Search This Blog

Wednesday, 3 October 2012

Laksa Kedah Teluk Kechai, mai sepinggan!

Cam iklan kopi Radix plak, mai secawan!

Tapi makan laksa xleh la dalam cawan kan..
Ada orang suka makan dalam mangkuk.
Ada yang suka makan dalam pinggan.

Kalau kat kampung, suka amek mangkuk yang besaq tu, klu nak makan laksa.
Boleh boh banyak2, kuah banyak2.
Masyukkk.


Ok, ok. ni first time buat laksa versi teluk kechai.
Apa yang special teluk kechai ni?
Apasal teluk kechai.

Ok anak murid, Teluk Kechai ni sebenaqnya nama satu tempat kat Jalan Kuala Kedah.
Kat Alostaq kat Kedah.
Kami pun tau ada laksa teluk kechai masa sekolah menengah lah.

Kebetulan sekolah kat area situ.
SMKTSR, jalan Kuala Kedah.
Ayah mengajaq kat situ.
Alek2 anak pun dapat tawaran sekolah kat situ.

Tingkatan 3 masa dok asrama, ada kawan bawak laksa.
Laksa tu memang la feveret orang Kedah, sapa xminat laksa, ada? ada? ada?
Yang kami pelik awat ada extra eksesori laksa ni?
Besanya kita makan laksa, kuah n ulam2 tu kan.
Tapi ni ada macam sambal la plak.
~Sambal kelapa Teluk Kechai~
Ni la laksa teluk kechai, kalau hang nak tau.
Kuah dia sama ja, cuma tambah sambal nyioq tu ja.
Ok, ni ke laksa teluk kechai yang orang dok heboh2 tu???

Kalau pi sepanjang jalan teluk kechai tu, ada banyak kedai jual laksa.
Masa tu depa dok habaq, sedap makan laksa teluk kechai.
terliuq, terliuq... teringin... teringin...
Tiap2 minggu mesti kawan2 dok cerita pasal laksa teluk kechai.

Malangnya sepanjang sekolah kat situ, xpenah pon pi makan laksa kat kedai.
Sampai la dah kawen kini.
Haritu masa cuti, balik kampung, ajak la enSuami jom pi try laksa teluk kechai.
Org dok kata sedap, nak la rasa kan.


Bila dihidangkan, koing koing koing
Tersenyum sengih ngan enSuami.
Orang ramai sungguh.
Mungkin depa pun terpedaya dengan kepopularan yang orang cerita selama ini.

Kalau nak dibandingkan dengan laksa yang kita besa makan, especialy Mak kita yang masak,
Kuah saja nak banding ni, memang fail la.
Kuah cayaq ceroi la orang kedah kata.
Laksa besaq sebab depa buat sendiri laksa.
Beza kat sambal nyioq tu la.
Pinggan hidang, pinggan plastik macam dok kat sekolah rendah.
Kedai makan tu luas, ada kipas angin.
Takdak kipas pun xpa, angin semulajadi ada, nyaman.
enSuami kata, senangnya meniaga kat kedah, modal tak banyak.
Buat kedai makan depan rumah, pinggan plastik [boleh recycle dah berapa tahun], tv astro pun xdak save dah belanja elektrik, angin pun kuat free air, memang untung sungguh! Patutlah boleh buat banglo sebijik.

Haishhh, amboi2. Sedap noo tutuk orang.
Huhu, malu la jugak sebenaqnya.
Beza la kalau masuk kedai makan kat Selangor ni.
Susah nak jumpa kedai yang xdak tv kan. paling koman pun xdak astro.
Kalau tau xsedap camni, xda la nak ajak oii..
Buat malu orang kampung jaaa...

Mungkin nilai kualiti dulu [tahun 2002 dan sebelumnya] laksa dia sedap seperti yang digembar-gemburkan.
Sekarang 2012, dah semakin kecoh orang kedah kata [sukatan berkurang]


Kuah laksa ni [bagi kami la kan] sedap kalau guna ikan kembung, ye tak?
Tapi ada jugak orang yang suka ikan sardin.
Masing2 la citarasa.
Tapi klu nak berniaga, betoi2 la, adeh.
Isi ikan tu buat la banyak, kasi likat sket.
Baru kawwwww.
Glamer xsetanding hasilnya.
Tu yang hampeh tu.

Haritu kebetulan tengok kawan sekolah lama tu, letak gambaq kat FB mak dia buat laksa teluk kechai.
Teringat nak tnya resipi sambai tu.
Sekali dia bagi link ni.
Cantekkkkk la sangat. Dia tunjuk step by step.
La ni sapa2 pun boleh masak laksa teluk kechai, yeh.
Sapa2 nak resepi laksa teluk kechai, boleh tengok sini.

Kami, dah buat dah semalam.
Puas hati. Senang ja kan nak wat sambal tu.
Laksa, kuah, buat macam besa la.
Kali ini beli laksa yang urat halus punya.
Senang sket nak makan.
Kalau yang besaq tu, cedok ngan camca, jatuh tergelinciaq ja banyak drpd masuk mulut, huhu.
Jom la makan, nyum nyum nyum....
Laksa kedah Teluk Kechai by pnIsteri.


1 comment:

  1. Bukan kah laksa teluk kechai ni masyur kerana laksa belut nya?

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers