Tuesday, 4 November 2014

D.I.Y : Label bakul baju kotor


Assalamualaikum...

Baru siap pagi ni tagging.
Bahan peralatan dah siap lama.
Menunggu masa nak pasang tu, tak sempat.
Tak boleh nak pasang semasa Hafni ada.
Nanti dia tau benda tu boleh cabut, ;)

DIY kali ni, memuncak nak buat juga, bila ada member yang kongsi dalam KSSA.
Sebelum ni, memang dah terfikir nak label2.
Walaupun dah tau, bakul tu untuk siapa, tapi sajaaaaaaaa.....
Suka-suka, tak ada kerja cari kerja, kekeke.....


Sebelum ni, hanya ada bakul bulat tu kat rumah ni.
Yang petak tu, saya letak kat rumah mertua.
Bila membuak2 perasaan nak buat projek ni, terus angkut bawak balik.

Sebelum ni, Giant ada buat SALE FLAT PRICE untuk bakul petak Century tu.
RM 7.
Dok nak ajak enSuami pi beli, bagi seragam sikit, baru ngam.
Lagipun bakul tu bentuk petak, sesuai nak letak kat situ.
Tapi tak ada rezeki nak beli, asyik tak dannnnnnn je.
Melepas la sale tu.
Minggu lepas pergi, bayang bakul tu pun dah tak ada.
Habis dirembat orang la kot, huhuhu.


Jadi, tak sabar punya pasai.
Pasrah je la, campur2 dulu.
Ada rezeki nak beli lagi dua.
Untuk Hafni satu, ganti yang bulat tu.
Untuk Lain2 satu, macam cadar ke, kain tuala ke, itu lah....


Kedudukan ruang ni macam dalam gambar atas ni.
Ada sikit ruang alcove, betul-betul depan bilik air.
Lepas sikit je dari ruang tamu.
Memang sesuai sangat letak kat sini.
Sebab, dari bilik air pun boleh campak terus baju masuk bakul, yarksssssssss kahkah....

Bahan yang diperlukan sarung kad ni.


Sebelum ni, ada terfikir nak laminate la...
Nak tulis atas kulit kotak la, keras dan ada effect rustic gitu...
Sekali jumpa ni kat MRDIY.
RM1, sekeping.
Saiz A4 pun ada, ini separuh A4.
Separuh A4 ni pun dah rasa besar, kalau guna A4, mencapap sangat lah kot.


Bahan kedua, label kita.
Saya buat sendiri, dan print sendiri.
Free je la kos untuk masa ni la...
Kalau ink habis, kena beli lah kan....


Yang ni pun dah lama beli.
Banyak kali juga saya guna untuk kerja2 DIY ni.
Sangat membantu.
Teringin juga nak ikat2 guna tali yang putih atau macam tali guni yang omputih suka pakai tu.
Tapi bila fikirkan Hafni, aiiii....
Tak mau la saya.
Hafni memang pantang tengok reben2, tali2 ni..
Mesti dia nak tarik.
Tali telekung solat saya pun, dia tarik sampai terungkai.
Tengah2 solat, tak pasai je telekung longgar, heyyy...


OK, dah boleh mula dah sesi mengikat.
Guna ni ikat. jadi ketat dan kejap.
Sekali kita dah tarik, memang tak leh nak adjust dah la...
Melainkan kita gunting, dan amek yang baru kalau nak ganti.


Ya, dah siap.
Sekejap je nak pasang.
Tak seiring la, sebab bakul pun tak sama tinggi.
Saiz bakul ni, memang muat2 untuk saiz mesin basuh.
Paling tepat, yang bulat, 10kg.
Tapi selalunya basuh, 2hari sekali.
Macam hari ni basuh, esok OFF, lusa baru basuh.
2 hari sekali la kan, macam tu...
Baju Hafni, ikut rajin Umi, bila nak basuh, hahaha.
Baju dia sorang, lambat sikit nak penuh.


Bagi saya kira OK la, saya beli card case ni.
At least kalau dah bosan dengan corak ni, nak tukar design lain plak, just keluarkan je label tu untuk ganti yang baru.
Kalau laminate, conpem tak leh recycle macam ni, ye tak???
Bijak, bijak! Jimat, jimat!

Dalam progress, nak tambah sikit label untuk ruang ni.
Perlukah?
Saya pun xtau.
Saja suka-suka, tak ada kerja, kekeke...
Kalau jadi, nanti kita tayang yek........

3 comments:

  1. nice idea!! label tu pun comelllll jer.. mmg plan nak buat label gak utk bakul dobi kat umah tapi sbb keadaan ruang dobi yg menyedihkan terus terbantut mood. huhu.. (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, saje suka2.

      Ijah, buat je label comel2, setiap hr pandang jd semangat sikit nk mendobi, keke...

      Delete
  2. cantiknya...bakul tu kan kalau balut ngan tali cantik...:-)...kite tgk diy kat blog la:-).hihi

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)