Search This Blog

Monday, 10 June 2013

Sebab tak update blog.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Lama rasa tak dapat update blog..
Bukan tak update saja, tengok blog pun tak...

Hujung bulan Mei, saya sibuk berkemas di rumah sewa.
28 Mei adalah hari kami mengangkut barang dengan lori.
Masa tu pesan lori dengan kenalan Hari Krishnan.
Kawan dia ada wat bisnes lori sewa.
Dari Bangi ke Kuala Selangor, hanya RM 500.

Kira lebih murah la dari no Cina yang saya telefon melalui kertas iklan yang diedar pintu ke pintu tu.
Kawan saya yang pindah dari Seksyen 7 [flat sama saya] ke Seksyen 4 Tambahan, pun kena RM 350.

Hah, mesti la murah kan...
Alasan kawan saya dapat, sebab dia dok tingkat 2.
Macam cas tenaga la, nak turun naik tangga.
Kawan saya dok tingkat 2, saya dok tingkat 4.

Masa tu ingat jenuh la nak bayaq kos lori nanti.
Yang telefon Cina tu, dia letak RM 750, sebab jauh luar dari Bangi-Kajang.

Sambil dok sibuk dengan hal rumah, bos lama dok kejan saya suh siapkan kerja yang dia bagi.
Oh ya, kira buat masa ni, saya bekerja jarak jauh la.
Siap je kerja yang diberi, saya akan ke Bangi lagi untuk hantar kerja yang dah siap.
At least ada la juga rezeki tambahan dari rumah.
Alhamdulillah.

Untuk bulan Mei tu, saya dah siap satu tugasan.
Dan dah terima bayaran.
Sekarang ada kerja baru.
Belum mula lagi setakat ni.
Oh keja saya mudah je...
Macam jadi Editor gitu, cewahhhhhh...
Nak terbit buku katakan....
Kot2 esok boleh jadi penulis ke, Aminnnnnnnn.

Ohhhhh, sebelum pindah tu, kami sekeluarga mertua, sempat p Cameron.
Nak kata kenangan manis, iskkkkk tak banyak manis.
Tak syok ada la....
Dapat jejak Cameron je la yang best.
Tapi pengalaman tu tak best sangat la.
Gerammmmmm, nanti saya cerita panjang tentang hal di Cameron.
Mesti cerita!
Nak boikot hotel tu!

Lepas pindah, family kat kampung minta tolong balik.
Sebab nak minta tolong hantar adik bongsu saya masuk UiTM Seri Iskandar.
Kami memang plan nak balik Kedah, sebab cuti sekolah kan...
Kalau tak cuti sekolah, susah juga tu nak balik kampung.
Sebab cuti Sabtu-Ahad sekarang macam tak rasa pape...
Pejam celik, dah Isnin.
enSuami memang letih tak habis, kesian enSuami saya....

Pastu untuk minggu ini, kami dah mula fikir untuk hal rumah semula.
Buat masa ni saya tinggal di rumah mertua.
Rumah dah dapat kunci, tapi tak duduk lagi la.
Sebab nak tunggu semua siap, kabinet dapur, pasang tiles, wiring....
Baru dapat masuk rumah n mula mengemassssss.

Tinggal berapa hari je lagi nak puasa.
Harapnya boleh la berpuasa kat rumah baru nanti.
Tapi adakah sempat?

MDKS jangan buat hal OK.
kami sedang tunggu permit ni.
Diorg janji minggu depan dapat.
Tak dapat minggu depan, siap laaaa korang.

Orang kampung cakap, MDKS ni lembab sket wat keja.
Kontraktor wiring pun cakap yang sama.
Sebab tu ramai yang main bedal je renovate rumah.
Kalau kena kompaun bayar je la, kalau ekauuu banyak duittttt.

Taman rumah kami ni dekat la sangat dengan MDKS...
Berjiran je dalam kawasan yang sama.
Ekau berani nak langgar undang2...
Tak silap kena kompaun plak....

Jangan wat hal la kan...
Sebab tu gesa jugak enSuami pi hantar borang.
Kita ikut prosedur depa, kalau depa tak ikut prosedur, kita hentam depa balik.
Saya berani ajeeeee....

Hal baby dah tangguh dulu sementara.
Tengah serabut dengan rumah ni...
Nasib baik balik Kedah haritu, saya dah beli baju lubang2 tu 4 pasang, pelapik getah n juga sabun basuh baju.
Lega sudaaaa.
Oppppppps. yang tersangat penting, tapi saya tak beli lagi, set tilam bantal baby belum ada.

Dan minggu lepas, hal yang tersangat syokkkkk
Kami ada pergi Nilai 3.
Nak beli langsir hasil survey hari tu.
Tapi minggu ni pi ada jumpa design baru plak...
Masa kat kedai awal2, macam mahal...
Jalan2 lagi dapat la harga yang murah la, bagi saya.
Sebab kualiti kain guni tu, besanya RM 40++ semeter untuk bidang 110".
Tapi kat kedai ni, ehemmmmmmmmmmmmm.....
Dah siap beli, n jahit sekali.
Sebab upah jahitnya pun murah...

Haritu dah siap la langsir satu rumah.
Dan rumah Mertua juga.
Kami pi kali ni, Mak mertua n adik ipar ikut juga.
Sebab Mak nak beli langsir la, kami pi lagi.
Kalau tak, mungkin tunggu rumah siap baru nak cari langsir kot....
Balik rumah dengan senyuman dan senang hati.
Satu kerja dah siap........
Kayu rel je belum beli lagi, nak beli lambat sket, nak jaga bajet dulu untuk renovation rumah.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang luas untuk kami.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan siap sempurna...Amin.
InsyaAllah, boleh la sambut raya kat rumah baru. Amin.

Ramai dah dok bertanya, bila nak buat kenduri masuk rumah baru??
Amboiiiiiiii, nak makan habuk ka nak buat la la ni?
Tunggu la semua siap, lawa2 dulu.
InsyaAllah open house akan tiba.
Elok2 wat kenduri aqiqah sekali ar, baru syokkkkkk.

Kawan2 Bangi nak mai Kuala Selangoq kan...
Hat dari Kedah-Penang pun nak mai...
Tunggu la naaaaaaaaaaa



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers