WATER FILTER

Winix - Hot and Cold Water Magic - Hot and Cold Water Energy Water System Smooth Water System Alkaline Water System Outdoor Water System Ozonizer Air Purifier Coffee Machine Dispenser
WATER FILTER UNTUK KEGUNAAN SEMUA | KLIK IMEJ UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Saturday, 29 September 2012

Karpet bulu hijau lumut yang best...

Mencari2 karpet idaman hati.
Nak yang bulu2 macam orang lain pakai.
Haritu tengok kat Mudah.my ada orang nak jual RM 80 untuk saiz 7X9 kalau tak silap.
Kondisi 7/10 agaknya.
Saiznya besar, kira OK la kan.
Sesuai ni nak letak kat ruang tamu.
Kaler pun ungu, boleh matching dengan langsir kat ruang tamu.

Orang tu baru je iklan dalam kol 2.4++ petang.
Kol 3++ baru ternampak iklan tu.
Teragak2 nak sms, tapi sms la jgk.
Alek2 dah ada org beli sudaa.

Isk, cepat sungguh org tu rembat.
Memang updated betoi kat Mudah.my.
Asyik habis je bila tanya klu barang2 hot n berbaloi beli.

Berkira2 nak beli karpet.
Dah berkali2 enSuami sebut pasal karpet.
Katanya nak kena ada gak karpet kat sini [ruang tamu] baru selesa sket nak duduk lepak2 tengok TV.
Masalahnya TV pun xdak lagi, hehe.
[kalau boleh TV item terakhir la nak beli]
Macam2 alasan bagi kat enSuami [motip, xmau ada TV kat umah, hehe]
Ala, tengok internet je dah cukup.
Berita lebih telus. 
Rancangan boleh pilih.
enSuami nak beli surat khabar pun, pnIsteri xkasi, hehe
Cerita auta ja banyak.
Dah lama orang dok boikot, nak kasi bankrap, enSuami dok pi tolong bagi duit lagi.
Adoi.......
Sudah cukup sudah...
Simpan duit masuk tabung lagi baik.

Akhirnya survey2 la kejap kat kampung Tanjung Karang.
Mula kedai pertama tu, dia hanya ada corak, kaler hitam2 saja.
Hitam merah, hitam kelabu.
Tapi mesti hitam n merah.

Memang nak hitam merah pun.
Tapi time tu rasa macam semacam je bulu dia.
Macam ni ke karpet bulu yang orang lain beli?
First time pegang, xtau nak beza camna lagi.

Pas2 teringat ada satu kedai kat tepi jalan.
Ternampak masa otw balik haritu, dia sidai2 karpet dia.
Boleh nampak macam2 corak n kaler2 yang cantik.
Ajak jugak enSuami pi kedai tu.
Kot2 ada yang best.
Tengok gaya macam ada banyak pilihan, banyak kaler.
Kaler tu yang enSuami pentingkan.
Corak, dia lebih suka abstrak
Saya pun suka abstrak.
Coreng2 pun lawa.

Bila sampai ja, memang kat situ ada banyak pilihan.
Yang penting banyak kaler la.

Asalnya nak beli yang besaq terus, untuk ruang tamu.
Kalau dapat ukuran yang macam kat Mudah.my tu, OK jugak kan.
Tapi yang untuk saiz yang besaq sekali, bulu2nya mcam xbest sangat.

Untuk yang harga mampu, ada saiz 5X7.
Bulu dia memang best.
Bila sentuh, lembut.
Bila usap2 ke kiri ke kanan, kaler dia bersilau n berubah.
[eh betui ka penjelasan camni, huhu]

Dah jatuh hati dah.
enSuami pun kata best.
Tapi saiz kecik.
Tapi bayak plak kaler, xtau dah nak pilih yang mana satu.


Mula nak ungu.
Pastu tukar coklat.
Pastu biru pun cantik.
Pastu pikir sebab kecik nak beli dua keping.
Mintak2 diskaun, dapat harga target, hehe

Bila nak beli dua, mesti la sama n matching kan, kaler n corak.
Malangnya xdak la 2keping untuk coklat.
Kalau pilih coklat kan neutral sket kan.
Semua kaler langsir or suasana sesuai untuk karpet coklat.

Tapi xdak rezeki nak amek coklat.
Akhirnya saya pilih kaler hijau, kekeke.
Alasan, cat dinding ruang tamu kan kaler hijau pucuk pisang.
Hijau pun neutral pe...
Ku lihat hijau.
Baik untuk terapi mata, insyaAllah.

Jadi, inilah karpet tuuuuu
Tersusun 2keping bersama

Syok la lepak2.
Sejak ada karpet ni, enSuami tengok fesbuk sambil meniarap kat karpet.
Dulu tengok kat meja makan.
[Oops, hehe, rumah serba kurang lagi, jadi guna la apa yang ada. Kat situ la makan, kat situ la buat keja sekolah, huhu]

Happy ye dia, dah ada karpet.
Sekarang dah xpakai meja n kerusi.
Pakai bantal lak meniarap depan laptop.

pnIsteri ni pun sedang meniarap sambil menulis blog, hehe.
Isk sakit la kat dada bila meniarap camni.
Orang yang suka meniarap lama2 ni xsakit dada ke eh?
Heran tengok kawan2 yang boleh study lama2 dengan meniarap kat atas katil.

Kalau ceq study macam tu, dah lama dah ceq studoq, haha.
Xreti la camtu.
Dari kecik lagi ayah dok ajar, nak wat keja menulis, baca buku, mesti kat meja n kerusi.
Ayah dah beli meja n kerusi, baca buku kat meja.
Jangan dok menerap2 kat lantai, xelok.
Ayah dolu2 lain la, miskin xdak duit nak beli meja study.
Baca buku buat reja sekolah pun pakai lampu pelita.
Esok pagi lubang hidung pun hitam.

OK, ayah dah bersyarah cerita masa susah dia dolu2.
Teruih mangkit, angkat buku n kotak pensil dok kat kerusi meja.
Terima kasih ayah, beli kerusi meja untuk kami belajaq.
Jasamu dikenang, hehehe.

InsyaAllah akan dipraktik n ditegaskan untuk cucu2 ayah nanti.
p/s : apa melalut niii. awai crita pasai karpet. pi tidoq la, lewat sudaa, babai


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)