Friday, 4 July 2014

DAPUR : Kos keseluruhan kabinet dapur

Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu.

Sebab ada yang tanya, baru nak godek2 secara terperinci perbelanjaan keseluruhan.
Dulu dah plan nak kongsi kat blog.
tapi lama sangat dah tak terbuat, rasa nak buat2 lupa je la...
Bila ada yang tanya, baru teringat balik, adeh..
Jom la kira2 secara detail, kosnya.
boleh juga saya ingat sampai bila2, kos nak buat kabinet dapur ni kan...
orang lain pun boleh sedia anggaran bajet untuk kabinet dapur idaman masing-masing.
nak menabung sehari 5kupang [ngeh ngeh], bukannya sekejap boleh dapat hasilnya, heee...

Quotation kat atas ni, masa awal2 kami ke showroom Everskill di Setia Alam.
masa ni saya ingat sekali gus je senang buat konkrit terus dengan ES ni.
So, totally dalam RM 5300.00.

Selepas tu, kebetulan kami nak pecahkan dinding dapur sikit untuk tukar kedudukan pintu dapur.
Asalnya, laundry area, luar rumah.
bila pecahkan dinding, jadi ruang tu, ada dalam rumah, merangkap jadi kawasan dapur.

Masa nak buat kerja2 ni, family mertua ada upah orang Indon ni buat parkir kereta kat rumah.
Jadi enSuami pun nak diorang juga buat untuk rumah kami.
Ambil kerja dengan Indon ni, Abang Mael dan geng, diorang hanya amek upah bina sahaja.
semua barang2 kena beli sendiri.
Masa ni la kena singgah tanya semua kedai hardware berdekatan, survey2 harga belaka.

Nak jadi cerita, masa kami nak buat ni, time tu la, harga simen naik mendadak.
Asalnya simen harga RM 15, naik jadi RM18.
Lari bajet la jugak masa tu.

Jom kita tengok catatan perbelanjaan dalam simpanan saya selama ini.

Binaan Kabinet Konkrit
1
Tiles 2’x2’
RM 24.00 x 12pcs
288.00
2
Tiles 1’x1’
RM 1.70 x 24pcs
40.80
3
Simen
RM 18.00 x 11pcs
198.00
4
Kapur
RM 2.50 x 3pcs
7.50
5
Bata
RM 0.22 x 100pcs
22.00
6
Pasir
RM 55.00 x 1pcs
55.00
7
Besi Y 10
RM 15.00 x 2pcs
30.00
8
Simen Gam
RM 11.00 x 1pcs
11.00
9
Simen Susu 4L
RM 20.00 x 1pcs
20.00
10
Kayu 1’x2’x8’
RM 2.80 x 5pcs
14.00
JUMLAH
686.30

Saya rasa ini sahaja bahan utama untuk binaan kabinet konkrit.
Yang simen tu, mungkin kurang sikit [tercampur dengan binaan dinding pintu dapur].
Bata, tak ada la sampai 100pcs guna, tapi memang kena beli 100, kalau nak kira kena cas lebih sikit, tengok kedai jugak la.
Saya memang beli 100 la sebab nak buat dinding lagi.
Jadi campur upah bina, RM 900 + RM 686.30 ~= RM 1586.30.


Anggaran kasarnya macam tu lah.
Kalau buat solid surface, tak ada la nak kotor2, bersimen bagai.
Saya pilih konkrit untuk ketahanan masa panjang.
Harapnya sekali keluar je la belanjanya.
Risiko konkrit tiles ni, tiles boleh pecah je la, tapi tak runtuh.
Masa nak beli tiles tu tukang suruh cari yang mahal sikit, kos dalam RM 20++ sekeping, untuk kualiti ketahanan.
Cari punya cari, dapat la tiles sekarang memenuhi corak, warna dan harga.
Saya beli jenama MUDA IHSAN. Produk Malaysia.


Kalau nak beli, kena beli ikut kotak, 1 kotak ada 4pcs, kedai tu tak jual loose, nanti rugi.
kena la beli 3kotak dapat 12pcs, walaupun guna 10pcs je, hukhuk...
Dah mula nampak kabinet dapur, heee...
Masa ni saya buat keputusan nak tukar buat konkrit dengan Abang Mael sebab nak jimatkan kos.
Alang2 dah beli bata, simen bagai, saya pun minta enSuami tanya, kalau buat kabinet dapur boleh ke tak...
A.Mael cakap boleh buat.
Dah kira ukur semua, dia kata upah RM900.
Selalu kalau nak kira kasar, kalau kerja2 binaan ni, kalau barang RM900, upah pun lebih kurang RM900 juga.
Jadi kalau A.Mael kata upah 900, kami kira2 bahan2, lebih kurang juga RM900.
Jadi setuju je buat dengan diorang.
Senang sekali kotor je, nanti Everskill datang pasang pintu je...
Jimat sikit je.
 
Selepas selesai konkrit, lama juga la kabinet ni terbiar..


Lepas siap ni saya bersalin, berpantang.
Sepanjang masa ni tinggal kat rumah mertua.
Dalam bulan 11 macam tu, baru tinggal sepenuhnya di rumah ni.

Dari bulan 11 sampai Februari, baru nak pasang pintu.
Huuu, bajet tak cukup.
Bila dah ready nak buat, baru panggil Brian semula untuk datang ukur balik.

Quotation terbaru tanpa konkrit top.
Laci 2 tingkat tu saya tambah.
Letak bawah dapur.
Pastu tambah 1kaki tall unit untuk storan makanan kering sebelah oven.

Sebelum nak pasang tu, kami ke pejabat ES sekali lagi untuk bincang sikit pasal pintu, dan pembayaran 80%.
masa ni, saya tunjuk rajah ni, untuk makluman arah bukaan pintu kabinet.

Penting ni cerita pasal arah bukaan ni.
Sebab kita yang nak buat kerja kat dapur ni.
Kita je tau mana yang sesuai dan efisyen.
Nasib baik saya bagitau, kalau tak, pintu sebelah dapur dan tall unit tak sama dengan yang saya nak.
jadi masa ni la, boleh betulkan siap2, sebelum orang pasang.
Kalau dah siap, tak boleh nak melatah lah, salah sendiri, siapa suruh tak cakap kannn, hee...
Dan yang penting, masa pemasangan kabinet, jangan tinggalkan mereka di rumah tanpa pengawasan kita.
Kesilapan besar, kekdahnya...
Sepanjang dia pasang2 tu, kita boleh tengok kerjanya, kalau nampak ada musykil, silap ke, boleh tanya.
Saya memang ada kat rumah dengan Hafni masa tu.
Sikit2 saya tengok dan ambil gambar juga.
Boleh sembang2 tanya, pasal penjagaan dan keselamatan penggunaan tu.
Masa Andy pasang laci ni pun, dia sempat lagi tanya saya, mau isi apa laci besar ni, heee
Saya pulak, dok lukis2, ukur2, para tall unit untuk minta dia potong jadi kepada 4 keping.
Pandai2 je saya amek para tu, macam tau2 je untuk tall unit punya.

Masa pasang kat bahagian microwave tu, kedudukan kotak storan tu macam terbalik, yang microwave lebih besar daripada kabinet atas.
kalau tengok dalam 3D, ruang untuk microwave tu muat2 je untuk microwave.
Saya pun cepat2 tanya dan tunjuk rajah tu.
Dia kata ukuran dalam dia punya kerja memang betul apa yang dia buat.
Cuma gambar tu je memang macam tu, dia tunjuk gambar muat2 microwave, sebenarnya tidak.
Tapi lepas tu dia ada shelf 2 kaki ekstra, asalnya untuk letak kat kabinet bawah oven tu, tapi masa tu pun dia tanya, mau isi apa kat bawah tu.
Saya pun tunjuklah nak letak mixer tu. Dia pun ukur, jadi muat2 je kabinet bawah tu.
Memang saya bagitau Brian, bawah oven tu, saya nak letak mixer, memang dia ukur mixer saya tu masa dia datang rumah.
Jadi memang ngam2 la, semua barang2 dah ada tempat masing2.

Jadi shelf yang lebih tu, saya guna buat para di ruang kosong atas microwave tu...


Inilah rupa kabinet dapur pada hari2 biasa.
Teringin nak kosong kat table top tu...
tapi, ada ja benda nak longgok2 kat situ, heyy
terutama sekali pinggan yang tertiarap tu.
masih belum ada penyelesaian yang efisyen.
Lain kali kali cerita lagi pasal ruang kat situ...
Begitulah ceritanya.....
TOTAL ~~ RM 4656.30
*3posen pun ada ka, aptb heee*

37 comments:

  1. bila tengok dapur sis..cantik dan besar.. harganya pun boleh tahan...

    ReplyDelete
  2. cantik!
    kena bijak memilih kan?

    ReplyDelete
  3. Askum nabila.. saya khatam banyak entry blog ni hari ni. Tujuan asal nak survey pasal kabinet dapur, terus menerus baca berpuluh2 entry dlm blog ni. Seronok dengan semua perkongsian nabila ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Aisy Nasiha,

      Terima kasih sudi baca blog ni.
      Perkongsian biasa2 je.
      Harap bermanfaat apa yg dtulis dan dibaca.
      InsyaAllah.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih kembali.
      Semoga bermanfaat..

      Delete
  5. kabinet lebih kurng sama mcm kitorng,,tp kitorng tekena hampir 7 riban,,kwn pekena kwn sbb kenal punya hal,,pehh...nyosall

    ReplyDelete
  6. Kepada kawan-kawan yang sedang merancang untuk menghias rumah dengan kitchen cabinet, mahu melakukan renovation dan inginkan tingkap atau pintu yang diperbuat daripada aluminium dan kaca.. Mohon jangan segan-segan untuk hubungi saya di 012 -991 5234 ( Nazrin ). Kawan-kawan juga boleh lawati blog saya di http://3gkitchencabinet.blogspot.com untuk melihat lagi pelbagai produk lain.. terima kasih..

    ReplyDelete
  7. asskum cik nabila ada tak no org yang buat table top tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Liza, lmbt sgt nk bg no fon ni.
      Asyik lupa nk amek no kt fon ensuami.
      En mail... 0176501030.

      Delete
  8. assalam nabila..barang2 untuk table top beli sendiri ke? rumah dekat puncak alam eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, brg2 beli sendiri, sbb tukang ni amek upah je..
      Umh kt Kuala Selangor :)

      Delete
  9. Replies
    1. Salam kak.. boleh w.app kt saye utk design dan harge.. 0175407774

      Delete
  10. Berapa lama abg mael tu amik masa nk buat table top tu yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kira table top shj, dlm masa sebulan dh boleh siap, klu brg semua ada lengkap.
      Mcm kes sy, tiles 2kaki tu lambat sikit dpt, so off dlm 3hari kt table top tu..

      Delete
  11. salam, boleh bagi no org yg buat table top?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En mail... 0176501030.
      WhatsApp dia dulu maklumkan nak upah keja.. Nanti dia tepon balik..tq

      Delete
    2. OK2..SY TRY WHATSSAP DLU..TD TERPIKIR JGK MAYB UTK WHATSSAP JE

      Delete
    3. Agak2 dia ada buat area lain tak, mcm area Bangi ke Kajang ke.... Hehe..

      Delete
  12. TP TRY CALL XDPT NO TU..BELUM SEDIA ADA..APA MAKSUD DIE YE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tgok whatsapp dia OK je..
      Mgkin no tu hanya utk whatsapp je, xleh call..
      Cuba whatsapp je dulu..

      Delete
  13. terbaik lah planning.kabinet pon nampak cantik. saya plak kena bersabar nak tunggu kabinet dapur siap sepenuhnya. Dibuat oleh kontraktor bumiputera

    http://jendeladapursaya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. Sy kne quotqtion 13k..rse nk pengsannn

    ReplyDelete
  15. Salam..nk tanya kitchen cabinet guna metarial apa yeh? Kdi kitchen cabinet kat mana yeh? Tgh survey juga

    ReplyDelete
  16. Table top, konkrit.
    Pintu, 3G.
    Everskill design, Setia Alam. Tmpt lain pn ada, boleh Google utk cawangan yg terdekat.

    ReplyDelete
  17. DAPATKAN KABINET DAPUR BARU SEMPENA HARI RAYA DAN NIKMATI POTONGAN SEHINGGA 10% DARI KAMI DI FABELLO DESIGN
    - Percuma pemasangan kabinet
    - Max 2 hari pemasangan
    - Percuma wallpaper
    - Percuma perkhidmatan perundingan
    design dan sebut harga.
    - Percuma gambaran visual 3D
    Hubungi kami di talian 013-381 3833 / 0133833 566 atau 03-55232345
    atau boleh terus ke showroom kami di alamat berikut
    No 26A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah d 9/d, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
    atau boleh ke :
    Instagram : @fabellodesign
    Facebook : Fabello Design
    Website : www.fabellodesign.com

    ReplyDelete
  18. En. Mail kontraktor tu org kuala selangor jgk ke? Sy igt nk guna khidmat dia jgk utk renovate rmh sy nt.sy tinggal di malawati jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. En mail tu tinggal di ijok.
      Boleh whatsapp dia utk tya ye..

      Delete
    2. Assalamualaikum.. 012 2528706 Mat. untuk khidmat tukang rumah.ubahsuai rumah dan lain2..

      Delete
  19. http://cabinetinterprise.blogspot.my/2016/08/rab-cabinet-dapur.html?spref=fb
    minat lgsung call

    ReplyDelete
  20. 0172943954 silakan anda menghubungi kami

    ReplyDelete
  21. Dh tak aktif nombornya.ada nombor lain tak

    ReplyDelete
  22. Dr karbinet menawarkan harga dan servis yang terbaik untuk karbinet dapur anda.. Lakaran dapur juga akan dibuat dalam 3d untuk memudahkan para pelanggan.
    Hubungi kami 0148437319

    ReplyDelete
  23. table top tu berapa kaki? upah sekaki berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, dia xcakap berapa RM sekaki..
      Lepas ukur tu, lamsam RM 900 utk upah shj, brg2 beli sendiri.
      Klu xsilap kabinet konkrit ni 8-9kaki shj..

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)