Untuk 25 Jun, tak ada progres nak tunjuk.
Sebab saya dan enSuami ke Bangi.
Yang penting sekali, saya perlu ke klinik gigi untuk treatment gigi braces saya yang dah dua bulan tertangguh.
Nak balik sorang, enSuami dah tak kasi drive sorang2..
Nak tunggu dia free, memang tak dapat la tiap2 hari Isnin-Jumaat sekolah.
Appoinment ni pula hanya ada hari Selasa dan Jumaat.
Bertabahlah selama satu bulan dengan getah braces yang sebahagiannya dah putus2, huhuhu.
Ingatkan hari Selasa masih cuti jerebu lagi.
Nasib baik enSuami dah siap isi borang cuti hari Isnin tu.
Katanya, mana la nak tau kot2 tak cuti kan....
Memang semalam sekolah tak cuti.
Walhal keadaan jerebu lebih teruk dari hari Isnin.
Tapi dah enSuami amek cuti, jadi selamat la nak pi Bangi.
Awal pagi tu kami bertolak awal.
Sebab Dr Shafie ada meting kat Shah Alam kol 2 petang.
Selalu kol 12 lebih dia akan mula bertolak.
Jadi saya harus sampai awal.
Walaupun kerja tak siap lagi.
Gagah jugak dok taip2 dalam keta, huhuhu....
Sementara saya dok siapkan kerja kat pejabat, enSuami pergi jumpa adik kat KUIS.
Hantar barang dan duit belanja.
Lepas tu kami terus ke Puchong, beli lagi lampu yang tertinggal hari tu.
Sebab tak ada stok, tunggu shipping tak sampai2.
Pi semalam pun, masih tak ada juga.
Akhirnya, kami pilih design lain je...
Dah tu, tak ukur pulak, lebar pagar kat luar.
enSuami nak bubuh jugak lampu kat pagar tu.
Ikut saya, tak payah nak membazir la kan...
Kat pagar tu, nanti kena hujan.
Berkarat ke besi tu, lampu meletup ke sebab kena air.
Macam2 saya fikir, yang mungkin tak relevan.
Tapi memang takda la penting sangat lampu kat situ.
Nak cantik je lebih.
Sebab dah ada wayar sesiap kat situ.
Kalau tak pasang lampu, terjengul plak wayar kat situ.
Lepas pi Puchong balik Bangi semula.
Pergi beli kipas kat Sg Chua, tempat beli hari tu, boleh dapat harga murah [harga lama] sebab dah pernah beli kat situ.
Hari tu konon nak pasang kat dua bilik saja, bilik ketiga guna kipas kaki yang masa kat rumah sewa.
Alek2 enSuami kata beli bagi lengkap terus la, tak yah susah daa lain kali.
Lagipun kan, kami plan nak guna bilik tu untuk study dan solat.
Takkan tak ada kipas pulak?
Lepas tu, dah sampai kol 5 dah, masa apoinment.
Terus enSuami hantar kat klinik, dia pi solat kat Masjid Hasanah.
Ingat nak dapat turn no 1, baru sampai tu, dah ramai daa yang menunggu.
Sempat la saya nak solat dulu.
Kat klinik tu, ada bilik solat, terus je solat kat situ.
Setel klinik baru balik semula ke Sekinchan.
Kesian enSuami saya ye....
Dah pnIsteri nak drive tak kasi, enSuami la kena semua, hohoho.........
Hari ini, kami ke rumah.
Dah nampak rupa, huhuhu.
Pendek je kabinet ni.
Esok ada tall unit, penuh la sikit sisi kabinet dapur.
Rak kat bawah, hanya dapat buat 1 set laci.
Yang lain2, harap rak kat wall unit la.
Bawah sinki, xleh letak barang.
Ruang tengah antara sinki-dapur, nak letak tong gas.
Bahagian bawah dapur, saya nak ada laci jugak.
Jadi, memang terang2, xda kabinet biasa berpara di bahagian bawah.
Pintu kabinet setakat ni kami tempah dengan Everskill Design, Setia Alam.
Sebelum ini dapat quotation untuk kabinet dapur konkrit sepenuhnya dengan Everskill.
Total semua dalam RM 5355.00.
Konkritnya dalam RM 2105.00.
Tapi akhirnya saya tukar plan...
Sebab 1, pilihan corak tiles yang dia ada saya tak berkenan, ada warna krim dan hitam je....
Sebab 2, alang2 Abang Mail dok bertukang kat rumah ni, kami tanya la dia upah untuk kabinet kalau dia buat. Dia cakap dalam RM 900 untuk 12kaki.
Everskill ukur 11.5kaki je, dia ukur 12kaki plak.
Nak kata jimat tu, jimat la jugak sket.
Masa awal2 kira, boleh jimat dalam RM 950.00 jugak, nak dekat RM1K kan...
Harus la setuju.
Lagipun barang2 binaan dah memang ada, cuma perlu tambah sikit2 lagi mana yang perlu.
Kalau 1 kontraktor buat kerja tukang ni, boleh serentak siap la.
Bahan2 pun boleh guna lamsam sekali gus.
Takda la membazir Everskill nak bawa simen plak kan.
Hari tu sebab kabinet saya kena pasang 2 tiang/kaki kabinet, kena cas lebih untuk satu kaki.
Satu kaki lagi dah memang dapat free kalau buat kabinet 10kaki lebih.
Setakat ni, kami belum bagitau lagi kat Brian Everskill tu yang kami dah buat konkrit sendiri.
Salah ke eh.
Saya ada juga la risau kan...
Dah pesan banyak kali kat enSuami bagitau kat Brian, nanti kang dia marah plak, kata langgar perjanjian ke kan, huhuhu.
Hari tu masa dia datang ukur, dia dah minta deposit untuk confirmation.
Katanya kalau harga naik, tak boleh nak bagi dengan harga lama...
Takkan dalam masa sebulan, harga naik tiap2 hari?
Tak boleh jangka, maaaa... kata dia.
So, dah bayar deposit RM 200.
Ni la mozek cincin yang saya maksudkan....
Dah selamat pasang, siap semua lengkap.
Boleh la match sikit dengan mozek.
Pejam mata je la...
Agak2 nak kelabu sikit, nak coklat pun boleh, huhuhuhu....
Bilik tidur utama pun dah siap.
So saya boleh teruskan projek seterusnya, yeh!
Bila dah nampak rupa rangka kabinet ni, Abang Mail suh kami beli mozek untuk kabinet.
Nanti dah boleh pasang katanya.
Misi kami belum berjaya lagi untuk cari mozek yang berkenan di hati. [yang penting di hati saya je, enSuami tak kisah pon, huhu]
Seingat saya dulu, kedai jubin pertama yang kami survey, ada corak yang saya minat.
Tapi saya tak berapa yakin, sungguh ke ada....
Abang Mail suh kami beli mozek yang harga RM 30 lebih supaya tahan elok, dah nak buat untuk rumah sendiri.
Selalu survey, harga paling murah RM 8.80. RM 10- RM20. Yang apling mahal terus pun ada, tapi permukaan macam kasar sikit, mungkin sesuai untuk lantai.
Harga yang sedang2 mampu milik area RM21-RM32.
Kebanyakan yang murah2 tu semua dari China.
Camna yang Abang Mail maksudkan yang berkualiti tuh?
Tapi corak yang saya mau, tak jumpa2....
Pagi ni, kami pergi satu lagi kedai yang bersebelahan McD.
Awai juga kedai ni buka.
Masa tu jumpa la satu yang kami boleh terima, agak sipi2 yang berkenan di hati.
Harga RM 28 sekeping.
Ingat nak beli terus daa masa tu.
Nasib baik dia kata kena tempah dulu, 4-5 hari baru sampai stok.
Nak beli pun kena beli ikut kotak.
Kami nak 9 keping je.
Sekotak ada 4 keping.
So kena beli 3 kotak la, jadi 12 keping pulak.
Aiiiii, yang lebih tu nak watpe...
Dah la mahal, huahuahua....
Ok, lepas tu keluar kedai, nak pi kedai terakhir pilihan kami.
Sampai kat kedai pertama kali pi tu, kami tengok semula mozek yang kami pernah tengok dulu.
Jenama dah sama, Muda Ehsan. Buatan Malaysia.
Kami tanya pasal corak yang berkenan kat kedai tadi.
Dia kata ada kat depan ni saja. Kalau tak ada tu, mungkin kedai dia tak amek.
Saya ngan enSuami tengok2 lagi.
Sekali saya nampak dah, corak yang saya cari selama ini, telah ku temui, hehehe...
Betul la sangkaan saya hari tu, rasa macam ada kat kedai ni, penah tengok...
Sementara dok belek2, salesgirl tu bagitau, ada lagi sebelah sini, dia lupa ada lagi produk Muda Ehsan.
Yes, memang ada la corak tadi.
Tapi saya nak yang nun!
Kenapa kat kedai lain tak ada eh?
Memang rezeki kat kedai ni juga la nampaknya...
Bila dah tanya2, sama juga harga RM 28.
Tapi sebab order, dia bagi diskaun RM 24 sekeping X 12 pcs.
Pastu kena tunggu la minggu depan baru dapat.
Dah tu Abang Mail kata lambat pulak kat salesgirl tu, nak tunggu sampai minggu depan.
Kesian plak kat Cina tu kena kondem ngan Abang Mail.
Kami pulak jadi serba salah.
Pastu dia nak kami pergi beli kat kedai lain.
Bagi cepat siap kabinet tu.
Saya dah mula tarik muka la.
Bukan senang nak cari mozek corak ni.
Dah banyak kedai kami keluar masuk.
Kat sini dah jumpa, dia buat hal pulak...
enSuami kata, ikut je la pi tengok.
Kalau tak ada, kita mai balik order kat sini.
Masuk keta, enSuami kata, kalau tau macam ni, tak panggil dia datang tengok kat kedai pun tak pa.
Adeh kesian plak kat Cina tadi.
Kami dah suka daa, dia layan bagus.
Cerita semua, dapat harga murah, dah nak buka resit dah tadi.
Selamat saya, kat kedai yang dia ajak tu pun tak da.
Lagi tak banyak pilihan.
Corak design lama ja, kedai pun macam tak berapa nak rancak je bisnes kan...
Haaaaaa, gerammm.
Pastu terpaksa arr tebalkan muka pi balik kat kedai Cina tadi.
Nasib baik diorang OK jek...
Terus la buka resit, order confem.
Minggu depan pun minggu depan la.
Janji dapat apa yang saya nak.
Xmau la nanti, tiap kali masuk dapur dok tarik muka tengok yang tak berkenan di hati.
Aiiiiiihhhhh, tak boleh la.....
Lepas tu, balik tengok rumah semula.
Pekerjanya bagus-bagus la.
Lama saya dok perhati, penyapu saya tu dah semacam je rupanya...
Habis kembang, kasar bulunya.
Sebab diorang guna untuk sapu2 sampah, simen semua.
Setiap kali habis kerja, diorang mesti bersihkan kemas semua.
Saya tengok diorang kerja kat rumah mertua, macam tu jugak.
Sebelum balik, siap sapu semua habuk2, termasuk mop lantai sekali.
Patut la dua hari lepas si kurus tu bagitau enSuami kata dia beli mop.
Saya ingat saya salah dengaq.
Apa guna mop dengan kerja2 tukang nih?
Rupanya memang dia beli mop pun.
Diorang mop bersih lantai yang tertumpah simen ke pe...habuk ke...
Kalau kita datang awal2 pagi, sebelum diorang sampai, mesti bersih kemas je....
Tapi tu la kerja diorang tiap2 hari sebelum balik, saya tengok kat rumah mertua.
Memang rajin dan bagus la depa ni...
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)