Seminar ni diadakan pada 7 Oktober bertempat di KUIZM.
Oh maklumat dalam banner dah cukup lengkap, hehe.
Boleh tengok kat banner..
Seminar ini hanya dihadiri khas oleh ahli dan pimpinan parti (PAS) untuk sebaran di peringkat pertama sebelum membawa pulang maklumat dan input ke gelanggang perjuangan masing2.
OK, muslimat sahaja yang datang seminar ini.
Dari pagi seawal jam 8.00 pendaftaran sehingga dijadualkan tamat pada jam 5.00 petang.
Pada sesi pagi, YB Dr Siti Mariah telah membentangkan "Tawaran dan Peluang untuk Wanita Malaysia"
Dalam kertas kerja ini, YB Dr Siti Mariah menjelaskan Agenda Wanita Malaysia yang telah dibincangkan bersama pimpinan wanita Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
Buku ni kaler oren @jingga, sama tema dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Dalam gambar tersebut sudah jelas, dengan 7 perkara pokok yang diperincikan secara terperinci.
Buku ini dijual dengan harga RM 3.00.
Perincian yang tersebut adalah seperti di bawah.
Dan ini yang paling penting untuk jaminan kita semua sebagai Wanita, Isteri, Ibu berkeluarga, Suri rumah atau berkerjaya, Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU!
Siapa tak nak tawaran di atas, angkat kaki, hehe...
Kepada semua yang masih ragu atau keliru, walaupun Pakatan Rakyat mempunyai agenda Wanita Malaysia ini (Buku Jingga), tetapi PAS juga telah membuat satu inisiatif khas untuk Muslimat PAS dalam memberi fokus kepada beberapa tawaran PAS kepada wanita Malaysia :
Terdapat 10 Agenda Permulaan yang diutamakan dalam buku hijau Negara berkebajikan Tawaran PAS.
Buku ini dijual dengan harga RM 4.00.
Di dalam buku ini, wanita dapat mengetahui 10 agenda tersebut iaitu:
- Kerajaan beramanah, adil dan bersih.
- Masyarakat penyayang, aman dan bersatu.
- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama.
- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai.
- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai.
- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat.
- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia.
- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.
Kalau dilihat dan dibaca, pandangan saya, tawaran Wanita PR adalah lebih terperinci iaitu memberi sesuatu yang segera bermanfaat kepada wanita secara langsung dan dapat dilihat hasilnya dengan cepat.
Untuk tawaran PAS ini, topiknya lebih menyeluruh secara nasional, di mana Wanita/Muslimat PAS mahu menjadi salah satu atau organisasi/badan yang mengambil bahagian dalam mentadbir negara ke arah lebih sempurna, beramanah, adil dan bersih.
Maksudnya portfolio ini sesuai untuk bakal Menteri Wanita Malaysia Pakatan Rakyat la.
Bukan macam menteri wanita sekarang.
Kahkahkah, menteri wanita tapi bukan wanita.
Macamana nak tau keperluan dan kehendak Wanita kalau bukan pimpinan tu Wanita???
Macamana? macamana? macamana?
Sebab tu dia kata, Malaysia xperlukan pergerakan hak wanita, huhuhuhu.
Siapa yang mau setuju, picit mouse dia kat link tu....
Selepas pembentangan ini, Cikgu Azmi dan YB Dr. Dzulkifly mengulas dan memberi beberapa cadangan untuk memperkasakan lagi agenda yang telah disenaraikan.
Selepas pembentangan ini, Cikgu Azmi dan YB Dr. Dzulkifly mengulas dan memberi beberapa cadangan untuk memperkasakan lagi agenda yang telah disenaraikan.
~Cikgu Azmi~ |
~YB Dr Dzulkifly~ |
Gempur Minda!
Gempur minda Rakyat Malaysia!
Rakyat Melayu Malaysia!
Apa pencacai cakap?
~Oopps maaf, kalau ada yang xsesuai dalam poster di atas~ |
Camtu la selalu kan, pencacai dok komen2 kat blog, FB, dan mana2 medium.
Ok, sekarang PAS dan PR dah ada polisi dan agenda tersendiri selepas berjaya menakluki Putrajaya.
Nanti ada plak orang dok cakap, dulu nak buat Putrajaya, tentang! La ni sibuk2 plak nak Putrajaya!
Whatttttttttt????????
Bukan bangunan Putrajaya tu yang kami nak cek oiiii,
Dah pentadbiran negara Malaysia kat Putrajaya, mesti la sebut nak Putrajaya.
Sempitttttt.
Hijau ke Putrajaya.
InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)