Thursday, 10 March 2011

D.I.Y 11: Hantaran Untuk Nabilah

Seperti yang dimaklumi, Nabilah buat bakul sendiri untuk hantaran diri sendiri, =|

Untuk 7 bakul yang telah dibuat, 5 barang telah dibeli sendiri untuk memenuhi perbincangan yang telah dibuat.

Barang2 yang telah dibeli tersebut adalah:
1. Beg tangan
2. Baju Tuala
3. Kain Pasang
4. Telefon Bimbit (Hasyim tolong belikan)
5. Jam Tangan (Hasyim tolong belikan)

Untuk 2 bakul lagi adalah Hadiah dari Hasyim :
6. Dompet
7. Coklat

Memandangkan bakul ada pada Nabilah sendiri, jadi Nabilah telah siapkan barang2 yang telah dibeli ke dalam bakul sebelum Dya datang amek pulang ke Sekinchan.

1. Beg tangan
Beli kat Putrajaya. Baca entri tentang ni Shopping Raya @ Shopping Kawen

2. Baju Tuala

Tempah di Reko Sentral Uptown tapi amek di PKNS Bangi dengan harga yang murah RM50.
Made in Pakistan.

3. Kain Pasang

Cadangan dalam kepala ni, nak buat baju ni untuk menyambut hari raya pertama dengan status baru sebagai Isteri bersama EnSuami, insyaAllah.

Idea gubahan ni Nabilah dapat dari Idea Kahwin Saya.
Dia tunjuk ajar macam mana nak bentukkan kain menjadi gubahan bunga macam di atas.

Nabilah pun ada juga nak tunjuk sedikit proses pembuatannya.
Tapi xlengkap sangat, ada yang tetinggal langkahnya sebab tersangkut (stress) buat xjadi bunga macam blogger Fatiha tu buat, ("_)

Mulanya dapatkan kad2 keras dan bentukkan menjadi kelopak2 bunga yang kita nak buat.

Yang ni, idea yang xjadi, nak buat daun gergasi sebab ada lebihan kain yang banyak lagi, pas2 xtau nak decorate bagi kemas, pas2 pi tambah daun gergasi ni kat belakang 3kuntum bunga tu.

3kuntum bunga dah siap, tapi ada lagi kain yang lebih, nak buat sekuntum lagi, xcukup, tapi kalau dibiar, jadi xkemas. Jadi tambah dengan daun gergasi tadi.

Xnampak kan, daun gergasi yang xjadi tu...kekekek..
Memang xmau bagi nampak, xfunction sangat pun daun tu..("_)

Pada semua yang nak dapatkan tutorial lengkap tentang gubahan bunga ni boleh rujuk sumber asal Idea Kahwin Saya


Bakul2 tersebut telah dilitupi dengan kapas untuk memenuhi ruang kosong bakul tersebut.
Ditabur dengan manik perada, supaya lip lap lip lap

OK, dah siap semua 7 bakul!
Tunggu dibawa pulang ke Sekinchan.

1 comment:

  1. SUDAH HILANG TEMA ASAL BILA SAMPAI HR MAJLIS, =/

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)