Tuesday, 14 September 2010

Jom Makan Kuih Raya...

Patutnya Mak xmau buat dah kuih raya tahun ni. Dah xlarat katanya. Tapi BChaq nak Mak buat jugak. Xpa BChaq beli barang. Pas2 kuih tu syer2.. Buat la jugak Mak.

Setiap tahun kuih favourite BChaq mesti ada, Kuih Mazola/Kuih Kacang tu. Kami buat simple ja, bulat2, pastu tekan tengah bagi rata, untuk sapu telur, letak kacang kat atas.
Yang ni kali kedua buat masa Nabilah balik tu. Kacang goreng dah tinggal sket, tp nak banyak kan lg kuih kacang, sebb yang 1st trip dah nak habis, Ayah pun suka makan. Jadi kali kedua ni, xdak la kacang kat atas dia. Nabilah lebih suka camni.. Senang nak makan, =)

Yang kedua, favourite Bchiq, kuih tekan2.. Samperit la tu. Mak stil guna acuan lama, yang jenis tiub tu. sekang ni org pakai pam ja, dapat banyak, panjang2 bukan bunga mcm ni. Terkejut plak, wuish samperit merah plak thun ni, selalu chocolate rice ja. Yang ni CikTam yang buat. Sebabnya masa dok tengah buat tu, Mak mengantuk. Xtahan sangat, Mak tidoq dulu. Bangun2 tengok siap dah setengah adunan kot. CikTam buat. Mak kata dia buat lawa, bakaq elok, bunga dok nampak lagi. Tapi puji depan Nabilah ja, xpuji depan dia, satni kembang. Xdan kita nak puji dia pun, dia dah puji diri sendiri. Lawa dak CikTam buat, tgok xhangit pun...


Ketiga Tat Nenas. Ni memang best lar.. Semua yang makan puji sedap. Dulu Nabilah pelik, awat la orang minat sangat dengan tat nenas ni. Bila cuba makan, sedap jugak, kira boleh jadi favourite Nabilah la, sebab sebelum ni, xdak kuih favourite. Makan sekadar cukup syarat Hari Raya. Xla pulun sangat sampai angkat bekas kuih tu.

Yang ni, apa nama pun xtau la. Tapi resepi dia, Mak letak kelapa parut. Kaedah mcm mazola ja, tapi letak biji gajus ni, sedap la kot. Nabilah xrasa pun kuih ni. X teringin nak makan.

Yang ni pun xdak nama, main buat ja Mak, nak habiskan barang2 yang ada. Mak letak Oat, Chocolate rice. Pas2 bakar. Lepas bakar, mak kata nak sapu telur. Nabilah kata, buat la lain sket, sama ja mcm kuih kacang, gheja nak sapu teluq ja. Pas2 Nabilah dapat idea, Ha buat tu tunjuk gaya coreng2.. Nabilah nak coklat koko, Mak kata dah habis, chocolate milk ja ada. La putih, xnampak la, biskut pun cerah. Tapi demi nak menyelamatkan kuih tu, setuju gak la, klu x, kena sapu teluq. Pas2 masak la chocolate milk tu, buat coreng2, jadilah camtu, yeyeh!!!

Dan termaktub pada tahun ni, inilah kuih favourite saya, Debu-debu Cinta, hohoh! 1st time makan kat Perak, xtau la nama pa. Depa buat panjang2. Tapi Nabilah amek bentuk Love tu, tinggal acuan tu ja xguna lagi. Tadi Mak dah amek bintang2 buat kuih oat tu.

Sebenarnya xtau pun resepi sebenar kuih spesies ni. Cuma habaq kat Mak, KChiq nak buat kuih yang warna koko pastu salut susu tepung. Minta izin tu nak pakai brg2 kuih, kang xjadi, jahanam kebenda, Pn Intan kata. Tapi Nabilah xtau ratio utk kuih mcmana. 
Mak : La, kata hg pandai dah?
Nabilah : KChiq mana tau buat kuih camna. yang KChiq tau, KChiq nak kuih tu warna koko, pas2 bakaq, lepas tu boh susu tepung. La ni, Mak habaq nak boh apa supaya benda tu boleh jadi kuih raya.

Step 1 : Mentega dengan gula, kacau sampai larut.
Dok tengah kaco tu, dok pikiaq, camna nak bg gelap ni, serbuk koko Mak kata ada lagi, tapi xjumpa cari. Minta izin nak boh milo. Tapi milo xckup terang. Teringat baki coklat masak yang buat almond London tu.
Nabilah : Mak, klu boh coklat ni, efek dak kuih ni? (Sebab coklat tu dah ada campuran minyak masak sebab nak bagi nampak almond tu berkilat kan)
Mak : Boh la nak boh.
Kacau2 lagi, boh tepung plak.. Tengok cam basah2 lagi, boh lagi tepung. Pas2 Mak bising2 sudaa...
Mak : Satni keras mcm batu satni, dok tambah2 tepung tu.
Nabilah : La, camna nak gelek nya, lembik lagi. (Tu yang tambah tepung tu, ni mesti sebab minyak tu, ingat nak jadi kek coklat dah)

Yeh, kuih saya ni! Kuih saya! Elok nak masuk tray yang kedua, Pn Intan tanya...
Mak : KChiq, hang buat kuih xboh teloq noh?
Kuang... Kuang... Kuang...
Nabilah : Mak niiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....xhabaq pun tadi. Pas2 jadi lagumana klu xboh teloq? Efek dak? Nak kena buat lain ka? (Cuak dah ceq, klu xjadi kuih kami!)
Mak : Biaq pi la.
Nabilah : Sungguh? (Nabilah tarik2 kain mak, huhu)

Dah siap bakaq, test pegang tengok. Pegang tu memang la keras. Mak kata, lempaq ke dinding pun xpecah ni! Huhu, sampai ati. Pastu Mak nak celup chocolate milk plak. Mana boleh, orang nak salut susu tepung jugak. Kalau x, xjadi la kuih yang diingini tu...
Pastu cepat2 boh susu tepung. Yeh, jadi la mcm ni. Kuih suji ke Wak? Cam xglamor ja, ni kuih moden. Kuih suji mcm kuih org kg, dolu2 ja namanya...
Xpa la, yang penting, Nabilah dah ada nama untuk kuih ni, Kuih Debu-debu Cinta, yeyeh!

Yang ni kuih Nabilah beli kat Bangi. Orange Love kot nama dia. Masa Wak tepon tanya demam tu, pi amek kuih ni la..1 lagi kuih Royal Brunei, nampak ja lawa, tapi xsedap pon...Kuih buat sendiri jugak yang berbaloi-baloi. Makan xhenti2 tu, maksudnya sedap la kan...sampai habis ha Wak makan, =P

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)