Monday, 17 June 2013

Kedai Langsir Murahhh di Nilai 3!

Misi mencari langsir di Nilai 3 Completed!

Dengan kali kedua pergi, kedai asal yang di survey, dah tak terpergi lagi.
Sebab?
Dah jumpa yang lebih berbaloi.

Walaupun pada awalnya, pattern lain yang saya nak beli.
Kalau la beli langsir first tu, saya ada kerja tambahan la, nak kena buat kening langsir.
Konon2 plan nak guna langsir kat rumah sewa lama untuk wat kening langsir baru.

Saya, sedaya upaya kalau jumpa nak beli langsir kosong je.
Xda corak pape..
Dah nak wat langsir english style kata kan....
haruslah kain plain je.
Lagi syok kalau dapat kain tebal cam guni tu...

Sebelum ni dah survey, selalu harga RM40 ke atas kalau kain guni tu...
Oops saya bercerita tentang langsir bidang besar iaitu 110".
Sekarang kan fesyen macam tu plak.
Orang dah tak main daa bidang 60".

Kan nak buat langsir dari bumbung sampai lantai!
Bidang 110" la kena cari.
Kalau bidang 60" jenuh la nak ukur kain...
Lenguh tangan....
Pandai2 la pereka ni kan, nak senang kan customer ke, nak customer bayar lebih???
Kekeke....

Untuk bidang ni, besa mesti harga RM 30 ke atas.
Kalau RM 20 lebih tu, saya jumpa kat Kedah, jenis kilat2 macam design bidang 60".
Yang jenis tu boleh dapat dalam RM25-29 semeter.
kalau bawah RM25 semeter adalah langsir untuk day curtain, yang jarang2 lut cahaya tu kan...
Nasib baik tak jadi beli kat Kedah.

Sebelum tu dah tau dah, sebab dah janji dengan mak mertua nak ke Nilai 3 nak beli langsir baru.
Kami pun menumpang jugak la nak membeli.
Alang-alang dah pi bawak mak, kita pun beli la sekali.

Masa pi ni, kami ke kedai yang kami tak pergi survey hari tu.
Kira pertama kali masuk la...
Masa dok tengok2 tu, orang tu perkenalkan la mana2 yang pattern baru...

Pattern barunya, kain guni lah!
Coraknya dibuat dari kain jenis baldu.
Corak pun simple sangat.
Warna mendamaikan.

Saya ingat, kalau la ada banyak pilihan warna, boleh la pilih2 kaler ikut tema bilik.
Tapi tak banyak pun.
Mana la nak jumpa langsir warna-warni kan?
Kilang pun tak berani nak buat.
Nanti tak dak orang beli, rugi ja cetak banyak2 kaler....

kalau diperhatikan, kebanyakannya warna2 basic la, macam coklat, krim, kelabu, atau hitam.
Yang ada kaler2 pun purple, merah. Biru n hijau pun tak berapa nak nampak sangat kalernya, kadang2 pudar, kadang terang tapi gelap suram...
memang tak jumpa la kaler ceria2, fancy ni, tauke kedai kata.

Yang awal2 jumpa tu, bangla ka Pakistan xtau la, dia bagi harga RM42 ka RM45 ntah...
Minta kurang pun, dia bagi sampai RM 38 semeter.
Minta kurang lagi, tak boleh.
Limited! Stok baru! Pattern baru sampai! Fesyen terkini!
Macam2 la alasan ekau.....

Xpa, xpa, kami survey lagi...
Ada banyak lagi kedai, nak tengok.
Dua, tiga kedai seterusnya, harga lebih kurang sama juga.

Sampai la saya lalu depan satu kedai tu.
Lelaki Cina muda dok depan kedai sorang2.
Saya pun tak pasti kenapa saya terlambat jalan masa tu.

Mak, Kak Ya n enSuami dah masuk kedai lain dah sebelah kedai Cina tu.
Maknanya mereka telah melepasi kedai tu.
Saya ternampak langsir yang corak macam rainbow tu...

Mulanya nak senyum saja kat Cina tu, sebab nak kejar diorang yang dah masuk kedai lain.
Tapi Cina tu cuba promote jugak...
Katanya murah2...

Saya tanya la berapa U jual semeter?
Dia kata RM35 semeter.
35?
Ada lagi tak pattern lain yang bidang besar ni?
Ada lagi kat belakang sana, mari tengok...

Saya pun ikut la dia ke belakang.
Nak tengok la jugak, pattern mana dia nak tunjuk kat saya.
Sekali, dia tunjuk langsir yang memang dah berkenan di hati!

Berapa boleh kurang? 28 boleh?
Tak boleh kak....
Habis kurang?
Saya boleh bagi takat 30 saja, kain manyak bagus ma, tebal, pattern baru punya....
30 semeter ya....

Saya meluru ke depan kedai, panggil enSuami tunjuk kat dia.
Dia pun tengok syok, kami tawar lagi, saja suka2 kot la dapat kan.
Bajet saya area 20-an je semeter...
Tapi sebenaqnya dah kira syok dah la, dapat kain guni dengan RM30.
Mana nak dapat kat kedai lain, huhu.........

enSuami pun cepat2 pi cari Mak n Kak Ya.
Mesti diorang pun sukaaaaa.
Saya rasa dah murah dah ni.
Kalau beli kat sini ni, xsurvey dah la kat mana.
Dah masuk Zohor daa, xlarat nak jalan daa panas...

Akhirnya memang kat sini la kami beli.

Kedai Sri Maju.
Senang je nak cari, bertentang dengan surau.
Saya amek gambar ni masa naik ke surau nak solat.

Ni pattern langsir yang saya pilih.

Ada juga suka duka nak beli langsir ni...
Sebab stok kain yang ada hanya cukup untuk sliding door saya sahaja!
Asalnya saya nak beli 16 meter.
Sliding door saya, 4 meter je.
Akhirnya saya terpaksa amek 2 keping yang display ni!
Huhhhhhhhhhuhuhuhhuuu...
Nasib baik tak kotor, tak terkoyak pape..
Dia kata baru minggu lepas jahit langsir ni.
Iyelah tuuu, emmm.

Untuk bilik2 tidur, amek corak lain, tapi kaler yang sama jugak.
Dah takda pilihan lain, pasrah la jugak...


Total up semua, RM 530.
16m X RM 30 = 480
Upah jahit, dia amek RM 50 sahaja.
Kira murah tak upah jahitnya?

Yang rumah Mak pun, jahit satu rumah, upah dia amek dalam RM65 kalau tak silap saya.
Rumah kampung lagi banyak tingkap daripada teres macam kami ni.
Mak amek bidang 110" untuk ruang tamu sahaja.
Yang lain2, bidang 60".
Banyak keping juga kalau nak kira dalam bidang 60".

Seingat saya kat Klang dulu, dia kira upah ikut berapa meter kain.
Berapa hinggit ntah, saya tak ingat.
Tapi macam rasa nak mahal macam beli langsir.
Sebab tu la masa beli langsir dulu, saya tak tempah jahit sekali.

Kali ni, saya tengok dia total, RM 50 dia tambah.
Kos upah RM50?
Boleh la setuju terus.
Dah enSuami pun dok cakap, kalau tak jahit sesiap, bila Sayang nak jahit tu?
Amboiii, perli nampak.
Iye, saya mengaku la conpem lambat la nak siap!


Snap sat satu design, kot2 esok2 ada teringin nak buat camni.
Hajat di hati nak design pelmet.
Tapi kalau dah nak pakai rel kayu, apa maknanya pelmet lagi.
Conpem2 la tak menjadi.
enSuami suh pakai kayu jugak, fesyen baru, baru smart, katanya!


Dan satu lagi saya ada beli kain english cotton.
Nak jugak english stylenyeeeee...

Tapi ni beli untuk mak kat kampung.
Dia suh saya jahit sarung kusyen baru.
Nak ganti yang dah lusuh kat rumah tu.
Dah bertahun mak saya tak tukar sarung baru.
Sebab dah lama tak menjahit sejak jaga cucu.

Cucu sulung pun dah darjah 1, maknanya 7 tahun dah la tinggalkan mesin jahit.
Boleh ke ni saya nak siapkan...
Dah lama dah buat pola.
Sampai sekarang tak potong2 lagi kain...

Ai bila la nak mula ni, huhhuhhu....
Kalau tak sempat, tak bertukar la sarung baru kusyen kat umah mak.
Minta ampun la, huhuhu...

Oh ye haritu, kami hanya beli langsir sahaja.
Rel kayu tak beli lagi, boleh? heeee
Masa kat kedai tu, dia jual RM 6 sekaki.
Masa tu pikir nanti la kemudian2 beli.
Rumah pun tak siap lagi.
Saya pun nak survey2 dulu.
Kot2 ada murah lagi, ke memang dah murah dah ni?

Ingat nak tanya kat Klang dulu, berapa harga sekaki kat sana.
enSuami kata, Mak bagitau Mak lebih suka pi Nilai 3 daripada pi Klang.
Sebab?
Sebab tempat dia luas, banyak pilihan, boleh minta kurang2 lagi.
Kalau kat Klang sesak, serabut, nak cari parking pun susah.
Macam tu plak, tergeleng2 saya.
Lawak pun ada bila dipikirkan balik.

Mana taknya, dulu masa saya dok Bangi, beli langsir pi sampai Klang.
Sekarang dok Kuala Selangor, pi cari kat Nilai 3 plak.
Adeh, manusia ni pelik2.
Memang nampak hat jauh tu murah, yang dekat tu mahal, hehe.

Masa dulu saya anti nak pi Nilai 3 sebab masa nak kawen dulu, saya ada beli beberapa persiapan kat Nilai 3.
Nada la, pi beli set bunga telur kat kedai Lia tu kan, 3 kotak kot RM 100.
Sekali balik Bangi, tengok murah lagi dari Nilai 3.
Dia kata wat penat ja pi Nilai 3, kat Bangi pun ada daa.
Tambah lagi geram, Umi n Abi dia ada beli bunga telur lagi murah kat Kedah, hahaha.

Saya plak, beli set baju nikah kat Nilai 3, tertipu lak dengan kualiti kain yang tak sama.
Sedangkan dekat Semua House saya boleh dapat murah lagi dengan kain yang lebih berkualiti, adeh!
Sejak tu, dah anti ar nak pi Nilai 3.
Bila baca ja pengalaman orang lain beria2 pi Nilai 3, saya rasa jelek, erkkkk..

Sekarang kesimpulan yang saya boleh buat, kalau nak cari karpet, langsir, frame, boleh pi cari kat Nilai 3, memang berbaloi gila.
Saya dah aim satu set frame Allah Muhammad, dengan harga RM 50 sahaja.
Karpet gebu2 bulu yang macam kami beli dulu, boleh dapat murah lagi kat Nilai 3.
Sebab?? Persaingan kedai yang bersebelahan. Mesti la diorang bagi harga yang termurah kat customer kan...
Cuma untuk kualiti kain baju ja, saya tak berapa yakin.
Sebab bila saya compare harga untuk design 3D berkaki, design terbaru tahun ni, kat Kedah hari tu, semeter RM 14.00
Kat nilai 3 dalam RM70 ke atas sepasang, emmm xcaya la saya...

Ok untuk kali seterusnya nak pi Nilai 3, beli rel kayu, n frame.
Kalau ada bajet lagi boleh terus beli karpet, kalau ada la, huhuhu.
InsyaAllah.


24 comments:

  1. Pening jugak nak beli langsir ni , saya pun blur lagi nak cari jenis material mcm mana ;)

    ReplyDelete
  2. Trus jahit masa beli tu ke??

    ReplyDelete
  3. Hai, ye terus jahit kt kedai. harga bayar tu dah masuk dgn harga upah jahit. kat nilai 3, kebanyakan kedai langsir, mmg boleh jahit terus, kecuali kalau kita yang tak nak.. klu xsilap, kat nagoya pun boleh jahit sekali, tp dia kira ikut meter kain, mgkin lebih mahal. klu nilai 3 ni, persaingan banyak, so kena murah kaw2 la, baru manyak masyukkk, hihi...

    ReplyDelete
  4. salam.. nak tanya... kt bangi tu kat mn ye yg sis kata murah langsir..

    ReplyDelete
  5. hai, yg saya maksudkan murah tu bunga telur bkn langsir.
    kalau memang tggal kat Bangi, beter pi Nilai 3, sbb byk pilihan..
    tapi kalau nak beli langsir kt Bangi, yg saya tau kat Warta (Silk House, Tingkat 3 kot) n Seksyen 7.
    tempat lain, xpasti lak..hihi
    langsir Elyza ada la kat area restoran Mohd Chan tu..

    ReplyDelete
  6. Wah...membantu betul.sebab mak asyik nak pi Jakel je.padahal b.b.bangi tu dekat gila nak gi nilai kan.upah langsir below rm100,sangat wowwwww.

    ReplyDelete
  7. Nak tanya..berapa lama diorg siap jahit langsir kat nilai?sejam ke 2jam ke atau kena tunggu sehari?

    ReplyDelete
  8. Nabilah, makaceh la byk2 sbb post tntg ni. Sy Google jumpa post ni, trus pg carik leak ni. Mula2 dia nak bg sy Plg murah 35, sy minta juga siap tunjuk post awk ni. Akhirnya dpt kain guni rm30. Alhamdulillah, lompat2 suka.- Zunain fep/uc

    ReplyDelete
  9. Salam, nabilah, terima kasih bebanyak ats post awk ni. Sy Google jumpa blog awk. Sy dapat harga 30 tu. Mula2 dia bg sy 35 pastu sy pujuk2 jugak kata awk beli dpt 30 alhamdulillah dapat. Sblm tu sy pg gak saja2 survey kut2 dpt murah tp sume 40 keats. :)

    ReplyDelete
  10. Nik Nawal, kebanyakan kedai dalam sejam, tp ikut juga kuantiti langsir yang dijahit. kalau banyak, ambil masa lebih sikit. selalunya, sempat je round2 dulu kt Nilai 3 tu, tau2 dah habis sejam, hee

    ReplyDelete
  11. Chocodud, hg ni zunurain ka?

    yoya, siap tunjuk post ni lagi kat cina tu, malu la nak jumpa Ah Hui lagi lepas ni.

    lompat suka n0o, hehehe..
    nant pi bangi, boleh la terjah umah hg, tengok langsir guni tu, kekeke

    ReplyDelete
  12. Hai dh beli ke kayu?brapa rm sekaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, sy dh beli.
      Rm6 sekaki kt kedai yg sama.
      Cuma kayu tu dh mmg siap dh terpotong, juz pilih saiz je ikut tingkap rumah masing2..

      Delete
  13. salam...sedari ukur dulu..p kedai bagi ukuran dan jahit terus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Eni,

      Ya, kna ukur dlu tgkapnya.
      Juz sebut brpa kaki/panel. Dia boleh tau dan kira brpa meter kain yg dperlukan.
      Ikut bidang kain yg dpilih dan design yg awak nak.

      Semua diorg boleh kira n buat masa tu.

      Delete
    2. Trina kasih...saya tak pandai pilih kain

      Delete
  14. mmg murah la upah dia...brbaloi2..hu3

    ReplyDelete
  15. terima kasih info yang sgt berguna...terbaik!!

    ReplyDelete
  16. Kawan criter kedai nafisa yg first jumpa tak de upah jahit tp kain langsir tak tau la murah ke mahal banding ngn Sri maju

    ReplyDelete
  17. Klu nk buat langsir buat kt kedai di bandar nilai sebelah kfc.kain semeter rm10 je.
    klu kt nilai 3 mahal iain semeter sampsi rm38

    ReplyDelete
  18. Assalam semua..dengar kabar kedai langsir kat bandar baru nilai ( dekat dengan kfc..x pasti nama kedai) lebih murah dari nilai 3..betul ker??

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)