Huhuhu, ini cerita sedih dan sangat panjang.
Yang tak ketahuan jadinya selama dua minggu lepas.
Sangat mengejutkan.
Keliru!
Tak percaya!
Terpinga-pinga!
Setiap hari enSuami akan sampai rumah dalam jam 7.30 petang.
Haritu, bukan main lagi semangat masak lasagna buat kali kedua.
Konon nak improve skill la.
Harap sedap dimakan.
Lalalalalala.
Selesai masak, dah masuk waktu Maghrib.
Kadang2 solat bersama enSuami.
Kadang2 solat sendiri kalau enSuami lambat sampai.
Senja tu, solat Maghrib sendiri.
Sebab nak siap2 hidang untuk makan malam.
Dah selesai solat, hampir jam 8 malam.
Nape enSuami lambat nih?
Cari handset, cuba telefon.
Tak berjawab.
Kalau lewat, mula la hati jadi risau.
Ya Allah, jangan jadi apa2 pada suamiku.
Lindungi dia supaya selamat sampai ke hadapanku.
Matikan panggilan, terdengar bunyi motor Honda.
Harapan, enSuami la tu.
Terus lari menjenguk ke tingkap.
Ya, Sayang, xsalah lagi.
Terima kasih Ya Allah.
Dia dah balik.
Bila dengar bunyi kunci mangga gril,
Terus meluru buka pintu plak.
pnIsteri senyum, menyambut enSuami.
Tapi........
Tangan suami terketar2...
Kulitnya tersiat2....
Darah juga menitik2....
Seluar terkoyak2....
Tangan baju juga....
@#&*^%$!~&@
Sayang!
Kaku.
Tak paham.
Nak tanya kenapa?
Tapi nampak enSuami sangat sakit.
Tolong dia bukakan helmet dan jaket.
Jaket coklat hantaran kawen tu juga terkoyak!
Sedikit lega, kerana jaket tu jugak, telah mengurangkan sedikit kecederaan di lengannya.
Walaupun ada luka yang sangat ngeri di tangan.
Dia jalan mencari dinding, untuk bersandar.
Ya Allah, aku nak buat apa ni?????????
Memang tak tau nak watpe dah.
Gagahkan diri jugak nak tanya.
Sayang jatuh sendiri ka kena langgaq?
Jatuh sendiri, langgar batu.
????????
Tapi dah lega sebab bukan dilanggar orang.
Kalau takkkkkkk, aishhhh @#%*^#...
enSuami duduk dengan lunjur kaki.
Dia dah xdapat nak bersila.
Dengan sakit, bertanya.
"Camna abang nak sembahyang? dah lewat."
"Solat hormat waktu je lah Sayang. dengan darah2 ni xdapat nak amek wuduk lagi."
Ngeri, kesiannya suamiku.
Bila enSuami angkat takbir, terus nak bersiap ke klinik.
Tahan menangis sendiri kat bilik.
Tapi tetap bersyukur, enSuami masih berkeadaan sedar dan mampu pulang ke rumah.
Alhamdulillah, ada banyak klinik swasta di kawasan rumah.
Dah tu, xtau nak pilih yang mana satu.
Pi Klinik As-salam la plak, xpenah lagi cuba.
Kebetulan klinik ni masih baru dan 24 jam perkhidmatan.
Walaupun terketar2, digagahkan jugak.
Harap2 xdak masalah nak parking nanti.
Jangan gelabah, satni pi langgaq keta orang plak.
Jangan Nabilah!
enSuami pun dah fobia.
Selalu ja tegur dalam keta, jangan laju2 Sayang!
[Xlaju pun, cemas sebenarnya]
Blurrrrrrrrrrrrr
Sampai kat kawasan klinik, parking plak penuh, sebab berdekatan dengan kedai makan.
Aduh, terpaksa turunkan enSuami dulu depan klinik, pastu pusing semula untuk cari parking, aisey.
Alhamdulillah, perkhidmatannya bagus.
Walaupun sebaik mungkin nurse tu cuci luka enSuami, tapi terjerit2 gak enSuami tu.
Kesian dia.
Dia lemah bila tengok darah.
Xleh kena cucuk2, takut.
Hehehe, kelakar pun ada.
Ni yang dok risau ni, bila pnIsteri nak bersalin nanti, cmna la enSuami ni nak tolong.
Xleh sangat nampak darah, loya kot jadinya.
Huuuuuu, tecian la saya nanti.
~Ahhh, dok tahan sakit~ |
pnIsteri senyum ja tengok.
Isteri hanya mampu tersenyum.
Kadang2 ingatkan enSuami sebut Allah, jangan dok ahhh, ohhh, uhhhhh
Hahaha, jahat betoi.
Orang sakit, mana la kita rasakan, emmm.
Tak tau nak watpa dah.
Sempat plak amek gambaq ya.
Ada jugak manfaatnya amek gambaq ni tau.
Boleh tunjuk kat family mertua yang dok jauh nak tengok kecederaan enSuami.
Luka ni yang paling sakit kat lengan tu.
Kat kaki lagi.
Seluar dah kena gunting sampai lutut.
Kemeja ditukar dengan tshirt sebab nak mudah bagi rawatan.
Kena 2kali suntikan, kat bahu n punggung.
Sebab doktor kata, "sekarang xrasa sakit lagi, nanti esok pagi bangun menjerit kalau tak inject ubat tahan sakit."
Doktor cerita pengalaman dia masa di hospital kerajaan.
enSuami setuju aja, ditahan juga perasaan takut dia.
Pejam mata aja, xyah tengok, weeee.
Kecederaan di lengan dan tapak tangan kanan sahaja yang dibalut.
Kat kaki xbalut.
Rupanya tapak tangan tu lebih teruk dari lengan tu.
Yang tu lagi menyakitkan bagi enSuami.
Doktor juga pesan, tapak tangan tu kena jaga elok, takut lama2 nanti, tangan n jari xbo meregang seperti biasa, kalau kulit baru tak jadi seperti sediakala.
Tapak tangan jadi merekot.
Boleh jadi tak normal la macam tu.
Esok paginya, habis baju penuh dengan darah n air badan [nanah] dari luka.
Luka di betis yang tak dibalut.
Agaknya begini la.
Luka di kaki tu tak nampak sangat.
InsyaAllah enSuami saya xpenah pakai seluar pendek ke luar rumah.
Luka di lengan n tapak tangan dibalut sebab nak jaga perkembangan luka tu.
Doktor tunjuk beza hari kedua, keadaan yang dibalut dan tak dibalut.
Yang dibalut, lukanya masih cerah pink.
Yang tak dibalut, akan cepat hitam.
Kira OK la kalau nak hitam pun kat kaki, sebab terlindung.
Kat tangan ni boleh nampak, sebab pakai baju tangan pendek.
Proses baikpulih tu pun, lebih baik n terjaga dari bakteria.
Esoknya kemas2 barang enSuami masa xcident.
Tengok baju n seluar dia.
Seluar dah kena potong sebelah.
Baju plak terkoyak kat hujung tangan.
Kata kat enSuami, kalau buat kemeja tangan pendek, boleh jugak.
Ke camna?
enSuami kata, buang je la Sayang.
Nampaknya enSuami dah xmau tengok dah pakaian tu.
Fobiakah?
Ok, pnIsteri pun buang semua baju n seluar tu.
Tamatlah riwayat, hehehe.
Selama dua minggu enSuami bercuti.
Selasa malam tu, kami ke Kota Damansara.
Nak jupa kawan cikgu sekolah, amek kertas soalan.
Alkisahnya, minggu tu minggu akhir siapkan kertas soalan.
enSuami dah stat stapler kertas soalan hari Isnin tu, tapi xhabis buat semua.
Stapler tu pun rosak akibat dari xcident tu.
Pen dia yang dalam poket seluar, hancur berkecai.
Ada yang jatuh kat tangga apartmen, masa dia jalan, sebab poket pun dah bocor.
enSuami kata dia jadi superman masa tu.
Tiba2 ja boleh terbang.
Tangan dah xgenggam handel motor.
Badannya terguling2 beberapa kali dan terseret.
Motor terpelanting ke tengah.
Bila tengok helmet pun, memang tercalar.
Syukur ada helmet, lindungi kepala.
enSuami terlanggaq batu besaq.
Geram tak, klu pikir2 balik.
Macamana boleh ada batu simen, buangan sisa pembinaan kat tengah jalan.
Ishhhhhhh, memang xleh terima.
Masa perjalanan balik dari Damansara tu, minta enSuami tunjuk tempat dia jatuh.
Memang ada lagi batu besaq tu.
Rasa nak berhenti ja amek batu tu, nak siasat, hehehe.
Tapi batu tu dah letak kat tepi, di celah2 pokok tepi jalan tu.
Masa kejadian, tak ada kereta lalu situ.
Tapi ramai jugak penunggang motor lain yang turun tolong enSuami.
Kebetulan ada kereta polis buat rondaan, diorang pun berhenti jugak.
Polis kot yang alihkan batu tu ke tepi.
Diorang dah nak panggil ambulans dah, tapi enSuami tolak.
Dia kata nak balik rumah.
Orang pun tanya rumah kat mana, nak tolong hantar.
Bila cakap Bangi, semua terkejut sebab jauh.
Ramai yang tenangkan enSuami.
Dia memang blur dan tak tahu nak buat apa.
Ada yang bagi nasihat, rileks dulu, tenang2, jangan bergerak lagi.
Bila dia rasa OK, diorang minta dia berjalan, nak tengok OK ke tak, kot2 ada yang patah.
enSuami dengan gagahnya berjalan amek motor dan stat nak balik.
Orang lain masih ragu.
Tangan dah berdarah2, ramai yang simpati.
Tapi enSuami kuat, nak balik juga.
Dan enSuami kata, ada sorang tu ada eskot dia sampai kat simpang Mid Valley.
Baik sungguh, enSuami rasa terharu.
Dia kata rasa macam tak percaya apa yang jadi kat dia.
Kenapa ramai orang datang kerumun kat dia, dia malu!
Terima kasih kat semua yang membantu.
Kami suamisteri tak kenal pun sapa2 masa tu.
Syukur Alhamdulillah masih ada yang prihatin.
Terima kasih kat 'seseorang' yang eskot enSuami saya.
Hanya Allah yang dapat membalas semuanya.
pnIsteri plak cuti 2 hari temankan enSuami.
Hari Selasa dan Rabu.
Hari Rabu tu jugak, paksa enSuami siapkan keja stapler kertas soalan2 dia.
Sebab esok pnIsteri dah kerja, xda orang nak tolong dah.
Lepas Asar tu, kami berdua gigih susun n stapler kertas.
Yeh, syoknya dok kat umah.
Jadi suri rumah sepenuh masa, hee.
Pertama kali, tolong enSuami stapler kertas soalan.
Sebelum ni penah semak kertas je.
Teringat plak masa dolu2 tolong ayah stapler kertas soalan.
Kami susun banyak2, baru stapler.
Sebab, bila enSuami stapler, mesti dawai kokot tu rosak, tersangkut.
Hai, pnIsteri buat OK jek.
Xpe lah consider la, tangan dia sakit, OK.
Sakit2 pun, kena buat keja jugak.
Nak minta tolong kawan dia, staplerkan, depa pun ada kertas soalan jugak.
Dah la subjek Geografi hari Isnin, hari pertama.
Memang kena buat cepat.
Alhamdulillah selesai, malam tu jugak.
Terus hantar kat kawan dia balik, minta dia bawak ke sekolah.
Lega satu kerja enSuami dah setel.
Yang xsetel, key in PBS kat internet.
Yang ni memang xleh nak wat gapo dah.
Dah la kena pakai window IE.
pastu lembab gila plak tu.
Bila submit ja, server cannot diagnose.
Mana la xsakit hati.
Sampai ke sudah xsiap2.
Awat la kerajaan ni xboleh upgrade dia punya servis?
Klau bentang bajet berjuta2, server lembab.
Satu Malaysia kot nak pakai, tolong lah kerajaan.
TELUSSSSSSSSSSSSSS!
Kesian cikgu cikgi.
Keja cikgu sekarang xmacam dulu dah.
Sekarang banyak tekanan.
Walau serajin mana pun seorang guru tu, kerja dia xpernah habis.
Ada ja PBS.
Sampai budak2 pun naik bosan.
enSuami cerita, anak murid dia Tingkatan 2, mengeluh "bosan la PBS tiap2 hari, Cikgu."
Tak sempat enSuami jawab, kawan dia dah mencelah,
"Ala, kau ni. Cikgu pun bukan nak buat sangat, dah terpaksa buat"
"Ni semua Najib la punya pasai. Najib ni jahat. Kita bunuh ja, Cikgu!"
Terkejut enSuami, sambil bergurau dia jawab, "Awak nak bunuh mcmana?"
Budak tu sungguh2 menjawab, "Ala senang ja, kita tembak ja..." [macamana RM buat kat Altantuya, hahaha]
enSuami geleng2, xtau la nak kata pa lagi.
Budak2 pun dah paham.
pnIsteri pun terkagum bila dengaq cerita ni..
Bukan kagum sebab budak tu nak bunuh, tapi sekurang2nya mereka tahu yang susur galur pendidikan datang dari rencana politik pentadbiran Malaysia.
Kalau menteri tu bijak mengurus, baiklah hasil dari pentadbirannya.
Seingatku, masa tingkatan 2 dulu, xtau apa2 pun lagi.
Politik tak mau amek tahu sikit pun.
Semak kepala, rasa.
Tapi hari ini dah lain.
Kerja pun dalam bidang politik, xkan nak amek jalan tengah lagi?
Mustahil lah kan...
Bila sebut bab solat, enSuami jadi pening.
Bukan buat2 pening, nak mengelat solat, tak!
Tapi pening xtau nak ikut yang mana.
JAKIM kata macam ni.
Ustaz ni kata macam tu.
Video tunjuk macam lain.
enSuami xtau nak buat macam mana, hahaha.
Sekejap kata mcm ni, sekejap kata macam tu.
Doktor kata boleh amek wuduk kat tempat yang boleh kena air.
Masalahnya tapak tangan dia pun luka, nak kepul air xleh.
pnIsteri pun risau, naik seriau.
Air nak kena kat luka, isk mesti pedih.
Sayang, camna ni? Abang nak ikut yang mana?
Lerrrrrr......
Dah banyak kali dah Isteri kata buat tayammum, xpun solat hormat waktu saja..
Luka mcm ni mana boleh kena air.
Dah la, pi la tanya Ustaz, Nabilah bukan Ustazah! [kang dah merajuk!]
Emm, enSuami serba salah.
Masa sakit menyerang, dia solat hormat waktu sahaja.
Sebab semua anggota rasa tegang.
Kadang2 xleh nak gerak mana2.
Rasa tergam tangan dan kaki dia.
Baring ja kat atas katil.
Akhirnya dia mula praktis bertayammum.
Sebab dok pikir, susah la nanti nak kena qada' banyak waktu solat.
Guna debu di dinding rumah.
Kadang2 terasa lawak pun ada.
Sayang, ada ke debu kat dinding ni?
@#$%&*^%@
Dah buat, xyakin plak, ni nak marah ni, sigh.
Pastu bila bertayammum, satu rumah dia pusing.
Sekali buat kat dinding bilik tidur, pastu pi ruang tamu, pastu sebelah meja makan, pastu pi bilik baju plak.
Satu hari tu, dia sedar, Sayang, kalau amek kat tempat yang sama tapi waktu lain2, boleh kan?
Ye Sayang, awat la yang Sayang pusing satu rumah bila nak tayammum? sat2 tang ni, satgi tang lain plak. Amek kat tempat yang sama pun boleh, asalkan waktu lain2.
La, mana Abang tau..
Emmmm lah..
Bila dia nak bertayammum, mesti dia panggil, Sayang mai tengok ni, Abang buat betoi ke tak?
Nak tengok cara dia tayammum.
Masa awal2 tu, dia conpius pasal nak pusing tangan.
Bila pnIsteri tunjuk, dia nampak senang, bila nak buat, xjadi.
Macamana Sayang pusing tangan macam tu?
Hah @#$%&*^@
Mana2 lah Sayang. [senyum]
Janji yakin, meratakan semua ke anggota.
Selama dua minggu tu, saya suka sangat!
Bila rehat tengahari mesti balik rumah.
Balik makan dengan enSuami.
Siap tolong suap lagi.
Baru romantik, hehehe.
Sebelum ni, susah2 je kan nak suap2 ni.
Kali ini Allah bagi peluang, yeh!
Tapi saya je lah yang dapat suap enSuami.
enSuami xleh suap kat saya pun, [huuu sedih]
Tapi xpe, saya tetap hepy.
Sebab berpeluang berbakti lebih untuk enSuami.
Allah bagi saya peluang berpahala.
Tiap2 hari dapat pujian dari enSuami.
Isteri solehah, isteri saya ni. Sayang isteri yang baik. Terima kasih jaga Abang. Nasib baik saya dah kawen, ada isteri. Kalau tak sape lah nak jaga Abang. Huhuhu, sambil berlakon menangis.
Pandai enSuami amek ahti saya ye...
Takpe, I like too.
Because I love you very much.
Rawatan berterusan kat klinik yang sama.
Hari kejadian - Isnin
Kali kedua - Selasa
Kali ketiga - Khamis
Kali keempat - Sabtu
Kali kelima - Isnin
Kali keenam - Rabu
Bila tulis macam ni baru tau, enam kali pergi ke klinik untuk rawatan enSuami.
Alhamdulillah kali terakhir pergi, sebelum balik kampung hari raya haji.
Doktor kata dah OK.
Kami tambah lagi beli oinment yang doktor guna kat klinik untuk disapu kat luka enSuami.
Luka kat kaki, paling cepat kering, tapi hitam sket dari yang lain sebab terdedah.
Kemudian lengan dah xperlu balut.
Akhirnya tapak tangan.
Kos rawatan xda lah mahal sangat.
Masih mampu la, walaupun time tu sangat tersepit rasa.
Takaful enSuami dah mati sebab bila handset lama dia hilang, nombor phone upline dia pun hilang.
No siri ke no akaun pun xtahu bila nak tukar alamat n maklumat terkini.
Entahlah apa yang tak kena tentang takaful dia.
Pengajaran kali ini, dia berkobar2 nak amek Medical Card.
Dia ada sebut pasal MAA Takaful.
Katanya paling terbaik di Malaysia.
Masih berkira2 tu, belum decide lagi.
Kalau sesape ada review tentang takaful terbaik, bolehlah bagitau kami ye..
Saya ada Takaful Ikhlas.
enSuami ni yang nak berpaling tadah, hehehe.
Alhamdulillah, hari ini enSuami dah mula ke sekolah.
Hati2 ya Sayang.
Xmau lagi jadi macam hari2.
Tatutttttt....
Mata tu jegil luas2, tengok kat jalan.
Jangan merayap melayang entah ke mana.
Macam2 boleh jadi.
Saya pun kena beringat juga, kadang2 asyikkk masa dengaq radio.
Aihhhhh......
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)