Search This Blog

Monday 24 November 2014

HOME BINDER : Pengurusan simpanan sijil dan maklumat diri


Assalamualaikum....

Cerita pasal fail lagi..
Rupanya banyak juga benda nak cerita pasal fail2 dan kertas ni ye?

Sekali dah siap lengkap, bukan main banyak idea keluar untuk bebel kat sini, kekeke....

Hari tu saya ada cakap, saya kemaskan harta karun enSuami yang dari Sarawak tu..
Alaaa, yang dia siap bagi amaran Jangan Sentuh Barang Abang!
Haaa tu la, tatut kite tauuuu, kahkahkah...


Ini la rupanya bila dimuntahkan semua harta karun tu...
Ada dalam 4 kotak.
Habis telur, tahi n lipas pun ada keluaq....

Mula tu ikutkan hati tak nak juga kacau.
Dah 2 tahun pindah, tak terusik pun.
Apa ke benda yang dok simpan ni.

Seingat saya hari tu, ada dia sebut suruh saya kemas.
Tapi bila saya kemas, dia marah plak, saya jadi confused la.
Hari tu suruh, awat la ni, marah orang plak?

Rasanya dia nak suruh saya kemas majalah2 je kot.
Dah sebab kat rumah ada rak buku yang kosong.
Tapi kalau dah nak cari majalah aje, kena periksa semua kotak la.
Semua ada 4 biji kotak tau.
Dia simpan barang pun campur2, bukan khaskan simpan dalam satu kotak je, emmm


Bila dah asing2, kelas2kan, tinggal 2 kotak je.
Yang majalah2, walaupun saya dah kumpulkan satu tempat, tapi saya tak transfer pun ke rak buku.
Tak dak mood nak susun kat situ.
Nanti buat jadi kerja kat Hafni plak, doom daam doom daam buku tu berterabur.
Saya cuma asingkan ikut jenama majalah tu.
Satu jenama dalam satu plastik yang sama.
Kemudian label dengan marker.


Ada rezeki esok, beli rak buku baru.
Baru senang nak susun cantik2 ikut jenama satu shelf..
[berangan je dulu nak ada rak buku penuh satu dinding, ~lalalala~]

Dalam proses mengemas tu, baru saya terjumpa semua benda harta-karun dia ni....
Sijil-sijil dari sijil lahir sampai ke ijazah, dia bawa ke hulu-hilir gitu je, tak letak dalam fail.


Seingat saya rumah sewa dia pernah kena banjir masa kat sana.
Air naik sampai ke lutut. Waktu Subuh kot baru sedar air naik ke lutut.
Masa tu la printer dia rosak.
Dan bila tengok kat kertas2 ni, memang ada kesan basah la.
Ijazah UKM pun, tak laminate, emmm...


Bila dah kering macam ni, ada la bezakan kualiti kertas selepas kena air.
Salinan sijil2 yang dia buat banyakkkkkkkkk punya banyak [macam membazir je]
Semua jadi tebal2, keras kertas tu...


Masa mengemas tu, saya asingkan siap2 sijil2, surat2 lantikan dari SPP dalam satu paper bag hitam.
Lepas selesai mengemas kat bilik ni, lama la juga saya diam menyepi.

Sampai la minggu lepas, tetiba teringat nak siapkan sijil enSuami untuk susun dalam fail poket.
Dalam saya dok mengemas hari tu, saya jumpa satu fail poket kaler hitam.
Rupanya enSuami saya ada fail poket untuk sijil ni, tapi sayang, tak reti nak guna, haishhh.



Alang2 dah ada, cepat la sikit buat kerja.
Terus asingkan satu2.
Saya asingkan ikut tahun kejadian sijil tersebut..

Dari sijil lahir, sijil UPSR-berenti sekolah rendah, PMR, SPM, STPM.
Kalau ada salinan fotostat, saya letak dalam poket yang sama.
Macam gambar bawah ni.
Bila2 nak guna, nak fotostat lagi, kalau ada lagi salinan kat situ, tak perlu buat lagi kan....
Kalau tak ada n dah habis, baru buat baru....


Pastu enSuami masuk UKM, pastu UPSI plak.
Pastu ada surat-surat lantikan SPP.
Dan kemudian sijil2 yang dia dapat sejak mula berkhidmat sebagai guru.
Tapi malang sekali tak cukup lak...
Fail tu cukup2 sampai STPM sajo.


Nasib baik kebetulan, saya ada ekstra fail poket ni.
Jumpa dalam kotak barang2 kraf saya.


Yang warna hijau, gambar tengah tu.
Awal tadi, saya dah letak dokumen Hafni.
Kenkonon nak jadikan fail Hafni lah.
Sekali, Abinya plak tak cukup lagi.
Jadi bahagian depan je, masih ada maklumat Hafni.

Saya minta enSuami pergi beli fail baru saya nak susun, siapkan.
Dia cakap kalau tak cukup, tak yah buat, biar je dalam plastik.
Macam tu je???? iskkkkkk tak boleh dengar langsung nasihat macam tu.
Pasrah je la, guna yang saya punya fail, ingat nak guna untuk Hafni.
Nasib baik Hafni kecik lagi, ada sijil lahir jek....
Bagi can Abi guna dulu la ek..
Nanti dah besar, suruh Abi beli baru, huhuhu

Fail kedua tu sambung dengan UKM, UPSI dan sijil2 perkhidmatan.


Macam surat ni, ini saja la satu2nya kenangan dia berkhidmat di sekolah Damansara.
Dah sekejap je kerja situ.
Yang lain2, baju batik sekolah, dan hadiah2 cap IKEA masa nak pindah tu
[mentang2la sek tu dekat dengan IKEA, semua IKEA je hadiahnya, rugi2 dah pindah dari situ, kahkah]


Ini kenangan kat Sarawak.
Peratus subjek naik pun, cikgu2 dapat sijil, hoiii...
Dulu2 tak ada kot, ayah saya tak ada dapat pun sijil macam ni, huhuhu...

Untuk sijil2 saya plak, disimpan dalam fail biru pastel ke turqoise tuh...
Sama juga susunan, dari sijil lahir, sek ren, sek men, matrik, UKM, dan aktiviti luar lain.


Sekarang dah tak terlibat dengan dunia luar, idok ler ada pertambahan sijil, hukhuk...


Masuk pertandingan memasak dengan BFF kat matrik, dapat no.2, hehehe.


Masa kat UKM, sempat buat praktikal dengan Navy.
Syok ar kerja situ, tapi.............
Emm, tapi tak boleh nak jadi Navy.
Tinggal kenangan je la, kalau tak, boleh dok kat laut selalu...
Oh tetiba teringin nak pi jenjalan ke pulau, huhuhu...... 


Memandangkan sijil2 tidak bertambah, saya mempunyai beberapa lagi kekosongan.
Poket yang terakhir tu, buat simpan poskad yang kawan2 bagi yang diorang pos dari oversea.
Coursemate saya 2 orang Chinese ni, habis degree, diorang gi jenjalan ke NZ selama 3 bulan.
Sempat la bekerja tambah duit poket, petik strawberry la, anggur la, epal la...
Syoknya depa boleh pi jalan2...
Yang sweater biru tu dah kahwin, yang sorang tu lagi belum kahwin, kerja kat Ikano skg.
Masa pi IKEA, asyik tak sempat je, dah banyak masa habis dalam tu, mana la sempat nak singgah2 tempat lain, emmm.


Haa, poskad yang Uppa bagi pun ada tau [kalau Uppa baca ni]
Nabilah simpan dalam fail.
Mekasih ye bagi gambar poskad ni.
Memang teringin la nak naik bot macam tu keliling bandar..

Bila la boleh sampai sana, (0_0)


6 comments:

  1. Masa mula-mula mengajar dulu mmg dapat surat untuk buat 10 salinan dokumen2 yang dikehendaki,saya pun buat jg mcm tu.hingga skrg tak habis lagi..lebih 10 tahun dah...huhu.sy yang menurut perintah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gitu ye..patut la byk je...
      Huhu, ensuami xbgtau, sy pn main hentam laa...hahaha.
      Mekasih eta.

      Delete
  2. sama la dengan kita ni..

    kita pun baru je punggah stor kemas sijil bagai tu.
    especially yang husband punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ensuami kita xsimpan mcm kita simpan kan..kan..kan..

      Delete
  3. phewww berpeluh ngemas ni..sy plak kalu kemas husband punya dokumen, mesti husbnd ada sekali..baru senang nak tny ini pakai lagi ke tak, ini pakai lagi ke tak..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers