Search This Blog

Friday, 14 November 2014

D.I.Y : Pembalut fail 3inci


Assalamualaikum....
Cerita lama yang tak jadi2 nak menulis....

DIY ni siap pada 29.5.2014.
Hah dah lama kan...
Nasib baik masih tahun 2014, kekeke....

Ini alkisah, tak ada kerja, cari kerja, hahaha...
Tapi penting la juga kan...
Macam tak syok je, biar togel? bogel? macam ni je....


OK, hari tu TESCO buat sale, beli 2 set RM18.
1 set ada 4pcs.
So dapat la 8pcs.
Yang terlebih 1 tu fail lama, memang dah ada, cap BSC tu.

Saya suka sangat fail macam ni.
Senang nak simpan dokumen.
Sebab dia punya ring boleh buka, so boleh ubah2 kedudukan dokumen.
Dah terbiasa dengan pengalaman kerja guna fail macam ni, jadi terasa sangat efektif untuk digunakan.

Bila TESCO buat sale, memang beria-ia la nak beli.
Kalau nak beli jenama ABBA kan, bankrap la ceq...
Ya saya tau ABBA kualiti.
Tapi sebab nak guna banyak, jadi cap TESCO pun jadi la...
Setakat ni saya guna, belum ada yang mengecewakan.
Cuma satu je, dia tak ada divider macam ABBA.
OK, no hal la, tak ada divider.
Boleh buat sendiri keyyyyyy....

Semasa fail ni togel, saya ada label tulis2 dengan pensil, sebab selalu nak tersalah ambil.
Sebab fail banyak sangat keyy, dah celaru plak.
Masa tu saya tak tau kat mana nak beli kertas pembalut yang cantik2 macam orang beli tu...
Buat masa ni, mata saya sangat berselera dengan corak jalur2, yang pembalut moden2 gitu.
Tapi sebab tak tau nak beli kat mana, saya mencari idea.

Tetiba teringat beberapa blogger seperti FizahSioca dan Ogosh yang suka print sendiri pembalut ikut corak yang dia nak.
Ting! OK saya pun nak cuba la buat.
Kenkonon nak moden gitu, chevron plak pilihan kita kali ni, kekeke....
Lama2 dok pandang, terasa pening dan berpinau plak mata..
Heyyyy, korang rasa tak, pening2 bila tengok corak ni?


Warna asal gambar ni, tak ingat plak warna apa.
Tapi sebab saya peminat purple, dan bilik soho@mini library tu, cat dinding purple, so tambah lagi kaler purplenya, hihi....
Saya cetak ni atas kertas sticker.
Dah dulu beli banyak2, daripada tersimpan aje, moh le kite habiskan....
Lagipun kalau tak guna sticker, nak lekat nanti kena guna gam lak...
Kalau basah, boleh kembang lak, dakwatnya...
Kat umah ni, tak ada double tape, huhuhu.........


Dah siap print, boleh mulakan operasi membalut.
Satu fail ni, memerlukan 4-5 keping saiz A4 sticker ni.
Tak termasuk bahagian tepi/tulang fail ni.
Kat bahagian tu saya buat asing, siap dengan label untuk fail tersebut.
Seperti di bawah ini...


Kali ini label tak guna huruf.
Kita main simbol plak..
Lagi mudah.
Guna imej lagi senang nak resize.


OK, gunting siap2, satu-satu.
Satu keping panjang tu untuk satu fail.
Saya dah siap asing ikut kategori yang sesuai.


Bila dah siap balut, nampak cun sikit kan, dah ada baju, kekeke...
Bahagian tepi plak ada label.


Tapi yang tak syoknye, bahagian corak tu tak penuh saiz A4 tu.
Jadi macam terbantut plak coraknya.
Masih dok nampak cap TESCO nye, kahkah....


Bila dah siap semua, macam ni la rupanya bila disusun di rak buku.
Saya belum kemaskan lagi sepenuhnya.
Ada yang berlubang, ada yang tak, boleh cenggitu?

2 lagi fail tu, memang kosong tak ada apa2 dokumen.
Yang fail lama tu, tak tau la nak label nama apa.
Letak nama sendiri? Atau letak muka sendiri? kehkeh..
Sebab isi dalam fail tu, semua berkaitan diri saya dari tahun 2008-2014.

Pasal isi-isi dokumen dalam fail, kita cerita dalam entri seterusnya.
Susun2 dokumen, mungkin macam orang lain buat juga.
Atau mungkin tak sama, entah la...

Hihi, bye bye..
DIY mudah2 je kali ini.

Tapi kalau ada sape2 nak balut fail macam ni, elok le beli wallpaper murah yang macam DIY jual tu.
Masa bulan 5 ni, tak glamor sgt lagi wallpaper ni.
Baru2 ni saya terfikir la, nak guna wallpaper macam tu nak balut fail2 ni semula.
Kotle nak bagi comel dan sempurna lagi.

Tapi fikir2 macam sayang lak nak buat baru.
Bukan main gigih lagi dok adjust kaler, saiz, print, gunting, pelekat.
Dah nak tukar plak...
Satni enSuami perli2 lak kang...
Haritu bukan main nak habiskan ink printer dia, takkan dah nak tukar kot.
Mesti dia kata membazir jak...

OK, bersabar la untuk 2-3 tahun lagi ke.
Kalau dah buruk sangat nanti, baru kita tukar baru ye...
Ingat nak cari plastik plak, untuk buat dia kalis air.
Tapi ada ke plastik yang readymade saiz fail ni ek?
Tak sempat2 nak singgah kedai buku tanya ada wujud ke tak, plastik pembalut fail 3inci ni?


11 comments:

  1. Kemas dan teliti..sy tah bile dpt buat cmni..file pn br ade 1..x reti dgn system filing sebenarnye..hihi..x sabar nak tunggu entry psal isi2 fail..blh blaja..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      In shaa Allah cerita ttg isi akn menyusul isnin depan ye.
      Ada sikit tambahkan, sedang upgrade hehe..

      Tq.

      Delete
  2. best nye entry ni....!! Sangat berguna... Nice Entry Sis... ;)

    Tq coz reply email saya... Rasa macam nak melompat bintang je sis reply... ;)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Cik Awien..

      Nak lompat bintang untuk bersenam, xpe..
      Saya pun tumpang gembira, kalau Awien happy.
      Semoga bermanfaat.
      Nanti dah buat, share kat blog ye..

      Sy plak nak pi terjah tengok, hehe...

      Delete
  3. Wah..cantik. Ni yang tambah semangat nak buat jugak ni. Senang teratur. Kena borong file besar juga ni. Kalau tak, bila time nak guna, kelam kabut cari. Tq sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haz, dh siap belum buat fail ni?
      Nanti up kt blog, yeh!

      Delete
  4. ooo print atas sticker paper ekk...gud idea tu..guna wallpaper pun ok jgk kan...hmm harus difikirkan ni...

    ReplyDelete
  5. idea bagus ini. ada fail juga kat umah utk my biz..menarik jgk kalau balut.
    www.ddiamondvitshop.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy balut sbb fail murah n besa2 je..
      Klu balut, nampak ceria sket kan, hehe

      Delete
  6. Waa, sebelum ni duk balut guna gam je. X smooth and comot.. Xterfikir lak guna sticker paper. Tq untuk idea :)

    Btw, wallpaper kat diy tu cane ghopenye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameerah, boleh tgok link ni, utk wallpaper mrdiy..
      http://buatapayangdisuka.blogspot.com/2014/11/wallpaper-di-ruang-tamu.html?m=1

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers