Ada taklimat TAWAS.
Taklimat tentang sistem baru pendaftaran untuk TAWAS.
Sebelum ni, setiap borang yang dihantar ke pejabat Adun akan dihantar ke Shah Alam. Pas2 staf di sana yang key in pendaftaran.
Skang ni ada sistem baru, staf di pejabat ADUN yang key in data pertama.
Lepas tu Shah Alam amek borang, diorg sahkan plak untuk dinilai sebanar2nya layak untuk permohonan TAWAS.
Ok, ini bermakna, keja saya akan bertambah!
Taklimat diadakan di Pejabat PKM Seri Kembangan.
Adun Seri Kembangan, DAP.
Masuk dalam bilik tu, bila nak stat taklimat....
Wah, depa ada TV LCD untuk paparan.
Ni kena snap ni, tunjuk kt YB, kita xdak lagi....
Pejabat mereka yang penuh dengan keratan2 akhbar hebahan2 khidmat Adun mereka YB Ean untuk masyarakat di situ.
Selepas selesai, sempat nak minta klik gambar kenang2an bersama tadi.
Xpenah jupa Cik Izan, selalu dok cakap kat tepon je.
~Cik Izan yang memegang laptop bersama Kak Siti, staf DUN Balakong~ |
ha TAWAS ni adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor.
senang cakap, mana2 anak lahir di negeri Selangor, dengan menepati syarat2 lain, anak2 anda layak untuk memperoleh manfaat dari TAWAS.
Apa manfaat???
Kerajaan negeri Selangor peruntukan RM100 untuk pelaburan sehingga 18 tahun. Bila anak itu berumur 18 tahun baru boleh keluarkan duit pelaburan tu yang telah berjumlah RM1500.
Pelaburan ni dibuka akaun di AmBank ye.
Sape ada anak2 yang baru lahir, bo daftar.
Amek borang macam kat bawah ni di mana2 pejabat Khidmat ADUN PAKATAN RAKYAT.
~Nama anak ni Alhasyimi,~ |
kalau dah libeh, dah xlayak.
Tapi ada syarat lain jugak.
Korang tengok la sendiri kat sini... TAWAS
Cadangan nama untuk anak2 Nabilah dan Hasyim???
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)