Search This Blog

Tuesday 24 August 2021

Roti Puri : Baru nak cuba buat sendiri

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Selama ni dok makan roti puri yang mak mertuaku bancuh adunan nya. Lepas subuh tu masuk dapur, baru la tolong² nak gelek² ke, tolong² goreng ke..

Dua hari lepas tengok FB live Bainun Beauty, masak² roti Arab dengan opahnya. Masa tengok depa goreng tu, siram² minyak panas sampai kembung tu, macam roti puri. Tapi saya tak da la komen apa². Tunggu biar orang lain yang komen. Mana la nak tau, lain negeri, lain panggilan nya. Sbb roti puri ni pun saya kenal bila dah kawen. 26tahun dah hidup, baru nak tahu, hahaha.. 

Bila org lain komen², kita tumpang baca. Org cakap beza roti Arab tu sebab pakai yis dan susu pekat. Roti puri ni, 4 bahan ja, tepung gandum, garam, minyak dan air. Oo mcm tu ke...

Pastu dah tengok orang buat. Terliur la jugak, sebab dah lama tak makan. Dah jarang balik sejak² PKP ni. Orang komen makan dengan sardin sedap nih..

Memandangkan ada stok sardin beli hari tu. Yg produk Muslim tu, esoknya nak buat terus. Bila cakap nak minta enSuami masakkan sardin, dia kata nak makan dengan pulut pulak..

Alang² dia Suh masak pulut nak makan dengan sardin, boleh lah saya makan pulut dengan durian πŸ˜† Durian 3biji dia beli, baru habis 1biji. Sedap je durian tu, tapi tak laju nak habiskan. Rimas pulak peti sejuk dah bau durian sampai ke freezer. Bila nak habis tak tau..


So jadilah sarapan pagi semalam macam ni.
Menu pulut Kedah style vs Selangor style 🀭. Pastu tengahari tak masak, nak enSuami belanja Syukor Burger πŸ” yang Bukan Burger Biasa tu..


Burger dan patty jenama dia sendiri. Memang besar gila. Kalau saya tak kelaparan, saya tak mampu nak habiskan 1biji tu. Nasib tengahari memang ready perut nak makan burger tu. Nak makan sebiji sorang 😜. Yang saya punya order, daging lembu. Sebab first time, saya rasa macam patty nya tak berapa masak kot. Merah lagi, masih bau² lembu gitchuu.. kalau patty Ayam sedap je makan. Next time nak try lamb pulak..

So sardin pagi semalam, tak habis, pagi terjaga awal, semangat nak buat roti puri. Dok ragu² nak buat roti puri ke roti Arab πŸ€” macam nak try resepi simple dulu tanpa yis. Kalau tak jadi kembung, next time pakai yis pula.


Sukatan yang saya guna:

2 cawan t.gandum
¼ cawan minyak
Sedikit garam
Air secukupnya

Gaul semua uli² sampai sebati, doh tak melekat kat tangan. Pastu korang rehatkan. Tutup bekas tu, macam nak perap adunan tu. Orang kata 15-25minit. Tapi saya biasa tengok mertua dia buat awal sebelum subuh ke sebelum tidur ke. Sebab dia guna bread maker, so boleh tinggal kan Aje bahan² tu..

Lepas selesai solat subuh, baru masuk dapur nak goreng. enSuami terkejut saya nak buat roti puri. Saya minta tolong dia goreng kan, saya gelek² tepung. Sebab kalau dapat buat serentak lagi bagus.

Cepat siap, sedang elok lah adunan 2cawan tepung tu untuk family kami. Tak sampai 20biji kot ikut saiz korang gumpal. Saya buat kecil sikit dari bola pingpong. Nak buat besar/tebal, takut tak kembung. Ye lah first time, cuak kalau tak kembung. Alhamdulillah menjadi elok. Happyyyyy sangat πŸ’ƒ


Nak buat dan bahan² pun senang je. Boleh la buat selalu, hahaha. Makan dengan sambal sardin semalam dengan kuah kari ayam yang saya buat stok untuk roti jala. Last last, makan dengan sardin jugak yang sedap. Kari tu saya tak ambil langsung. enSuami je yang makan.πŸ˜„

Korang jemput follow 


Lepas ni, bolehlah kita berukhwah dalam media sosial lain, sebab ramai yang dah tinggalkan dunia blog ni kan.. kat sana boleh Like², comment² kat FB/IG/TikTok πŸ₯°

Nanti komen "hadir dari blog NABILAHASYIM tau". Nanti saya follow back awak² semua. Sayang ketat² 😘

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo


Wednesday 11 August 2021

Viral : Baru nak cuba roti jala jelita eh Pelangi πŸ˜‚

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Viral la plak kan, roti jala pelangi ke namanya..

Selalu dok nampak enSuami yang tunjuk kat FB. Sebab saya jarang buka FB. Sebab tak nak ikut viral² ni, nanti semua nak buat.. pantang tengok orang buat, kita pun nak buat. Lagi² kalau masak² ni.. makannya idok.. seronok nak masak je.. 😝


Roti jala ni memang favourite enSuami. Turun ke anak² pun suka. Saya kalau makan, sampai 4biji je. Lebihnya serah kat enSuami dan anak² diorang boleh makan sampai habis πŸ˜‚

Memandangkan viral orang buat 🌈 kita pun nak try. Tapi dah bancuh tepung malas plak nak buat. Sebab bekas picit ada satu je. Susah pula kalau nak buat 2 Kaler tu. Paling boleh pun, guna piping bag lah..


Tapi adunan kan cair² je. Kalau piping bag mesti leceh. So tak jadi la nak buat pelangi. Kita buat kaler² ja. So senang ikut turn habis satu Kaler buat Kaler lain pula. Kali ni just bahagi 3 bahagian. Plan nak buat Kaler hijau, kuning dan merah.


Susun kuning tengah. Kombinasi Hijau-Kuning (Kedah) dengan Merah-Kuning (Selangor) gituu.. Lepas dah siap hidang, enSuami excited tengok roti jala kaler² ni.. tapi merah tak berapa nak jadi Merah, dapat ala² pink je. Tak berani nak letak Kaler banyak², kang merah Ang Ang pula πŸ˜†

Dua tiga hari selepas tu, nampak kawan update roti jala pink purple, tengok cantiknya..😍 Isk tak leh jadi ni, macam nak kena cuba juga ni roti jala pelangi ni. 3hb lepas buat lagi roti jala pelangi pink-purple.


Tadi kan saya cakap botol ada satu je. So saya cuba dengan piping bag je lah. Bertabah lah juga guna piping bag ni. Sebab adunan laju turun. Pastu kalau tepung yang berbaki dalam piping bag tu, kena picit balik masuk bekas asal, sebab tak nak leleh², membazir, sayang tepung. Yang botol kaler purple. Yang piping bag kaler pink. 

Mula² saya picit botol dulu, baru picit piping bag. Tapi sebab piping tu leceh, ambil masa nak setelkan, jadi lama sangat untuk yang purple tu kat kuali, jadi yang purple tu tergaring sikit lah, belum hangit lagi,πŸ€—.


Pastu saya tukar buat pink dulu, setelkan pink, picit botol purple, sekejap je lah setel. Lama² dok gulung ni, teringat yang orang buat nampak smooth licin je. Saya punya nampak kesan gorengan. Pastu terfikir, entah², orang terbalikkan kot yang sebelah atas, gulung sebelah luar, macam kulit durian crepe tu. Pastu cuba buat tengok, baru nampak cantik macam orang jual..


Licin je kan? Betul tak?
Yang bahagian bawah tu yang awal² gulung. Sebelum ni tak ada buat kaler², just kuning serbuk kunyit je. Buat pun untuk makan sendiri, bukan untuk dijual ke pe.. so tak ada lah amek kisah, lawa tak lawa.. bila tengok orang buat, baru la nak terfikir apesal roti jalaku tak licin glowing macam orang jual. La ni baru ku tahu hahaha 🀣


Okay lepas ni boleh buat cantik² dah. Dah tau tipsnya.

Resepi Roti Jala NabilaHasyim

1biji telur
1/4 cawan minyak
2 cawan t.gandum
2 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (kalau nak kaler lain, tak yah letak)

Saya letak ikut turutan bahan tu. Saya bancuh dalam jar air, 1L pun muat, tapi leceh sket nak kacau² nanti. Kalau besar sikit jar tu senang sikit nak mix nanti. Kacau dengan whisker. 

Lepas sebati semua, kena tapis masuk jar lain pula. Pastu kalau ada botol picit, senang nak tuang. Kalau pakai acuan bulat yang lama tu, lagi senang nak tuang adunan dalam bekas acuan tu. Saya tak suka pakai besen, besar risiko nak tumpah², kalau cedok guna senduk. Pakai jar senang nak tuang. Ini cara saya lah. πŸ˜€


Miqdad Kamilin, bangun² tidur, dia cakap kat Abi dia, 

"Abi, macam Dad nak mandi pantai lah.. tapi macam mana ya nak pergi mandi pantai?"

Adudu, nak mandi pantai ke anak oi.. lama sangat dah kot dia rasa terkurung dalam rumah. Kesiann. Kat umah ada mandi kolam je la boleh bagi. Dok sayu camtu lah, sempat la snap gambar tu. Selalu suka je Umi masak roti jala. Kali ni dia tengok je kakak dia makan. Last sekali nak habis dah, baru dia makan satu gulung.

Sabarlah, sebelum nak pi mandi, siapkan kerja sekolah dulu ya, kerja sekolah tak siap, takleh jalan², tak gitu 😚

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday 9 August 2021

Vaksinasi : Lengkap 2 dos Vaksin Sinovac @UiTM Puncak Alam

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Bulan lepas orang² terdekat termasuk lah suami dah mula dapat appointment vaksin. Ensuami lak suh saya buat request kat help desk. Dia kata ada orang ask questions kat situ, lepas tu boleh dapat appointment.

Jiran pun ada bagitau, kalau akak tak dapat appointment lagi dalam Mysejahtera, boleh bagi nama kat klinik swasta 'D' kerana klinik tu berdaftar sebagai pusat agihan vaksin untuk kawasan kami. 

Tapi saya tak berani pula, enSuami pun tak nak. Dia kata tak pe lah tunggu je yang kerajaan panggil. Pastu ada kan kes klinik yang cucuk angin je, tak ada vaksin pun dalam jarum tu.. Itu pun ada orang buat jahat lagi, dunia dunia..


Tup² minggu tu heboh turn guru² pula dapat vaksin. enSuami saya pun dapat. Tempat nya dekat ceh. Sebelah taman je. Sebab stadium pusat vaksinasi tu sebelah rumah je. Orang buat announcement pun dengar kalau dok kat luar/laman rumah ni. So senang je la, enSuami saya pergi naik motor. Dapat pula vaksin yang dia nak, Pfizer.

Lepas enSuami dapat, tetiba adik ipar yang baru daftar bulan 5/6 tu, dah dapat appointment. Terkejut la jugak. Macamana dengan saya dah lama daftar bulan Februari? Agaknya kebetulan kat Tanjung Karang tu baru buka pusat vaksin. Sebab kerajaan Selangor nak cepatkan Setel vaksin ni. Sebab tu la diorang dapat dulu. Ikut kawasan. Macam tempat saya Parlimen Kuala Selangor besar. Ramai rakyat yang nak cucuk tu.
 

Lepas tu saya saja la try kat Help desk mysejahtera tu, hehehe. Saya rasa tak logik gak la, lepas komplen boleh dapat turn vaksin tu. Sebab dia macam kita hantar emel ke website je. Bukan live chat pun. Tapi tak pe lah saja try tanya πŸ˜‚. Lepas 1hari, dapat emel maklum balas. Dalam emel tu, reply berformat ja.. tapi tak pe lah dapat gak reply, just nak sejukkan hati je, takut plak details saya tak ada ke..


12 Julai, tengah dok kayuh basikal, sambil tengok citer Korea, nampak SMS, emel, mysejahtera notis vaksin pop-up kat fon. Kelip² ja mata tu. Betul ke tu.. buka baca tengok, dapat appointment, yang terkejut tu, dapat tempat sampai UiTM Puncak Alam??? Mak aii awat terlepas jauh nun.. dok harap dapat kat stadium sebelah la.. senang nak pi.


enSuami kata tak pe lah, nanti dia bawak.
Terpaksa minta tolong adik ipar SIL, datang rumah untuk jaga anak² masa kitorang pergi tu. Kebetulan hari yang sama, adik ipar yang bongsu, BIL pun nak pi vaksin. Tapi dia pergi sehari awal, sebab waktu dia 9pagi kat PWTC sana, sebab dia apply AZ. Jauh dari tempat kitorang, so dia booking hotel kat sana semalam. Esoknya lepas vaksin tu terus balik. So, enSuami kena hantar dia ke stesen Sungai Buloh, nak naik KTM kan..


Hari vaksin tu 16 Julai, hari Jumaat. Kitorang gerak dalam 10 lebih gitu. Plan asal enSuami nak tinggalkan saya kat UiTM tu, kemudian enSuami pergi hantar BIL ke stesen. Bila sampai UiTM, polis bantuan bagitau ada vaksin pandu lalu. Terkejut la kitorang. Tak pernah dengar pula ada pandu lalu ni. Sebab saya ada gak tanya orang² yang vaksin kat UiTM ni, dapat vaksin apa, tengok gambar, semua dalam dewan.

Time kita, orang bagitahu ada pandu lalu? Fuyoo..
Disebabkan pandu lalu tu, kitorang tak pergi la ke tempat vaksin, Dewan Berlian tu. Pusing ke arah Hospital UiTM. enSuami dok puji la Cantek nya hospital ni, hospital baru ni, tak pernah tahu pun kewujudan ni, sakit apa yang boleh datang sini? Macam best je.. banyak pula persoalan dia. Saya pun first time kat sini.. mana la nak tahu kan.. hospital universiti memang la cantek sebab baru, LoL.


Sampai kat depan foyer ni, polis bantuan dan staf, datang ambil bacaan suhu, tengok IC, ada ambil gambar. Pastu scan QR code Mysejahtera dengan QR code PPV UiTM untuk ke website dia nak isi form. Ini part kelakar yang saya buat, adoi. Dalam form tu dia minta details kita la kan, ada satu tu, dia minta no plat kereta. Saya dengan yakinnya boh plat kereta sendiri.

Rupanya no plat kereta tu la diorang guna untuk daftar proses kat setiap checkpoint yang ada. Saya lupa yang kereta kitorang naik tu, kereta adik ipar, LoL. Dah salah bagi no plat ni, haru gak la jadinya..

Selepas keluar dari foyer tu, kita dah ke checkpoint nak cucuk. Masa tu doktor datang bagi penerangan kat tingkap kereta je. Kita dok dalam kereta, dia berdiri kat luar tengah panas masa tu, kesian doktor tu. Appointment saya kol 12tghari kot..

Sebelum tu nampak la doktor tu macam tercari² nombor plat kereta saya, masa tu, bila dia tanya nama, tapi no plat lain, baru la saya sedar saya dah silap. Patut la minta no plat kereta, adoi. Lepas doktor bagi penerangan, boleh tanya soalan kan.. saya cakap tak ada, elok doktor dah gerak, baru teringat pasal saya kidal nak cucuk kanan ke, sebab orang kata nanti balik lenguh².

Doktor tu pun mengiakan, elok juga cucuk kanan. Pastu pula, saya kan dok sebelah kiri. Kaunter untuk cucuk tu sebelah kanan, tangan nak cucuk pun sebelah kanan. Doktor tu suggest tukar tempat duduk seat belakang. Senang tangan kanan nak cucuk. Okay juga doktor suruh tukar tempat. Saya dok bayang kalau dok depan, BIL saya kat belakang. Mesti la dia nampak kan, saya siap pesan kat dia tadi suh tutup mata, time saya nak cucuk nanti, hahaha..

Bila dok belakang okaylah pandangan orang depan akan ke depan, tak da keje dia nak pandang ke belakang kan.. cuma masa nak cucuk tu, nurse datang bawa bekas jarum tu, dia cucuk dalam keadaan berdiri. Pintu kereta, of course lah terbuka, tapi yang tak syok tu, ada orang² lain (staf medical/PPV) lelaki yang dok menyembang kat situ. Macam boleh nampak plak tangan saya yang terbuka tu. Agak-agak la saya cuba seboleh mungkin nak lindungkan tangan saya tu. Mata saya memang tajam dok tengok diorang je, takut² mata kepala diorang menghala ke arah saya. Alhamdulillah rasanya pandangan mereka tak ada ke arah saya kot.. harapnya lah, InshaAllah πŸ₯²

Lepas cucuk tu, ada lagi la 1 problem asbab dari no plat Tu. Staf tak jumpa cari nama saya. Terpaksa lah bagitau saya tersalah no plat tadi masa isi. Lama tu tunggu kat tepi tu. Lepas dah Setel cari nama, 15minit menunggu tu pun aktif dalam sistem PPV UiTM tu. So parking kat tempat kereta yang disediakan untuk menunggu kalau ada kesan selepas cucuk.

Masa ni baru saya teringat ada sorang yang update kat IG ambil gambar tepi jalan, atas batas kaki lima sambil pegang tag, "Ambo dah vaksin". Maksudnya dia pun drive thru jugak la Tu.. masa tu nampak la orang ulang alik amek tag tu. Tapi saya tak tahu nak ambil kat mana. Rupanya ada pondok yang letak tag² ni, terlindung sebab kereta orang sebelah besar, kereta MPV. Masa tu dok harap tak mau la pegang "Ambo". Beranikan diri pergi kat pondok tu, tengok ada macam². Saya pun nampak la tag ala² utaqa gitu.. 
"Cheq dah divaksin"
Apa lagi ambil yang tu la kan😘

Tapi lagi sedap kalau "Cheq dah vaksin". Divaksin tu macam baku sangat la plak. Mesti tak ada orang utaqa depa nak tanya masa buat tag ni, πŸ˜‚
Tapi saya suka UiTM ada inisiatif macam ni. Biasalah Selangor kan bercampur negeri rakyatnya. Semua negeri ada. Bila ada macam ni seronok juga. Saya up status pun ramai puji, amboih Cheq noh.. tempat lain tak ada kot..


enSuami kalut dok Suh ambil gambar bagi nampak hospital UiTM tu.
Cantek ni, mahal ni, kenangan ni πŸ˜†
Ambil gambar sebelah sini gelap sebab cahaya matahari, dan saya pun dok bawah kanopi ni. Saya dok risau enSuami saya tak pandai ambil gambar. Saya dah OOTD pakai Boots 7cm lagi, tak mau bagi nampak rendah.. Nasib la dia ingat, bini dia dok ajar ambil gambar terbalikkan πŸ“· tu..


Tukar posisi lak, tadi kat tempat belakang gelap, ni bahagian depan menghadap matahari. Mata saya pula pedih, dah tak nampak mata, dok sengih di sebalik mask, πŸ˜„

Okay Lulus ambil gambar kali ni. Kalau tak, nak menangis rasa tengok balik gambar yang dia snap. Tapi kasut pun main peranan gak la. Sejak² Ada boots ni, saya rasa ada beza hasil gambar saya berbanding dengan pakai kasut flat je. Jenis tak reti nak posing macam orang instafamous tu. Tapi nak pakai heels la, tak tahan tu.. tak biasa. Time kawen dulu je pakai heels, first time masa Tu.

Ni baru nak berjinak² dengan heels. Dah dapat kasut idaman selama ni. Nanti saya share dalam blog..

Alhamdulillah balik lepas cucuk tu tak ada apa² alahan. Sebab SIL yang cucuk Sinovac pun tak ada apa² efek. Lepas cucuk tu, enSuami kata takut ke, sakit ke.. saya tak sempat nak rasa perasaan tu.. sebab haru biru pasal no plat dengan takut orang nampak masa saya cucuk tu, lagi berleluasa dari pemikiran sakit² nak cucuk tu.. Ye la tak senang hati fikirkan susahkan orang cari plat kereta tak jumpa 🀭. Minta maaf ya kat semua staf PPV hari tu, 16 Julai, 12pm. Kol 1 Setel, kuar dari UiTM tu. Proses sejam jugak la kan. Okay la Tu. Percubaan yang baik. Sebab bila cerita kat family, kakak saya (doktor), dia kata bagusnya dos 1 dah drive thru.. entah la advance sikit kot kat UiTM ni..

TERIMA KASIH SEMUA STAF DAN DOKTOR NURSE YANG BERTUGAS UNTUK SESI PANDU LALU 16 JULAI 2021, 12PM @ UITM PUNCAK ALAM. SERVIS TERBAIK. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Dos 2, tempat yang sama, hari Jumaat, 6.8.2021. Hari tu 2 org adik ipar datang Umah, SIL dan BIL, orang yang sama yang terlibat masa dos1 juga. Saya dan enSuami je pergi. Walaupun dah tak ada sekatan polis, tetap kekal yang penting je ikut. Kali ni bawa juga kereta SIL, sebab.. enSuami nak servis aircond kereta, orang pomen tu janji hari Sabtu nak ambil kereta.

Pagi Khamis tu pesan sesiap kat enSuami kena cuci kereta hari ni, nak pi vaksin esok. Sebab kereta kotor gila, ada kucing naik tido masa hujan, habis bumbung kereta sampai bonet belakang kotor kesan tapak kaki. Elok cakap macam tu, pomen tu ada wasap enSuami yang dia nak ambil kereta malam ni. Haa sudah.. tak boleh juga bawak kereta sendiri.

Walaupun pomen tu ada tinggalkan kereta dia untuk kegunaan kami, tapi enSuami tak nak la guna kereta orang. So guna gak kereta SIL, sebelum masuk kereta tu hafal dulu no plat. enSuami bagitau dah siap ambil gambar lagi no plat Tu πŸ˜‚ Punya la tak nak buat masalah lagi..

Dalam kereta baru sedar, alamak tak ada pen. Dalam beg tote saya ada pen Kaler Merah je, pen dapur ni, dok guna tulis barang dapur yang nak beli. enSuami kata kenapa nak guna pen pula, kan drive thru. Saya cakap mana tau kot kena masuk dewan. Sebab tengok orang lain yang dos2 ni, xda yang update drive thru pun.. nasib enSuami ada pen hitam dalam pouch bag dia.

Sampai je UiTM, sungguh. Polis tu bagitau pandu lalu dah tak ada ya. Kena pergi dewan la macam biasa. Jauh ke belakang dewan tu. Ingat sesat dah. Nasib struktur dewan tu luar biasa, so dari jauh dah nampak, tu kot dewannya. Kereta pun banyak area situ..


Bila masuk dewan macam ni, saya jadi blur la sikit sebab first time kan.. Sampai tu tengok orang lain bawa kertas, pastu kena duduk kat kerusi, kena update profile, orang tanya kad/surat, saya cakap tak ada, hari tu drive thru. Sebab last time, memang semua pakai smartphone ja, elektronik. Sijil vaksin pun dapat by email ja. Dah masuk dewan, lepas Setel pendaftaran tu, saya pun nak gerak ke depan ambil tempat untuk masuk ke bilik cucuk tu kan.

Masa saya nak masuk tu, staff Tu tunjukkan arah Suh ke kerusi bilik no3. Macam dalam gambar tu. Saya pun tanya la, tu khas untuk perempuan ke, dia jawab ya. Saya pun ikut lah pergi ke kaunter tu. Bila dok Line no 3, kebetulan kerusi no2 kosong, anggota RELA tu Suh saya ke depan. Elok turn saya, saya selak langsir nak masuk, terkejut plak saya. 

Ini lelaki ke perempuan? 
Staf yang nak cucuk tu. Sebab rambut dia gaya pendek tapi agak panjang bagi lelaki. Badan dia pun kecil comel ja. Susah nak pastikan jantina sebab pakai mask lagi. Saya tak jadi nak masuk. Sekali masuk 2 orang, sorang tu dia masuk dulu, so dia pergi kat perempuan. So yang laki tu la kosong. Saya tak nak la lelaki. So saya tunggu kat luar je. Lepas Setel orang tu cucuk, staf perempuan tu keluar, tanya saya nak cucuk tak? Soalan dia macam dia ingat saya takut² nak cucuk kot πŸ€”

Saya nak cucuk, tapi dia tu lelaki ke? Bila tanya soalan macam tu, dia dah faham kot. Sebab yang perempuan ni pun free hair, bukan Cina bukan India, rasa macam orang Sabah Sarawak gitu.
Oh xpe Saya boleh cucuk, pastu dia nak masuk dah.
Maybe dia nampak saya tak bergerak, dia keluar semula tanya lagi, nak cucuk tak?
Saya jawab saya nak cucuk, tapi saya tak nak ada lelaki dalam bilik tu..
Mana la nak tau, kot dia faham hanya sekadar perempuan yang cucuk, kira okay kot.. tapi laki ada dalam bilik yang sama..
Kan kita nak buka baju selak bahagian tangan tu nak cucuk..
Pastu baru dia kata, okay nanti saya Suh dia keluar sekejap..
Sampai laki tu keluar, baru saya masuk bilik tu..
Fuh berdebar saya, saya minta maaf la kat staf tu, saya blur sikit, hari tu drive thru..

Tapi orang yang cucuk saya ni pun, tak macam nurse pun. Nampak macam gaya staf sokongan PPV ja. Sebab pakai baju biasa ja. Masa dos1 tu, memang pakai baju nurse, uniform lengkap. Tapi boleh ke orang yang bukan medical, cucuk² orang ni, entah lah emmm..


Lepas keluar bilik cucuk, kena gerak pula ke dewan menunggu yang 15minit tu. Tapi kat sini lama gak la. Lebih 15min rasa, dok tunggu nak kena cakap dengan kaunter lagi. enSuami saya tak puas hati, lama sangat bahagian ni. Dia kata lelaki yang datang selepas saya pun dah keluar dah. Sebab dewan menunggu ni ada dua kaunter, kot saya masuk bahagian kaunter yang lambat ke, atau sebab tersangkut kat cucuk tadi..


Iye lah kalau lelaki tak ada masalah la kalau perempuan cucuk pun.. lagi la orang laki suka orang perempuan cucuk kan😌 

Kita yang perempuan ni, nak jaga aurat, tinggi sungguh dugaannya.. Saya memang tak toleransi kalau bab buka baju ni. Lagi saya tegar, lagi Allah uji dengan kes² macam ni. Sebelum tu dah terfikir dah, kalau dapat laki, saya tak masuk lah. Saya pun pergi dengan gaya cardigan. Tak ada tangan baju besar yang boleh selak. So kalau buka cardigan satu tangan la terdedah.

Kali ni pun saya dah ready dengan handsock sesiap dah, sebab hari tu tak pakai handsock, kalau drive thru Tu, takut ada orang yang kat luar tu boleh nampak, so kalau pakai handsock tu, tak ada la banyak sangat bahagian tangan yang terdedah. Just buka bahagian nak cucuk je. Handsock saya pun panjang sampai lepas siku.

Kali ni tak best sangat la nak bergambar. Ada mende ni je kat pintu keluar tu. enSuami pun tak ada nak snap gambar. Ni pun dapat la 1 posing, minta tolong orang yang sama vaksin juga. Kakak ni buat selfie je sorang². Saya tak suka selfie, sbb dapat muka je tak syok. Saya minta dia ambilkan. Lepas Setel saya, saya offer nak ambil gambar untuk dia. 

Dia tanya boleh ke, takut lah..
Hah, takut? Agaknya takut sebab variant Delta ni kot. Saya pun takut² Gak. Tapi 1 keping ja nak amek gambar. Win-win situation lah.. InshaAllah tak ada apa².


Saya tengok kat Korea pun sama situasinya. Vaksin Pfizer dikhaskan untuk warga emas dan Frontliners. Orang² muda 30an-40an, dapat AZ. Yang lain² dapat Sinovac. Cuma konflik kat Jepun je, diorg tak nak langsung AZ, nak Pfizer je, takut kerajaan Jepun rakyatnya tak nak vaksin kalau tak dapat Pfizer. Kalau Malaysia ka, emmm...

Kat Mesir lain pula jadinya. dos1 Pfizer, dos2 AZ. Diorang main gabung vaksin tu. Katanya ada kajian, lagi bagus digabungkan, saling melengkapi kelebihan dan kekurangan antara dua vaksin tu.

Sebelum saya pi vaksin dos1 tu, ada keluar berita yang kena amek dos3 bagi vaksin Sinovac. Saya pun tanya la enSuami, kalau nanti ayang dapat Sinovac, sayang nak bayarkan ke untuk ayang, dos3? enSuami gelak², confirm ke dapat Sinovac?

enSuami saya kata, tengoklah macamana nanti. Setakat ini tak tahu lagi pengagihan tu macamana. Kat swasta ke, kat kerajaan ke. Kalau kena bayar, bayar je la..

Ingat dos2 ni, dapat drive thru lagi, boleh la tanya doktor, dos3 nak amek macamana prosedur nya? Sekali masuk dewan, langsung tak jumpa doktor..

Dan terkini, pensyarah UKM kata semua vaksin akan ada dos3. Sebab virus variant baru ni, dah berbeza dengan virus awal. So vaksin fasa pertama ni tak cukup untuk melawan dengan virus variant baru ni.


Anggaran bulan 3 atau 4, tahun 2022, siap vaksin dos3 yang selain Sinovac. Setakat ni fasa nak habiskan dos1 dan dos2 dulu. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari wabak penyakit yang berbahaya ni, Amin.


Berita pemergian arwah Siti Sarah Raisuddin, yang mengejutkan semua. Al-Fatihah untuk Siti Sarah, Takziah untuk Shuib dan keluarga. Kesayuan satu negara dengan berita ni.

Saya awalnya tak tahu pun family Siti Sarah kena covid. Pastu enSuami yang cerita, kata dapat dari maid dia yang sembang² dengan kawan dia. Selepas Siti Sarah meninggal, baru tau yang maid dia tu, lepas positif tu, cepat juga meninggal. Sedangkan yang bawa tu, tak da sakit pun. Pembawa je orang tu, sungguh lah Allah SWT sayangkan Sarah. Insan terpilih Allah jemput. Syahid kerana melahirkan anak, syahid kerana melawan covid. Ramai yang mendoakan untuknya..❤️

Saya tengok Elly Mazlein dalam IG dia, selalu menyeru ibu², jangan lupa daftar vaksin, ibu² ambillah vaksin. Ikhtiar kita untuk jaga diri dan anak dalam kandungan. Ramai sangat ibu mengandung yang terkorban. Yang terpaksa keluarkan anak dulu, sebab ibu dah tak berdaya nak bertahan, Allahu. Kalau tengok video kat tanah perkuburan, kat bilik uruskan jenazah, ramai sangat yang meninggal, sampai jenazah letak kat lantai ja😭.

Allahuakbar, engkau angkat lah azab virus ni lenyap dari bumiMu. Ampunkan dosa² kami. KepadaMu lah kami memohon pertolongan kerana engkaulah yang Maha Esa.🀲🏼

Bye bye korang.. jaga diri dan keluarga baik² ya. Makan supplemen/vitamin C/buah-buahan setiap hari.

Kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Thursday 29 July 2021

Tempoyak : Sebekas RM 20 dengan Gulai Tempoyak Daun Kayu

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Musim² durian ni mesti tempoyak akan datang seiring.. Lama dah tak makan tempoyak sebab dah lama tak buat tempoyak. Beli durian, cukup² untuk makan je, tak ada lebihan nak buat tempoyak πŸ˜‚

Baru² ni terjumpa resepi Gulai Tempoyak Daun Ubi Kayu. Masa rumah bujang dulu, macam ada housemate dari Lumut bawak menu ni, ayah dia yang masak. Bila dah kahwin ni, asyik lupa nak tanya kawan tu, resepi masakan tu, sebab tak tahu nama apa nak habaq kat dia πŸ˜…

Pastu jumpa kat IG Yaties Kitchen. Tengok rupa macam sama je, terus SS, send kat dia. Yang ni ke dulu bawak masa kat rumah sewa tu? Dia cakap ya betul la tu. Sembang², pasal resepi, nekad la nak buat. Misi mencari tempoyak, hehe..


Petang tu keluar nak cari durian Tekka. Tapi penjual Tekka yang beli sebelum ni, tak ada pulak hari tu. enSuami jumpa udang merah, tauke tu lelong. Dia bawak masuk dalam Keta, saya rasa bau masam² je. Bagi anak rasa, dia kata ada masam. Pastu dia keluar lagi pergi cari Tekka pulak..



Memandangkan dah masam teringat pasal tempoyak, tak jadi beli yang siap. Balik buat sendiri, tempoyak udang merah.

Satu bekas harga RM 25, dia lelong RM 20, enSuami amek 2 bekas. Alhamdulillah 1 bekas je yang masam. 1 lagi okay. Rasanya sebab dia kopek dah lama, letak kat tempat panas, jadi buat berkuap jadi masam. Patut simpan dalam polisterin berais okay la kanπŸ€”


Kopek satu², pakai sarung tangan plastik tu sebab tak nak ada kena enzim😁
Cari tips dan resepi buat tempoyak kat YouTube n TikTok. Kalau nak masak², tengok TikTok senang, sebab video dia sentiasa jalan, tak yah nk tekan button replay untuk ulang²..

Tips Tempoyak
1. Guna garam kasar untuk perap.
2. Ada letak gula. Sebelum ni tak pernah letak gula.
3. Guna sudu/senduk plastik untuk kacau², jangan guna yang besi.
4. Dah isi dalam bekas bertutup, tabur gula di permukaan atas isi durian.
5. Guna bekas yang lebih besar dari muatan isi durian, supaya ada ruang pernafasan dalam bekas tu.
6. Dah siap adun, jangan tutup rapat sangat penutup tu, sebab nak biarkan gas yang terhasil dari perapan tu boleh keluar, kalau tak, bekas boleh meletup akibat tekanan gas dari tempoyak.
7. Biar pada suhu bilik dahulu semalaman. Esok baru masuk peti sejuk.


Saya korek² ni buat sebelum nak balik kampung, raya haji lepas. Memandangkan tak ada kat rumah, Sy letak je terus dalam peti sejuk. Nasib la tak ada letupan yang terjadi dalam peti sejuk tu, kalau tak naya je satu peti sejuk bau tempoyak 😜

Mungkin sebab bekas yang saya guna tu, jenis tak rapat sangat. Masa tu dengan harapan, balik dari raya tu, boleh dah masak gulai tempoyak tu. Sebab kata selepas tiga hari dah boleh makan. Makan tu memang boleh makan, tapi tak berapa rasakan lagi masam² tempoyak tu. Macam letak isi durian je dalam masakan tu..

Sebelum balik dari rumah mertua, pesan kat enSuami, kutip pucuk ubi kayu, untuk sekali makan je. Pastu saya ada kutip juga sikit pucuk ubi keledek. Sebab daun² lain tak ada seperti daun kaduk dan labu. Daun kunyit ada tanam. Singgah supermarket nak beli barang dapur, jumpa petai dah siap kopek. Rasa macam takut tak jumpa petai papan, beli siap je lah. Kalau difikirkan macam untung beli yang siap kopek ni. Bukan saja dah mudah nak masak sebab siap kopek, tapi untung sebab yang ditimbang memang dah sah² isi petai yang boleh dimakan.

Biasa lah kalau beli petai papan, belum tentu lagi berapa isi petai yang akan dapat, kadang² buruk je banyak. Isi pun kecik² je. Yang beli siap ni, besar² betul, gemuk², baka dari mana tak tahulah. Tapi memang besar hampir saiz ibu jari πŸ‘πŸΌ


Alhamdulillah tercapai hasrat nak masak gulai tempoyak ni. Dah tau resepi, next time boleh buat lagi. Sedap sangat aihh. Dah lama gila tak  makan nasi penuh pinggan. Hari tu boh sesiap nasi penuh pinggan, azam nak makan banyak. Alhamdulillah berselera la makan tu.. buat pedas² dari masakan biasa. Letak sampai 7biji cili padi merah tu. Selalu apa² masakan sebiji je letak 🀭

Resepi buat tempoyak, klik sini

Resepi Gulai Tempoyak Daun Kayu, klik sini

Ada bahan², boleh lah try korang.. sedap dan berbaloi masak sendiri, hehe..


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday 19 July 2021

Baby Nenas : Rangup, Manis dan Mahal πŸ˜†

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Sebelum mula semula PKP bulan 6 lepas, peniaga jalanan banyak yang lelong laju², bahan jualan. Hebahan kat FB group kawasan setempat, wasap yang orang² share. Macam² makanan buat orang terlioq nak beli 🀀

Salah satunya baby 🍍 ni lah. First time dengar. Baby 🍍. Dah siap kupas, dibekukan. Lelong² 1bungkus RM 10. Masa tu dah bagitau kat enSuami, ada orang jual, lokasi kat mana, jam berapa ada..

Tapi masa dia keluar beli barang dapur, dia terjumpa pakcik jual buah². Dia beli tembikai πŸ‰ sebiji. Pelam 3kg. Nenas madu dia beli jugak selonggok RM 20 kot, ada dalam 4biji ke tak ingat.. 

Tengok dia bawak balik tu terkejut, amboi banyaknya borong buah. Ala tadi jumpa pakcik ni jual, kesian plak, esok dia tak leh nak jual² dah. Dia bagi murah jeee..


Dah beli buah nenas tu, tak dapat lah beli baby nenas tu.

Terpaksa la kupas sendiri nenas madu tu 😏. Sekali kupas tu terus kupas semua. Sebab nenas madu ni tak tahan lama kan. Dia cepat lebam dan buruk.

Yang mana boleh masak pajeri, asingkan sesiap. Yang mana nak makan saja letak dalam bekas. Yang lebihan tu, bungkus dalam plastik. Simpan beku. Dah tengok baby nenas boleh beku, kita pun buat gak la.. sebab tak habis nak makan. Pelam pun sehari sebiji kupas makan, kalau tak kupas, tak ada yang nak boleh makan..


Kali ni dapat dah beli baby nenas tu. enSuami tengok status wasap sis ni. Sebelum ni pernah beli rockmelon dengan sis ni. Dia pun tinggal kat taman sebelah je. Pagi Rabu tu, enSuami pi amek kat umah dia. Sebelum ni dia hantar, tapi kena tunggu husband dia balik kerja, malam baru dapat.


Bila tengok depan mata, baru tau.. Baby sungguh nih πŸ˜‚. Saya ingat baby nenas ni besar tapak tangan. Boleh hiris² nak makan. Gaya saiz ni tak perlu nak hiris² dah la. Ambil basuh, terus boleh ngap.


Tengok saiz tu. Epal merah pun besar lagi. Saiz ni macam epal hijau Granny Smith tu je.. Memang sedap dimakan, rangup, juicy, manis jugak walaupun warna dia kuning² cair. Macam nenas Josephine yang saya tanam. Warna pudar² je, tapi bila makan merecik jusnya.. manis sedap sangat la..


enSuami beli 2pek, RM 20. 1 pek ada 5biji macam dalam gambar tu. 1pek lagi ada 6biji. Kalau timbang berat dalam 500G gitu. Yang pek 6biji kitorang buka makan dulu. 


Ngap ngap ngap, habis dah sebiji. Saya makan semua, tinggal batang hijau tu je. Empulur pun saya makan, sedap. Kalau nenas besar pun saya makan, favourite sangat. Sekali makan, dah habis 2-3biji.


Bila kira² balik, macam mahal jugak lah ya.
Sebiji jatuh RM 2 gitu.. Emm xpa la buat nak rasa first time. Next time macam fikir dulu la nak beli ke idokk.πŸ˜‚

Beli nenas besaq boleh buat masak² juga dengan harga RM 20, hehe..

Kat rumah tinggal satu je lagi pokok nenas. Lama dah dia besaq tu, tapi nak berbuah tu susah sungguh la. Dah la 1 pokok 1 buah je. Menunggu 2-3tahun. Kalau cerita kat staf pertanian, dia suh buh kabalt je. Tapi tak pernah ingat nak beli kabalt tu.. menunggu je lah bila dia nak berbuah. Jangan kata pokok nenas jantan plak la, macam pokok betik hari tu, tak berbuah², sekali jantan dah.. penat dok tggu Emm 😏


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤️
.
..
...



Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Wednesday 7 July 2021

Dapur : Bila Peti Sejuk Kecil daripada Nafsu Yang Besar (^_<)

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Dilema saya tahun lepas. Bila peti sejuk tak muat nak letak macam-macam, hahaha.. Selama 2tahun ni, saya adjust-adjust-adjust lagi susunan dalam bahagian sejuk beku. Peti sejuk bawah tak ada masalah kosong je. Saya tak suka bahagian bawah penuh. Kalau penuh tu, petandanya ada la tu, makanan yang tak dimakan, tapi sayang nak dibuanggg..

Tu biasa la mak-mak kat dapur ni. Sanggup sumbat dalam mulut sendiri daripada sumbat dalam tong sampah. Punya la sayang kat makanan tu. Jadi kalau mak-mak gemuk terbesar badannya tau la itu puncanya. Nak-nak ada anak kecil, makan apa sikit tak habis, mak juga kena habiskan. Kalau masak masak masak, ada je tak habis, tu petanda untuk saya jadi malas masak. masak asyik tak habis, tak yah masak la senang..

Saya jenis suka buat stok. Terutama sekali kalau masakan untuk sarapan pagi. Kalau boleh saya nak masak yang senang dan cepat masak. Supaya cepat boleh makan.

Jadi stok kecil-kecil seperti isi ayam dadu, cili kisar, santan tu semua kena ready siap. Pattern sarapan saya, mee/bihun/koteow/nasi goreng, nasi lemak/dagang, roti jala/prata/canai/bom, burger/wraps, cucur tepung/pisang goreng, keropok lekor, roti telur/john/garlic.

Kalau yang goreng2 bihun tu, preps nya isi ayam, cili kisar.

Kalau Nasi Lemak preps nya sambal nasi lemak, nasi dagang preps gulai ikan.

Roti jala/prata/canai/bom preps nya kari ayam atau kuah dhal.

Kalau garlic bread, preps nya mushroom soup.

Senarai preps tu la yang membuatkan freezer saya tak muat.

Belum masuk lagi donat kegemaran anak2, aiskrim, nuget, fries, kopok lekor kan. Dan yang penting lauk-lauk basah nak masak tengahariii..

Haa, ginila freezernya. Rak tingkat dan acuan ais batu, semua saya tanggalkan dari freezer. Sebab nak dapatkan ruang yang maksima. Yang ni time serabut ni, ada lagi benda yang tak label..


Ini yang dah siap kemas. Bekas-bekas makanan semua label dengan salotape putih tu. sebab senang nak tulis pakai pen. kadang time malas tu, ada jugak la yang tak label. Pastu nanti nak guna, mengamuk la sorang2 kat dapur tu, salah sendiri tak label. Selalu confius kat masakan tengahari kalau ada simpan, ni asam pedas ke kari ke, kuah laksa ke..gitu la.. kalau bekas yang transparent tu selalu isi kuih2 yang dah siap masak. Nanti nak makan, panaskan je kat AF.

Yang kat bawah ni nampak macam penuh. Sebab tingkat tengah tu ada stok donat, mungkin baru je buat donat ni. tak muat kat atas letak bawah, ready untuk anak makan. Yang atas sekali gelap-gelap tu chiller, selalu letak keju2, coklat2, biji benih kebun dapur pun simpan sini. Yang tu ada penutup warna gelap, ni sebab nak amek gambar saya angkat la ni buka. Serabut gak tu, sampai sekarang saya belum upgrade lagi bahagian ni. minggu lepas dah ada terfikir nak kena kemas bahagian tu, tapi belum buat lagi. minggu ni obses dengan blog plak. tak sempat lagi la nak kemas, hahaha..

Tingkat 1 tu, selalu letak makanan yang tak habis. yang esoknya kena habiskan, kalau tak habis juga, 2 je penyelesaiannya, satu buang, dua simpan beku. sebab tu tingkat tu kosong je. Senang nak pantau, makanan apa lagi yang ada.

Tingkat 2 buat letak makanan/sayur yang tak muat dalam drawer atau bekas putih kat tingkat 3. Saya simpan sayur2 terutama yang berdaun dalam bekas tuperware. Tahan lama sikit dari biasa simpan dalam plastik beli dari pasaraya, lama2 kecut sebab sejuk. Letak dalam bekas, lama sikit dia segar tu..

Yang bahagian drawer tu nampak banyak sebab saya simpan makanan kering. macam ikan bilis tu, balik kampung, borong siap2 berkilo2 kat Tanjung Dawai. Sebab susah nak dapat ikan bilis yang saya suka. Dah try beli kat shopee, dapat macam lain. Depa kata mata biru, mata biru pun banyak saiznya. Saya suka yang sedang2. Yang bersih, putih, tak masin, makan mentah pun boleh, crunchy bila goreng, tak liat, tak gatal tekak. Haaa banyak syarat nya. Beli sendiri depan mata, boleh pilih. Nasib tahun lepas raya haji dapat balik Kedah, borong sesiap. Alhamdulillah ada lagi stoknya. Harap hujung tahun ni dapat la balik, huhu..

Telur memang beli sepapan terus. Dah cerita dalam posting lepas. rak letak telur tu muat untuk 18biji je. selebihnya saya simpan dalam tuperware putih tu juga. selalu saya sorting, telur yang lonjong2 besar sikit dari yang lain2 saya simpan dalam bekas tu. Khas untuk buat kek/kuih muih. telur yang kecik2 letak kat rak untuk masak2 setiap hari. Teori saya, konon lah, yang lonjong dan besar tu, telur putih lebih banyak. Kalau buat kek cantek, kalau telur putih banyak, gituu..

Bila dah sumbat macam2 dalam freezer, saya jadi lupa la apa yang ada dalam freezer tu. Dari gambar tu, nampak yang bahagian depan ja. Kadang2 kat belakang tu ada lagi, roti prata, pizza tesco atau apa2 lauk/bekas yang kecil saya sorok kat belakang, hehehe. So tahun lepas masa rajin buat label untuk jadual sekolah Hafni. Saya pun buatlah sekali label makanan yang ada. ini stok yang ada dalam freezer sahaja. Peti sejuk bawah tak masuk senarai. Nampak kan bulan Januari, awal tahun lagi semangat buat label, hahaha..


Alhamdulillah, lepas label, susun2 balik bagi sama. Plastik prata tu penyelamat, letak depan nampak kemas, belakang macam2 ada. Bekas aiskrim biru tu memang ada banyak. Favorite brand untuk aiskrim. Kadang2 buat sendiri bila nak jimat, time tak ada ofer murah2, kena buat sendiri la. kalau ada ofer, beli 2bekas skali. nak beli banyak pun tak muat nak simpan, iskk..

Gambaq2 ni semua dah lama tahun lepas.. gambaq terbaru tak ada.. ni pun upload semula dari Google Photos. nasib ada dalam internet kan.. tu yang rasa nak juga tulis2 kat blog. boleh simpan kenangan, buat review sikit untuk info orang lain. Saya harap coretan saya tak ada la merapu, sedikit sebanyak bagi idea kat orang, okay...

Kerja-kerja rumah ni, tak ada yang betul, tak ada yang salah. Ikut selesa tuan rumah. Yang mana boleh ikut, silakan ikut. Yang mana tak kena dengan selera, abaikan je.. Rumah kita, kita punya selera. My Kitchen Rules gitu.. Orang share tips yang boleh memudahkan kerja. Semua orang nak cepat dan senang. Jimatkan masa dan tenaga. Terpulang lah nak ikut ke tak, semua atas diri sendiri kan...

Sharing is caring kan ❤️

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤



Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday 5 July 2021

Exercise Bike : Zaman Covid² ni, kita kayuh dalam rumah je la πŸ˜†

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Perasan tak, sebelum ni datang musim orang berbasikal?
Sebelum covid melanda, ramai yang dah ada kesedaran untuk memilih sihat dan fit.
Pelbagai group sokongan wujud di FB, Wasap, Telegram untuk sama2 sihat dan fit.
Tak kurang juga group diet pemakanan, dietition pun dah mula mendapat perhatian orang ramai.

Group diet yang terbaik yang saya tahu setakat ni, Diet Suku Suku Separuh.
Terma diet pemakanan yang disarankan Kementerian.
Apps Nutrisi pun ada untuk catat jumlah pengambilan kalori kita setiap hari.

Sebelum covid tu, seronok tengok orang berbasikal.
Mak ayah anak-anak, sedondon je satu family.
Bestnya depa boleh beli basikal.
Basikal pun bukan harga kaleng-kaleng tu..
kita mampu tengok je la dulu..


Dalam group DSSS tu saya selalu search pasal perut buncit dan peha besar..
Hahaha, sebab itu lah masalah besaqqq yang saya hadapi.
Over nau perut buncit ni, xtau la nak buat lagu mana lagi..

Dok baca2 perut buncit kena buat PLANK.
dah cuba dah, cuma tak konsisten.
Sebab perlu persekitaran dan ruang yang selesa.

Pastu enSuami share Ada orang buat jumping rope untuk kempiskan perut buncit.
Sehari 1k hingga 2k sehari, 3bulan dia buat.
Okay la puas hati perut dia kempis.
Sekarang dia jadi master jumping rope kat YouTube yang dari Malaysia lah.

Asalnya dia pun inspired dari omputih. Omputih tu buat 2k sehari, terbukti dalam 2bulan.

Pastu jumpa seorang laki ni, slimnya peha dia..
Orang tanya, camna nak dapat peha slim tu..
Dia jawab, #kurakurarun
Saya baca dua kali, xpaham.
Saya ingat dia jawab main2..
Orang yang tanya tu pun reply sekali lagi, apa tu, #kurakurarun?
Lari kura2, dia jawab.. ouh, baru perasan kura-kura run.. gitu

Pastu jumpa satu posting sis ni share, dia kata xyah tanya macam mana nak kuruskan peha, macam mana nak hilangkan perut buncit? Kalau konsisten senaman/buat exercise secara disiplin, automatik lemak2 yang tak sepatutnya ada, akan hilang sendiri tanpa kita fokus untuk bahagian badan tertentu sahaja..

Ye ke, mula² macam tak nak setuju gak la..
Sebab saya berat, dah ideal, boleh la, bukan overweight macam dulu2..
Cuma perlu perhatian sangat kat perut.
Dan peha pun nak kecikkan juga, sapa xmau peha slim kan???

Sebab dulu2 pernah overweight, mungkin masa tu la kot perut mula membuncit..
ukur2 sekarang macam 4bulan mengandung, hahaha..
Pregnant 2kali ja, bertungku macam biasa, berpantang macam orang lain gak.
Cuma dengar2 tu, masa pantang tak leh minum air kosong banyak-banyak.
Ini yang saya buat minum air kosong banyakkk
Rasa letih kalau tak minum ayaq..

Eh berbalik kepada cerita sis tadi, orang tanya dia exersice apa..
Dia jawab kayuh basikal dalam rumah.
Orang pun tanya la, basikal macam mana, beli mana, berapa RM, brand apa?

Saya pun baca la semua komen2 tu..
Dah baca semua, terpengaruh gak la..

Pi survey kat Shopee. Dah jumpa beberapa tu, dah baca review, add to cart.
Sis tu beli yang harga bawah RM150.00..
Saya pun cari bajet macam tu je la, tak yah nak beli mahal2..

Takut2 jadi perhiasan orang kata..
jadi tempat sidai kain tuala.
Sis tu pun cerita dia pun setelah 3tahun jadi perhiasan, baru la insaf nak guna..
3 tahun, mak aii.. takut plak nak beli..
takut tak terguna..


Sebulan gak fikir, sambil2 survey tengok harga.
Dok pikir nak letak mana..
Abaikan la contengan kat dinding tu..
Hasil kerja tangan Miqdad Kamilin.
Saya memang dah lama tak ada deko2 rumah.
Malas nak cara, biarlah dulu anak² besar.

Sebelum ni, tempat ni ada buaian untuk Miqdad.
Dok fikir² dah boleh kot simpan buaian ni, Miqdad dah 4 tahun.
Kalau buaian dah simpan boleh la letak basikal kat sini.

Bila cakap kat enSuami nak beli basikal, dia gelak-gelak
Mana ada basikal harga RM200?
Dia ingat saya nak beli basikal outdoor tu, memang la xdapat harga 200..
Ni nak beli basikal dalam rumah ja, covid2 ni mana boleh kayuh gerek kat luaqq..


Ye ke basikal tu harga 200?
Tak da la basikal tu harga 150 ja termasuk pos.
Bila tunjuk gambar kat dia, iskk beli la yang elok sikit..
Elok sikit tu maksud dia tu yang mahal sikit, untuk lebih kualiti la teww..
Tapi tak ada la mahal sangat, under bajet mampu kitorang lah..

Survey lah sekali lagi, up sikit je bajet..
enSuami suh cari yang macam ni..
Nampak eksklusif sikit, kaler hitam menawan..


Besi kaki tebal. Ada roda untuk mudah alih.
Hitam merah nampak smart kan ..
Ada 3 pilihan kaler, hitam-merah, putih-hitam, merah-hitam.
Yang saya beli ni hitam-merah.
Kedai yang saya beli ni, ada 1 kaler sahaja.
Kalau kedai2 lain ada pilihan kaler.

Mulanya saya ada jumpa kedai ni, harga bagus RM269, Preferred Seller-boleh guna coins RM30.00
Masa tu stok dia banyak la juga.
Saya dah ready duit nak beli masa sales 6.6..
Masa tengah malam 12malam tu, dia ada baucer RM10, saya apply tak jadi,
macam sistem tak detect gitu..
Alaa pastu macam malas dah nak beli.

Seharian 6.6 tu, dia asyik buat Shocking Sales ja..
Harga Shocking Sales jadi RM250, pastu baucer RM10, dah boleh apply.
Pastu boleh guna coins RM30. Jimat banyak dah la kan..
Campur dengan kos pos, RM35 lebih, total dapat RM256.00 gitu..
Tapi saya tak beli, wakakakakaka..

Kononnya nak tengok2 dulu, harga boleh turun berapa..
Sekali seller tu habiskan terus stok dia..
SOLD OUT, masa sales 8malam kot, perghhh.
Menyesal den, hahahaha..


Beza kat kedai tu, benda alah ni (electronic display) button dia tu panjang.
Yang ni bulat ja..
Yang button panjang tu, nampak smart la sket..
Tapi saya baru tengok semula, info dia sikit ja.
Ada SCAN TIME DISTANCE CALORI.

Kalau yang ni ada extra ODOMETER, PULSE.

Yang lain2 body semua sama.
Dan satu lagi extra kat basikal yang saya beli ni, ada sensor untuk bacaan nadi.
Sebab tu ada extra bacaan ODOMETER dan PULSE.


Ini sensor nya.
So masa kayuh tu, kita kena letak tapak tangan atas sensor tu. Barulah dapat ambil bacaan PULSE.

Kat display ni ada 2 wayar yang kita kena sambung.
Guna 2biji bateri 3A. Nasib pakai bateri kecik tu, ada stok kat rumah boleh terus pasang, tak dapat free bateri kedai ni...


Masa awal pasang tu, saya tersalah sumbat wayar lah.
Dua wayar tu, satu datang dari roda, satu lagi dari handle basikal.
Setiap lubang tu ada je label. SENSOR dan PULSE.
Saya ingat sensor tu dari handle sensor nadi.
PULSE Tu dari roda. Terbalik rupanya..
SENSOR Tu dari roda, PULSE Tu dari handle.
Patut la tak ada bacaan.
Bila tukar baru kuar bacaan kalori tu semua πŸ˜…


Kedua penting sangat ada benda alah ni 
Phone holder, hehe.
Penting tu nak layan KShow 😁 sambil kayuh²..
Ada review tu, dia kayuh sambil layan Netflix, enjoyyy je..
Masa survey kedai awal tu, macam xsure dapat ke tak, hampir nak beli phone holder macam motosikal pakai.


Untuk kedai ni, sebelum nak beli tu tanya sesiap betul tak dapat holder ni, betul tak ada sensor nadi tu?
Sebab ada kedai, dia declare ada sensor, tup² bila customer dapat, sekali tak ada sensor.
Macam tertipu ke, tersalah model ke, tak tahu lah 
Banyak sangat kedai² kat Shopee tu saya baca.
Alhamdulillah puas hati pilihan kedai ni..

Daripada sebelum ni berkira nak button panjang, rasanya yang ni lagi elok la, shape dia petak, information pun banyak.
Semua bahagian dapat elok, tak ada calar, kemek, barang lama ke, display tak function ke..

Alhamdulillah rezeki semua elok sempurna.


Yang holder ni, tak ada la canggih mana.
Dia punya lubang tak mau nak fit kat besi handle tu.
So dapat idea nak ikat dengan cable tight je.
Sebab takut masa dok letak fon, tersadung sikit dengan tangan/kaki mau terpelanting holder ni.
So lepas ikat ni, tak ada risau lagi pasal jatuh², Setel ✅


Button kat bawah handle tu, ada kepala untuk adjust gear ringan ke berat.
Kat roda tu ada macam span tebal gitu.
Lagi (+) lagi rapat span tu ke roda 
So bila kayuh, jadi berat la roda tu nak pusing-pusing.
Maybe yang orang komen bunyi bising masa kayuh sebab geseran ni kot 
Sebab bila span tu rapat sangat, ada la keluar bunyi sikit, bunyi ngilu geseran tu.
Tapi saya pakai 🎧, tak ada la dengar sangat.
Tu pun kalau gear berat sangat. Kalau gear ringan, senyap je....

Kalau nak berhenti boleh je tekan button tu, nanti roda tu stop.
Macam saya jarang pun tekan. Saya just stop kaki saya je la daripada kayuh.
Sebab kayuh tak ada la laju².
Slow and steady je.
Saya target 20km sekali kayuh.
Ambil masa dalam 1jam jugak lah.
Kalori dalam 320++..


Korang kalau beli basikal ni, elok lah beli seat baru juga.
Seat yang dapat tu, agak sakit la duduk.
Saya dah cuba macam² tau 
Lapik tuala, lipat tebal - sakit juga
Lapik kusyen sofa - sakit juga
Lapik bantal peluk baby - sakit juga.
Terasa sangat kerasnya seat tu.
Tak boleh jadi ni, beli juga seat basikal yang baru.
Kat Shopee gak, jumpa seller ni jual murah dari kedai glamor yang lain.
Yang ni, memang ada video tunjuk kualiti span dia tebal 6cm ke 7cm entah.
Seat tu sama jugak, harga je lah lain².


Seller ni pos barang laju je, same day.
Dapat esoknya, terus pasang.
Tak boleh tahan, hahaha
Nak pasang pun sama je.
Memang seat untuk basikal.
Exercise Bike pun boleh guna seat niπŸ˜‰


Ini rupa kedua dua seat ni.
Boleh tengok perbezaan tu
Tapi bila pakai seat ni baru saya sedar..
Sebenarnya yang buat tak selesa kat bontot tu sebab kita duduk lama²..
Macam kalau kita bersila duduk lama, tak berubah posisi, kita akan kebas kaki kan
Sama juga lah dengan duduk kat seat ni.. 

Yang buat tak selesa tu sebab duduk lama kat situ.
Dia jadi kebas bontot.
Tapi kalau tak tukar seat, lagi lah sakit.

Seat lama, sakit bontot 
Seat baru, kebas bontot
Beza kan sakit bontot dengan kebas bontot kan 😜


Tombol yang dekat perkataan Bike tu untuk adjust ketinggian seat.
Untuk yang tinggi, kaki panjang, boleh guna lubang yang paling bawah untuk lebih tinggi.

Macam saya, saya pasang lubang no. 3 dari atas.
enSuami tinggi 170cm, still boleh guna.
Tapi dia tak guna sangat pun.
Saya ja yang dok kayuh setiap hari, sebab saya yang nak beli kan 🀩


Saya sediakan selipar ni untuk pakai semasa kayuh.
Saja perlindungan untuk kaki.
Sebab hari tu kulit saya ada gatal² kat atas kaki, jadi saya tak nak terluka kena plastik-plastik paddle ni, so sarung kasut ni..
Tak ada la rasa sakit kat tapak pedal tu.

Setakat 2minggu guna ni, saya tak nampak lagi apa² perubahan yang besar.
Apa² pun saya just exercise je setiap hari.
At least Ada juga la bakar kalori.
Asyik intake' je, burn nya tak ada..

Tapi kalau nak bagus, orang suggest beli treadmill.
Yang lari² atas tapak yang berpusing tu.
Maybe yang tu boleh la buat kurakurarun..

Tapi saya kena decide salah satu je boleh beli.
Kalau korang ada bajet lebih, ada ruang luas dalam rumah, boleh beli dua².

Saya pilih beli basikal ni sebab, 
πŸ₯•kalau tak ada treadmill still boleh lari² anak dalam rumah atau kat dapur tu.
πŸ₯•Jumping rope baik untuk atasi buncit, tak ada rope pun boleh lompat.
Tapi kalau tak ada basikal, tak jadi berbasikal lah kekdahnya..
 Gitu la kepala otak saya fikirπŸ˜‚

Sebelum beli basikal ni, saya ada juga buat rutin jumping rope, tanpa tali.
First time nak buat 50 mengah gak la.
Lama² 70, pastu 100, pastu up lagi 200.
Sekarang dah boleh buat 300x sekali jump tanpa berhenti.
Dalam sehari dapat gak la 1000 hingga 1200.
2k belum pernah capai lagi 

Sejak ada basikal ni, lompat jugak lah dalam 300 atau 500 sehari.
Macam best gak la jumping Tu.
Bergegaq semua lemak lemak kat peha n perut tu....


Ini kedai first yang saya tak jadi beli tu..


Ini kedai yang saya beli.
Harga diorang lebih kurang je, beza dekat sensor tu ya.
Kedai yang saya beli ni ada sensor.


Ini seat yang saya beli..

Pengalaman korang macamana?
Ada apa² exercise yang wajib korang buat setiap hari?
Untuk maintain body atau nak atasi perut buncit macam saya?

Mesti korang dah Selim melim macam 🐜 teww kan kan kan.....
 
Jelesss πŸ₯³


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Daisypath Anniversary tickers