Search This Blog

Wednesday 19 February 2020

Almari : Laci Baju Anak-anak cum Meja Solek

Assalamualaikum..

Anneyohaseyo, doooo (^_^)

Okay semangat dah nak update blog hari2..
lama tak cerita susun susun ni kan..

Selama dok senyap ni, ada perubahan susunan perabot je.
pertambahan perabot tak ada..
saya kalau boleh nak tahan je diri nak beli2 perabot ni.
sebab malas nak maintenance, wakakaka..

Banyak2 barang, simpan dalam kotak2 je.
Sabaq sat..
ada rezeki, nak renovate rumah.
kita all out masa tu..

Setakat la, pakai apa yang ada dulu.
ai is okay..


Ingat tak dengan laci ni dulu..
dulu2 tema putih omputih. katil putih, laci putih.
pastu Feb tahun lepas, saya angkut laci dan katil putih ni ke bilik kedua.

Kenkonon nak buat bilik tidur Hafni lah.
nak ajar tidur bilik sendiri.

Alasan Umi nak beli katil baru, la ni inlove dengan NavyBlue dengan Black.
Terpengaruh tengok cite Goddess of Marriage, tengok bilik dia cam cantik je kaler biru gelap.
sempat la beli PAX wardrobe IKEA kaler Black Brown.
pastu tambah dengan katil navyblue, okay sket2 kita usaha, ahaks..


Memandangkan kami ada satu ja rak tinggi macam ni.
Laci ni jadi tempat simpanan baju2 basahan anak2, termasuk la tempat nak bersiap2..
ini keadaan bila kau malas nak kemas, wakakaka..

Sebenarnya gambar ni snap selepas tempat ni diselongkar Miqdad petang masa Maghrib tu.
Umi dok buat keja tampal sticker jadual kakak Hafni, dia dok buat keja belakang ni.
kalih2 tengok, mula la Umi nak jadi tarzannnnnn!!!
Miqdad buat apa niiiiiiiiiiii, aduiiiiiiiiiiiiii


Semua segala benda dilonggok di sini..kalkulator pun ada, hahaha
botol dexandra dah habis dah tu, ada projek nak guna talinya tu.
tapi dah keluar semalam dalam gambar bilik air tu.
saya guna buat gantung bekas letak berus gigi dan ubat gigi tu..
plastik suction tu macam dah tak kuat, asyik jatuh je.
pi beli hook sticker, skli hook tu tebal sangat, tak muat nak masuk lubang bekas tu.
so teringat tali botol dexa tu..
bila pasang je, "wow smart la, Umi!" kata Hafni..
saya tak dapat nak agak, smart dia tu bermaksudkan apa, Umi bijak ke, atau bila gantung macam tu nampak WOW, ahaks..


Pertama sekali kita susun2 kerongsang dulu.
bertambah pula kerongsang baru, biras beli kat Sabah (tenkiu Nana)
yang lama2 patah, tercabut tu, kita nyahkan je. malas dah nak simpan dalam bekas ni
bekas kecil je. nak yang handy, sekali grab, masuk beg nak balik kampung ke, jalan2 je..


Susun2 yang besar2 dulu, tempat yang terhad.
yang kecil2 boleh adjust nanti.


Dah siap bekas untuk pnIsteri, bekas untuk enSuami.
senang nak mengangkut nanti.


Bekas jam lama, makeover sikit, lapik dengan kapas bulu2..
simpan jam2 dengan kerongsang besar2 ni..
lama dah tak pakai kerongsang besar ni.
kerongsang biru tu hadiah masuk UKM ke konvo UKM ke ek, tak ingat.
simpan sampai la.. gila lama tahun 2005-2008, ahaks

Jam couple, hantaran kawen, sekejap je pakai.
masa kemas2 ni, rasa macam nak bawak pi kedai je baiki.
Jam enSuami, terputus sikit sebab kemalangan tahun 2012.
jam saya, rasanya habis bateri kot..
pakai sekejap je, sebab jenis bukan pakai jam..
ingat kalau boleh baiki, elok balik, boleh la belajar pakai jam, wakakaka..

Jam pink n biru tu, tahu la kan..
anak2 punya la..
hari tu pergi GM Klang, tak tahu nak belikan apa kat diorang,
kebetulan Hafni tanya nak beli jam, boleh la beli jam sorang satu.


Keadaan selepas kau dah kemas, ahhaaa
Legaa, lapanggg
tapi yang terkini, bakul depan cermin tu, alihkan juga ke kanan.
sebab ganggu nak tengok cermin, almaklumlah, ai tak berapa nak tinggi, huhuhu
span kecik2 tu, saja buat hiasan tang tu, buat jadi mainan Hafni Miqdad je..
macam tak berguna sangat je nak guna masa mekap2, ke ai yang tak reti guna, wakaka..
okay mengaku tengok AKMU beli masa nak buat video live dengan Byung Jae, kita pun nak beli gak..
dah dia asyik dok sebut gyiyoo, gyiyoo (comel/cute) kita pun rasa benda ni gyiyoo hahaha..

Kat sini, memang terpaksa gak la guna 2bakul
nak khaskan satu bakul je, tak boleh jugak..
banyak sangat perkakas2 nye..


Zoom in sikit bakul kiri tu, ada bekas eyeshadow dah lama pun tak pakai.
beg polkadot tu, ada beg kecik2 lagi dalam dia, dgn botol2 dexa, dok simpan ada lagi bau kopinya tu, wakaka..
bekas bawah skali, bekas wet tissue, tapi kosong, belum restock wet tissue.
pastu bekas jam2 tadi.
pastu bekas kerongsang.
lain2, deodoran suamisteri, perfume, bekas butang enSuami.
yang dalam plastik tu, tisu muka dengan makeup remover MK.


Bakul ni pula, ada cotton buds, baby oil, minyak but-but.
2 bekas masker pupu telur dan Bunga Tanjung.
bedak baby, 2 botol losyen Mustajab dan Yusmira.
Dalam pencil case tu, simpan hair cutter, guna untuk potong rambut Miqdad.
setakat ni tak pernah lagi gunting rambut dia kat kedai.
gunting kat umah pun qeyau selop, pi kedai tak tahu la meraung macam mana plak, wakakaka..
Tali ukur tu, memang kena ready kat situ..dok ukur lilit badan, nak inchloss, ahaks


Koleksi anting2 yang ada, pusing sampai ke belakang ada..
dulu2 je dok beli.. hantu korea sangat..
tengok lawa je, nak beli.

Sejak2 online shopping ni, belum lagi dok beli benda2 kecik ni.
macam nak kena beli jugak lepas ni..
sebab baru2 ni, Hafni cakap, "Umi, Hafni tak sabar lah nak pakai earings Umi tuuu"
whatsssssssssss??? habisla nanti dok berebut dengan anak dara dah nak besaq ni..
kalau dia terjumpa earings cantek2 kat Utube tu, laju2 tunjuk kat Umi, "Umi, umi beli la earings macam ni, Hafni nak, sebab dia cantek..."
Umi rasa, tangan di dada mata ke atas, wakakaka

Dari 4 laci yang ada.
1 laci untuk Hafni
1 laci untuk Miqdad
1 laci bawah sekali letak stok tuala dan sejadah.
1 laci yang atas sekali, Umi menumpang letak pakaian Umi.


Tetap kekal dengan susunan macam ni.
senang nak simpan dan amek
nak kemas pun senang
1 line untuk 1 jenis.
Baju jalan2, baju tidur, baju siang, lampin.

Rasa2 macam nak beli lagi satu laci ni.
kaler black brown sedondon dengan wardrobe, nak letak kat bilik sendiri.
Lepas ni akan bertambah lagi koleksi Skincare WonderLab, kalau ada laci ni, boleh susun2 cantek2 macam ni.
Dah usha2 dah rak jernih alat mekap tu kt Shopee, wihuuu..

Gituuuu...




#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

3 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Nabilaaaaaa ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Lama kami tak singgah blog ni.. Kemas je baju anak2 duk dalam laci ni

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers