Search This Blog

Monday, 24 June 2013

Progres Pengubahsuaian Rumah Update 24.06.2013


Assalamualaikum.
Hari ini mereka datang buat kerja seperti biasa.
Hari ini jadi ramai pekerjanya.

Sebab mereka nak pasang tiles kat bilik.
Saya rasa setiap mereka ni ada kepakaran tertentu.
Jadi yang datang ni, akan siapkan kerja major dia.

Petang semalam, sebelum balik, saya dah letak siap2 1 mozek kat setiap bilik dengan susunan corak yang saya mahu.
Untuk bilik utama, saya susun menegak ke dinding sebelah jiran, sebab kiblat menghadap situ.
Saya plan nak letak katil sebelah pintu.
Jadi ira kayu corak mozek itu, ikut susunan katil..

Bilik ketiga yang ada tingkap tepi laman, jadi bilik kedua [tukar taraf]
Bilik kedua ni, pasang corak menegak ke belakang, ikut arah dapur.
Bilik yang satu lagi, xdapat nak pasang mozek lagi.
Kami cadang untuk jadikan bilik study, bilik kerja, bilik solat, dan tempat nak iron baju.

OK tak macam tu?
Kalau ikutkan pencahayaan, memang gelap sikit.
Tapi sebab bilik tu ada bersudut tu, saya terus pilih untuk buat bilik study.
Sangat sesuai OK letak meja study kat cerok tu, hahaha...
Jimat ruang, xmembazir.
enSuami tak puas hati lagi, sebab rasa gelap.
emmmmm, macam mana ya?

OK, masa kami sampai tu mereka dah mula susun2 mozek.
Mozek yang saya letak tu dah dialihkan.
Jadi macam dah hilang petunjuk tu.
Nasib baik kami sampai awal.
Tapi sebelum itu, mereka ada telefon juga tanya, nak susun macamana.
Kami bagitau la dah letak mozek kat setiap bilik.
Rupanya mereka dah alihkan sebab nak ukur2 kot.

Bila dah sampai tu, enSuami la tunjukkan ira corak tu.
Oh ya, kami pilih yang bercorak macam kayu tu.
Nak beli kayu betul, xmungkin la.
Saya tak suka sebab tak tahan, tapi enSuami ada angan-angan nak pasang kayu tu, iskkkk...


Yang pekerja baju oren ni, hari ini baru saya nampak muka dia.
Sebelum ni, dua orang je kan bekerja.
Mungkin dia major pasang mozek kot.

Dia sorang je yang dok buat kerja2 ni...
Beberapa hari lepas, orang lain yang tebuk2kan lantai lubang2 tu....
Dia datang, pasang mozek je...
Simen pun orang lain yang bancuh dan angkut masuk bilik.


Ni la Abang Mailnya.
Dapat klik kat belakang je la, xkan nak amek gambaq depan2 plak.
Ingat artis ka, hahahaha....
Masa ni dia dok ukur dan cek dinding atas tu.
Nak beli batang paip tambahan, sebab nak tukar arah, macam yang saya cakap semalam.
OK, lubang untuk ekzos fan pun dah ada.
Masa ni, enSuami bayar balik kos angkut simen semalam, RM 120 kat Abang Mail.



Ha, yang ni la tukang bancuh simen dan angkut masuk dalam.
Lepas tengok, kami keluar sekejap, nak pergi beli batang paip dan semua kelengkapan perpaipan.

Bila balik dari kedai, diorang dah siap pasang dua baris.
Pastu saya dok tengok la mereka pasang.
Sekali terperasan, ada corak yang terbalik dia susun.
Sebab seingat saya, kat rumah mertua, diorang ada terpasang terbalik.
Jadi saya beringat untuk cek satu2, xmau la kan ada yang salah.

Jadi dah nampak salah, cepat2 la bagitau.
Sebelum simen tu kering kan...


Dah.... terpaksa la dia kopak balik.
Kena ngan.....
Tuan rumah dah komen...
Jadi mereka pun cek satu2, tengok mana yang salah lagi.
Ada dalam 3 keping kot terbalik.
Nasib baik kami sampai cepat, kalau tak kang dah kering, xdapek nak wat pape lagi.

Lepas tengok semua puas hati, kami pun balik rumah.
Cadangnya petang ni nak pergi beli mozek untuk dapur yang baru tu.
Mesti nak pi ke Sekinchan juga, kedai Aunty May Loon, kedai yang kami beli mozek untuk bilik ni.
Kat kedai dia boleh kurang2 lagi.
Corak2 yang ada pun terkini dan cantik dipandang.
Kadang2 ada promotion untuk mozek2 terpilih.
Dan satu lagi tadi, tukang tu pesan kena beli mozek cincin tu, sebab bila dah pasang mozek kat bilik, lantai akan jadi sedikit tinggi dari biasa.
Jadi perlu ada mozek cincin tu untuk cover bahagian tak sama tu.

Saya lebih suka pasang yang jenis PVC tu sebab nampak cantik, straight je.
Tapi dia sugest, pakai batu la, baru tahan Bang.
Kalau pakai yang plastik paip tu, nanti mudah pecah.
Dah nak pasang untuk rumah sendiri, elok amek yang tahan.
Kami pun ikut je la.
Hal tukang ni, tukang la lebih tau, bidang dia.

Sebelum beli mozek ni pun, Abang Mail pesan kalau nak beli mozek yang saiz besar2, jangan amek second grade tiles, nanti bila pasang jadi tak elok.
Selalunya second-grade ni, saiz nya tak sama tepat2.
Kadang2 terlebih sikit, tersenget ke...
Kalau yang jenis 2' x 2', lagi la mudah meletup.
Baru pasang 2 hari, mozek tu dah boleh terkopak, terbuka, kalau 2nd-grade laaaa...
Dapat juga ilmu baru ni...

Petang tadi, kebetulan Mak nak hantar baiki mesin potong rumput yang dah mula semput tu kat Sekinchan juga.
Kami pun pergi sama2 la, alang2 dah nak sehala.

Sampai kat kedai Aunty tu, kami pun pilih la.
Nak cari sebiji sama macam mozek yang dah ada, memang susah la nak dapat.
Kami bawa sampel nak sama warna saja.
Yang mana berkenan, xda stok plak.
Nak kena order dulu, pulak....

Dah tu cari2, tengok2, komen2, banding2, tanya harga....
Dapat la pilih satu yang hampir2....
Kami ambil saiz 1' X 1'. Sekeping RM 1.90.
Yang ni tengah promotion, dah tak boleh tawar lagi daa....
Kalau tak harga biasa RM 2.50.

Untuk cincin tu pun, yang saya berkenan lawa, match dengan mozek bilik pun dah tak ada.
Buatan Jepun, dah tak keluar lagi daa, xleh repeat stok.
Jadi pilih yang biasa, sekaki RM 0.60. Kami beli 8kaki.

Terus amek dari stor, terus masuk kereta.
Kami terus ke Kuala Selangor nak bawa mozek2 ni ke rumah.
Bila sampai sana, bilik belakang dah siap pasang mozek keseluruhan......
Tadaaaaaaa............


Yang di dapur pula, lelaki kurus tu, baru datang hari ini juga.
Dia ni mahir untuk tampal simen2 kot.
Kat bahagian atas pintu tu, dia yang bubuh simen tu ratakan.
Kipas ekzos tu dia yang pasang juga.
Sekarang, diorang tengah kemaskan atas bumbung yang dipecahkan hari tu.
Kasi licin, kemas semua.


Dinding tu, tak boleh pecahkan semua sampai habis, sebab ada tulang asas rumah tu.
Jadi boleh pecah sampai kat situ je.
Apa ntah istilah namanya, dim? nim? rim? lupa plak masa ni....
Lekuk2 kat dinding oren tu pun, kami minta tampalkan dengan simen.
Esok2 kan nak jadi dinding dapur, takkan la nak biar camtu je.
Macam dinding kat luar rumah pulak...
Pelik pelik, nanti orang nampak la, tau perbezaan, ni bekas tambah ni kan....
Eh korang memang dah tau la, sebab dah baca cerita ni.
Dari awal lagi kan, heeeeeeeee


Sekarang, mozek sedang dipasang di bilik utama pulak...
Rasanya hari ini dah boleh siap kedua2 bilik.
Laju ja kerja mereka buat.
Banyak lagi projek tu kat tempat lain.

Masa dok sembang dengan Abang Mail pun, tak henti2 panggilan masuk.
Semua yang tepon tanya, dia kat mana.
Saya kat Taman Alam, nanti saya pergi dalam pukul bla bla bla......
Banyak tu projek sekali jalan.
Sebab tu yang datang, akan siapkan kerja masing2 secepat mungkin.

Esok dah boleh senyum, bilik dah siap bermozek, insyaAllah.
Hari ini Isnin cuti sebab jerebu.
Jerebu2 pun, kerja kami kena terus macam biasa.
Pedih mata, pedih tekak, saya dengan puasa qada' jalan jugak la.
enSuami tak jalan kerja kalau saya tak ikut sekali.
Siap ugut sekali, kalau salah tak tau, jangan nak marah2 nanti....

Eeeeeeeeeeee, dengaq camtu memang tak sedap hati la.
Kang nanti salah saya jugak....
Walhal saya tengah nak pulun siapkan kerja typing untuk buku Dr Shafie.
Esok nak pi Bangi, nak hantar kerja siap.
Tapi kerja satu pun tak siap lagi, adoiiiiiiiiiiii...............
 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers