Search This Blog

Monday 17 November 2014

HOME BINDER : Pengurusan resit, bil utiliti, dan dokumen penting lain.


Assalamualaikum....

Sambungan dari entri lepas tentang fail 3inci ni.
Hari tu kita balut2 kasi cantik kan...

Kali ni nak cerita tentang cara saya uruskan semua resit2 dan bil2 rumah atau urusan lain.
Buat masa ni, hanya ada 6 kategori fail yang aktif digunakan setiap bulan atau sekali-sekala.
Label kategori adalah seperti berikut:

  1. Astro - Celcom - Streamyx
  2. TNB - Syabas - Indah Water
  3. CIMB - Maybank - MAA Takaful - Takaful Ikhlas - Tabung Haji - Public Mutual - KWSP
  4. Persona - Future
  5. Rumah TBA
  6. User Manual - Warranty

Fail Astro - Celcom - Streamyx

Buat masa ni, Astro tak ada, sebab tak ada TV. Kebanyakannya bil2 lama enSuami masa di Sarawak.
Celcom telefon pun, bil dapat melalui sms, bayar bil guna internet, hanya ada dokumen lama2 saja.
Streamyx, pun tak ada lagi. TM baru nak pasang tiang telefon. Kalau dah ada line, conpem enSuami saya, daftar Streamyx. Buat masa ni, kami guna Wifi Porta Celcom. Kadang OK, kadang macam ciput, heyy...


Fail TNB - Syabas - Indah Water

Fail yang paling aktif setiap bulan.
Saya simpan bil TNB dan Syabas dalam satu muka surat yang sama.
Saya gam.
Kemudian tulis bulan kat atas tu.
Jadi lebih cepat nak kesan, bil tu untuk bulan bila...
Untuk Indah Water, 2 kali setahun. Bilnya saya hanya lubangkan aje, kemudian simpan kat bahagian belakang untuk bahagian Indah Water.


Fail CIMB - Maybank - MAA Takaful - Takaful Ikhlas - Tabung Haji - Public Mutual - KWSP

Dalam fail ni, kategorinya kira macam fail tabungan dan perlindungan la.
Kalau Bank CIMB dan Maybank tu, saya simpan penyata akaun.
Kalau Tabung Haji, saya simpan resit-resit deposit tunai.
Untuk Takaful, kebanyakannya simpan polisi takaful la. kan benda ni tak boleh dihilangkan kan?
Public Mutual, simpan penyata juga.
Kalau KWSP, ada penyata, ada borang, ada surat. Terselit juga surat LHDN, cukai pendapatan pun keno, tercekik hoi......


Takaful untuk Hafni, enSuami pilih Takaful Ikhlas, yang ada tabungan pendidikan.
Satu lagi Hafni dah selamat daftar untuk Tabung TAWAS anak Selangor. Dalam tabungan ni pun Kerajaan Selangor sediakan RM1500 untuk simpanan selama 18 tahun. Umur piawai, bila nak masuk kolej/universiti. Alhamdulillah ada tabungan untuk Hafni.
*siapa yang anak lahir Selangor, Suamisteri anak Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 5 tahun, boleh daftar. Tapi mesti daftar anak sebelum umurnya setahun. Kalau dah masuk setahun, dikira tak layak. Sebab tabungan ni perlu untuk tempoh matang 18 tahun, baru dapat RM1500, yeaaa....


Fail Persona - Future

Fail ini untuk fail kenderaan. Setakat ini, dua jenis kenderaan je yang kami ada kereta dan motor.
Dalam fail ni, untuk kereta, banyak simpan resit2 servis kereta. Saya gamkan pada sekeping kertas A4. Semua resit yang kecil2, memang saya gam kat kertas. Kertas A4 pun yang recycle je. Bukan perlu urusan rasmi pun. Kita sendiri je nak tengok. Janji resit tersimpan kemas dan tersusun ikut tarikh. Tak perlu kertas baru pun tak pe...
Dulu2, punya la tak ada kerja, resit top-up TouchnGo pun saya simpan gak, hehe. Kenkonon, nak kira bajet la berapa belanja untuk tol dalam sebulan. Masa dulu kan PJJ, kalau balik kampung, kena lalu tol la. Sekarang dah dok K.Selangor ni, tak ada la nak lalu tol sangat. Kecuali balik Kedah atau pergi jalan mana2 keluar daerah, baru nak jumpa tol.


Resit tukar bateri, resit tukar lampu belakang, resit tukar tingkap belakang kiri. Resit dan waranti pasang tinted cermin kereta pun ada. Semua perbelanjaan ini disimpan, bila perlu boleh semak balik. Macam kalau bateri kereta dah nak kong, perlu tukar baru, time tu boleh semak resit lama, untuk tahu anggaran kos untuk beli bateri baru. Baru2 ni sempat juga dok survey2 harga bateri antara kedai2 kereta. So boleh la tukar kat kedai paling murah, untuk barang yang sama kualiti la... Kalau tak sama kualiti, tak boleh la banding camtu keyyyy....

Untuk motor, saya simpan resit bayaran ansuran belian motor ni. Ada yang bayar kat kedai. Ada yang bank in online. Tapi kedai tu akan cetak juga resit2 tu. Jadi boleh la simpan. Alhamdulillah ansuran motor ni untuk setahun dah selesai. Baru2 ni mengemas barang2 enSuami dari Sarawak tu, jumpa plak resit dia beli motor kat Sarawak tu. Saya ambil simpan juga untuk kenang-kenangan, hehe.


Fail Rumah TBA

Fail untuk rumah, banyak la juga dokumen.
Dokumen perjanjian pembelian rumah.
Dokumen perjanjian pinjaman perumahan.
Surat peguam.
Takaful perlindungan rumah.
Resit belian perabot ke, resit kabinet dapur pun simpan dalam ni.


Perbelanjaan sepanjang renovation dulu pun ada saya catat semua.
Segala perbelanjaan dari zero to setle, hehe...
Ada tarikh, nama company/kedai/individu, tempat/alamat, no telefon pun ado. Kotle nanti nak tambah beli ke, ada rosak perlu servis ke, senang nak cari balik maklumat pembekal atau kilang tu.
Nak dekat setahun tinggal rumah ni, surat cinta dari majlis daerah pun menjengah ke pintu rumah. Ok cekik darah lagi... part untuk cukai pintu. Esok K. Selangor nak jadi bandaraya, up lagi jumlahnya. Kita tambah buat renovation pun, up lagi jumlahnya. Huhuhu.......


Fail User Manual - Warranty

Untuk bahagian fail ni, kalau resit belian yang dikira sebagai waranti, saya tampal macam biasa kat kertas A4.
Semua kad2 jaminan, saya letak sini. Macam haritu, masa motherboard dapur kena tukar baru, saya angkat fail ni la, buka tunjuk waranti dan resit belian. Staf tu tengok, dia tick2 mana yang penting. Semua ada kat situ. Tak ada la nak kata, lupa la, entah la, isk tak pasti la. Haa no no no....ye.

Untuk user manual, selalu buku2 manual tu tebal kan...
Jadi nak lubangkan macam tak boleh.
Jadi saya cari plastik poket yang ada lubang tepi tu...


Masa beli fail tu, saya dah beli siap dah. Cap TESCO juga.
Satu paket RM2 kalau tak silap, ada 10's.


Jadi semua manual yang tak boleh dilubang, masuk dalam poket ni.
Ada manual mesin jahit siap ada CD lagi cap SINGER tu. Manual microwave, oven dan lain2.
Macam kalau beli barang IKEA tu, kalau ada skru lebih2 yang kami tak pasang, saya letak dalam fail ni juga dengan user manualnya, gam kat situ juga. Senang nak cari nanti2 kalau nak guna.


Fail Kecemasan 999
Untuk fail tambahan 999 ni, tak ada apa sangat dalamnya.
Yang ada surat maklumat kepada yang berkenaan tentang kelahiran Hafni semasa saya bersalin dulu.
Dan surat laporan polis, kemalangan kereta enSuami.

Untuk fail peribadi, ada banyak benda nak cerita.
Rasanya akan diceritakan lanjut ke entri lain.
Biar saya fikir masak2 dulu, nak cerita macam mana.
Tunggu idea datang dulu, kuikui...

Macam ni je saya uruskan resit2 berkaitan sepanjang bulan atau tahunan.
Ada sebarang penambahbaikan, sila maklumkan ye.
Saya hargai sebarang pandangan.
Mana tau, kot ada yang saya buat tak sesuai ke....

Mekasih baca sampai habis, hihihi.
Wallahualam....

9 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih :)

      harap bermanfaat utk semua yg berminat.

      Delete
  2. Saya pun buat macam ni lebih kurang,,
    Tapi masih nk kna tambah baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan simpan dalam fail.

      Nanti nak tengok yg Hani nye lak...hehe

      Delete
  3. tersusun kemas. saya simpan juga resit dalam fail. tapi bercampur aduk. kalau nak cari memang kena selak selai2.. lepas ni nak buat macam ni lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jgn xbuat...
      Kasi susun sampai kemas dan sistematik.hehe.

      Delete
  4. corak chevron tu....saya.SUKA!! ;))

    ReplyDelete
  5. Bila laaa nak mengemaskini saya punya dokumen. Semangat berkobar2 nak kemas bila baca entri u ni!

    ReplyDelete
  6. tq..bagi ilham nak buat susunan cam ni

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers