Tak pernah lagi la macam ni..
Sakit perut yang amat sangat.
Kepala pening, rasa dunia berpusing2.
Apa dah jadi ni..
Sakit perut rasa nak tekan2 perut tu.
Masuk angin kot.
Tengahari semalam, rasa perut cam lapar.
Takkan lapar lagi kot, tadi dah makan capati, hehe.
Walaupun rasa lapar, tapi tak pi makan jugak.
Selalu OK je kan xmakan tengahari.
Bosan dah ngan lauk kat kedai belakang opis.
Tu yang xmau pi tu.
Jadi lepas pi hantar kain nak jahit tepi, terus naik bilik solat.
Bila masuk opis, kol 3, masa untuk makan ubat.
Oops, hari Sabtu lepas dapat demam panas lagi.
Macam sambung hari2 xhabis demam kot, masa cuti 16 September tu.
Terus pagi Ahad tu gi klinik amek ubat.
Untuk dewasa, 2biji 3kali makan.
Kol 3 masa untuk makan ubat.
Kena makan ubat selepas makan.
Tapi perut kosong.
Tapi nak makan ubat jugak.
Makan juga ubat macam besa walaupun xmakan pape tengahari tu.
Bila balik umah, petang tu.
Rasa nak pitam je.
Meringkok kat karpet.
Rasa xlarat nya...
Xjadi nak masak.
Merehatkan diri di lantai umah sambil pejam mata.
Bila masuk waktu Maghrib, gagah juga untuk cepat solat.
Lepas solat, baru enSuami sampai umah.
Terus ngadu kat enSuami, hukhuk.
Dia syak sebab xmakan tengahari tu lah.
Jadi perut masuk angin.
Mungkin salah jugak, masa perut kosong, balik2 minum susu strawberry Dutch Lady tu.
Masa tu berkira2, pernah baca samada elok minum susu masa gastrik, atau xelok minum susu masa gastrik.
Hati kuat kata xelok.
Tapi bila sampai umah, pi minum jugak susu tu, adeh.
Konon2, boleh lapik perut jap la, sementara nak masak ni.
Alek2, rebah terus, huhuhu.
enSuami ajak pi makan kat luar.
Larat tak nak jalan?
Awal lepas Maghrib tu, agak2 bo jalan lagi.
Sekali bila dah masuk Isyak, enSuami kata nak pi lepas Isyak plak.
Pas2 terus terlelap masa tunggu dia pi solat kat surau.
Bila enSuami dah balik, disebabkan dah tido sekejap tadi, rasa xnak bangun plak.
Bila bagitau dia, sakit perut n kepala sakit, rasa semua berpusing2, gelak plak dia.
Akhirnya enSuami yang masak.
pnIsteri terus masuk bilik tido kat katil plak.
Dalam kol 10 tu enSuami kejut untuk makan nasi.
Rasa xlalu nak makan.
Kebetulan enSuami ada goreng sosej, dapat makan sosej ja masa tu.
Nasi xleh pi.
Bangun pagi tadi, awal.
Lepas subuh terus masuk dapur.
Target pagi ni, mesti makan.
Nak bancuh kopi Sawda.
Nasi lebih semalam, buat nasi goreng.
Semua yang enSuami masak semalam, semua masuk dalam nasi goreng.
Sebelum nak makan, rasa terbatuk2 lagi.
Terus meluru ke toilet.
Rasa macam seketul angin nak keluar dari perut.
Sakitnya perut.
Xmau muntah, xmau muntah.
enSuami suh muntah ja, lagipun nak muntah angin ja.
Ye lah tu.
Sakit kot perut ni.
Sebabkan diri xmau muntah, xmau muntah, jadi, xjadi la muntah.
Cakap kat diri, kena cepat makan.
Alas perut yang kosong ni.
Xmau dah, xmau dah.
Serik dah, serik dah.
Tengahari ni mesti makan.
Kena ajak berteman [Aisyah kita keluaq pi makan berdua naa]
Makan jauh sket pun xpa la asalkan perut berisi.
Xmau lagi sakit macam ni.
Menyeksakan.
Serik dah, tecian kat perut saya, hehe.
Sekarang kat opis mengunyah2 aprikot yang dibeli kat Masjid Negeri masa kursus dengan Prof Dr Muhaya.
Nyum nyum nyum.
Tengahari ni nak makan apa ek..
Oh oh, nak masak laksa petang ni.
Sebab teringin nak makan kuah2.
Lalalala, laksa laksa laksa Kedah.
Jangan lupa beli bunga kantan n daun kesum, OK.
Oh nak try yang special sket, sambal nyioq untuk versi laksa teluk kechai, yeyeh!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)