Wednesday, 30 March 2011

Misi 2 : Perkakas Dapur NabilaHasyim

Semalam pergi semula ke SenHeng Seksyen 4 Tambahan.
Hajat di hati nak beli microwave Samsung ni, sebab........

Ahad malam, masa pi meting, dapat hadiah kawen lagi!
Besaq sangat. Balik2 umah, ckp kt enSuami, dapat hadiah lagi.

Nabilah : Wak, wak... dapat hadiah lagi!
enSuami : Hadiah pe?
Nabilah : La, mana bukak lagi. Ingat nak buka nanti, dengan Wak.
enSuami : Oooo, nak buka dulu pun xpe. Besar ke?
Nabilah : Besaq sangat. Sepeluk saya.. =)
enSuami : Periuk nasi kot
Nabilah : Ada plak. Ni besaq lain macam la.
* Kalau periuk nasi, mesti segiempat sama. Tapi ni segiempat tepat.
Nabilah : Wak, rasa macam nak buka je Wak. Boleh x?
enSuami : Buka la, xpe je.

Nabilah pun dengan xcitednya mengoyak pembalut hadiah tu.
Koyak2, nampak 20litres.
Koyak lagi, koyak lagi... Electric Oven!

Nabilah : Wak, wak wak! Electric Oven, Wak! 
Nabilah : Alhamdulillah.
Nabilah : Kalau macam ni, xyah la beli microwave yang bake tu sekali, kan Wak?
Nabilah : Kita beli yang microwave Samsung tu je lah ek?
enSuami : Emmm, microwave je lah, OK jugak yang Samsung tu..

Di kedai SenHeng.
Masuk2 je kat pintu tu, mata terus tertumpu ke rak tempat letak microwave Samsung tu.
Dah kosong!
Hati berdebar2 dah. Dah ada orang beli ke?
Terus je meluru ke situ.

Ada Salesman tu datang,
Nabilah : Dah ada orang beli ke microwave ni?
Salesman : Haa, dah ada yang beli.
 Hukhukhuk, remuk redam.

Habis la. Xdapat dah diskaun yang semurah ni.
Yang tinggal jenama Electrolux, Sharp dan lain2.
Yang semurah RM200, Electrolux
Super Deal sekarang RM269 untuk member..

Bila dah xdapat beli apa yang ditarget, fikiran mula hilang arah tujuan.
Backup plan, beli dapur la.

Tapi round2 dulu dalam kedai tu, nak sejukkan hati.
Tepon Wak pun, xdapat2.
Xbalik sekolah lagi ke ni, emmmmmmmmmm =(

Tengok2 kat mesin basuh plak.
Bila tengok dekat, Toshiba ni nampak macam mesin basuh kat umah Kg Baru.
Dok pikir, Toshiba ke jenama kat umah tu???
Tapi design ni memang sejibik lah!
Toshiba, 10KG, RM 1399.00
Tengok macam dah aim Toshiba ni...

Pas2 Salesman tu kata,
Salesman : Tengok yang Hitachi tu, 11KG harganya sama dengan 10KG Toshiba. Lagipun Hitachi la brand yang bagus untuk mesin basuh. Sekarang offer je 1199 ja.

Ish, ni wat orang conpius ni...
Nak beli yang 10KG ja tp harganya sama plak dgn 11KG
Tentulah lebih berbaloi2 beli yang ni kan???

Tapi xsempat dah kot nak rebut offer ni.
Sebab lama lagi nak beli mesin basuh ni.
Tunggu ada rumah dulu, nak kumpul duit lg.
Mesti dah habis dah offer masa tu kan kan kan???

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)