Search This Blog

Saturday 8 November 2014

PETUA : Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat

Entri sebelum tentang
Petua Mendapat Anak Perempuan/Anak Lelaki.
SILA KLIK SINI

Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh

Hari ini, 8 November 1944 adalah hari kelahiran ayah saya yang tidak kesampaian disambut pada tahun ini, kerana ayah saya telah kembali menemui Ilahi pada 3 September 2014 yang lalu.

Kepada semua bekas anak murid ayah saya, yang masih ingat, ayah saya pernah bertugas di Al-Masyhoor Perempuan Pulau Pinang, SMK Dato' Syed Omar dan SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah.
Al-Fatihah untuk arwah ayah saya Ustaz Ahmad bin Saad.

Sempena ulangtahun ini, saya ingin kongsikan satu lagi ilmu yang ayah saya pernah ceritakan kepada saya selain petua untuk anak lelaki dan perempuan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Dalam entri lepas, saya belum kongsikan kerana saya tidak mengetahui makna sepenuhnya tentang doa tersebut, memandangkan ada sesetengah orang mahu mengetahui makna doa tersebut sebelum mengamalkannya.

Sejak dari perkongsian ilmu anak lelaki perempuan tersebut, saya menerima beberapa emel yang mahukan petua untuk mendapatkan zuriat. Melalui emel ini, saya berkongsi dengan pembaca tentang doa dan ikhtiar tersebut.

Setelah sekian kali, saya sedar betapa ramai lagi pasangan yang belum memperoleh zuriat walaupun telah lama berkahwin.

Kali ini, saya mengambil keputusan untuk berkongsi secara terbuka untuk memudahkan semua orang yang memerlukannya tapi kalau ditanya tentang maknanya, saya tak dapat nak jawab.

Masa awal-awal dulu tak terfikir pula, nak tulis bersama maknanya. Apabila ada seseorang bertanya, baru saya tersedar. Masa tu, ayah saya sudah tidak boleh membaca, dan dia hanya boleh terjemah mengikut perkataan demi perkataan. Memang tak sempurna maksudnya.

Kaedah ini adalah suami isteri (kedua-duanya, salah seorang saja, tak boleh ye) perlu berpuasa selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali nak berbuka puasa, bila saja azan berkumandang, baca dulu doa di bawah ni sebanyak 21x. Baru boleh makan dan minum selepas baca doa. Doa tersebut yang no.1 tu.


"Wa ya ba ri ul anfa si qad bitta mub ri u bi kassaqma 'anni ya musawwiru zauwila. 21X"



Cara ini adalah salah satu ikhtiar daripada dua ilmu yang ayah saya ada. Satu lagi cara adalah dengan meminum air kelapa muda sulung yang telah dibacakan doa tertentu. Namun, saya sendiri tidak tahu mengenai doa tersebut. Kerana masa itu, ayah yang masih sihat, menyuruh saya memberitahu pasangan tersebut menemui ayah saya sendiri. Tak terfikir la pula, kalau ayah tak ada, nak jumpa siapa, huahua... Memang tak dapat la nak tolong untuk kaedah ni. Saya belum cukup gigih nak selongkar setiap buku ilmu yang ayah saya ada kat rumah. Ampun la, tak sempat lagi.

Dari pengalaman ayah saya yang berubat orang, memang lain2 kaedah mengubat yang berkesan. Ada yang berjaya dengan air kelapa, ada yang berjaya dengan puasa. Selalunya ayah saya akan cadangkan untuk berpuasa terlebih dahulu. Kalau tak berjaya, baru cari air kelapa. Air kelapa ni pun susah juga nak dapat.

Dan ilmu yang nombor tiga tu, adalah bacaan untuk pelbagai penyakit ringan. Maksudnya, kalau kita ada sakit gigi, sakit perut, baby baru lahir demam kuning, ada penyakit penat. Ambil sebotol air masak (kalau ada air zamzam, boleh campur sikit, banyak lagi bagus) bacakan surah AlFatihah 17x, Surah AlIkhlas 17x, dan Ayat Kursi 17x pada air masak tadi. Kira macam hembusan dan suara bacaan kita, kena pada air tu. Secara saintifiknya, air yang dibacakan ayat suci AlQuran akan berubah corak molekul air tersebut. Saya pernah tengok dalam seminar. Paling cantik molekul air zamzam! SubhanAllah.

Untuk sakit macam ni, minum 2x sehari waktu pagi dan petang. Kalau air dah nak habis, boleh tambah saja air baru, tapi jangan sampai habis langsung. Kerana molekul air yang ada boleh bergabung dengan air yang baru untuk khasiat yang sama. Kalau habis langsung kena baca semula la bacaan tadi. Minum berterusan sehingga rasa diri dah sembuh dari sakit tersebut. Selalunya dalam masa 2 minggu in shaa Allah boleh sembuh.

Bacaan ni juga, saya pernah buat untuk seorang pakcik ni sakit penat. Masa tu saya menemani ayah saya semasa dia sakit di hospital. Pakcik ni berkongsi bilik dengan ayah saya. Dia selalu batuk2 dan sesak2 nafas. Bila ayah saya sedar keadaan tu, ayah menyuruh saya membuat air ubat ini untuk pakcik tersebut. Alhamdulillah dia dah tak batuk2 lagi selepas 2x minum air ubat ini.

Air ubat ini pun sesuai untuk lelaki yang akan melafaz akad nikah. Saya pun pernah buat juga untuk enSuami, masa nak akad dulu. Tak tau la dia minum ke tak, huhu. Tapi yang pengalaman abang no.2 saya, orang sebelum dia nak nikah tu, sampai 3x akad, tak lulus juga. Ketaq punya pasai la tu. Sampai tok kadi suruh rehat dulu. Bagi reda darah gemuruh. Bila abang saya mula, sekali lafaz je, jalan. 

Ayah saya dah buat siap suruh Abang saya minum sebelum ke masjid. Tapi masa turn saya nak nikah, ayah saya suruh saya buat sendiri, untuk enSuami. Baru saya tau gemuruh tu macam mana, semasa salam selepas sah akad nikah tu, tangan enSuami sejuk bukan main macam duduk dalam aircond sorang-sorang, walhal kat masjid tu pasang kipas ja. Kesian kan, beban tanggungjawab dah beralih ke bahu seorang lelaki bernama suami. (^_~)

Air ubat ni juga boleh diminum untuk kita yang nak bersalin. Selalu orang cakap, air selusuh ni minum bila dah pecah air ketuban atau dah masuk labor room. Ayah saya pesan, bila dah di hujung kandungan, buat siap2 air ini, sentiasa bawa dalam beg tangan. Kalau dah mula rasa sakit nak bersalin, boleh terus minum. In shaa Allah, memang mudah saja masa bersalin tu.

Saya tak ada pengalaman rasa sakit nak bersalin. Sebab induce. Bila dah masuk labor room baru teringat nak minum, hehe... Nak kata mudah, tak tahu lah. Rasanya ada lagi orang lain yang lebih mudah.

Kalau demam, boleh baca AlFatihah 40x pada air minum. Selalu buat dalam jag, sebab banyak nak guna. Selain minum, air tu boleh sapu ke seluruh badan bermula dari kepala turun ke kaki. Sehari 2x juga buat, sehingga sembuh. Seingat saya masa kecil dulu, tak ada can saya nak ponteng sekolah sebab sakit. Selalu petang demam, malam tu ayah saya buat air ubat, sapu satu badan. Esok dah lega dah, dah boleh pi sekolah. tak dapat la nak cuti2. Dan saya dah terbiasa dengan air ubat ayah saya, sampaikan nak makan ubat biji pun, saya tak reti nak telan. Memang jarang ke klinik atau makan ubat chemical.

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa ilmu yang dikongsi. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk semua. Mohon disedekahkan AlFatihah untuk arwah ayah Ahmad bin Saad, untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Walaupun bukan ayah saya sendiri yang bercerita di sini, in shaa Allah manfaat ilmunya sama seperti yang saya dapat.

Wallahualam.

Entri sebelum tentang
Petua Mendapat Anak Perempuan/Anak Lelaki.
SILA KLIK SINI

5 comments:

  1. Al fatihah tuk arwah ayah..
    Trima kasih..perkongsian yg unik dan menarik..susah nk cari org yg sudi berkongsi ilmu mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Perkongsian utk manfaat bersama. :)

      Ilmu dr Allah jua.

      Delete
  2. Terima kasih... jom sinngh blolg saya roda79.blogspot.com saya masih baru, hrp dapat membantu.
    Seronok membaca kandungan blog NabilaHasyim.,.... semoga perkara yang bemanfaat dapat disebarluaskan kepada semua... TQ

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian...al-fatihah kepada arwah ustaz ahmad bin saad,

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diampunkan dosanya juga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers