Search This Blog

Wednesday, 20 April 2011

Misi 4 : Almari dan Perabot

Hari tu masa pi PWTC untuk Pameran Pengantin tu, pada tempat yang sama juga ada pameran perabot.
Round ke2 tu baru dapat masuk.
Tengok2 orang Cina je ramai...
Memang untuk orang Cina je ke? Saya ni salah masuk ke?
Isk, bo kot..

Bila tengok2, ermmmmmmm tau la nape Cina ramai...
Perabotnya mewah2 belaka...
Semuanya 4 angka ke atas..
Macam ni rupanya mereka berbelanja.
Semua barang2 berjenama..
Bila dah berjenama, mesti la kualiti kan, puas hati semua produknya.
Tunggu nak pilih yang mana suka dengan kemampuan masing2...

Nabilah berpeluang duduk, pada 2 booth perabot.
1 jenama Crown, promoternya Cina.
Dia ckp ini dari cow leather, ma.
Harga RM 3988 kot..
Bila nak pilih bab ni, perempuan suka nak tanya color.
Semua color ada, ma. Cakap saja mau color pa, nanti kilang kita buat utk madam..
Waaaaaaaaa, mcm ni depa mniaga ya.
Hebat, ni yg best ni.
Tapi tengok harga, memang mcm ni ke harga perabot2 kat umah kita?
Xpenah amek tau harga ribu riban ka...
Tau2 Mak dah beli sofa...
Mcm ni rupanya mak bapak kita berbelanja.
Patut la ayah suka bising2, dok tambah yang tu, dok tambah yang ni..

Kadang2 pk, mcm Mak berlebihan berbelanja.
Tapi bila dah beli, kita guna pa, kan???
Ermmmmmmmmmm, masing2 ada pemikiran sendiri.
Ada baik dan buruk... Pro n kontra.

Tapi perabot2 kat umah, tiada yang dibeli xguna.
Semakin hari, semakin bartambah barang2 kat umah.
Sebab tu la rak n almari diperlukan untuk simpan barang2 seperti buku, pakaian dan lain2.

Tapi yang menjadi idaman saya, huhu...
Nak ada bilik pakaian dengan almari pakaian keliling dinding, yeh!
Banyak ke baju saya??? Baju enSuami yang banyak... 
Dia keja pi sekolah, mesti ada banyak baju.
Huhu, poning enSuami...

Macam ni, Sayang
Jangan Pengsan dulu, Sayang!
Xperlu seluas ni, janji ada 1bilik yang khas untuk pakaian sahaja.
Senang nak susun, nak cari baju, nak kemas, nak iron baju..

Lagi lagi...


 Ha, kemas kan???
*sebenarnya terpengaruh dengan crita Korea, hehehe...*


Perlu ke almari setinggi ni, sampai ke bumbung ha...


Yang ni macam open sangat, xsesuai...
Lagipun saya xdak banyak pilihan kasut
Xdak banyak pilihan beg tangan
Ada 2,3 je. Jenis pakai sampai rosak, baru beli yang baru.
Jimat kan Sayang? *jenis ni enSuami suka kan???


Almari jenis kain langsir je...
Erm macam mudah je...
Nanti boleh tukar2 kaler langsir almari lah ye...ngeeee

Kat luar dari dewan pameran perabot ni, ada juga pameran lain.
Salah satunya penyidai atau penyangkut yang diperbuat oleh besi tahan karat.
Harga xmahal sangat, tp bukan la harga promosi.
Rasanya tiap2 hari pun harganya macam tu.
Cumanya, dah hari ini terjumpa, nak la beli sesiap kan?
Sebab kedai asalnya jauh kat Klang ke kat mana ek.
Masih ada simpan resit, nanti boleh cari semula kedai ni.

 Kemas kan?
Ada ampaian untuk baju yang boleh adjustable.
Sesuai dengan rumah yang agak terhad ruangnya macam apartmen, flat tu.
Rumah teres pun boleh beli, xda masalah.
Ada duit, semua boleh beli, ngeeeee


Kalau pemilihan untuk sofa, saya mau yang kulit.
Senang nak jaga.
Kalau tertumpah makanan, minuman, bo lap saja. Ye ke ek?
Kalau sofa, baldu.. Basah, susah jadinya.
Macam ni ha...
Pas2 ada pilihan sofa buat dari rotan plak..
Ada yang berminat dengan sofa/kusyen yang macam ni???


Rak untuk TV, best ni.
Kemas, tersusun dan nampak elegan.
Tapi, perlu ke TV kat rumah.
Saya macam xperlukannya.
Tapi enSuami macam nak TV...
Emmmmmmm


Bilik dan katil untuk anak2..
Wah, sangat suka dengan perabot yang menjimatkan ruang dan tersembunyi.
Boleh bantu persekitaran untuk tampak kemas dan mudah diurus.
Ada x, perabot macam ni kat Malaysia?
Idea baru untuk jangka masa panjang, sekiranya membina rumah dengan design sendiri...
Gambar ni dapat klik di umah Saidah di Batu Pahat.
Rumah ni elok2 je siap sebelum kenduri kakaknya kawen.

Masa tu kakak dan abangnya dapat idea untuk rekaan pelamin tetap, tengok kat majalah.
Buat siap2 pelamin merangkap tingkap umah.

Senang, bila anak2 kawen nanti, dah tau dah nak wat pelamin kat mana.
Sekurang2nya dua anak kawen serentak. sebab ada 2 pelamin, =)

Ruang solat untuk sekeluarga. Bagus kann???

........Semoga rumah tangga yang dimiliki diserikan dengan kasih sayang kerana Allah.......

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers