Pagi tadi saya dah pergi klinik untuk scan minggu ke-28.
Dr Joen tu rupanya cina.
Jo-Anna. Patut la cam pelik je kalau nama orang Melayu kan.
OK la, atleast perempuan.
Dia pun ada perut yang macam saya, sebab dia pun sedang mengandung juga.
Scan kali ini la saya dapat tengok baby.
First sekali doktor tunjuk jantung dia yang berkelip2 tu.
Saya ingat kepala baby, sebab nampak yang imej lebih besar, bulat.
Bila doktor sebut yang berkelip2 tu jantung, baru saya fokus kat situ.
Oh ye, OK.
Pastu dia cari kepala baby pulak, sebab saya ada tersebut kepala tadi.
Jadi nampak la kepala baby.
Pastu teringat plak enSuami pesan tanya jantina.
Dia kata belum boleh tau, sebab baby belum berpusing lagi ke bawah...
Saya bagitau kat enSuami, dia kata iye-iye je xleh tau, doktor malas la tu nak cari.
Ye kan?
Sebelum ini, dengar kawan2 cakap bulan 6@7 dah boleh tau jantina.
Entah la, saya dah tau dah, hahaha.
Tu yang tak rasa nak tanya doktor pun.
Scan kat swasta pun tak...
Kita tunggu aje lah ye.
Tepat tak firasat dan kiraan saya.
Mana2 jantina pun saya terima.
Sebab dari persiapan xda la saya fokus ke arah jantina.
Semua saya beli sama je, secara umum.
Dua2 jantina boleh guna.
InsyaAllah rezeki Allah nak bagi, amanah untuk kami sekeluarga.
Asalkan sihat sempurna comel dan mudah bersalin, dah cukup bagi saya setakat ini.
Nak mudah bersalin ja yang saya fikir sekarang ini.
Dapat doktor perempuan. Bersalin normal dan tak perlu apa2 perkara luar biasa semasa proses bersalin, Amin.
Hari tu balik Kedah saya ada sempat beli baju2 lagi.
Baju2 lubang2 yang saya belum beli walau sehelai pun.
Kat sini macam lelong2 la kot.
Dah terlonggok2 cam tu je.
Cam besa la, sepanjang tahun ada SALE kat Pacific ni.
Cuti sekolah je mesti nak pi situ.
Kali ini siap buat kad member lagi.
Sebab point dia cepat banyak.
Harap2 hujung tahun ni boleh tukar dengan handbag baru ke, cadar baru ke, tak pun baby carrier...
Ha ha, nampak macam sama kaler, tapi bukan-bukan ar...
Kaler je lain2, tapi design macam nak sama la.
Baru perasan, 1 pasang je tangan panjang.
Yang lain semua pendek, ayyo.
Emm, OK la kot tu.
Nasib baik amek 4, kalau tak nak amek 3 pasang je...
Yang kedua, saya beli sabun basuh baju.
Ingat haritu nak beli Kiddiewash Cosway, sebab nak basuh CD kan.
Saya ingat sabun ni jenama Anakku.
Sebab kedudukannya ada kat rak Anakku.
Sekali masa balik ni, baru tau Tollyjoy rupanya.
Tollyjoy pun tolly la.
Janji dah beli sabun.
Yang ketiga saya dah beli daa pelapik getah tu.
Dah dok risau sangat, tak beli lagi.
Fiffy pun fiffy la.
Orang beli RM12, saya beli yang ni RM16.90.
Mahal ke tak eh....
Takda pilihan lain daaa...
habis daa cerita pasal barang2 baby.
Last nanti [xtau ntahkan bila] nak beli set tilam baby.
Nak kena beli awal la ni kan, nanti nak pk sarung bantal tilam lagi...
Saya ke yang nak jahit niiiii?
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)