Cik Teh masuk hospital, adalah berita yang mengejutkan kami semua sekeluarga!
Apa yang tidak kena padanya?
Demam yang berturutan selama 3 hari dengan berulang-alik ke klinik untuk semak darah dari semasa ke semasa, mengundang kerisauan.
Akhirnya petang Rabu disahkan ditahan wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Esok paginya tepon Mak, Mak bagitau CikTeh dah selamat operate semalam. Aik, sakit apakah yang sampai kena operate...
Disangkakan hanya demam denggi, tapi kena operate ni yang xpaham ni.
Doktor2 syak, CikTeh ada masalah kat apendiks, tapi bila dah bedah, apendiks nya sihat dan normal.
Jadi masalahnya???
Petang Khamis menjadi semakin gawat. Panggilan dari KakChaq merencatkan dada.
Musibah apakah yang melanda dirinya kini..
Kami semakin kebingungan.
KakChaq mendesak untuk kami balik malam ni juga.
Selepas infom pada BTeh, minta masing2 tepon bos untuk minta cuti kecemasan hari Jumaat.
Tiket dah dibeli, malam tu jugak kami pulang ke Kedah.
Khabar ini telah disampaikan pada enSuami, mohon izin untuk balik ke kampung.
Salam takziah dan kemaafan dikirimkan untuk keluarga di kampung kerana tidak dapat pulang menziarah
=(
=(
Hari 1 : Jumaat
Sampai pagi Jumaat di hospital, terus kami minta untuk masuk ke wad.
Ya Allah sedihnya melihatkan keadaan ini.
Macam xpercaya, pun ada.
Apa yang salahnya ya........
Tak terkata kami yang melihatnya...
Sempat plak curi2 amek gambar ni.
Lepas amek gambar, baru nak baca peraturan.
Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau mengambil gambar di sekitar katil pesakit di dalam wad ini.
Kuang kuang kuang....
Nasib bek dah amek dlu, klu x, mesti xberani nak klik lg.
Ada la juga 1 kenangan untuk tatapan pesakit bila dah sihat kelak.
Seharian Jumaat tu ada di hospital menemani Mak yang sudah 2 hari di sini.
Kesian Mak, dugaan demi dugaan untuk dia.
Semoga Mak tabah dan diganjari Allah untuk kesusahan ini.
Kesempatan gambar yang ada ni, diuplod ke facebook.
KakChaq di Sabah tolong tag kan pada kawan2 atau saudara yang berkaitan.
Mohon doa kesejahteraan dari semua yang dapat melihat.
Bila dah masuk FB, ramai kawan2 dia dapat tau...
Akhirnya petang tu, wad diserbu kawan2 rapatnya.
Alhamdulillah ramai yang berziarah.
Bila dah masuk FB, ramai kawan2 dia dapat tau...
Akhirnya petang tu, wad diserbu kawan2 rapatnya.
Alhamdulillah ramai yang berziarah.
Kami sebagai tuan rumah, kena adjuz giliran nak masuk.
Supaya siapa yang datang dapat masuk melihat CikTeh.
Sambil2 dok menunggu, bergurau-senda sesama saudara.
Ramai saudara mara yang dapat berkumpul memberi sokongan kepada kami sekeluarga.
Xkurang juga yang membawa makanan.
Berkelah plak kitorang kat ruang menunggu wad kecemasan ni...
Petang tu bawak angah plak pi main Elephant
Nak alihkan perhatian dia sebab Kak Murni nak masuk tengok CikTeh.
Kanak2 bawah 12 tidak dibenarkan masuk dalam wad.
Angah dok bergoyang2 ja kat Elephant ni..
Nak pi cuba yang lain?
Dia xbesa. Tapi Nabilah try menarik perhatian dia.
pas2 sket2 dia panjat tangga ni...
Penuh kanak2 ribena di sini.
Syok sungguh depa main...
Malam tu Nabilah balik tidur di rumah sebab Mak nak tukar baju baru, jadi Nabilah boleh amek kat umah.
BTeh teman Mak di hospital.
Hari 2 : Sabtu
~Nak bergambar dulu sementara menunggu~ |
~Kami, 5 orang yang sedang menunggu~ |
~Kami, 3 orang yang sedang menunggu, 2 lagi dah dapat masuk...~ |
Turun makan burger dengan BTeh dan BTam
Hari Ahad, boleh bawak Along plak main Elephant.
Sebab kali ni dia dibawa ke hospital, sebab di rumah dah xda sapa.
Semua ready nak balik ke rumah masing2 di Penang dan di Selangor.
Teringat masa dulu, kami makan sama sebelum kenduri, reward untuk tolong bersihkan rumah sebab nak kenduri.
Nabilah, Mak, CikTeh dan CikTam...
Kami makan chicken chop semua.
Naik 2motor, hujan2 pun kami pi jugak.
Sebab tu dah malam last dah, nanti semua saudara2 datang, xleh dah nak keluar.
Humaira : Jauh di sudut hati, harap sangat CikTeh dapat mengambil iktibar dan menghargai segala perhatian dan doa serta usaha orang2 terdekat yang menziarah, mendoa sepanjang dia terlantar di hospital. Semoga menjadi anak soleh kepada Mak yang telah bersusah payah menjaga dan berjaga selama 2minggu di hospital. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)