Search This Blog

Saturday, 22 June 2013

Progres Pengubahsuaian Rumah Update 22.06.2013


Assalamualaikum....
Dah masuk rumah, haruslah bagi salam, heee....

Pagi ni, pergi tengok lagi rumah.
Progres kat dinding pintu, dah lengkap.

Tunggu pintu nak pasang.
Tengok punya tengok, saya teringat sesuatu.

Tanya enSuami, exhaust fan bukan ke nak letak atas pintu?
Diorang dah tutup semua dah dengan bata.
Semalam dah bagitau kat Abang Mail.

Masalahnya, yang buat kerja orang lain.
Mungkin maklumat tak sampai.
Aiii, salah pulak....


Semalam dah tunjuk design yang kami plan, siap ukuran dah.
Masa tunjuk tu, saya ingat dia amek buat rujukan.
enSuami kata, Abang Mail suh simpan.
Konon dah faham lah kot.
Iyelah lukisan cincai2 je pun.
Takda la sangat ilmu binaan tu.

Tapi kita sebagai tuan rumah, tentulah ada design, perancangan dan piawaian tertentu untuk rumah kita kan...
Iye dok?????
Kang salah nanti, ai jugak yang mengamuk kang!

Lepas tu, kami pun tunjuk balik design tadi kat pekerja tu.
Oh nak buat macam tu ka...
Dah la susah sket nak komunikasi, Bahasa Melayu tak berapa nak faham.
Kita pun tak faham sangat Jawa Indon yang pelat ni.....
Kita tanya lain, dia jawab lain, adeh.....
Macam tak faham soalan la kiranya....


Pastu pekerja tu cakap, tak pa la nanti dia tebukkan semula untuk letak kipas tu.
Sudah, membazir je, bata tu.
Saya plan letak kipas ekzos atas pintu tu sebab nak berjimat bata.

Nanti nak pakai untuk kabinet, nak guna untuk dinding ganti tingkap tu.
Satni tak cukup, kena beli lagi, duit lagi.
Walaupun macam 4-6 ketul bata, berkira la kan...
Sebiji pun bayar dengan duit jugak, yang kami beli ni, sebiji 22sen. Ada kedai lain jual 23sen.

Dinding dapur ni, sikit2 lagi hilang lah ye kot eh...
Dah mula merebok macam ni....
Ada sebelah lagi belum diketuk.

Masa ni diorang dok adjuz pintu.
Bila kotor macam tu, enSuami plan nak kena bermozek jugak.
Takkan nak biar terendah macam tu, tanpa mozek plak kan.
Sebab nanti keseluruhan tu akan jadi bahagian dapur.
Kalau tak, terpelik pula kat situ.

Bila dengar kami bincang2 nak beli mozek, pekerja tu tanya nak pasang tiles pula ke?
Haa, baru nak pergi beli, ke tak boleh pasang tiles?
Ada ke tuan rumah tanya pekerja, boleh ke tak bleh?

Nasib baik pekerja tu jawab, ikut abang la, nak pasang pun boleh, tak pasang pun boleh.
Kalau pasang lagi elok, nanti kita samakan lantainya.
Pintu pun kena potong lagi la lepas ni bila pasang mozek.

Saya ingat pintu ni, bila beli, boleh terus pasang dan siap.
Rupanya kena adjuz2 lagi.
Selalunya masalah pada ketinggian pintu la.
Kalau ada tiles nanti, tersangkut kat lantai.
Jadi kena potong.



Saya dengar Abang Mail kata pekerja dia tu dah salah buat.
Patut potong bahagian bawah pintu, bukan yang atas.
Tengok bila potong atas, kita boleh nampak kesan kayu kena sagat, pahat tu...
Kalau belah bawah kan tak nampak.
Rumit juga nak pasang pintu ni.

Pintu asal dapur tu pun tak boleh guna.
Sebab ukuran lebar dia tak sama dengan pintu standard sekarang.
Pintu standard sekarang 34inci, yang pintu lama 31inci.
Pintu 31 ni susah nak jumpa sebab macam tiles juga, pemaju tempah khas, untuk projek2 syarikat.

So untuk pintu tu, kena beli frame baru, beli pintu baru.
Frame yang lama, dah hancur daa kena ketuk, memang tak dapat diselamatkan, huhhuhuhu....


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers