Search This Blog

Wednesday, 5 March 2014

D.I.Y : Rak piring cawan teh untuk storan

Assalamalauikum..

Erm, kali nipun, gambar tak complete jugakkk err...
jangan marah, huhu...

tapi sebab xcomplete, nampak lebih jelas lagi, macamana nak DIY..
kalau ada yang berminat dan rasa sesuai untuk keperluan di rumah masing2...

Yang ni pun saya buat sama siap dengan rak botol rempah yang lepas..
sama2 kena cat, sama2 kena jemur...
pastu kering je, terus masuk laci....

Kat rumah saya ni, ada satu je tea set.
Ni pun sebab enSuami dapat hadiah kawen dari sekolah kat Sarawak tuh.


Sebab tu kat kotak tu tulis nama camtu, hehe..
packaging masa nak pindah dulu.
yang kaca2 boleh pecah, semua letak dalam kotak...
tak kira la kotak ape2 pun, janji boleh simpan barang.
pastu label jangan lupa, nanti senang nak cari, sebab bila dah lama2, nanti lupa la kan...

Saya heran betul, besen2 saya masa kat umah sana, hilang ke mana entah...
habis semua bungkusan saya dah selongkar, tapi tak jumpa2...
entah2 dah terbuang ke apa la....


Masa membungkus tu, semua saya balut2 dengan kertas buku iklan Explorer, Media Focus.
Area Bangi, Kajang, tiap2 bulan dapat free buku2 iklan ni..
masa nak buat projek DIY ni baru saya nak buka, dan tengok semula...
ada 12 pcs rupanya, ingat 6 je...

Kotak yang menjadi mangsa kali ini adalah kotak tripod kamera.
Kotak ni baru je bulan lepas beli...
dah jadi mangsa kena robek...
enSuami balik sekolah, pnIsteri sengih sampai ke telinga, sambil bagitau, Ayang amek kotak Sayang, ngeee
ermmmm, tak terkata enSuami..
macam2 la bini dia ni kannn...


Opppps semak2 kat belakang, ni pun nasib baik teringat nak amek gambar...
saja2 try je ni, kalau jadi, boleh la guna.
kalau tak, masuk tong sampah ekkk......

Cara nak buat, senang je..
mula2 cari kotak yang sesuai.
Sesuai dari segi ketahanan, saiz ruang storan yang nak letak tu, dan kuantiti piring yang ada.
saya guna kotak tripod tu sebab nampak macam tebal sket, kemudian dia petak, sesuai dengan saiz piring saya.
ukur saiz laci, ukur ketebalan piring.
kemudian tandakan kepada kotak ikut ketebalan piring atau mungkin boleh kurangkan sket, 2-3mm.
buat dua kali ganda bilangan piring.
kalau ada 6, kena buat 13.
pastu tebuk dengan pisau, secara berselang-seli.
maksudnya bahagian petak hujung sekali tak tebuk, petak no.2 baru tebuk.
faham kan, 13 petak yang dibuat, 6petak je tebuk....



Yang bahagian bawah, tinggalkan dalam 1- 1.5 inci untuk buat tapak rak kekal kukuh.
saya punya kes, saya tebuk sampai situ je, sebab tulang kotak tu [cantuman kotak] ada sampai situ.
jadi kotak saya insyaAllah kekal kukuh, dan tak mudah terkoyak.
ini siap, malam sebelum kabinet dipasang.
saya ada extra piring, jadi jumlahnya 18keping.
tapi bila laci dah pasang, ukur2, muat 15 keping jek...
errrrkkkkk, xdapek nak adjust lagi, dah laci tu kecik, nak wat lagu mana lagi kan..
pasrah je lahhh...


Hat gambaq dah cat, xda.
saya cat kat bahagian luar2 je la...
kt bahagian dalam tak rajin nak cat.
saya cat nak tutup rupa kotak dan bagi keras sikit.
mudah2an boleh tahan lama la nak guna ni...
erm OK tak DIY yang pelik2 kali ni, hahaha......

Caucincau........


9 comments:

  1. oklah tu..jimat ongkos beb ")

    ReplyDelete
  2. kene lap kerin la..br leh susun..kalau x rosak kan

    ReplyDelete
  3. Mama Rocky,
    mekasih, hee mmg nak jimat ajee..

    Tiqah,
    erm nampak gayanya camtu lah, hee..
    sbb nak simpan, susun, dan senang nak amek, tu yg DIY mcm ni..

    ReplyDelete
  4. kegigihan berdiy terserlah =))

    ReplyDelete
  5. salam...awk kawan kepada rohani ke??
    saya kawan lama dia...dah lama sgt cari dia...alhamdulillah jumpa pic dia dlm salah satu album awk...sy kwn dia masa sekolah menengah..kalau x keberatan blh tak bg no hp dia..nama sy nurulhidayat..ni hp no sy 0126177806..

    ReplyDelete
  6. Hi awak. Thanks sbb sudi singgah blog cik hani.
    Pasal comforter punya sarung tu. saya memang jahit terus lekat kat comforter so lebih kukuh. Kalau jahit sarung je, nanti comforter tu akan bergerak-gerak

    ReplyDelete
  7. Salam Saudara dan Saudari

    Sesiapa yang berminat dengan laminated and vinyl flooring sila hubungi saya untuk kualiti dan harga yang kompetitif dalam linkungan bajet anda. Juga kami menawarkan rumput tiruan untuk lanskap yang menarik. Produk kami punya warranty yang sangat lama :)0179865933

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers