Monday, 27 June 2016

RESEPI : Sweet Sour Tofu by Chef Choi Hyun Seok...

Assalamualaikum...

Lama betul ambil masa nak update blog..
macam seminggu sekali jek update, hahaha....

Bulan Ramadhan kali ni, tak ada beria jadual menu macam tahun lepas..
masak pun ala balai je...
janji boleh makan...
sebolehnya masa berbuka, tak makan nasi..
cemuih oi...

Dah sahur, enSuami konpem nak nasi..
berbuka pun nasi, jenuh la..
tengok nasi pun dah tak lalu..hehe..

Ada satu hari tu, menonton TVShow PTCOMR
mcm menarik je menu yang Chef Choi  tu masak..
macam teringat2 nak mencuba, sebab senang...


Lagipun tak pernah pula masak tauhu, selain dari goreng garam kunyit, buat tauhu sumbat dan letak dalam sayur taugeh-kucai, kan?
Kalau nak real lagi boleh klik link ni, tengok Chef Choi masak sendiri..
tak jemu pun tengok episod ni sebab ada Kim Jong Min dan Jang Soo Won (Robot Korea ^^,) sebagai tetamu.

Saya pun replay la balik episod ni, untuk catat satu2 bahan dan stepnya..
Tu yang berkobar nak update hari ni, sebab rasa resepi ni best sangat..
Saya masak jumaat lepas..
Kami makan ini sahaja tanpa nasi pun..
Nak jadi orang Korea kejap, makan lauk saja, hahaha...

Bahan-bahan
6 biji tauhu dibelah 4 (atau ikut suka nak saiz macam mana)
Tepung jagung secukupnya
1/2 biji timun (dibuang bijinya)
1/2 biji lobak merah - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dihiris / dipotong dadu
1 batang green onion - dihiris
3 ulas Bawang putih
1/2 cawan daging kisar / isi ayam
2 SB sos tiram
2 SB sos cili manis
1 SB tepung jagung dibancuh dengan air
sedikit parutan kulit lemon
2 SB minyak masak untuk menumis

Cara memasak

  1. Tauhu yang dibelah 4 digaulkan dengan tepung jagung sehingga rata ke semua permukaan.
  2. Goreng dalam minyak dalam, nak senang guna periuk kecil, dapat la deep frying. Goreng sehingga warna pucat2 dulu. Nanti kena goreng sekali lagi (kalau perlu)
  3. Sambil goreng tu, belah setengah biji timun, dari separuh tu, belah 4. Nanti dapat bentuk macam slice kek kan, keluarkan biji timun dengan melalukan pisau dibahagian akhir biji timun (paham dok? huhu). Hiris nipis2 timun kemudian gaulkan dengan garam. Ketepikan.
  4. Dalam kuali, tumis bawang putih yang dicincang bersama daging kisar dengan sedikit garam. Saya guna isi ayam sahaja sebab daging kisar tak ada. Masak sehingga daging/ayam masak.
  5. Masukkan karot, bawang besar, green onion (saya tak ada ganti putik jagung). Gaul rata.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili manis. Tambahkan sedikit air untuk mereneh sayuran sehingga masak.
  7. Bila dah kering sikit, semua dah sebati, tambahkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Perasakan gula dan garam (jika perlu). Saya tambah minyak bijan sikit.
  9. Goreng sekali lagi tauhu tadi. Toskan minyak. Masukkan tauhu ke dalam kuali sos tadi.
  10. Gaul rata sehingga semua sebati. Tutup api. Hidang ke dalam pinggan.
  11. Timun yang digaul dengan garam tadi akan mengeluarkan air, jadi ramas timun tersebut untuk mengeluarkan air timun.
  12. Taburkan timun diatas tauhu tadi dan parutkan sedikit kulit lemon.
  13. Sedap dimakan panas2... 


Saya guna kuali leper macam ni, macam Chef guna..
try nak lambung2 macam Chef buat, tak terlambung pun tauhu2 saya, huhuhu...
susah juga nak buat rupanya, tengok chef punya action macam best je...
gaul guna sudip je la, kekeke...

Tauhu tu kan, saya goreng sekali je..
Tips yang chef bagitahu, tauhu ada kandungan air yang banyak, sebab tu dia goreng 2 kali untuk keluarkan air dari tauhu tu..
Saya try tekan2, tak ada air pun, so tak goreng la 2 kali, kekeke..
lepas kuah masak semua, tuang masuk tauhu dalam sos tu...
Gaul2 rata, boleh angkat masuk pinggan.


Disebabkan green onion tak ada, saya ganti dengan putik jagung.
timun yang digaul dengan garam tu, buat dia jadi rangup..
rasa segar krup krap gitu...
kalau boleh hiris paling nipis2 gitu..
saya guna pemarut pun tak nipis, adeh...
Lemon je tak ada...
Tu yang ganti sesiap dengan minyak bijan, sebab asasnya resepi ni masakan Cina..

Oh ya, pasal sos cili manis tu, saya tak ada, saya guna sos cili biasa je..
tengok chef guna macam sos tabasco kee, macam di Pizza Hut tu.. sebab botol runcing gitu..
pastu saya tambah sikit paste serbuk cili atau cili kisar atau cili giling.
Sebab tak cukup merah2 gelap.. takut tak pedas.. [tak boleh nak rasa, main agak2 je la]
Pastu tambah sebiji cili padi Cameron (nak bagi pedas, huhu)



Sebelum masak2 ni, saya ada buat crepe durian jugak..
kuali purple tu baru beli, cap Econsave punya..
tu yang tak sabar nak mengetest kuali tu, melekat ke tak..
dulu2 kan pernah beli juga dari Econsave, cerita di sini
pastu kuali tu selepas 3 tahun, dah calar balar, lapisan non-stick tu pun dah rosak, kadang2 melekat juga..


Dok tunggu nak pi Econsave, baru nak beli lagi..
Kebetulan Econsave baru buka di Sasaran, Sg Buloh, boleh la pi jalan2 nak tengok2..
Hajat nak beli kuali yang sama, hampa..
sebab kuali JustCook tu tak ada pun..
Yang ada jenis baru warna purple dan merah.
Ada beza harga RM2++ gitu..


Kalau tak saya dah amek yang kaler merah, sebab tema dapur kan..
pastu enSuami persoalkan kenapa harga tak sama..
Pastu baru nak belek betul2..
perasan pada kualiti ketebalan kuali tu dan bentuknya..
dah tu enSuami nak yang kualiti tebal, kena la amek purple..
Suh amek saiz besaq sekali pulak tu, 28cm.
Harga 39.90.


Tapi kalau nak buat crepe, jadi besaq la, dah kuali besaq...
bila buat crepe ni baru perasan, kuali ni membuncit sikit di bahagian tengah, sikit je la..
so tepung pun turun ke tepi kuali, adeh..
terpaksa la letak tepung lebih sikit, sebab nak ratakan pada kuali tu susah sikit..
dapat la crepe yang tebal n besar, huhuhu...

Kali ini cuba resepi crepe yang 4 jenis tepung je..
nak cari yang tak ada santan, punya pasal..
ada lagi yang guna 5, 7 jenis tepung...
apa2 je la..
yang ni pun dah OK, tepung hongkong tak ada, ganti tepung gandum je..
Puas hati, senang buat senang masak, senang nak handle..
Bila dah sejuk, tak melekat pun, xmudah koyak juga..
Resepi crepe dari sini, Yatie Memories...


Hidangan buka puasa kami jumaat lepas, 19 Ramadhan.
makan tanpa nasi..
risau juga kalau2 enSuami tak makan..
Suspen je bagi dia rasa dulu...
Saya makan crepe dulu..

Nasib baik kata sedap, siap komen boleh buat lagi nanti..
Selamat den...
kami makan tu je, sampai licin..
tak ada nasi hari tu...
Yummm, macam nak godek lagi satu resepi tofu yang chef Oh buat.
Baru la rasa bermanfaat sikit tengok TVshow tu, kahkahkah...
ahlahsan je tu....hahaha
Babai...


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

4 comments:

  1. Wah rajinnya masak macam2 ni.. kalau dekat rumah nak pergi minta sikit ni.

    ReplyDelete
  2. hamboiii rajinnyer cik nabila try2 masak ala chef. menjadik lak tu. jeles ai! =) kita & asben tekak nasik laa.. so far sahur & buka mesti carik nasi. time moreh (if any :p) baru makan menda lain mcm roti ke kuih ke bubur lambuk ke..

    ReplyDelete
  3. husbnd kita cerewet sikit pasal mkn.. dahlah bini ni jenis tak tahu masak.. benci betul..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)