Saturday, 15 November 2014

D.I.Y : Label bersimbol fail 3inci


Assalamualaikum....

Hai, hari ni nak kongsi dengan siapa yang berminat nak buat label guna simbol atau logo macam saya buat dalam entri semalam....

Sebelum tu, boleh save/muat turun imej yang dikehendaki yang saya sediakan di bawah ini.
Logo ni, dalam shape ada background putih. Luar dari shape tak ada background yakni transparent.
Ada juga saya kongsikan dalam album foto di group FB KSSA ;)

ASTRO


CELCOM

CIMB

FUTURE / MOTOR

INDAH WATER
[Logo ni ada konflik sikit, mungkin ada wajah baru. masa saya cari ni, saya amek yang cantik, kemas, gambar sharp]

KWSP

MAA TAKAFUL

USER MANUAL

MAYBANK

PERSONA
Persona ni untuk yang berkereta Persona la ehh..
Kalau bukan Persona, boleh ambil simbol kereta.
Tapi nampak juga la Persona, kuikui....


Atau pun ada yang berkereta Proton, boleh amek logo Proton je.

Haritu saja2 buat pilihan, nak tengok yang mana comel.
Akhirnya saya pilih gambar kereta yang tadi tu...hehehe...


PUBLIC MUTUAL

SIMBOL UNTUK RUMAH

TM / STREAMYX
[warnanya agak mengelirukan, saya amek yang ni je sebab cantik sket - menepati piawaian saya, huuu]

SYABAS
[Ni boleh untuk orang Selangor je la, huhu]

TABUNG HAJI

TAKAFUL IKHLAS

TNB
Ini boleh untuk semua, hehehe....

WARRANTY
1 YEAR tu abaikan la ek, mgkin waranti lebih dari setahun. Simbol ni je yg OK. Yang lain nampak vector hak milik, tp sebab nak amek free la katakan, huhu

Yang 3 bawah ni saya baru tambah semalam.
Sebab ada beberapa helai resit dan surat masa saya bersalin dulu, yang saya simpan, jadi terfikir untuk wujudkan fail hospitality.


Yang logo polis ni, boleh simpan apa2 surat aduan, laporan kemalangan ke.
Hari tu, enSuami ada orang langgar kereta dia semasa parking di tepi jalan.
So ada salinan laporan polis untuk kemalangan tu, jadi boleh simpan dalam fail ni.


Dan bomba plak, saya terfikir nak tambah untuk keperluan akan datang.
Mana tahu kan, kotle ada menggunakan perkhidmatan bomba ke... [nauzubillahiminzalik]

Bomba bukan untuk kebakaran saja kan, kalau untuk menyelamat pun boleh.
Macam kunci rumah hilang, bomba boleh datang untuk potong gril pintu.
Ada haiwan liar masuk rumah ke....
Selain bomba, JPA pun boleh menyelamat juga macam bomba buat kecuali kebakaran la [kalau tak silap saya, sebab ada kawan, suami dia kerja JPA, ceritanya begitu la, tapi macam specialist lagi la, huhu]


Kira fail ni, khas untuk panggilan kecemasan sembilan sembilan sembilannnn
Hehehe, 999.

Ataupun anda ada tambahan simbol2 lain, boleh edit sendiri guna blank shape kat bawah ni...


Nak guna buat label rempah kat dapur pun boleh.
Label mainan anak pun boleh.
Label kotak pakaian pun voleyyy....

Nak edit simbol guna shape di atas, boleh guna Photoshop, Photoscape atau PowerPoint.
Save image as .. .PNG
Baru tak ada background kat luar.

Atau pun kalau nak edit terus dalam Word ke...
Mungkin boleh kot, tapi saya tak pernah cuba.
Pernah tengok ada blogger buat dalam WORD, boleh terus print.

Saya suka buat satu2 dulu as image, baru susun dalam word untuk print.
Terpulang pada cara masing2...
Mana yang senang untuk korang.


Ini cara yang saya buat untuk label fail 3inci macam semalam tu...
Semua tu sekeping2 imejnye...
Lepas dah susun2, baru 'grouping' supaya kedudukan kekal.

Cara nak buat ikut saiz yang kita nak, adjust kat bahagian FORMAT PICTURE.


Selalunya kalau kita 'double click' kat imej, bahagian 'format' untuk imej tersebut akan terpapar.
Kita zoom kat bahagian tu, seperti di bawah....


Adjust size gambar tu kalau nak tukar.
Macam untuk saiz simbol logo tu, saya pilih 'width'nya 2.1'' [" = inci]
'Height' tu automatic dia tukar sendiri, bila saya tukar [enter] 'width' tu.
Sekarang ni kelebaran lebih penting dari ketinggian, jadi adjust 'width' je...

Kalau untuk label barang lain pun, boleh tukar saiz kat situ juga.
Jadi kena ukur dulu botol rempah ke, bekas apa ke, berapa besar saiz yang sesuai.
Kalau pembaris tak ada inci, boleh je taip terus 3cm.
'cm' tu jangan lupa taip, nanti automatic dia tukar kepada inci.
Nak letak dalam 'mm' pun boleh.

OK, acaner faham dok?
Hehe, senang je kan...
Nanti senang la nak label barang2 dalam rumah...

Kalau ada printer kat rumah, memang laju je, buat kerja ni.
Untuk kalis air, saya guna salotape je untuk cover.
Beli salotape yang lebar 2inci tu, boleh la cover.
Kalau besar lagi label tu, boleh tindan salotape tu jadi lebar.
Yang penting jangan ada gelembung udara yang terperangkap.
Nanti boleh basah sebab air boleh masuk kena kertas.

Terpulang juga pada bajet masing2.
Ada yang laminate.
Ada yang kata boleh guna lilin [saya belum cuba lagi]
Paling best kalau guna chalkboard sticker tu.
Lagi syokkkkkkk, kalis air, boleh tukar label, boleh koyak tanggal n tampal semula kat tempat lain.
Saya dah cuba beli satu.
Tampal kat peti ais.
Sekarang apa2 barang/stok makanan habis, boleh terus tulis kat situ.
Tak perlu kertas nota, pen/kertas di dapur lagi, yeh....


3 comments:

  1. perkongsian yg sangat bagus nabila, thumbs up!! :)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing! Btw, chalkboard sticker tu yg mana ye? Sorry bru nk berjinak ngan mende2 ni sume..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameerah, chalkboard sticker tu kaler hitam, n kna tulis guna kapur cikgu sekolah tu.
      Sng klu buat label, boleh padam n tanggalkan klu nk ubah.

      Beli kt lazada, yank. Tgh murah rm22 je..
      http://www.lazada.com.my/vinyl-chalkboard-wall-stickers-removable-blackboard-with-5-chalks-732150.html

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)