu..
dia panggil plank..
maksudnya macam rajah di bawah


ok, faham tak?
kan da banyak line dlm sekeping kayu tu..
nampak macam susunan bata gitu...
patut la bila tengok rumah orang, macam crowded sangat lantainya..
rupa2nya memang ada jenis macam ni...
saya minat yang single je...
sebab nak bilik tu nampak luas, cerahhh...
sebab bilik tu terlindung, xda penerimaan cahaya matahari, disebabkan dapur..
saya harap bilik ni sejuk sikit dari bilik2 lain, sebab tingkap rumah menghadap cahaya matahari naik, jadi pagi2 tu, rasa haba sangat kat ruang tamu.
tambah plak cuaca sekarang yang tersangatlah panas.
habis kering kontang tanah...


Hari Ahad lepas, enSudin datang rumah ukur dengan lebih tepat..
dan dia pun dah amek kod design yang kami pilih...
siap minta 3 pilihan.
tapi saya tetap nak yang nombor 1.
harap2 ada la rezeki, kalau tak ada sanggup tangguh dulu la kot, huhu...
insyaAllah hari Rabu dia order, hari Khamis [mungkin hari ini] @ Jumaat boleh ambil stok.
Kemungkinan besar hari Sabtu nanti dia datang pasang...


Saya yang dah siap update kat sini..
nampak sangat lah dah tak sabar, huhu...
first time kot nak berlantai kayu ni...
takut dengan risiko penjagaannya.

Tapi memandangkan saya, jenis yang tak rajin sapu sampah dan mop lantai, tersangatlah sesuai dengan lantai kayu, kahkahkah.....


* sape terer, ce teka saya pilih yang mana, lol....
* nak tau yang real, kena tunggu minggu depan dengan hasilnya sekali, hihi....
SILA BERTABAH, kekeke

UPDATE 24 MEI 2014
Asbab ramai sangat tanya no telefon enSudin, saya letak kat sini sesiap lah.
Kot2 nanti saya terlambat balas ke kan...
No enSudin : 013 2789284
Apa2 nak bincang, boleh tanya dia sendiri tentang harga, contoh corak kayu.
Saya tinggal di Kuala Selangor, kalau yang luar2, boleh tanya dan bincang.
Siapa2 yang dah buat dengan enSudin, sudi2lah kongsi gambar dengan saya.
Nak juga menjamu mata tengok rumah orang kan, kekeke



Daisypath Anniversary tickers