Sebelum tengok keadaan rumah, kami suamisteri tidak bercadang untuk mengecat baru rumah baru bila masuk nanti.
Almaklumlah, rumah baru, dah elok dah semuanya.
Rumah siap yang dibina oleh PKNS ini memang dah lengkap.
Paling best dalam bilik air.
Tiles dipasang penuh sehingga ke siling.
Siap ada tiles cantik, maksud saya yang bercorak digabung bersama yang warna kosong.
Memang tak perlu tambah apa-apa lagi untuk bilik air.
Cuma aksesori seperti tempat letak botol sabun, syampu dan sebagainya...
Untuk ruang tamu, dapur, tiles semua dah ada.
Cuma bahagian bilik tidur sahaja yang tak ada tiles.
Asbab dari itu, enSuami nak pasang tiles.
Uh, saya kata perlu ke?
Dia kata, Nak la, habis tu takkan berlantai simen je?
Ermmm, em pakai tikar getah je tak boleh? Karpet ke? Huhuhu... Pasang tiles kemudian2 la kan...
Bajet ni, bajettttttt
Emmm, dah alang2 nak masuk rumah, barang apa belum ada lagi, elok buat sesiap.
Esok2 dah penuh barang, susah pulak nak alih2...
Tambah lagi bila kita dah tinggal kat rumah tu kan, nanti tukang nak wat kerja, kita pulak rasa tak selesa.
Sama juga la alasan yang enSuami bagi tentang kabinet dapur.
Saya tak kisah la nak segera ke tak.
Sebab kesian kat enSuami, kopak poket dia nanti kang....
Dia nak buat jugak, ikut je lah, dah orang nak bagi.
Kang nanti tak dapat sampai bila2, lagi rugi, huhu......
Tapi...........
Bila dah mula kerja2 wiring, saya tengok, habis daa rosak dinding2 kan...
Bertampal2...
Bila tengok camtu, saya dan enSuami terfikir benda yang sama.
Aiii, kena cat jugak la nampaknya....
Dah tu takkan nak biar je dinding bertampal2 camtu.
Adehhhh, kena la keluar bajet untuk cat.
Untuk bilik tidur, memang saya dah ada plan.
Cuma tak disangka2, kat ruang tamu dan paling teruk kat dapur paling penting kena cat baru.
Untuk ruang tamu masih berkira2 dengan pilihan warna.
Hari tu, ada terfikir nak cat kaler biru2 tenang gitu.
Sebab tengok kat katalog cat KCC tu nampak cantik la plak.....
Warna ruang tamu akan ditentukan selepas pemilihan wallpaper kat feature wall.
Hari tu kan saya ada cerita jumpa wallpaper kat GM.
enSuami dah target nak wallpaper kat dinding nak letak TV tu.
Bila fikir2 balik, saya cadang untuk cari wallpaper dulu sebelum pilih cat warna apa untuk ruang tamu.
enSuami setuju.
Saya tanya nak corak pe?
Nak macam vintage tu ke? [masa tu xtau nama apa]
hari ini baru jumpa namanya, DAMASK...
Yang macam ni,
kalau la dapat cari background warna biru, coraknya warna hitam atau silver camni, OK jugak kan?
Untuk dapur sahaja masih berkira2.....
Warna pe ye yang sesuai?
Pintu kabinet, insyaAllah warna putih.
Meja makan, kaler coklat gelap, kehitaman.
Ada satu dinding luar rumah tapi akan jadi dinding dapur kaler oren.
Ehhh, kalau nak kekal kaler oren tu, macam cat dinding luar rumah plak...
Harus tukar la kan...
Takkan nak sama dengan dinding luar rumah plak, eeeeeee
Tu yang saya terfikir nak cat kaler merah.
Sebab hari tu masa nak beli english cotton tu, saya baru nak pilih kaler2 pastel.
Tapi Cina kedai tu tanya, nak buat sarung kusyen jugak ke?
Sebab kain yang sama corak lain saya beli untuk sarung kusyen rumah mak.
Saya kata, plan untuk guna kat kawasan dapur.
Tak tau lagi la kot2 jadi alas meja ke, saya buat skirt untuk kerusi ke..
Saya wat lapik rak ke kan...
Tapi plan beli tu untuk dapur lah...
So dia pun suggest la kaler kombinasi merah hitam.
Katanya sesuai untuk dapur.
Lagipun kalernya tak nampak sangat kalau kotor.
Ye ke? Camtu plak....
Lama2 saya pun setuju...amek kaler merah.
Haaaa, kalau la dapur saya jadi macam ni..
OK?
Merah ang ang...
Orang kata merah boleh naikkan selera makan kalau letak kat dapur atau meja makan.
Kalau bilik tidur kaler merah camni, apa rasa ya....?
Saya rasa macam panas dan sesak je...
Huh, berani betul pakai warna terang macam ni.
Katil dia klasik ribu riban, xpa laaaaaaaa.
Kan cantik kalau dapat buat feature wall macam bawah ni...
Cantik kan?
Tak pasti la wallpaper ke, jenis painting ke...
Saya baru dapat semangat nak deko pakai stensil DIY..
Ada berani? Nak try la...
Untuk bilik utama.
Tunggu, jadi ke tak, boleh dapat permit ke dari enSuami, kekeke.
Cat putih pada frame pintu, lawa juga ya.
Sebelum ni plan nak cat pintu kaler putih.
Kalau frame pun kaler pintu, agak2 nampak elok ka?
Rajinnya la, tanam pokok bunga kat setiap tingkap.
Umah omputih ja dok wat camni kan..
Tapi saya ada jumpa satu rumah kat Kuala Selangor ke area Assam Jawa, yang ada buat macam ni kat setiap tingkap rumah dia.
Gigih betoi la....
Oh ye, masa dok google info tentang cat, saya terjumpa info tentang wallpaper.
Sumber HiasanRekaIndah
Antara kebaikan wallpaper ini adalah:
1. Tahan lama.
Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula.
2. Wallpaper boleh menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding lain.
Jika rumah kita ada rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Untuk rumah yang dimodified daripada rumah lama( dahulunya kayu kemudian diganti dinding batu) wallpaper amat praktikal digunakan. Sebabnya kerana rumah tersebut akan banyak sekali kelihatan tiang kayu yang menjadi tiang seri (tiang rumah lama dahulu) jadi, wallpaper adalah penyelesaian kerana dapat menutupi kayu tersebut.
3. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.
4. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.
5. Wallpaper = tidak berbau.
Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan.
6. Wallpaper memberi texture menarik.
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan dinaik seri dan memang mengindahkan ruang rumah. Jika cat tu, biasa saja lah.
Nota:
- Itulah antara kelebihan wallpaper berbanding cat. Wallpaper yang baik ialah buatan Itali dan diikuti US. Wallpaper buatan China adalah yang paling rendah kualiti.
- Untuk maklumat anda, wallpaper ini dijual dalam bentuk ROLL, untuk mengukur kepanjangan rumah anda, pertama sekali perlu lihat corak pada ROLL tersebut.
- Kalau bunga lihat mana ekor dan mana kepala. Jadi, wallpaper anda mungkin akan dilekat memanjang di dinding atau dari siling ke lantai. Hati-hati dengan pengiraan. Jangan lari budget...
* enSuami baru je tepon MDKS, katanya permit kami dah lulus. Alhamdulillah. Dah bagitau kat Abang Mail, dia kata esok boleh la stat keja. Saya nak request buat tiles kat bilik dulu. Supaya saya boleh kemas2 bilik sementara diorang siapkan kabinet dapur kat belakang.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)