Search This Blog

Thursday, 20 June 2013

Mahligai Bahagia NabilaHasyim =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pertama kali nak bercerita tentang rumah kami, =)
Saya akan labelkan sebagai Mahligai Bahagia NabilaHasyim, cewahhhhhh.
Amin, mestilah nak bahagia kan...
Tapi nak kata mahligai sebab banglo ke tu, tak ada la....
Rumah ini hanya saiz semiD, setingkat.
Lokasi, kat Kuala Selangor.
Rezeki Alhamdulillah dekat sangat dengan sekolah enSuami.
Rumah ni pun sangat dekat dengan semua pejabat kerajaan dan berkanun yang berpusat di Kuala Selangor.
Pusing2 kat kawasan ini, semua boleh jumpa.
Masjid, sekolah agama, sekolah integrasi, smk-sk biasa, sekolah sains, Inspens, MDKS, Mahkamah, PKNS, SYABAS, ai banyak lagi la.
Saya pun tak ingat semua.
TESCO, Balai Polis, Bukit Malawati yang glamor tu, dekat dengan sekolah enSuami.
Pendek kata, semua berpusat kat situ.
Tanah dah jadi mahal, macam nak jadi Bangi la tak lama lagi.

Lot-lot kedai pun dah banyak naik.
enSuami kata, memang beza la, Kuala Selangor dulu dengan sekarang.
Katanya dulu hutan je ada......
Sekarang kiri kanan, kedai, ada bangunan.
Kalau Sabtu Ahad, boleh sesak jalan kat situ.
Tambahan pulak laluan orang luar yang nak elak tol kan.
So, weekend lepas asar jangan harap nak keluar rumah.
Tak pasal kang, terperangkap dalam jam...
Sebelum mengangkut barang2 dengan lori dari Bangi, hari Selasa, 28 Mei 2013, hari Isnin 27 Mei, baru kami dapat kunci.
Tawakal saya kuat gila....
Hari Isnin tu jugak saya nak pastikan PKNS bagi kunci hari tu.
Kalau tak dapat, esok letak je la barang2 yang diangkut kat luar rumah, haaaaa.


Rupanya memang rezeki kami.
Kebetulan pengurus, Mr Surya tu turun Kuala Selangor sebab nak QC untuk fasa kedua. [bersebalahan dengan taman rumah kami]
Kalau ikutkan, memang tak dapat juga la kunci hari tu.
Tapi dah kebetulan dia ada, dia bagi kerjasama la, mengalah la.
Alang2 dah ada kat situ.
Rupanya ada jadual, untuk Fasa 1, hari Selasa dan Rabu sahaja hal penyerahan kunci.
Hari2 lain, dia akan ke tempat lain, ataupun ada di pejabat di Shah Alam.

Ya Allah terima kasih dan bersyukur sangat masa tu.
Kalau tak mati kutu jugak la kami berdua nak fikir nak letak barang2 esok.
Alhamdulillah.

Dapat kunci je, masuk la tengok2.
Semak2 semua. Dapat 3set kunci untuk setiap pintu.
Dapat 2 kepala paip, 1 fius kabel elektrik.
enSuami pun tandatangan untuk butiran yang diterima.
Lepas itu Mr Surya tinggalkan kami.

Hal2 komen untuk sebarang kerosakan, ada tempoh 6 bulan.
Boleh ambil masa lagi, semak perlahan-lahan katanya.
Ada kerosakan, tulis dalam borang aduan kerosakan, serahkan kepada pak guard dan maklumkan pada dia kata dah serah borang....

Rumah tak ada la special sangat.
Biasa saja, macam rumah teres.
Cuma kami ada halaman luar yang lebih besar dan luas.
Kalau ada bajet, boleh tambah lagi dua bilik pun boleh kot.
Itu kalau ada bajet lah.
Kami tak dapat buat lagi la buat masa ini.
InsyaAllah, akan datang dengan rezeki lebih besar, Amin.

Pandangan dari pintu masuk rumah untuk ruang tamu.
Ada sliding door, 2 panel sahaja.

Pandangan ruang tamu, dari pintu dapur pula.
Oh enSuami saya, tengah angkat apa yang berat sangat tuh, Sayang?

Untuk ruang tamu, dah siap bermozek....... Saiz 16" X 16".

Tapi untuk 3 bilik tidur, belum bermozek.
Yang ni yang enSuami kena sedia bajet ni, untuk pasang mozek.
Saya tak kisah pun.
Tak dak mozek, pakai tikaq getah je lah kan.
Macam kat rumah sewa...hahaha.

Ini rumah sendiri, OK...
So, kalau enSuami nak buat, terpulang lah.
Saya ikut aje.......

Dari ruang tamu, masuk ke bilik utama.

Kat dalam, ada satu bilik air.

Bilik air ni best.
Dah siap semua cantik2....
Tak perlu renovate apa2 lagi.
Cuma perlu pasang aksesori macam cermin dan rak toileteries sahaja.
Best kan, OK tak?

Keluasan untuk bilik tidur utama.
Saiz jenis memangjang ke hadapan.
Saya pun tak tau macam mana nak susun katil dan almari nanti....

Ini untuk bilik kedua.
Ada tingkap menghala ke bahagian belakang rumah.

Dan ada satu ruang bersudut dalam bilik ini.
Saya bercadang nak buat meja studi, atau meja untuk saya menjahit.
2in1 la. enSuami boleh guna, saya pun boleh guna juga.
Saya mesti kena ada meja dan kerusi.
Tak reti la nak meniarap2 atas katil, lepak duduk atas lantai ka.
Adeh, sakit pinggan, punggung semua, hehehe.
Tengok TV pun saya kena duduk.
Kalau baring ke, alamatnya TV la tengok saya, huuuuuuu.


Bilik ketiga.
Bersebelahan dengan laman luar.
Bilik ini macam lebih syok la, cerah n segar....


Dan tibalah ke bahagian dapur.
Part yang paling rumit.
Dan agak mengecewakan.
Sebab tingkap yang terlalu besar sampai 6kaki lebarnya.

Pintu dapur pula yang dok tepi ni, apesal tak buat terus kat luar tuh, aiyaaaaa...
Jadi sempit rasa.

Dah tu, pintunya buka ke luar-kanan.
Kononnya ruang luar tu, untuk ruang basuhan.
Sebab ada paip air dan lubang buangan.
Tapi design ni tak kena dengan fungsinya, tak relevan.


Macamana nak letak mesin basuh kat situ.
Pintu ko buat, buka ke luar dan tutup dinding belakang.
Tak sesuai langsung.
Soket pulak, letak jauh nun di sana.
Apa la arkitek ni fikir.
Nak luku kepala dia rasa, aishhhhhhhhhh.

Dapur ni pulak saiz hampir bentuk segi empat sama.

Tak besar sangat.
Kalau rumah teres, saya tengok kebanyakan dapurnya memanjang ke belakang.
Nak buat L-shape boleh, nak buat I-shape pun boleh.

Kami ni, nak shape ape lah yang boleh?
Nak buat L pun, seciput je belah kiri, ada pintu bilik ke-3.
Belah kanan, ada pintu dapur pulak...
Aaaaiiii, tersandar saya ke dinding tengok dapur ni...
Camna nak buat ni, muat ke ni...

Dapur, hood, sinki, Oven, microwave, hari tu semua dah beli...
Saiz besaq2 pulak tu....
Ingatkan dapat dapur besar, kuangkuang.....

Bukan tak bersyukur, OK!
Cuma saya rasa pelik arrrr...
Camna nak design dapur saya ni.
Dengan keluasan dapur ni, saya nak sumbat meja makan 6 kerusi, peti ais, mesin basuh, uhhh memang tak muat!

Lepas tengok keluasan ni, saya ukur semua.
Nak bawa untuk berkira2, design kabinet dapur.
Dan saya tanyakan kat enSuami, ada bajet tak kalau nak pecahkan dinding dapur tu.
Untuk tukar kedudukan pintu sahaja.
Kalau dinding tepi tu dah tak ada, akan lebih luas sikit dapur ini.
Saya nak dapur luas lagi! huhhuhu.......

Dua tiga hari tu, enSuami fikir.
Dan sambil cari tukang rumah, nak dapatkan anggaran kos untuk pecahkan dinding tu.
Sekejap fikir nak pecah sebelah je, pastu alang2 pecah kedua2 belah juga la...
Sebab harga anggarannya boleh la dalam bajet kami.

Kita tengoklah nanti macamana progresnya.
Setakat ini, kami dah plan untuk 3 perkara penting:

  1. Pecahkan dinding dapur, tukar kedudukan pintu, tukar tingkap yang lebih kecil.
  2. Pasang kabinet dapur konkrit.
  3. Pasang mozek 2 bilik tidur.

Buat masa ini, macam tu la perancangan dan bajetnya.
Kerja2 dah mula.
Tiap2 hari kami pergi tengok orang buat kerja.
tak sabar nak tengok perubahannya.
Sangat menakjubkan la kerja-kerja pengubahsuaian ni.
Apa pun boleh jadi ikut kemahuan kita.
Asalkan pitih ada OK.
Ongkosnya berapa yang bos boleh belanja?
Tukang jalan jeeeeeeeeeeee.

Oh ye, untuk tukang rumah ini, kami bayar upah kerja.
Barang2 kena cari sendiri.
So banyak la juga kedai2 yang kami masuk-keluar, telefon, untuk survey harga barang.
Alhamdulillah, ada yang berpatutan, ada yang terpaksa juga beli.

Kos semua saya akan total selepas semua kerja selesai.
Seronoknya mengurus kewangan untuk kerja2 pertukangan ini.
Tapi tu la, laju ja duit keluar.
enSuami saya, harap bertabah!
Dah kata nak buat semua sekali gus.
Esok2 cuci rumah, boleh terus masuk.
Tak ada lagi tukang2 nak datang bila kita dah tinggal kat rumah tu.

Oh ya, lupa nak sebut.
Selalunya bila masuk rumah, kita kena semak satu2 kerosakan dalam rumah kan...
Kami dah semak semua, alhamdulillah, takda apa2 kerosakan.
Mozek semua pasang kemas, dan padat.
Ketuk satu2 pun tak ada yang berongga.
Paip air, saluran semua OK tak ada yang tersumbat.
Cuma kelajuan air je lemah. Tak pasti la masalah SYABAS ke macamana.
enSuami kata nak kena pakai pam jugak ni....
Tak syok katanya mandi air slow2...
Paip kat dapur, saya tengok OK haritu.
Cuma kat bahagian luar rumah je beretak.
Tanya jiran2 pun, macam tu la.
Dalam rumah tak ada masalah pape.
Kat luar je, beretak....

Lepas ini, saya update tiap2 hari pasal progres rumah kami.
Maaflah ye, nak buat untuk simpanan saya.
Diari manual malas nak tulis, xleh letak gambaq, xsyok, hehehe...
Dalam blog ni la, diari elektronik saya.
enSuami pun tiap2 hari suh amek gambar progres kerja2 rumah.
Nak kena ada gambar, simpan.
Sama ada buat kenangan atau mungkin juga boleh jadi bahan bukti kan....

Ok, babai.
Panjangnya hari ini, cerita rumah.
Nak deko-deko, lambat lagi.
Jeles tengok kawan2 yang dah masuk rumah, hias macam2.
Idea semua dah ada, tunggu masa je la, jadi ke tak.
Sempat ke tak siapkan sebelum bersalin.
Kang dah dalam pantang, xleh wat keja pape dah.......
Saya sangat mengejar masa sekarang.
Oh tukang, cepatlah siapkan rumah saya tuh!

p/s : Mood nak beraya kat rumah yang dah siap cantik. lalalalalalalala.........

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers