Sunday, 23 June 2013

Progres Pengubahsuaian Rumah Update 23.06.2013


Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad.
Sebelah pagi, saya buat kerja2 kat rumah je.......
Saya dah siap mandi, enSuami dok main game lagi...

Saya dah merajuk.............
Nak ajak keluar pergi survey2 barang pun, hari ni hari Ahad, mesti banyak kedai tutup.
Xda maknanya la kalau keluar pagi ini.
Lebih baik cari kerja2 lain...
Saya pun teringat pasal kerja2 jahit.
Xda la jahitpun, baru nak potong kain.
Ohhh, kain nak buat sarung kusyen Mak saya kat kampung.
Nanti dah siap menjadi, baru saya cerita kat sini.

Kebetulan malam tadi, banyak sangat kenduri kat umah orang.
Dalam 3-4 kampit juga dapat nasi ambeng.
Kami kat rumah ada 5 orang je.
Malam tadi saya tak makan pun nasi ambeng tu.
Tak berahi nak makan masa tu.
Nak kata kenyang sangat, xjuga boleh lagi kalau nak makan.
Tapi, ntah la. pendek kata malam tadi saya tak makan langsung nasi ambeng tu.

Hari ni, dengar Mak kata tak perlu masak tengahari dah.
Nasi dah ada banyak.
Ohhh, ini peluang baik.
Almaklumlah kalau saya nak menjahit, saya tak  boleh nak berhenti.
Kalau dah hilang mood susah daa nak sambung semula.

Jadi, pagi tadi, memang saya pulun buat habis sampai 10meter tu.
Bukan habis ape pun, habis gunting je.
Sempat la jahit sikit.

Tapi bila sampai nak Zohor, enSuami ajak pi Kuala Selangor.
Katanya ada India bawa lori nak amek sisa bahan dari dinding yang dipecahkan.
Eh, dah siap ke pecah?
Kerja2 pembinaan belum siap sepenuhnya, tapi ada plak India nak mai kutip dah simen2 tu.

Patut tunggu la dulu.
Biar semua kerja siap, nanti angkut semua sisa lebihan tu.

Memang India tu yang tak sabaq daa...
Yang salah tu, macam Abang Mail la.
Gatal pi bagi alamat rumah, tau2 dah licin dah depa kutip.

Kata kol 5.30 petang.
Kami sampai lewat 10 minit, dah tak nampak batang hidung.
Clear daa....

Awat yang dah tak sabaq2 sangat nak angkut ni?
enSuami pun ada gak dok bebel...
Rasa macammmmmmmm, ntahhh...

Aii, duit kot.
Bukan dia mai angkut tu free2 kan....
RM120.00 sekali dia cas untuk angkut sisa bahan.
Abang Mail kata dulu tahun lepas, RM 80 saja.
Tahun ni dah naik harga daa...
Sekali cas upah pekerja yang angkat sampah masuk lori.

Tapi masalahnya, sikit sangat je sisanya.
Mana la nak banyak, dua keping dinding je...
10' X 6' je...

Ai, nak bising pun tak guna lagi daa...
Dah angkut dah, dah bayar dah.
Lepas angkut, India tu terus ke rumah Abang Mail, amek bayaran.
So Abang Mail dah bayarkan dulu.
Esoklah kami bayarkan semula kat Abang Mail.

Hari tu kan kita ada minta permit untuk pengubahsuaian dengan MDKS kan...
Di MDKS pun ada servis untuk tong RORO tu.
enSuami tanya, diorang cas RM 280.
Lagi mahal.
Nasib baik Abang Mail ada kenalan India tu.
So kami setuju je la.
Tapi tak la sangka secepat itu mai kutip.
Emmm, macam2 ragam, asam garam nak siapkan rumah ini.

Sabaqqqqq, sabaqqqqqqq
Saya la selalu dok tarik muka, huahuahua...
Xleh silap sket, saya nak marah....
Nasib baik la ada enSuami yang baik ni...
Dia la jadi orang tengah, tolong sampaikan apa yang tak kena.
Hohohohoooooooo

Alang2 dah ada kat rumah, kami pun masuk la dalam tengok.
Hari Ahad hari ini, diorang tak datang wat kerja.
Dah habis dah kena ketuk.
Cuma ada sikit lagi tak rapi kat sebelah paip biru tu....

Bila tak ada dinding ni, baru rasa luas dapur ni.
Tak ada halangan. Lapang je rasa.
enSuami tersenyum, luas ye Sayang.
Emmm, baru nak tau? Aiyya....
Sebab tu la, kena pecah, kalau tak, membazir ja ruang tu kalau tak guna....

Ada la lebihan dalam 3 1/2 kaki untuk ruang basuhan tu.
Saya bercadang nak letak peti ais dan mesin basuh kat situ.
Lubang buangan dah ada, terlindung dengan penyapu dan penyodok tu.
Batang paip tu la, kena tukar arah ke dinding oren tu.

Sama ada nak tertanam atau dok nampak je kat dinding, saya serah je pada tukang.
Kalau boleh tanam lagi bagus.
Nampak selamat dan kemas.
Xda la nak nampak batang paip tersangkut kat dinding kan...


Untuk bahagian sebelah lagi, dah tak nampak sinki.
Diaorang dah cabut buka.
Katanya mungkin esok dah boleh mula bina rangka kabinet konkrit.
Wowwwwww, nak tengok la progresnya.
Saya tak faham lagi prinsip binaannya.
enSuami kaya tak guna bata, bila saya dok risau, bata dah nak habis.
Bata hanya guna untuk buat tiang/kaki di hujung kabinet je...
Ye ke?
Habis tu apa yang kuat dan utuh tu ye?
Macamana kabinet tu menegak macam tu kalau tak letak bata.

enSuami kata kan dah beli papan asbestos tu...
Benda tu la yang buat lapik kabinet tu....
Iskkkkk, camtu ka....
Nak tengok la nanti.........

1 comment:

  1. salam. saya tgh mencarik jugak org utk angkut sisa ubahsuai rumah.
    boleh dapatkan no india tu ke? hehe
    tq

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)