Search This Blog

Tuesday 1 March 2011

D.I.Y 10 : Hantaran Untuk Hasyim

Untuk 9 dulang hantaran kepada Hasyim, 5 barang daripadanya hasyim yang beli seperti disepakati dalam perbincangan. Baki 4 dulang lagi, Nabilah yang hadiahkan untuk enSuami, =)

Barang2 yang Nabilah beli untuk enSuami
1. Jaket Koko Hasyim
2. Baju Tuala Biru
3. Kain Baju Melayu
4. Kemeja dan Tali Leher

Bakul hantaran kali ni, dibeli di Nilai 3.
9 bakul untuk RM63.
Cuba beli list gold untuk perhiasan.
Bunga untuk bakul hantaran ni, Nabilah jahit sendiri guna kain organza 2m warna gold.
Hui cemuih jugak dok jahit bunga ni, lambatnya nak siap, sebab buat di hujung2 waktu nak dekat kenduri, dah malas tahap cipan dah, huahuahua....

Proses memasang list/renda gold pada bakul.

Ni proses nak jahit bunga hantaran ni

Mulanya jahit jelujur, pas2 jerut sampai rapat, pas2 letak stigma kat tengah2 bunga tu.
dapat siapakan dalam 100 kuntum jugak kot.
Patut la cemuih, huhuhu...
Buat la sampai banyak2, sampai habis kain yang telah digunting tu..
Cara hiasan di bakul, Nabilah belum tetapkan lagi.
Tunggu balik Kedah, kot2 dapat angin sawah padi, ada la idea nak hias camna nanti.

Untuk barang2 hantaran Hasyim, memandangkan barang2 yang dibeli semua ada di bangi, Nabilah cuba buat sesiap apa yang ada, sebelum balik kampung.
Ada masa kan, bek manfaatkan.
Kot2 nanti balik umah, ada banyak keja lain plak yang perlu dibuat.

1. Jaket Koko Hasyim
jaket koko ni sebenarnya adalah jaket kenangan semasa mengikuti Kursus Juruteknik Komputer di Kampar. memandangkan Nabilah ada jaket ni, makanya, nak Hasyim pun ada jugak.
Jadi dengan pertolongan kawan Noor Hafizah Mohd Amir@Epi yang bekerja di Ipoh, jaket yang sejibik berjaya di tempah di kedai yang kitorang tempah dulu di Yit Fong Shopping Centre dengan sulaman nama HASYIM.
Kalau tempah di Ipoh ni, harga dapat jauh lebih murah di Bangi yang menjangkau sehingga ratusan ringgit.

2. Baju Tuala Biru
Mana gambarnya ye?
Eh lupa snap kot?
Hehe, sowi =)

3. Kain Baju Melayu
Hoho, jangan terkejut....
Bentuk apakah ini, perasan x?

Hihi, saya mau buat bahtera untuk berlayar bersama Hasyim..
Chewwwah, =P

Hehe, dulu ada cita2 nak buat bakul hantaran bentuk kapal macam ni ha..
Tapi memandangkan xjadi, makanya saya kena buat sesuatu yang simbolik ke arah itu.
Tapi sebenarnya xmerancang pun nak buat kapal.

Mulanya nak buat bunga jugak macam hantaran baju Nabilah, siap dah buat kad keras kelopak bunga lili lagi, ("_)

Tapi pk2 lagi, ala nak bagi kat laki, xkan bunga kot kan???
Tanya WakSabar, nak bentuk apa?
Keta? Bola? Tapi jawapan dia, ceh.. Roti tisu mamak! 
Mamak jugak yang dia ingat.. Tau makan ja..

Pas2 pk nak buat Keta la, siap simpan lagi bekas reben yang dah habis tu untuk dibuat roda keta, kekekeke...
Pas2, alamakkkkkkkkk, xboleh la..
Susah, kuikuikui........

Pas2, Ting!
Yes, nak buat yang tu...
Pk lagi, mcmana nak buat bentuk tu?
Ooo, guna saja konsep yang sama, gubahan bunga tu, mesti jadi punya.

Ya kotak. Saya ada banyak kotak kat umah ni, =)

Pas2 mula la projek nak bina kapal a.k.a Bahtera NabilaHasyim, tihihi (",)

Gunting dan gam menjadi macam ni.
Eh, salotape dan stapler jugak kot..

Pas2, kena la ada ombak jugak, to make it real.
Ombak rindu? Ombak badai? Sebagai cabaran dalam berumahtangga, yeyeh!
Awat jiwang sangat nih?

Pas2 asalnya nak tutup kapal ni, dengan kain baju Hasyim, tapi xbo plak nak belit jadi kapal kemudian jadi ombak plak..
Nanti serabut.... Nanti lagi stress nak adjuz...
Tiba2 teringat ada selendang Pashmina yang penah dibeli masa tahun 2009, xpakai2 lagi.

Qhosoh punya qhosoh, jadi la macam ni..
OK, try test letak, nampak macam kapal x???
Nak tunjuk by step, xdapat la..
Sebab dok stress nak buat, susah sangat..
Terlupa nak klik klik...
Banyak guna jarum masa ni, buat lipatan demi lipatan untuk nampak kapal@sampan tu bertingkat macam dalam gambar.

Untuk Ombak, Nabilah guna kain baju melayu tu dengan jahitan insang pari lekat pada potongan kotak ombak tadi.
Jahit la 4 keping ombak tadi secara bersambungan.

Dah siap, cuba letak kat bakul, naik x seri?
Tadaaa!

Bahtera NabilaHasyim dah siap!

Telah siap dibawa pulang ke Kedah. Tunggu masa dihiaskan sepenuhnya sehingga sempurna.

2 comments:

  1. salam...nak tanya, kain organza tuh beli kat mana?tq...boleh jwb di email yer... lily_dilla22@yahoo.com...terima kasih...

    ReplyDelete
  2. kain organza mudah dapat di kamdar.
    kat kamdar banyak pilihan.
    semoga Allah permudahkan awak mencari kain organza yg diingini, amin =)

    selamat berusaha...=]

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers