Friday, 21 June 2013

Progres Pengubahsuaian Rumah Update 21.06.2013

Selepas semalam, 20 Jun 2013, permit pengubahsuaian diluluskan oleh MDKS, enSuami terus maklumkan kepada tukang yang kami nak upah buat kerja-kerja ini.

Orangnya asal Indonesia. Abang Mail.
Ramai juga pekerja dan geng2 yang dia boleh bawa untuk buat kerja.
Sebelum ini, Abang Mail dah nak mulakan kerja, tapi kami tak izinkan la, sebab permit belum lulus, kang tak pasal2 kena saman..
Buat naya ja nak lebuq duit kat MDKS.


So, hari Khamis dapat permit, hari Jumaat mereka dah mula kerja.
Untuk hari ini, hanya dua orang sahaja yang datang kerja.

Misi pertama dan paling rumit bagi saya, adalah di kawasan dapur.
Kami bercadang untuk pecahkan dinding tepi ini, supaya dapur jadi lebih luas.
Lagipun, saya tak ada la rajin nak basuh baju kat luar...
Nak kena pakai tudung pulak kan, semata-mata nak letak baju dalam mesin.

Kalau mesin dalam rumah kan senang....
Bila salin baju je, terus masuk mesin.
Masa rumah sewa lepas pun, buat camtu je...
Faham-faham je la, beli bakul pun, bukan diletakkan baju dalam bakul pun.
Merata-rata dia tinggal.
Jadi saya disiplinkan untuk masuk terus dalam mesin kalau dah tak mau pakai lagi baju tersebut.
Kalau tak sangkut kat hanger, saya akan kutip masuk mesin terus.
Rimas tengok, baju merata-rata.
Basuh banyak2 kali pun, tak kisah lah....

Untuk hari ini, diorang mula dengan pasang pintu luar.
Iye lah kan...
nanti kan kalau dah pecahkan dinding tu, kalau tak ada pintu luar lagi, agak bahaya la rumah kami.


Semua barang ada dalam rumah ini.
Jadi harus ada pintu dulu.
Macam tu rupanya ilmu pertukangan.

Sebelum itu pun, diorang ada test juga ketuk2 dinding tu.
Kan dah terpecah sikit.
Ada sorang tu test.


Sebab kami ada request, kalau boleh selamatkan beberapa keping mozek tu, sebab nak guna untuk cover kat tempat soket kena tebuk sebelah kiri.
Dan juga kat dinding depan dapur nanti, bila tingkap tu dah tak ada nanti.
Haaaaaaaaaa, paham ke, heeeeeeee.....


Macam nilah yang saya maksudkan.
Susah ooo nak cari balik mozek sejibik camni...
Selalunya model2 macam ni, keluar khas untuk projek2 perumahan yang ditempah syarikat pemaju.
Kalau nak cari di kedai, memang tak jumpalah gamaknye.......

Tapi...................
Memang tak dapat diselamatkan pun.
Pasrah je laaaa....
Hancurrrrrrrr semua mozek2 ituuuuuuu.

Kena fikir lagi kemudian jalan penyelesaiannya, emmmmmmmmm

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)