Pi Cameron ni dah lama.
Entri yang lepas, ada cerita masa kalut2 bulan 5 lalu.
Hujung minggu 18-19 Mei, mak mertua teringin nak pi kolam air panas Sunngkai.
Nabilah pun tak penah pi lagi.
enSuami dolu2 ada juga banyak kali dok janji nak bawa ke sana.
Katanya, bestttttttttt.
Apa la yang syok sangat kan...
Teringin la nak pi merasa.
Kalau setakat kolam air panas buatan, kat Ulu Legong Baling dah penah merasa.
Yang Sungkai ni katanya original.
Air terjun tu panas.
enSuami kata cebisan dari gunung berapi.
Oh iye....
Cadangnya lepas pi Sungkai boleh ke Cameron lalu Simpang Pulai.
Simpang Pulai????
Dengaq simpang pulai ja, terus teringat misi kerja2 kat dapur.
Kot2 boleh singgah nak membeli untuk misi dapur nanti.
Setuju aja la nak pi Cameron.
Dah memang tak penah pi lagi.
Sedih kan?
Dah umur duapolapantaun pun, xpenah pi Cameron lagi.
Ada rombongan masa kat U pun tak ikut.
Masa dok Kedah berlagak ar, almaklum lah, Gunung Jerai pon sejuk jugak.
Dah ada kat Kedah daa, xyah pi jauh2...
Sejak tengok cerita Vanila Coklat tu la teringin bebenor nak pi Cameron.
Kot2 nak honeymoon dengan enSuami kot ke kan...
Sampai la dah dua taun kawen ni...
Nasib bek belum beranak lagi.
Tengok blogger lain, macam dekat je pi Cameron.
Sampai banyak2 kali pi sana.
Apa la yang syok sangat kat Cameron tuh...
Dalam Vanila Coklat pun, macam sweet je pi situ.
Lagi la berkobar2 nak pi, nak pi........
Bila dah plan semua elok...
Hari Khamis, enSuami balik sekolah, dia bagitau kena pantau latihan pasukan unifom askar dia kat Sungai Buloh.
Pulakkkkkkkkkkk.
Iskkkkkkkkkk, ada je yang nak wat tak jadi ni....
enSuami dah serba salah la...
Nak sub kat penasihat lain, next week akan ada camping 3 hari plak.
So turn cikgu lain la plak kan.
Kalau tukar tang sini, kena pi camping, lagi lama plak...
Adeh, mau tak mau, saya ikut enSuami je la.
Nak bawak 3 keta, kang letih plak n rugi minyak tol plak, sedangkan 2 keta dah muat.
So 2 orang adik ipar ikut kitorang.
Pagi Sabtu tu, kami tunggu la trak askar ni nak mai amek budak2 ni.
Janji pukul 8, nak dekat kol 10 baru sampai.
Hanginnnnnnn betoi...
Askar mende la ni, x ontime.
Kalau musuh mai serang, dah mati dah rakyat ni....
Dah tu, sedang dok tunggu, bila dah nak jalan, adik ipar Nasiha cuba tutup tingkap sebelah tempat duduk dia tu.
Cermin takmau naik plak.....
Ingat boleh la tolak ngan tangan sementara je kan......
Sebab memang nak kejar masa nak ke Sg Buloh plak kan.......
Adeh, cermin plak buat hal.
memang tak leh tutup langsung, tekan2 pun dia tak gerak langsung.
Dok pikir nak jalan jauh, kena baiki jugak cermin ni.
Kang hujan lebat, habis basah keta.
Dah tu, tak dapat terus ke Sg Buloh.
Singgah kedai baiki dulu.
Nak cari kedai yang buka pun susah la jugak kan, awai lagi.
Bengkel2 ni mesti nak kol 10, 11 baru nak buka.
Nasib baik la ada 1 kedai Bengkel Canggih namanya.
Dia kata boleh baiki, tapi amek masa la jugak, dalam sejam.
Sudah, sejam plak burn plak kat bengkel ni...
Masa ni la nak bebel kat Proton ni, tak kualiti ni.
Hari tu, lampu brek tak menyala.
Kena tukar 1 set. sebiji RM 480. pengsan.......
Kali ni sebab roller dia rosak. Kena tukar semua jugak.
Tiba la masanya mekanik tu merobek pintu keta tu.
Buka skru satu-satu.
Akhirnya dia tunjuk la apa yang rosak.
Sistem roller dia dah putus pun....
Habis tu dah buka pun xda la siap ganti terus.
Nak tunggu stok mai tu yang lama...
Kedai sparepart tak buka lagi.
Melepak la kami kat bengkel tu.
Adik2 ipar dah kate, ai tak dapat la nak pi Sungkai.
Mak dah sms tanya kat mana, Mak dah sampai.
Tengah dok mandi2 la ni.
Adeh, jelessssssss
Dalam 11 lebih jugak la baru siap semua.
Kos kali ni dalam RM 85 termasuk upah pasang.
Kkena bagi murah la, lama kot kami tunggu.
Nak marah pun adaa jugak, dah habis diskaun daa...
Sampai kat kawasan kem, macam conpius la plak.
Tempat terbiar camni diorang buat latihan.
Memang boleh jimat kos la.
Apa la yang boleh dibaca dari signboard ni.
Dah lama tak guna tempat ni. Asalnya tempat PLKN ni.
Pastu penyelenggaraan takda, bila tempat ni dah tak digunakan.
Tapi kalau takda cikgu pantau, agak bahaya jugak la.
Oh ye, selain enSuami, ada sorang lagi cikgu perempuan yang pergi.
Cikgu ni sesi pagi. dan student yang terlibat kali ni pun perempuan sahaja.
Ai, anak murid, anak murid.
Student lagi dah tak mau dah terlibat program jauh2 ni.
Diorang pun dah tau perangai jurulatih2 ni, macam suka lengahkan masa.
Mana la budak2 nak tahan.
Kalau student lelaki, diorang buli.
Kalau student perempuan, diorang menggatal.
Aiiii, dah tau sangat la perangai askar, tentera ni.
Dah besa keja dengan tentera, tau la....
Kami tunggu student2 tu sampai kol 1.
Sebab family yang kat Sungkai pun, dah siap2 nak kuar.
Kami pun segera perderas, terus ke Simpang Pulai.
Memang tak dapat la nak singgah Sungkai.
Nanti lewat plak nak naik Cameron, kata enSuami.
Pasrah je la, tak pi Sungkai.
Sebelum tu, kami janji kat hentian mana ntah, tak ingat.
Berenti nak makan bekal yang dibawa.
Awal2 pagi tu, mak dah siap masak2 nasi, lauk semua.
Xleh la simpan lama2.
Mesti berkelah ar.., baru ada feel......
Dah tu sampai kat exit Simpang Pulai.
Yeyeh, mencari kedai RM 2 Eco Shop yang digembar-gemburkan tuh....
Memang tepi jalan je la, senang ja nak singgah.
enSuami janji sebelah balik nanti baru singgah membeli.
Sekarang ni misi nak pi Cameron dulu.
Ok, ikut saja.
Dah conpem2 belah balik nanti lalu jalan yang sama jugak, so boleh la singgah nanti...
Perjalanan menjadi mencabar dan tension bila dah sampai kat tanah tinggi.
Jalan menjadi satu lorong, ada plak orang yang bawak slow.
Kalau ada peluang tu, boleh la potong.
Bila dah nak sampai kawasan tanah tinggi, nak mula feeling sejuk2, masa pun dah senja.
Jalan jadi jem gila.
Laluan yang berbelit tu boleh nampak, kenderaan berderet dari hujung sana sampai la belakang kenderaan kami.
Yang paling geram tu, ada orang yang berlagak potong barisan.
Kiri kanan ada orang potong.
Adoi, sakitnya hati.
Ingat kau sorang je nak cepat pi Cameron?
Orang lain camna?
Beratoq ar macam orang lain, sedapppppppp je dia potong.
Aiii panas betul dalam keta tu.
Saya yang dok sebelah tu, rasa nak tekan je hon.
Tapi enSuami tak kasi, tapi dia bebel jugak.
Yang baik camni je la dok tunggu giliran, tak nampak2 penghujungnya.
Dalam dua jam kalau tak silap terperangkap kat situ.
Rupanya jarak tu dah tak jauh la nak sampai pekan Berinchang tu kan..
Patut la orang berani potong.
Kita ni tak tau la dah nak dekat dah.
Sapa yang besa kat situ, boleh ar...
Tapi malu la nak buat jahat camtu.
Kalau kita tak suka, maknanya ada jugak orang lain yang tak suka.
Saya pun tak paham la perasaan orang yang memotong tu, tak bersalahkah mereka terhadap hak orang lain yang beratur panjang menuggu giliran, dia sedap je potong line.
Takpe la haritu hari kamu ya, esok2 orang lain plak buat kat kamu.
Dah sampai kat pekan, nak cari parking plak satu hal.
Almaklumlah bila dah malam, pasar malam pun dah stat.
Jalan jadi sempit, parking pun takda.
Nak cari hotel yang dibooking pun agak nampak tak nampak plak.
Bila dah jumpa, baru pusing2 cari parking.
Sekali lagi kesabaran diuji.
Hari Khamis, saya dan enSuami dah booking kat hotel Chua Gin ni.
Selepas banyak baca review orang tentang hotel2 yang ada.
Terpilih la plak Chua Gin ni, dah kata bagus, murah, dan tengah2 jalan utama.
Saya baca review sorang tu, dia stay kat Tanah Rata, p honeymoon.
enSuami kata tak syok p sana, kat Brinchang la bagus, ada pasar malam tu.
Masa booking tu, amek 1 queen-1 bilik. 2 queen-1 bilik, 1 queen, 1 single-1 bilik.
Ok, semua ada. Kena bayar deposit RM 100.
Malam tu jugak kami transfer.
Bila dah booking, saya pun rasa lega la kan.
Sebab orang dok cakap, bilik full la, harga naik la bila wekend, cuti sekolah bagai.
Tapi bila sampai sana, mat Bangla yang jadi receptionist tu, kata dia tepon kami sampai 30 kali tak berjawab.
Saya pun buka la handset enSuami, mana da 30 kali, ada 3 miskol ja...
Tak tiga puluh kali saya ada telefon.
Nak tau jadi pa, bilik yang kami booking, dia dah bagi dekat orang lain.
Aik apesal pulak?
U tak jawab telefon saya, saya nak tanya U ada nak datang ka, tadi U janji mau sampai kol 2.30, tapi tak sampai2, saya telefon U tak jawab.
Tak kira la jawab ka tak jawab, kami dah bayar, mesti la kami datang!
Gila punya mat bangla ni...
enSuami merah muka, tak terkata.
Ai nak marah dia pun, geram jugak kat Bangla tu.
Mat Bangla tu siap jawab ha, kat sini bukan macam tu.
U kena confirm bila U nak sampai.
Kalau takda confirm, ada orang lain, kita bagi kat orang tu.
First come, first serve.
Ai habis tu apa guna bagi deposit, kalau kira sapa datang dulu, dia dapat?
Bertengkaq lama pun tak guna.
Mat Bangla tu memang tak boleh blah ar...
Muka tak bersalah langsung, berlagak gila.
Sikit pun tak minta maaf sebab bagi bilik kami kat orang lain.
Dia terus rekomen apartmen kat kami.
Terpaksa la pi dok kat apartmen yang tinggi melangit tu.
Bukit dia curam gila, menakutkan.
Kesian kat mak yang sakit kaki.
[Malam tu, mak n abah tak turun la jalan2 kat pasar]
Kami semua dah panas daaa.
Saya dan enSuami dah tak boleh berkomunikasi dengan baik.
Bengang gila masa tu.
Dah penat2 cari parking, dah bawak turun semua beg, kena simpan naik balik keta.
Apartmetn tu kena gerak jauh sket patah balik jalan datang tadi, kat belakang Petronas, bangunan yang tinggi sekali tu.
Cameron View Apartmen.
Anggaran saya, macam hotel Chua Gin ni beli/sewa apartment kat sini.
Kalau bilik kat hotel utama dah full, dia boleh la forward customer tu ke sana.
Masa tu kalau dah tak da pilihan, semua orang terima je la kan...
Kalau sesape suka dok apartment, boleh terus ja kontek pengurusan apartment ni, sebab sewanya lebih MURAH.
Harga asal RM 300 ja. Bila2 masa pun rate sama.
Tapi sebab kami melalui Chua Gin ni, kami kena pau RM 400, tu pun dia nak bagi 450 ke 480 awalnya.
Adik ipar, Kak Ya minta 400 sahaja, denda la sket kan, suka suki buat orang mcm ni, nak letak mahal lagi!
Sebelum setuju, angkat barang.
Kak Ya n enSuami, pi naik tengok bilik dulu.
Kalau bersih cantik, baru nak masuk.
Kalau tak, nak amek duit balik.
Bila dah cek semua, diorang pun turun dengan sedikit senyuman.
Nasib baik rumah tu bersih, kalau tak aku mengamuk lagi, kata Kak Ya.
Oh ya, sebelum nak naik bilik pun, masalah parking pun kami bertengkar jugak.
Disebabkan dia tu apartment, 1 parking untuk 1 bilik.
Dia suh kitorang sumbat, 2 bijik keta dalam 1 parking.
GILA!
Persona dengan Altis, dua2 keta jenis lebar.
Kalau kau sumbat Viva dua bijik, xpe lah.
Tapi ada jugak saya nampak, 2 biji Saga masuk 1 parking.
Agak gagah la jugak diorang parking tu.
Mana la boleh nak bersempit2 tu.
Abah dah tak mau toleransi dah.
Penat2 kami, jadi camni plak.
Telefon lagi ke hotel tu, kali tu cakap dengan perempuan Cina.
Bila dah bincang2, dia setuju bagi dua parking.
Bila sampai rumah tu je, terus letak2 barang.
Nak cepat2 solat.
Adik2 semua nak turun pasar.
enSuami tanya saya, larat tak nak turun takut sakit kaki lutut plak.
Awat, kalau tak larat nak dukung ka???
Amboiiiiiiiiiiii...
Saya pikir2, turun ar...
Malam ni je yang ada.
Esok nak balik daaa...
Rasa tobat tak mau mai dah Cameron!!!
Entah la camtu la kot....
Errrrr, tak sanggup lagi daa dengan sesak, tension, gaduh, mahal, kena tipu, tempat tak cantik, kotor, xsejuk tera mana pun....
Erkkkkk
Saya tunjuk sket la keadaan dalam apartment ni.
Ada 3 bilik, kalau datang berkeluarga besar, memang sesuai.
Sory la amek gambaq ni masa nak balik daa esoknya.
Malam masuk tu, mana la sempat nak fikir nak amek2 gambar, macam2 hal berlaku.
Ni masterbedroom, mak n abah duduk.
Sebelah dinding tu ada bilik air satu.
Bilik kedua ni, adik ipar yang perempuan duduk.
Kak Ya, Kak Wa n Nasiha yang duduk.
Agaknya dua2 queen kan?
Masa ni baru saya masuk bilik ni.
Malam sebelum tu, tido awal, saya tak sempat sembang2, melawat tempat orang lain, kekeke.
Aik, xdak plak gambaq, bilik yang kami tidoq.
Ada 1 queen, n 1 single...
Ni je rak yang disediakan dalam bilik tu.
Kat hotel ni pun, xda tuala.
Kak Ya minta tuala kat center, dia suh pi amek sendiri kat sana.
Kak Ya suh hantar kat apartment jugak, siap mintak deposit RM15, takut orang bawak balik tuala yang disediakan.
Janji nak hantar kol 10 malam.
Esok pagi tu, baru dapat tuala yang diminta.
Hampeh sungguh!
Ruang tamu, ada sofa, tv dan astro.
Meja makan.
Dapur dia OK jugak.
Ada dapur elektrik tu, induction cooker ke orang panggil.
Boleh la nak masak telur rebus, panaskan lauk semalam.
Nak masak megi ke, heater pun ada.
Pandangan dari pintu masuk apartment.
Catatan saya dari Cameron:
- Saya tak pasti kesalahan itu di pihak kami atau hotel yang berlagak tu, buat mcam tu dalam kes kami. Perlu ke nak conpem tiap2 jam dengan orang yang dah booking berserta deposit?
- Saya baca review orang, xda plak cerita macam ni. Dah nak terkena kat kami kot...
- Kalau nak dibandingkan Brinchang dan Tanah Rata, saya dan enSuami setuju kalau datang lagi cari je la hotel kat area Tanah Rata. Tempatnya lebih tersusun, bersih dan selesa dari segi parking dan kesesakan. Berbanding Brinchang yang penuh dengan ketensionan!
- Satu lagi, kat mana la tempat yang cantik2, best2 tu ye? Kami tak jumpa! Besar lagi ke Cameron ni? Minggu lepas tengok review Footprint in Malaysia, bestnya tempat yang dia pi tu, siap boleh minum kopi strawberi RM 1/cup lagi! Mana nak cari tu hah? Orang lain boleh pergi tempat cantik2, kami tak jumpa2, kena explore lagi la kot, tu pun kalau nak pi lagi.
- Setakat ni, dah la, FULL STOP! tak hingin lagi daaa nak jejak Cameron!
Emmmmmmmmmmmmmmmmmm
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)