Search This Blog

Friday 27 March 2015

PETUA : Doa Basuh Beras dan Manfaat Minum Air....


Assalamualaikum
haihaihai...

Bukan nak berpetua sangat pun..
just nak kongsi je softcopy imej yang saya buat untuk frame kaki dalam entri lepas...

Siapa yang nak, dipersilakan ambil...
design biasa2 ja...

Imej Asal...




Info Asal....

Minum air lepas bangun tidur tu memang best.
masa sek men, ada cikgu bagitau. minum air sejurus bangun dari tidur, [dengan mulut tak basuh lagi] boleh jadi awet muda.
dan ada seorang Ustaz dalam ceramahya kata, kalau lepas minum air ni, kalau tak buang air besar, paling koman, air kecil pun conpem buang...

dan memang sahih la, itu la yang saya amalkan dari sekolah menengah...
awet muda??? xtau la nak kata. asalkan umur hidup ni berkat dan dirahmati pun dah cukup.
awet muda dengan air wuduk pun ada juga orang sebut, kan...
[InshaAllah]

kalau bab membuang ni, memang tak dinafikan lah... lepas je habis sarapan, tak menyempat dah nak masuk tandas, nak membuang punya pasal.

Cuba la amalkan...
minum air banyak, membuang pun banyak.
bila in dan out seimbang, baru la dapat badan ideal...
[InshaAllah]



Imej Asal....



Yang ni saja je tambah....
kot ada yang nak...

Semua boleh google je...
tengok idea orang..
kita tukar ikut selera sendiri...

Macam mana tergeraknya hati saya nak buat dekorasi ni diinspirasikan dari blog Eta..
dan kalau seterusnya mengilhamkan orang lain untuk buat juga [benda baik, kan] apa salahnya...

kata, Sharing is Caring, hehehe...

Saturday 21 March 2015

D.I.Y : Dekorasi dengan frame berkaki... [atas water filter]


Assalamualaikummmmmmmmm..
sretttttttttttt...
hihihi...

Lepas dah up dengan masak2, hilang plak sekejap, huhu..
sorry.
ok hari ni, masuk balik dengan DIY.

Fresh dari dapur, kekeke...
ehh dari printer...
baru siap tadi, hehehe...


Maaf ye, boh nama frame berkaki plak..
apa nama betulnya tak tahu la...
yes, cap IKEA..
saya tengok, ramai je yang suka beli frame ni...

Tapi saya, sangatlah tak berkenan pun...
frame ni, saya tak beli OK, enSuami dapat hadiah...

Nak tanya, kalau cover frame yang ada simbol recycle ni, maknanya apa ek?


kita letak gambar, tanpa cover kat depan ke?
guna frame ni tanpa cover tu?
saya tak tahu nak cakap macam mana...
dah le saya tak berapa suka nak guna frame..
pastu ada cover, tapi tak boleh pakai lak...
ehhh, sakit jiwa...

Lama dah frame ni, tahun 2012.
sekarang baru nak guna...
sebelum ni, saya biar je Hafni main, sepah2...
sampai cover tu dah bercalar-balar...

Sampai la hari tu, saya berkemas..
ternampak lagi frame ni...
saya cuci bersih kat sinki, sebab dah berhabuk...

Pastu nak cepat kering, saya letak atas water filter.
tapi dua-tiga bulan la jugak, frame tu lepak atas tu..
dok pandang setiap hari, lama2, datang plak idea...

Kebetulan dok BW kat blog E-ta Sg Buloh [hehe, nickname blogger je, nama betul xtau...]
E-ta kongsi blog, tentang doa basuh beras....
Link entri, klik sini

Masa tu saya baru je buat frame tiga serangkai di meja makan tu..
terasa kena batang hidung plak, terlupa pasal hal agama atau doa2...
sibuk nak ikut omputih sangat, tu la [luku kepala sikit, huhuhu]

Lama juga saya terlupa pasal ni...
2 hari lepas baru buka laptop menghadap fokus nak buat yang ni...
akhirnya baru siap sepenuhnya...
faham je la, laptop saya sekarang ni, bergantung pada bateri saja..
bila bateri dah remind 5%, terpaksa la tutup.
kena cas dulu...
so progres, sikit-sikit dapat buat....

Lepas dah ukur saiz semua, print...
masa tu dah tau dah nak buat macam mana..
saya memang nak balut, poster tu pada plastic cover yang ada simbol tu...


Balut lebihan kertas [memang sengaja diwujudkan lebihan sebab nak balut] tu ke belakang
tampal dengan salotape je.
nak laminate, tak sempat dah nak keluar kedai beli..
guna apa yang ada je....


Lepas balut ni kan, hahahahaha....
semestinya poster kita tak cover kan...
memandangkan saya ni tak berapa nak cermat, 
dan kedudukan frame ni berdekatan dengan sumber air, hehehe...
saya balut plak poster ni dengan plastik pembalut makanan tu, kahkah....


Balut kemas2, try test masuk dalam frame...
memang jadi je molek...
cuma, bila guna plastik makanan ni, nipis dan mudah terkoyak la...
pastu masa first balut tu, saya tak tarik kuat2 kemas2, jadi macam longgar plak...
tapi tak pe, tak memberi kesan sangat pun...
yang penting, mesej kat poster tu, jelas nampak dan bermanfaat....


Mula2, petang semalam saya siapkan doa beras dan hug-laugh-smile tu...
sebelum ni, plan nak buat depan belakang.
tapi sebab tak ada idea, dapat siap dua je...

Lepas dah pasang, deko2 atas water filter tu, teringat satu poster tentang manfaat minum air
rasa2, macam sesuai sangat la poster tu.
memang di kawasan ni la, tempat sumber air minuman kami sekeluarga.
air kosong-air panas dari water filter.
air bancuh2, di table top, sebelah water filter ni je...
dok fikir lagi satu nak buat apa...


Masa bergambar petang semalam tu, teringat plak pasal aktiviti masak-memasak saya.
saya terinspirasi dari gambar2 resepi BFF saya bila dia masuk dalam blog.
macam cantik je gambar yang dia snap... [contoh gambar/entri]
kenapa gambar saya macam tak ada feel je...
lama2 dok ushar, baru perasan background makanan dia cantik...
walaupun nampak samar2, tapi tetap menaikkan seri gambar tu...
so, saya pun dapat idea, nak buat satu label/tag untuk dinamakan khas bila nak snap gambar masakan...

So, jadilah Eksperimen Dapur bersama NabilaHasyim, hahahaha....
tak tau la nanti jadi cantik ke tak, huhuhuhu.....


Sebab nak kata hebat, tak pandai sangat pun..
just suka2 masak untuk makan sendiri...
orang kata practice make perfect...
sambil2 upgrade kemahiran memasak, apa salahnya..
jadi tak jadi, sedap tak sedap, belakang kira..
kalau enSuami komen apa2, jegil je mata kat dia..
tak pun jelinggg sampai julinggg, kahkahkah....


So, yang kekal di depan, doa beras dan minum air tu...
yang Eksperimen Dapur dan Hug tu, letak belakang....
bila nak guna, atau dah bosan2, boleh la tukar2...
pusingkan aje ke belakang kan senang....


Sebenarnya teringin juga nak letak kat table top je...
tapi sebab table top tu selalu menjadi tempat parking Hafni, saya tak berapa nak yakin letak di situ.
so, kedua2nya himpit kat atas ni, hahaha...
senang ahti saya....
akhirnya ada juga guna frame ni, tak la diabaikan kewujudannya dalam rumah ni...
dan yang saya suka, tak perlu letak pasu bunga, yeay...
gambar berhiasan bunga pun dah cukup.
simple-dimple untuk saya yang tak kisah, hahaha...

Amacam, ok tak???

Monday 16 March 2015

RESEPI : Pavlova


Assalamualaikum.....

Jangan terbeliak mata tau..
atau terbosan dengan blog NabilaHasyim, hahahaha...
anda masih di blog yang betul, kahkahkah...

Minggu ni baru nak up2 mood blogging...
sementara tu, nak buat entri masak2 je....

Dalam 2,3 bulan ni tak ada share resepi lagi...
kalau dah tau pun tak pe, simpan sini sebagai rujukan dan kenang-kenangan masa depan..
jom la kita masak best2...

Saya suka masak yang complicated ke
atau kategori dessert ke
atau senang cakap yang guna mixer dengan oven, saya suka, saya suka...
ha gitu la kategori makanan yang saya suka nak cuba masak...
makan belum tentu lagi, hahaha...

Saya suka masak2...
saja nak try resepi2 baru..
kadang2 ada yang kena selera, kadang2 tak kena selera...
kalau tak kena selera, sekali je la cuba...

Kalau semalam, kita buat krim brulee guna kuning telur.
ini kawan sepadan dengan krim brulee.
sebab pavlova guna putih telur.

So, kalau buat krim brulee, boleh buat pavlova sekali.
tu kalau U kuat kental gagah perkasa lah, hahaha...
motivasi kena tinggi nak buat pavlova ni...
sabar kena panjang, hehehe...


Masa buat 10 biji cup krim brulee dalam entri lepas tu, memang saya sambung buat pavlova pula.
tak nak membazir la katakan..
lagipun ada ramai orang yang menunggu untuk makan..
pavlova kan kegemaran ramai, yezza....

Tapi gambar pavlova untuk entri ni, gambar pavlova masa CNY yang lepas.
masa cuti CNY tu, kebetulan 2 orang adik ipar sambut besday bulan Februari.
so mak mertua order pavlova.
sebelum tu saya dah plan nak buat kek.
tapi dah mak mertua order pavlova, enSuami cakap buat dua2 la.


Jom tengok resepi Pavlova.
dari kali pertama sampai sekarang, saya tak pernah lagi tukar resepi lain...
memang ikut resepi ni je..
sebab first time saya kenal pavlova dari blog KakAnaSuzana.
macam OK je, tak ada cacat-celanya, so saya pun kekal dengan resepi ni...

Sumber resepi : KakAnaSuzana
4 biji putih telur
150G gula aising
2 SB tepung jagung
1 SK cuka makan
1 penutup esen vanilla

** panaskan oven dulu dlm 150 celsius.. masa nak bakar meringue baru turunkan suhu 110 celsius.
Bakar selama 1jam15minit atau lebih ikut kesesuaian oven dan saiz meringue.

Putar putih telur sampai berbuih
Masukkan semua gula aising sikit demi sedikit sambil putar
Putar sampai adunan kental/bertanduk dan berkilat
Bila dah kental masukkan tepung jagung.. putar lagi..
Masukkan cuka.. putar lg sekejap je.. tutup mesin..

Letak dalam loyang yg di lapik atasnya dgn baking paper.. bentukkan la suka hati..
Tanda2 dah masak permukaan meringue tak lembab.. permukaan meringue kering dan crispy..
cara nak cek tunggu setelah sejam pembakaran..
Bukak oven dan try sentuh permukaan meringue..
kalau rasa2 dah ok bolehlah tutup oven..

Harus di ingat jangan kuarkan meringue terus dari oven ye..
biar meringue sejuk sendiri dalam keadaan pintu oven renggang/sedikit terbuka..


Walaupun banyak2 kali masak pavlova ni, kadang2 boleh juga tak jadi...
kali ni masa CNY ni, saya buat 2x pavlova dengan 3x adunan tadi.

Adunan pertama tu, saya habiskan telur yang ada dalam peti ais.
Dapat 2 biji pavlova, tapi tak sama saiz.
ingat yang kecil tu nak bagi ke Uncle jiran sebelah rumah yang sambut CNY, yang besar tu bawak balik.
nak dekat 3jam saya bakar, dia tak kering2...
huuuuuuuu...

Akhirnya yang bawah je jadi, yang atas tak jadi.
esoknya buat baru lagi untuk bawak balik umah mertua...
beberapa kali masak, macam selang-seli plak hasilnya.
sekejap jadi, pastu tak jadi, pastu dah lama tak buat jadi balik.
lepas tu buat lagi tak jadi pulak....

Lepas tu baru google tentang penyediaan meringue ni...
Meringue ni rumit la jugak nak sedia...
dengan penuh hati2...

Tips yang saya dapat:
* guna telur dari peti ais untuk mudah nak asingkan kuning telur dengan putih telur.
* masa asingkan tu, tak boleh langsung ada sikit kuning telur yang termasuk [kadang2 saya abaikan, sikit jer, hahaha]
* semua peralatan mangkuk semasa mengasingkan telur, mangkuk mixer, mata mixer, semua dalam keadaan kering, xleh ada kesan air.
* untuk nak mula buat meringue, keadaan putih telur mesti dalam suhu bilik. maknanya masa asingkan tu, dalam keadaan sejuk. kemudian biarkan dulu menjadi suhu bilik sebelum diputar.
* mula2 dengan medium speed, bila dah mula berbuih, baru masuk gula.
* bila dah mula masuk gula, baru high speed.
* pukul lagi sampai gebu, putih berkilat, dan kembang 2-3 kali ganda....
* bakar, guna api bawah sahaja. suhu tak boleh terlalu kuat. konsep meringue perlu dibakar perlahan supaya luarnya rapuh, dalamnya gebu.


Meringue yang sempurna, bila angkat, dia akan tajam2, bertanduk seperti dalam gambar...
Mixer kena laju, pukul non-stop la jugak...
kalau buat pavlova, mula la enSuami geleng2...
makan letrik sungguh, hahahaha....
dah nak makan sedap kan, terpaksa arrr....


Lepas dah siap ni, boleh sediakan loyang bersama baking paper.
saya tak ada baking paper, guna aluminium foil je...
kalau orang buat jual, disarankan menandakan bentuk bekas/loyang untuk hidangannya nanti.
kalau nak buat kecil masuk dalam cup, boleh guna piping bag.
setakat ni, saya belum rajin lagi nak buat kecik2 tu, hihihi...


Bentukkan meringue ikut saiz tu.
ramai yang sarankan, bahagian tepi kena tebal dari bahagian tengah.
guna spatula, senang untuk kaup dan bentukkan meringue ni, sebab dia kental gitu...
rupa memang comot, tabikla kat sape yang boleh buat licin je....


Lepas dah sejuk dalam oven, boleh sediakan krim putar plak..
beli whipping cream non-dairy.
sebab rasanya macam ais krim gitu, dan tak mudah cair.
putar dalam keadaan sejuk.
selalunya akan naik 3 kali ganda.
untuk sebiji pavlova ni, cukup satu cawan krim.
putar sampai kembang dan gebu juga.
rupa gebunya macam meringue tadi, tapi tak bertanduk la...


Pastu, boleh la trus hias dengan buah-buahan masam.
setakat ni guna strawberry dengan kiwi je la..
buah2 lain belum berani nak cuba.
Lepas siap hias, simpan dalam peti ais dulu, bagi sejuk dalam sejam kalau nak cepat makan.


Pavlova siap untuk jiran rumah.
Aci dok bagi pavlova sambut CNY?
saya bagi petang tu, sebelum malam diorang makan besar.
tengok anak2 dia dah balik, segan plak rasa nak bagi.
tu pun Uncle ckp, waaa banyak cantikk ar..
saya sangat berbesar hati, kalau Uncle suka, rasanya xtau la sedap ke tak, huhuhu....

Sunday 15 March 2015

RESEPI : Krim Brulee


Assalamualaikum...

Krim brulee..
mesti ramai yang dah pernah makan sedap2 kat bakery...

Saya penah jumpa/baca kat blog mana entah...
pastu adik2 ipar balik dari Kuantan bercerita pasal krim brulee...
diorang makan satu cup tu harga RM9
macam penah dengar je, tapi dah lupa rupanya macam mana...

Saya pun google je..
oh gini rupanya..
mcm ni resepinya...
macam boleh je nak try, hehehe...

First time saya cuba masak ni, di rumah mertua.
masa tu mertua saya tak ada, pergi Indon...
macam dapur tu, aku yang punya la...hahaha..

Masa tu cuba, xtau nak guna cup apa..
kebetulan ada cup kertas, hentam je guna.
nasib baik saya susun dalam tray muffin.
kalau tak habis krim brulee saya hilang terserap air.
sebab nak bakar krim brulee ni, guna kaedah water bath juge...


Ini wajah krim brulee yang dah siap dibakar.
sedang dibiarkan untuk sejuk sebelum disimpan dalam peti ais.
yang ni masak kat rumah sendiri, kali kedua percubaan.
masa ni, adik2 ipar semua balik kampung.
tu yang seronok nak masak...
diorang la tester setia saya...
masak apa pun mesti habis..
saya suka, saya suka....


Masa beli whipping cream kat kedai bahan kek, ada juga ushar2 mangkuk ramekin tu..
mangkuk yang orang guna untuk masuk oven, microwave, n kukus.
macam buat apam nasi dalam entri lepas tu, kalau makan sendiri, boleh la buat dalam ramekin.
oh ya, tapi apam orang buat dalam acuan plastik mcm kuih lompang tu la kan
eh eh eh, confuse sudah...

Sebiji ramekin, RM 4.50 gitu... ada lagi harga lain.
ikut saiz, ikut warna, ada hiasan bunga english roses tu yang buat saya tak berapa nak berkenan tu, hahaha...
kalau sekali-sekala nak masak, emmm mcm tak berbaloi plak nak beli.
lagi pun, tak boleh nak masak selalu krim brulee ni, xda orang nak makan.
manisssss sangat...

enSuami, manis2 dia xberapa nak makan.
kalau nak makan, eh bukan makan la, dia rasa je..
satu sudu je...
saya pun makan gitu2 je, terpaksa gak habiskan satu cawan...
menggedik satu badan, manisnya...
macam mana orang suka sangat ni...

tak leh makan selalu ni, nanti gemukss lak..
sebab bahan telur kuning dan whipping cream kot..
banyak tu....
dan dan dan satu lago yang costing tentang krim brulee ni ialah penembak apinya tuh..
blow torch orang panggil....
tak dak blow torch tu tak berapa nak menjadi la, sebab xboleh bunyi crack...

Jom tengok dulu resepi, macam berkobar je nak tau ek....
membebel plak panjang2, hahahaha....

Sumber resepi KakShahriahMasterchef

Bahan-bahan
6 biji kuning telur
100gm gula castor
500ml whipping cream-WC (non-dairy)
1 sudu teh vanilla

Cara-cara
Mula-mula sekali... masukkan WC ke dalam periuk kecil dan panaskan, keadaan cream cukup sekadar panas, tutup api. ketepikan.
Putar kuning telur dan gula sehingga bertukar warna pucat *pale
Masukkan WC yang panas sedikit dulu ke dalam adunan kuning telur tadi.
Kacau dan kemudian masukkan baki WC itu...*tempering*
Masukkan pula esen vanilla. kacau rata
Tapis dan kemudian masukkan adunan ke dalam acuan ramekin.

Bakar dengan kaedah water bath (tuang air panas dalam loyang) kemudian susun ramekin dalam loyang tersebut selama 45min - 1jam pada suhu 140C.
Kalau dah siap bakar dan sempurna krim brulee ni bergetar macam puding di bahagian tengahnya apabila digoyangkan sedikit (ni ujian untuk pastikan dia masak sempurna)
Pastu biar sejuk sebentar.

Kalau dah bersedia nak makan, taburkan 1 ST gula kastor atas krim.
Kalau ada blow torch, senang la nak sembur je...
Confirm boleh cracked!


Resepi pertama dan hasil video dari omputih masak, krim brulee ni dibiarkan semalaman dalam peti ais.
Pastu baru boleh buat blow torch.
tapi resepi kak Shahriah ni, dia biar sejuk je, terus blow torch mungkin nak makan cepat kot.
Krim brulee ni, bila nak makan baru blow torch dia.
tanpa karamel di atas, boleh simpan 2-3 hari dalam peti ais.
kalau dah ada karamel, elok dimakan segera.


Haaaa, macam mana kalau tak ada blow torch???
hihihi, saya pun google2 cari idea...
sebab kalau sekali sekala nak makan, memang tak mampu la nak beli.
kak Shahriah pun cerita, suami dia suh guna lilin ja, hahaha...
kelakar....
kalau nak berbisnes, haruslah beli blow-torch, berbaloi sangat.

Saya ingat blow torch tu boleh ganti dengan penembak api yang kat dapur tu..
try buat, tak jadi doh...
ada 2 cara yang saya jumpa.

1. dia bakar semula, guna api atas je... tengok sampai gula cair dan hangus keperangan, dah boleh keluarkan.
2. layurkan sudu/ senduk kecil yang besi atas api sampai panas. kepanasan sudu tersebut digunakan untuk menghanguskan topping gula tu...


Cara kedua, saya cuba untuk kali pertama saya masak krim brulee ni. xtau la camna nak cakap, gula selalu melekat kat belakang senduk tu, bila kita layurkan gula tu.
bila dah ada kesan gula kat sudu/senduk tu, bila kita nak panaskan semula, mula la bau hangit/hangus/gersang kat senduk tu.
sedikit sebanyak memberi kesan pada krim brulee kita yang dah cantik mulus tu, hehehe...
Dah ada jawapan dalam video di bawah, nanti korang tengok ye...

Kali ni, saya cuba kaedah 1 plak...
Hasilnya, tetap tak boleh cracked!
dan kaedah 1 ni, dia tak bagitau pun masa bakar gula, guna kaedah water bath ke tak...
huhuhuhu....
Dah ada jawapan dalam video di bawah, nanti korang tengok ye...


Ni saya bakar dalam oven, guna api atas saja...
ehh berapa darjah celcius nih? dah lupa daa...
main hentam je kot, hahaha...
blog mana pun saya dah tak ingat....


Masa ni, saya letak juga kot sikit air, tak berapa nampak ler..
jap nak try upload video saya...
kalau tak nampak sangat sory ek...
video gula menjadi hangus je...
dah lama xupload video, saja nak try...


OK, terjawab sudaaa...
masa dok tulis ni, teringat nak cari video step by step tu.
sekali ada yang no blow torch.
so sambil uploading video, tengok youtube sat.
dah jumpa la apa yang dicari.

Kaedah no.1 tadi buat macam ni...



Kaedah no.2 tu, buat macam ni...



Diorang buat semua cracked la...
apesal saya buat tak jadi ni...
huahuahua..

Ni dah tahap mencabar diri saya ni...
saya ada terfikir satu lagi kaedah.
kalau akan datang, saya buat krim brulee ni lg, 3 kaedah ni saya nak cuba serentak.
jadi ke tidak cracked nanti, huhuhu....

Sape penah masak, jom share tips!!!

Saturday 14 March 2015

RESEPI : Apam Nasi [nak jugak polkadot]

Assalamualaikum...

Saya tak pernah tahu pun, apam yang jual kat pasar tu, buat daripada nasi.
sampai la terbaca kat blog PetakBunga [kalau tak silap]


Pastu, kata nak cuba, nak cuba, terus lupa...


Dan sampai hari tu, ada nasi tak habis.
teringat pasal apam...
apa kata try tengok buat.
alang2 ada nasi lebih.

kebetulan hari tu nak balik umah mertua..
boleh la bawak bekal balik...

Sumber Resepi Yatie Memories

Bahan-bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.
Kacau sehingga sebati
Perap selama 3 jam
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..
atau enak dimakan begitu saja.

Yang masak dalam cup kertas, bungkus bawak balik ke umah mertua...
Tapi tau x, selain ada buat warna2 macam nak buat apam polkadot, saya ada buat filling jugak..
letak jem blueberry...
tu yang nampak purple kat tengah2 tu...


Memandangkan stok cup dah last habis...
baki adunan apam tu, saya tuang masuk dalam cawan teh je..
Aci dok, hahaha....


Memasak kan satu eksperimen...
guna je la apa yang ada....
kalau pecah, buang..huhuhu..

tapi ni set enSuami nye ni...
takut kot, hopefully tak ada masalah....


Kalau masak kukus dengan api kuat, memang jadi memuncak macam bukit.
dan merekah....


Yang ni api slow, dah masak yang last dah ni...
jadi flat jek...

Apam beras ni, memang kena makan dengan kelapa la saya rasa..
kalau tak letak kelapa, macam kureng jek...

Lepas siap ni baru tau, apam polkadot yang orang buat goodies bag tu, resepi lain rupanya..
hentam saja saya nak polkadot macam orang buat.
walhal, xsama hahaha...
hentam je la..
asal boleh makan....
Lalalala....

Friday 13 March 2015

GST, bersediakah kita???


Assalamualaikum...

Hai, hari ni 13 Mac ye?
hahaha....
hari ulangtahun perkahwinan rupanya...

tak ingat satu hapa pun...
sebelum nak buat sarapan pagi tadi, ingat nak cas bateri laptop dulu.
nak pi amek laptop enSuami kat sebelah dia..
pastu dia panggil datang dekat dengannya...

saya tanya la, awat???
mai la sini, nak peluk pun tak boleh??
ok peluk dulu...
macam biasa je...
sampai la dia cakap, betul ke hari ni anniversary?

Anniversary [dengan muka blur, berkerut]
hah, kalau sebut anniversary dah tentu anniversary kawen kan?
pastu baru teringat selasa lepas bawak Hafni ke klinik, 10 Mac.
Ohh, anniversary kita? hari ni dah 13?

Mak ai, tak penah2 saya lupa tarikh2 macam ni..
first time kot, hahaha...
ala, sebab memang tak penah celebrate pun, sebab tu tak ingat, hahaha...
mcmana Sayang ingat? ada org wish kt FB ke?
tak la, ni ada reminder kat handset ni, Sayang buat eh?

Haaaa la, baru saya ingat.
masa awal2 enSuami beli handset tu, terus saya buat reminder.
besday saya, Hafni, enSuami, dan anniversary...
sekali, saya sendiri yang tak ingat, hahahaha...

Alaa, tak celebrate apa pun...
Sarapan macam biasa je, masak bihun goreng Singapore..
saya lebih persediaan nak celebrate GST bulan depan, haaaaa....
walaupun gaji Feb dah over bajet sebab kos laptop tu..
tapi saya spend juga untuk perbelanjaan nak buat stok sebelum GST...

Kawan saya la mula up kan isu GST ni..
apa persediaan kawan2?
Persediaan?
Terpaksa la tak ada pilihan, ada kawan jawab, kena banyak saving.
terpaksa berjimat, ikat perut n bla bla bla...

kemudian kawan yang tanya tu, bagitau dia buat stok makanan.
beli barang2 semasa harga murah/sale dengan banyak..
so boleh la berjimat dalam +-RM100.
ni cerita dalam group kawan rumah bujang masa U.

Bila buka cerita dengan kawan sek men, ada sorang kawan bagitau, ada kawan dia buat stok makanan satu stor.
habis dalam RM2K beli barang2 tu...
katanya anggaran stok untuk 6-8 bulan...
perghh lagi banyakkk...

Saya tak mampu sampai KKKK, mampu 00 je...
kebetulan area rumah ada Tesco, ada Giant, Speedmart, MyMydin..
semua ada...
dalam setahun dua tinggal kat sini, membeli barang2 rumah..
lama2 dah boleh la ingat serba sikit, harga barang2 paling murah antara 4 pilihan tu
atau ada kedai2 lain sepanjang tanjong karang hingga ke Sg Besar yang super murahhh
besar kan daerah kuasa membeli di sini, hahaha....

Baru2 ni, ada pasaraya Bin Dawood baru buka kat Sg Besar.
Masa cuti before CNY tu, memang sesak la orang serbu pasaraya tu.
kitorang pun pi serbu juga...
baru dapat gaji 12hb tu, saja nak tengok apa yang murah...

banyak la BD tu offer..
yang saya ingat, kalau bawang besar tu, kat kedai biasa 1KG RM3, kat BD RM1.59/KG.
so kalau nak beli bawang, telur gred B, memang simpan nak beli kat BD la...
ada juga barang2 lain yang mahal..
jadi kena banding2kan dulu sebelum membeli...
xda la semua benda murah.
kira OK la boleh ganti Econsave, kat sini tak ada...


Hari Selasa lepas pi Tesco.
dah ada katalog baru, terus amek nak tengok ada offer apa..
padahal hari tu, baru 10hb.
nasib baik saya tak berebut lagi sabun labour tu.
tarikh belum masuk lagi.
so, semalam lepas sarapan terus semangat nak pi Tesco.
nak beli beras n sabun pinggan tu...

Sehari sebelum tu, dah share kat kawan2 dalam WhatsApp tentang offer ni
sape nak pi serang, sila kan...
kalau tak mau, tak pa la...
just info2, kot la ada yang menunggu masa nak membeli....


Lepas amek beras 2kampit, lalu nak pergi ke sabun pinggan.
tapi teringat pasal sabun mandi Hafni.
saja la pergi tengok, sebab sabun dia dah nak habis.
dalam katalog, tak ada offer.
jadi kalau terpaksa, amek je la harga biasa pun...

Dok usha2, ada RM10.90.
sebelum ni pernah beli RM12++.
saya beli cap Tesco sebab 1L, kalau brand lain tak sampai 1L..
nak kuantiti lebih, hehehe...
dah pernah cuba 1 botol, Hafni OK je...
kali ni try wangian lain plak...
tapi stil amek top to toe, jimat sikit....
amek 2 botol terus, ada 2 rumah, ada 2 bilik air...
banyak tu nak pakai, hahaha....

Lepas balik shopping, report kat kawan2.
barang2 camtu pun dah habis RM100.
stok2 lain, dah settle.....


Lepas dok sembang2 lagi, baru kawan2 share pasal jadual barang2 yang kena GST.
pastu macam mana bil bayaran dikira dengan cas GST.
pasal isu hot cas ATM bila nak amek duit....


Oooo, baru tau....
macam ni rupanya penangan GST pada rakyat.
saya mula terdedah dengan GST tahun 2010..
masa tu saya bekerja dengan PAS.
yang paling aktif masa tu golongan India, tak ingat nama NGO nya..
diorang ni paling banyak bergerak kerja, menyampaikan info tentang GST ni.
gerakan bantahan GST la kiranya...

Masa tu xtau GST tu apa..
saya pun tanya YB saya.
dia cakap GST tu, Goods services tax.
maknanya semua barang dan perkhidmatan, ada tax.
kalau sekarang kan ada tax jalan, cukai pintu, cukai tanah.
kalau GST, semua barang kena la...
pendek kata, semua barang jadi mahal lah...

Masa tu mana la nak faham sangat.
bujang, tak ada tanggungan...
kalau cukai pintu, cukai jalan, boleh la lagi nak hadap.
setahun sekali atau 2x nak kena bayar..
tu pun rasa macam nak cekik darah...
tambah la GST yang hari2 kita kena hadap...
la ni faham la sangat, sebab kita yang nak kena hadapnya sampai bila2....
sampai bila2 pun xtau....

kalau Abang Ipar saya siap cakap lagi,
Terima kasih la kepada pengundi yang undi BN. Saham akhirat untuk anda kerana buat semua orang merana....

perghh makan dalam tu...
nak buat macam mana lagi...
nak tak nak, kita akan hadapinya bulan depan.
melainkan kiamat hujung bulan ni...

Sampai bila ni ya, saya pun tak dapat nak bayang macam mana...
sampaikan dalam sujud pun boleh teringat lagi...
Ya Allah, kami rakyat Malaysia yang lemah, dah tak mampu lagi nak bertahan dengan penganiayaan ini...
kerana pemimpin kami zalim, Ya Allah....
Selamatkan kami dari kemurkaanMu kerana adanya pemimpin negara yang jahil ni...

Tok guru pun dah tak ada, sape lagi nak doakan kesejahteraan kita?
hukhukhuk.........

Kat bawah ni ada contoh, pengiraan resit pembelian/servis bila GST dah mula...


Bila perati, macam 2x kena bayaq tax.
betul tak?

Dan poster2 printscreen yang orang share kat FB n WhatsApp...
kena simpan kat handset tu...
senang nak refer, masa membeli...
tapi tak syok je nak membeli lepas ni...
macam2 nak kena pedo...
kalau kita rakyat merdeka, dah tentu tak perlu risau apa2..
dah hutang luar negara pun dah 3x ganda...
lama2, negara Malaysia pun tergadai...
lepas ni kena jadi jajahan Amerika plak apa.....

Nauzubillahi min zalik...











Harga Before and After




Nak tukaq untuk 5 tahun SAHAJA, kita xmau...
Rasakan azabnya sampai anak cucu-cicit kita, ya.........
Daisypath Anniversary tickers