Search This Blog

Friday, 27 May 2011

RESEPI : Bengkang Bertumis, =P~

Menu ini ditujukan khas untuk Kak Mimi.
Sebab dia yang request nak resepi.
ini adalah cubaan ketiga selepas jamuan Penerangan Muslimat di rumah kak Haslina.

Hari ini, enSuami saya balik kampung.
Jadi buat cam nak surprise la, memandangkan before ni belum berkesempatan nak masak pape untuk enSuami, walaupun dah 2bulan libeh dah kawen, sigh

Ok, masuk kepada resepi.
Tapi nak bagitau Kak Mimi, yang ni resepi campak2 je, hee hee
xda sukatan yang tepat.
sebab amek resepi ni pun dari Mak, macam ni la mak saya ajaq, pandai2 la hang boh.... smug
Xpa yang penting, bahan2 pa kita guna.
Sukatan, boleh ubahsuai ikut keperluan.

Bahan
  • Tepung gandum
  • Air (Santan + Susu Cair + Susu Pekat)
  • Gula, Garam
  • Telur
  • Bawang merah
  • Mentega

Mula2 tetapkan sukatan tepung. Biasa Nabilah buat 3 atau 4 cawan bo dapat untuk 1 loyang, sederhana besar (empat segi sama)


1 cawan tepung untuk 2 cawan air.
Air yang dimaksudkan adalah campuran daripada santan, susu cair dan bancuhan susu pekat. *selalu buat santan RM2, 1tin susu cair, 1/2 tin susu pekat.


Pas2 masukkan sedikit gula dan garam mengikut kuantiti tepung yang dibuat.

Pas2 bo campurkan campuran air tadi dengan tepung ni.
Kalau 3 cawan tepung = 6 cawan air
Senang bancuh 3campuran td dalam jar je, pas2 tuang masuk dalam tepung.


Memang akan berketul2 ni ha..
Pas2 kacau la sampai sebati semua. jangan biar tepung2 melekat kat bekas tu.
kalau berketul2 pun xpe, kita ada taktik lebih cepat.....big grin


Masukkan dalam blander, yeh dancing
Masa nak kisar ni, Nabilah suka masukkan telur.
1 biji telur untuk 1 cawan tepung. Kalau dah 3cawan tepung, 3biji telur diperlukan.


Ok, kisar sampai habis tepung tadi, letak dalam 1 bekas asing.


Dah siap itu, hiris nipis2 bawang merah.
Kuantiti bawang pun terpulang.
Pada yang suka bawang, letak la banyak2.
Bo buat bengkang lebih wangi dan rasa bawang.
Nabilah kureng suka bawang, jadi letak sket la, bagi ada rasa bawang untuk bengkang ni.

Pas2 sediakan loyang yang nak guna untuk bakar nanti.
Sapukan mentega pada semua permukaan untuk elak bengkang kita melekat kat loyang.
Dan juga untuk tumis bawang.


Sementara tu bo panaskan oven dengan api atas bawah, 200C.
Panaskan loyang terus ke api dapur.
Bila mentega dah cair, dan panas, boleh tumis bawang tersebut sehingga kekuningan dan berbau.


Pas2 tutup api, tuangkan bancuhan tepung tadi terus ke loyang ni.


Bawang2 tadi akan naik sendiri ke atas.
Bo terus masuk oven. Bakar selamat 40-60 minit


Untuk cubaan pertama dan kedua dulu, bila nak makan baru nak buat.
Jadi masa jamuan, bila potong, bengkang lembik lagi. 
So, anggap diri gagal masak dengan baik. thumbs down
Walhal, xtau konsep masak bengkang camna, isk isk raised eyebrows
Kena masak awal 2,3 jam sebelum nak potong makan.
Baru la bengkang tu mantap elok, bila dipotong...
Baru ceq tau, kuangkuang winking

Hehehe, xpe kita baru nak belajar.hee hee
Selalu jarang gagal bab masak2 ni...
Sebab mak selalu ajaq mau perfect slalu... d'oh

untuk kali ke3 ni, masak awal sket.
Kalau nak makan panas2, sila la panaskan guna microwave anda, thumbs up
Selamat mencuba bengkang bertumis dari Kedah.applause

Tapi orang kL ni panggil bingka kan.............thinking





3 comments:

  1. Dh cuba resepi sis ni...sedap...tq yer..mmg menjadi...nk minta izin share resepi sis ni ye...tq sis

    ReplyDelete
  2. Tq sis tuk resepi ni...dh cuba td..sedap sgt..minta izin share yer resepi ni..tq

    ReplyDelete
  3. Aisya, sila2 share..
    saya pun dah lama tak buat ni, awak komen kat sini, baru teringat pasal resepi ni...
    mekasih sudi singgah sini.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers