Tuesday, 9 October 2012

Jom buat mi kuning sendiri di rumah...

Hari Sabtu lepas ada kursus buat mi kuning.
Bila dapat tau tu, memang teruja nak pi la.
Yuran, RM 10 ja.

Kursus ni anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB)
PWB ini adalah komponen agenda di bawah Exco Wanita, YB Rodziah untuk membantu suri rumah, ibu tunggal atau wanita yang berminat untuk menambah ilmu dan kepakaran seterusnya dapat menjana pendapatan dari rumah.
Setiap DUN dikehendaki memilih satu bidang atau produk untuk difokuskan oleh wanita setempat.
Peruntukan sebanyak RM 30K disediakan untuk PWB bagi memenuhi keperluan kursus, membeli mesin atau peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk.

Bagi DUN Bangi, memandangkan kelas jahitan telah berlangsung sejak tahun lepas, dan berlarutan di beberapa cawangan yang digerakkan oleh Muslimat, justeru AJK telah memilih bidang makanan untuk difokuskan kepada wanita di sini.

Semasa kelas jahitan berlangsung, YB telah menyumbangkan 6 buah mesin jahit SINGER untuk kegunaan pelajar dan seterusnya beberapa orang telah bergabung menerima tempahan menjahit baju.

Nabilah? hehe.
Boleh jahit untuk diri sendiri ja.
Xsempat kot.
Baju sendiri pun xsiap2 lagi,ekekeke.

OK, sapa nak resepi buat mi kuning, angkat mouse?

hehehehehehehehe

Ok, Nabilah bagi kat bawah.
Sonang ajo zaman sekarang ini.
Amek gambaq ja, xyah nak salin2.
Tapi masa ni saya salin dalam buku.
Cuma amek gambaq sebab CikLela minta amekkan.
Sebagai bukti untuk laporan aktiviti nak bagi kat YB, hehe.

Bahan2nya adalah:
1. 500G tepung gandum
2. 1 biji telur
3. Sedikit kunyit.
4. 200ML air
5. 1 senduk minyak masak.
6. Air untuk rebus.

Pilihan : Kunyit/ Lobak Merah/ Bayam

Ok, ini contoh bahan2 dia.

Soalan : Cikgu, tepung gandum mesti pakai jenama tu ke, atau apa2 tepung gandum pun boleh?
Cikgu : Semua jenama tepung gandum boleh.

Cikgu : Untuk 200ML air itu, teknik yang betul adalah, ambil penyukat, masukkan sebiji telur, dan tambah air sehingga menjadi 200ML air.

Untuk pelbagai perasa.
Tadi ada nampakkan kunyit, carrot dan bayam.
Untuk pengetahuan, kita boleh buat mi pelbagai rasa!
Hebat kan???
Cikgu kata, dah memang ada jual pelbagai rasa.
Ye ke, xpernah jumpa pun, hehehe.
Ini first time tau, emm.

Untuk carrot dan bayam, sama juga macam tadi untuk sukatan 200ML.
Letakkan telur dahulu, baru tambah cecair (hasil kisaran carrot n bayam)
Ada paham?

Ok, masa ni kami dah bersedia untuk belajar cara membuat mi.
Xcited gila, semua dok depan.
Rasa syok sangat dapat belajar ni.
Nanti xyah lagi nak beli kat kedai.
Lagipun xberapa nak sihat sebab ada asid borik, bahaya tu.

Mi ni, Nabilah Ahmad hanya suka makan bila digoreng.
Kalau mi kuah2, macam kari ka, sup ka, apa lagi ek?
Dok gemar angat, syok lagi kalau goreng.
Lalalalalala.

Ok, ni la cikgu yang ajar buat mi ni.
Cikgu Azrida.
Cikgu memang dok buat jual2 mi kat umah.
Hanya secara kecil-kecilan.
Macam jiran2 yang tau, dok tempah la kat cikgu.
Makan mi yang fresh tuuuuu.
Xdak asid borik lagi!
Pelbagai perasa gitu.
Cikgu kata semua jenis sayur boleh, untuk buat mi ni.


Lepas cikgu buat demo sekali, peserta diajak untuk buat sendiri untuk praktikkan.
Cikgu kata kalau tengok saja, nanti xingat plak.
Bila cakap macam tu, Nabilah Ahmad la, orang pertama meluru ke meja, dah memang dok depan sekali pun.
Xsabaaq ni nak buat mi sendiri.
Chayuk!

Cara-cara nak buat:
1. Timbang tepung 500GM
* 500GM tepung boleh dapat 1KG mi, banyakkan?
2. Masukkan sedikit kunyit, kalau nak kuning sangat, boh banyak sket naa.
3. Sukat campuran telur dan air. Masukkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan hujung jari.
* Air hanya 200ML, ingat! Kalau lebih cikgu kata xjadi, terlalu lembut, nanti melekat kat mesin.
4. Bila dah habis air, jangan pelik, memang tepungnya seroi2. Bukan menjadi doh macam kuih2 lain bila kita uli.
5. Lepas tu, ambil segenggam tepung, padat2kannya dengan genggaman dan picit2kan tepung menjadi leper.
6. Sesi menggelek dengan mesin. Gunakan ruang menggelek untuk meratakan tepung sehingga padat. pelabagai saiz ketebalan boleh digunakan mengikut kegemaran masing2. Kalau nak mi besaq2, buat tebal2. Kalau nak mi halus2, boleh nipiskan ia.
7. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga adunan tadi habis. Kena selesaikan semua tepung dengan segera sebelum ia kering dan keras. Bila dah keras, susah dah nak padat2kan. Kena pandai2 sendiri tambah air untuk lembutkan balik. [macam yang kami buat haritu, huhuhuhu]
8. Lepas dah semua digelek/leper, tukar plak pemutar ke bahagian jejari. Jadi boleh la dapat mi buatan tangan kita sendiri.

Pulun2, jangan tak pulun kayuh.
Masa ni susah sket la.
Sebab CikTon lupa bawak dia punya penyendal mesin ni.
Tu yang terpaksa guna lebih tenaga.
Satu tangan nak tekan mesin, satu tangan lagi nak kayuh, huhuhu.
Tu yang macam xnampak sangat mi nya.

Masa ni kami tengah siapkan mi perasa bayam.
Masa yang perasa kuning tu, kami leper, terus buat ke mi.
Jadi adunan yang akhir tu dah kering, pandai2 sendiri tambah air bagi lembut sket.
Masa tu cikgu pun bagitau selalu dia habiskan buat yang leper dulu, baru potong mi.

Kali kedua buat untuk bayam, baru kami buat cara yang betul.
Baru selamattttt!

Ni la hasilnya mi bayam.

9. Bila dah siap semua jadi mi. Sila panaskan air. Bila mendidih betul2, baru masukkan mi tadi.
Tambah 1 senduk minyak untuk elak dia melekat2 antara satu sama lain.
Macam kita masak spageti tu la kan.

Oh ya, rasanya pun macam spageti.
Xmacam mi kuning yang kita beli kat kedai.
Emm, camtu la.
Nanti nak makan mi, boleh buat macam ni.
Nak makan spageti pun buat macam ni, hahaha.

Ok, mi yang kita buat ini, boleh tahan selama 3hari kalau disimpan dalam peti ais.
Kalau nak simpan lama, sila frozen kan.
Tapi cikgu kata xsedap sangat bila disejukbekukan.
Lebih baik makan yang fresh.
Nak makan, baru buat, camtu la kot yang cikgu maksudkan.

Masa dapat tau ada kursus buat mi, Nabilah ingatkan kita buat mi ni, macam orang Cina kung fu buat tu.
Main tebar2, pusing2, belit2, nanti tepung tu terbelah2 sendiri membentuk mi.
Kueng kueng, bajet tinggi gile metafora, hahahaha.
Ohohoh, mau belajaq buat ramen dengan bapak Mong Ryong yang hebat dalam cerita Witch Yoo Hee tuuuu...
...Hohohohoho...

Selamat mencuba di rumah. Sediakan makanan yang sihat untuk keluarga kita, tata

5 comments:

  1. Wah, kalo pandai buat tak perlu la nak beli mi kuning lagi. Kdg2 rasa was2 dgn mi kuning kat kedai... Tapi saya slalu yakin saja bila beli tu... :)

    ReplyDelete
  2. Saya penah cuba sekali ni je.. lepas tu dh tak buat, enSuami bebel susah2 je buat mee, pi beli kan senang, ishh aptb =/

    kebetulan, mesin tu pun dah tak ada, saya dah buang sebb bkarat teruk. nak beli baru, belum beli lagi, huhu...

    cuba la, mcm makan spageti/pasta pn ado, hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. waalaikumussalam..
      sis fadhilah, tinggal di Bangi ke? boleh dapatkan maklumat dari Pejabat Adun bangi, atau page FB Shafiengah.com
      mcm tahun ni, kelas jahitan.. klu kursus kecil2 macam ni, tak tentu masa, wallahualam..

      Delete
  4. Nik ada jual noodle maker...sng sgt kl nk buat mee..just masuk bahan nnti nm uli dan mee akan keluar secara otomatik...boleh wasap nik utk keterangan lanjut...0129905661

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)