Search This Blog

Friday, 20 May 2011

Sabak Bernam Trip

Kami wakil NISA Serdang menyumbang tenaga untuk Muktamar Muslimat.
Bertolak ke Sabak Bernam, hari Sabtu lagi walaupun majlisnya hari Ahad.
~Macam nama adik iparku, Dya... hehehehe~
Jalan2 sepanjang ni adalah jalan2 kenangan masa kenduri kawen 2 bulan yang lepas.
Sempat klik gambar kenangan Masjid Tanjung Karang, tempat kami berkumpul nak berarak ke rumah enSuami.
Bila bgtau kat dia lalu depan masjid tu, selamber je dia balas, Jom kita kawen sekali lagi...
Nak tergelak guling2 sakit perut ha...rolling on the floor
Pengantin lelaki xdak kat sini, camna nak kawen ha??? smug

Malam tu berpeluang hadiri ceramah umum seperti yang diceritakan dalam Selangor akan miskin?

Sebelum pi ceramah, selepas selesai solat jamak, kami singgah makan di pekan.
Langkah kanan ke kiri, ntah... masuk la ke kedai ni......
Nama, macam sedap... semangat nih nak makan....
Nabilah order nasi goreng kerabu, kak shida nasi goreng paprik, umi nasi goreng kampung, satu lagi nasi goreng cina.
Tunggu punya tunggu, waiting nasi pun sampai.
Memang dah lapaq pun, nak makan sangat2 nih.... drooling

tengok2 nasi....
Macam ni ke nasi kerabu???? angry
Xpernah lagi ar dalam hidup ni, order nasi kerabu, gelap macam ni...
Terus tekak jadi kembang.
yang lapaq dah jadi kenyang...
Klu nak tau, keempat2 jenis nasi goreng yang order tadi, sama ja rupanya, semua gelap2 ha....
Kasi goreng dengan kicap ke pe.....
Terus xsemangat....

Tengok apa Nabilah dah buat???
Katakan TAKNAK pada nasi goreng camni.
Cakap kat enSuami, dia kata xbaik marahkan nasi tu....
Bukan nak marah kat nasi, geram dengan tukang masak tu...
Xkan nasi goreng kerabu camni??? sepatutnya banyak sayur-sayuran macam bunga kantan, serai, pun xdak....
Bek tempah nasi goreng biasa............ no talking


~sempat lagi bergambar untuk enSuami, hihihi~
Menjalankan tugas seperti biasa seperti yang ditetapkan sepanjang majlis. Tapi sesi pagi je jadi AJK Keselamatan.
~orang lain yang jadi AJK Pendaftaran~
~Semasa perasmian pelancaran Briged Muslimat~
Mai tengahari, ceq jadi babysitter lak, big grin
~Masa awal2 jaga dia, kasi dia tidur. tapi kejap je dia tidur, pastu terjaga~
~Layan je la karenah dia, suka letak kaki dalam mulut, isk isk~
Lewat petang sebelum balik, melayan Syifa' ni plak..
Kecik2 pun, pandai cakap perempuan ni.
kakak kakak kakak, jenuh sungguh....
Asyik main lego je, bosan la kakak ni, huhuhu....

7petang, kami bertolak pulang ke KL, walaupun muktamar belum selesai sebab kak Shida ada meting Briged Muslimat kat Cheras.
Dah sampai Cheras, xjadi plak metingnya...Adoiiii

Kak Shida lapaq sangat, dia ajak makan.
Nabilah request, nak x kita p makan kat Sharifah Seksyen 7???
Dah lama teringin nak minum air hijau dia, huhuhu.
Ok, akak xkisah.

Sampai ke kadai, kami terus order.
Kak Shida tetap setia dengan nasi goreng papriknya...
Agaknya sama jgk dengan cara Nabilah.
Suka pilih nasi goreng kerabu kalau pertama kali makan kat mana2 kedai.
Sebabnya kalau nasi gerabu dia sedap, mesti yang lain2 pun sedap.
Sebab nasi kerabu adalah paling sedap, bagi Nabilah lah.
Tapi kalau nasi kerabu xdak kat kedai2, mula terkial2, nak makan pa ni, alamak!
Xtau la menu pa nak order. Selalu favourite Nasi Goreng Kerabu, Nasi Goreng Ikan masin, Cili Padi atau Belacan.
Kungfu, USA, semua xpenah cuba, hahahaha.
Tengok orang je merasa, klu sedap, sedap la, lain kali datang, bo cuba lagi menu itu.
Untuk Sharifah ni selalu datang.
jadi malam ni, Nabilah nak makan roti arab dengan cheese, slurpp sedapnya...drooling

~kak Shida simple di sebalik D' Vanilla~

~Dah stat menikmati nasi goreng papriknya~
~Roti arab dengan cheese. Sangat suka dengan rotinya yang manis~
Selesai makan, kak Shida puji, sedap. Baru rasa nasi papriknya...
Ya, memang puashati kalau makan kat sini, memang betul2 jenisnya.
Walaupun mahal makan di Sharifah, tapi puas hati. Kuantitinya pun banyak.
Kak Shida xdpt nak habiskan nasi di pinggannya.
Kalau jenis yang makan sikit, sila bawak kawan untuk habiskan makanan anda, laughing

*Dengar kata orang, Bangi ni syurga Restoran. Adik saya pun kata, banyak sungguh kedai makan kat Bangi ni. Setiap bulan masa teman saya ke klinik gigi, dia akan ajak makan kat mana2 kedai makan yang best. Soalan sama setiap bulan, Kita nak makan kat mana KChiq? Kedai mana yang best? macam la kakak dia ni selalu makan luar.. Tapi memang ar belum habis lagi khatam kedai2 kat Bangi nih. Duit pun kena sedia lebih sket klu mau makan yang sedap2, hehehe hee hee



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers