Thursday, 11 October 2012

Sambut besday enSuami yang ke...........


Selamat hari lahir enSuami saya, 
Hasyim Rahimi Muhamad Shahri.
10.10.2012.

Besday pun hari Rabu.
Celebrate besa2 ja.
Kat umah.
pnIsteri masak plak tu.

Hehehe, masak pe tu?
Besa2 ja.
First time buat.

Hari2 cuba buat aiskrim.
Resepi amek dari Resepi Dapur Nana.

Senang juga buat aiskrim ni.
Nak buat perasa oreo, xdak plak.
Ganti ngan chipsmore, hehehe.
OK jugak.


Tapi masa ni berbintik2 plak ovelet dia.
Yang kuning2 tu.


1 taperware sorang je boleh habiskan.
Rasanya xda berlemak sangat macam aiskrim kita beli.
Sebab tu dok pikir, kenapa makan aiskrim jadi gemuk?
Mungkin kat kilang, buat cara lain kot.

Resepi ni, guna full cream, sedikit gula, susu pekat.
Camtu ja, emmm.

Jenjalan kat blog junior, dia ada buat kek aiskrim.
Wah, kek aiskrim.

Elok benar lah.
Alang2 dah reti buat aiskrim, jom le kita cuba kek aiskrim plak kan kan kan.

Kek aiskrim yang guna kek sponge, tengah2 aiskrim.
Ikut nasihat Sarah, dia buat sendiri kek sponge, tapi beli yang ready mix tu la.
Nabilah pun ikut la.


Beli campuran kek span, nak wat kat umah.
Mula la membuat kek, untuk ke sekian lama.
Dah lama xbuat kek.
Rasa macam xreti buat kek.

Kek coklat ja dok besa buat.
Kek2 lain xpenah cuba.
Mak kata dia suka nak buat kek, tapi kek dia selalu xjadi.
Maksudnya macam kek xnaik la tu.
Kecik2 dulu makan OK ja.
Budak2, mana dia tau kek tu jadi ke tak, tau makan ja, hehe.

Sebelum stat buat kek, petang tu dah siap buat aiskrim.
Ikut saiz loyang kek.
Nanti nak lapiskan..
Kalau aiskrim buat sendiri ni, xda la boleh scoop mcm aiskrim kedai. [agaknya la]
Sebab xmau amek risiko kang susah nak lapik aiskrim, baik buat ikut saiz sesiap.
Nanti senang jek terbalikkan terus atas kek, bijak tak?
Heeee..
Aiskrim sebesar loyang kek, huuuuu

Malam tu terkial2 la buat kek.
Serabut kot.
4 biji telur guna untuk kek span ni.
Malam tu bakar.
Tengok macam xberapa nak span jaaa.

Adoi, ni yang xsyok ni.
Esok pagi tu potong, rasa macam kek padat jek.
Oh, tidak!
Gagal la ni.
Betul tak?

Seingat dulu, masa keja kat bakery, kek span dia memang span betul.
Dan kek tu sangat tak sedap kalau makan saja tanpa ising.

Kek saya ni, manis jek.
Macam kek padat yang lain.
Sesuai ke ni nak wat kek aiskrim.
Satni rasa mual plak makan.

Tengok la kek saya ni, emmmmm

Pi cubit sket sebab nak rasa.
Sebab conpius apa rasa kek ni.
Rupanya pun dah beza, apa la rasanya.
Rasa ok je.
Kek saya xkembang, xnaik, xjadi dan x x x x x.....

Pastu plak, punya la bijak sangat, xmau buat aising.
Hehehe, saya buat whipping cream.
enSuami beli hari2 masa buat pavlova, masih banyak lagi berbaki.
Guna aja la.
Lagipun whipping sedap jugak.
Lagi senang la sangat nak buat, hehehe.

Yeh, kali ni, tak terlebih pukul.
Kalau pukul lama sangat, nanti dia cepat cair.


Cuba, cuba, tonggengkan mangkuk.
Yeh, xjatuh lagi!

Sesi melapis bermula.
Tengok ni.
Aiskrim tebal sungguh dari kek, huhuhu.


Kalut2 nak pi keja, main balut ja dengan whipping cream.
Susah sungguh nak handle whipping cream ni.
Ingat boleh rata2kan macam aising.
Macam lambat je nak jadi.
Anggapkan je la, yang berombak itu SENI, kekeke.


Selamat hari Lahir yang ke-29!

Bila sebut 29, enSuami tanya balik.
Eh, abang 29 ke, bukan 30 eh?
pnIsteri pun terpikir jap.
Betul la 29, tahun 83.
Kalau 2013, baru la 30.

Sebab dia bulan lambat, Oktober, dah hujung tahun.
Orang lain dah cukup umur, dia baru nak cukup, sebab tu rasa diri dah 30.
Hahahaha.

Tinggal seharian kek dalam peti ais, risau gak kalau whipping cream cair.
Sebab tu letak kat para atas sekali.
Tapi whipping cream ok, dalam peti ais.
Macam pavlova kan kena simpan dulu dalam petiais sebelum makan kan kan kan.
OK, ok kot [mengomel dalam ahti]

Balik petang tu, next projek plak.
Lasagna!
First time ni.
Terkial2 tengok step yang kak Ana Suzana ajar.
Memang best tengok situ, sebijik2 dia ajar.
Minta maap la Kak Ana, lasagna saya xjadi, hukhuk.

Sebab keras lasagna tu, sebab xcelur dulu.
Tu la xdengaq cakap sifu, dush dush dush.
Pastu terlebih bakar lak, gering sudaa.

Bahan2 lain ada tukar2 sket.
Nabilah guna spiral macaroni sebagai inti, bukan daging semata2.
Pas2 xpakai sos Prego.
Guna cili kering, letak sos tomato banyak2.
Ingatkan ada tomato puree kat umah.
Sekali tengok, xdak, adeh.
Guna mana yang ada je lah.



Sos putih pun xberapa nak melimpah sangat.
Cukup2 ja 2 kali lapik.
Huiiii.

Xbestnya, malam tu ada 2 meting sekali.
Eee, geramnya.
Nak celebrate besday enSuami pun xleh.
Cepat2 minta enSuami potong kek.
Berkejar nak ke meting lepas Maghrib tu.


Dah buat kek, pisau nak potong lak xdak.
Korek2 dalam laci, ada jugak pisau putih ni, hentam saja la.
Nasib baik ada amek harta Mak [mentang2 la Mak dah xmasak2 lagi, kuikui]

Slurpp, nyummmm meleleh aiskrim
Dah nak cair.
Adoi gelabah saya.

Alik2, sebab hujan lebat, meting ditangguhkan, yeh!
Lalalalalalalalala

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)